You are on page 1of 5

Ruj.

Kami :
Tarikh : 22.6.2020

Tuan,

MESYUARAT& TAKLIMAT PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH PADA MUSIM PKPP TAHUN 2020

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Prsasekolah diadakan seperti berikut :

Tarikh : 22.6.2020

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan SJK (T) Sungai Besi

Pengerusi : Pn.M.Uthaya Sundari (Guru Besar)

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1 Kata aluan pengerusi


3.2 Ucapan Guru Besar
3.3 Persiapan awal pihak sekolah dan prasekolah untuk menerima kehadiran murid prasekolah pada musim
PKPP mengikut SOP
3.4 Ha-hal lain
3.5 Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................
MESYUARAT & TAKLIMAT PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH PADA MUSIM
PKPP
TAHUN 2020

Tarikh : 22 Jun 2020 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan SJK (T) Sungai Besi, K.L.

Pengerusi : Pn.M.Uthaya Sundari ( Guru Besar )

Kehadiran : (SILA RUJUK LAMPIRAN)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru.
Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


-Tiada-

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
-Tiada-

44 FOKUS MESYUARAT

4.1 Ucapan Guru Besar


4.1.1 Guru Besar amat mengalu-alukan kehadiran para guru.
Makluman
4.2 Persiapan awal pihak sekolah dan prasekolah untuk menerima kehadiran murid
prasekolah pada musim PKPP mengikut SOP
4.2.1 Beliau telah menerangkan Garis Panduan (SOP) Pembukaan Semula Prasekolah
untuk menerima murid prasekolah pada 1 Julai 2020.
Tindakan: PK1, PK Hem dan
Guru Prasekolah
4.2.2 Memastikan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membuat persediaan

sebelum pembukaan semula kelas, iaitu:

menentukan kedudukan murid dengan mematuhi penjarakan sosial

membersihkan kelas, bahan dan peralatan; dan memastikan tiada penggunaan

permaidani, tikar dan skirting meja.

Tindakan: Guru Prasekolah


4.2.3 Dikhaskan 1 penyukat suhu untuk kegunaan prasekolah.
Tindakan : Guru prasekolah
dan PPM Prasekolah
4.2.4 Guru bertugas akan membantu PPM prasekolah untuk menyambut dan menyukat
suhu badan murid prasekolah pada hari persekolahan.
Tindakan: Guru Bertugas
4.2.5 Guru-guru lain juga diminta bantu prasekolah jika ada keperluan.
Tindakan: GPK1
4.2.5 Makanan Prasekolah akan disediakan dalam bungkusan oleh PPM dengan
mementingkan kebersihan, keseimbangan makanan dan mengikut menu Prasekolah.
4.2.6 Murid Prasekolah diwajibkan makan di kelas di tempat masing-masing. PPM
bertanggungjawab menghidangkan makanan dan mengemaskan kelas selepas waktu rehat.
Guru perlu memastikan murid sentiasa berada dalam penjarakkan sosial walaupun waktu
rehat
Tindakan: Guru Prasekolah
dan PPM
4.2.7 Kelas Prasekolah perlu dibersihkan sebelum dan selepas waktu persekolahan. Fokus
utama pembersihan perlu pada permukaan dan peralatan yang sentiasa disentuh dan pada
paras ketinggian yang boleh dicapai oleh murid. Pembersihan (disinfeksi) bahan dan
peralatan selepas digunakan perlu dilakukan.
Tindakan: Guru Prasekolah
dan PPM
4.3 Taklimat kepada ibu bapa Prasekolah
4.3.1 Taklimat pembukaan semula prasekolah perlu diberi kepada para ibu bapa
prasekolah seperti berikut:
Tarikh: 01.7.2020 (Kumpulan A)
Tarikh: 01.7.2020 (Kumpulan B)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan SJK (T) Sungai Besi
Tindakan : Guru Besar, PK1, PK Hem,
Guru Prasekolah, PPM Prasekolah dan
Guru kaunselor

4.3.2 Surat panggilan, borang kehadiran , borang persetujuan dan lain-lain


berkaitan perlu disediakan oleh Guru Prasekolah
Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM

4.3.3 Slaid taklimat disediakan oleh Pn.K.Premalatha.


Tindakan : Guru

4.3.4 Sediakan kerusi di dewan dengan penjarakkan untuk kegunaan ibubapa yang
hadir.
Tindakan : PK Hem

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Semua murid Prasekolah hanya gunakan pintu pagar utama untuk hadir ke
sekolah.
Tindakan : PK Hem
PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………….. ……………………………
( THEIVANAI A/P KRISHNAN )
Guru Prasekolah
SJK (T) Sungai Besi,K.L.

Disemak Oleh,

.........................................................

Disahkan Oleh,

.........................................................

You might also like