You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

SJHK2102 (MALAYSIA : SATU EVOLUSI)

TUGASAN KELAS TIDAK SEGERAK (4/11/2021)

NAMA : MUHAMAD NAZRULHISHAM BIN NASIR


(2021122390049)

OPSYEN / AMBILAN : PDPP AMBILAN JUN 2021

TAJUK TUTORIAL : FAKTOR YANG MENYEBABKAN JEPUN


MENAKLUKI TANAH MELAYU PADA TAHUN
1941

NAMA PENSYARAH : PN. NORAIZAH BINTI DAMIRI

1
PENDAHULUAN

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun
menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan
serangan amfibi (amphibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan
mula maju ke bawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan
pendaratan di Pattani dan Songkla di Thailand, di mana mereka bergerak ke selatan
melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang
sebelah barat Tanah Melayu.

Semasa tentera Jepun menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda Kesatuan Melayu


Muda telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang
tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa. Pemimpin Kesatuan Melayu
Muda, Ibrahim Yaakob yang dilatih oleh Jepun selama enam bulan sebelum ini turut
dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Ibrahim
Yaakob telah membantu pihak Jepun dengan menubuhkan pasukan Giyuugun di
Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN JEPUN MENAKLUKI TANAH MELAYU PADA


TAHUN 1941

1) Kecanggihan senjata tentera Jepun

Salah satu faktor juga ialah kelengkapan senjata pihak Jepun. Tentera Jepun telah
memperkuatkan serangannya dengan mengadunkan kekuatan baik dari segi laut, udara
mahupun darat. Angkatan udara Jepun telah mengambil kira jarak dan sasaran, dari
pengkalan-pengkalan baru mereka di Indo-China seterusnya telah menggunakan kapal
terbang pejuang yang dianggap lebih moden daripada pihak British. Pesawat pejuang
ini juga memberikan perlindungan kepada pesawat pengebom untuk memusnahkan
instalasi penting British termasuk yang berada di pedalaman. Begitu juga dengan
bantuan perlindungan rapat kepada pesawat-pesawat pengangkut dan logistik. Mereka
juga dibantu dengan tembakan meriam daripada kapal-kapal pemusnah Jepun yang
berlabuh dekat pantai untuk melemahkan pertahanan utama British di sekitar landasan

2
kapal terbang Pengkalan Chepa. Secara kesuruhannya, kekuatan tentera Jepun
diperkuat sepenuhnya dengan persenjataan, kelengkapan, bekalan peluru, makanan
dan ubat-ubatan.

2) Penyebaran Dakyah anti-British

Selain itu, Jepun juga, melalui Doro Nawa telah berjaya menyebarkan dakyah anti-British
dalam kalangan askar-askar India yang berkhidmat dengan pasukan British di Tanah
Melayu untuk meninggalkan perkhidmatan mereka. Jepun telah berjaya menarik orang
India yang berkhidmat dengan  British untuk bekerjasama dengan Jepun. Seorang
nasionalis radikal India, Subhas Chandara Bose telah datang ke Tanah Melayu dan
menubuhkan pasukan yang dikenali sebagai Indian National Army (INA) untuk
membantu Jepun. Jepun juga berjanji untuk membebaskan India daripada penjajahan
British. Pihak Jepun juga berjaya mempengaruhi penduduk tempatan seperti golongan
nasionalis radikal daripada Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawa pimpinan Ibrahim
Hj. Yaakob. Hal ini memudahkan penguasan Jepun di Tanah Melayu berjalan dengan
lancar.

3) Kelemahan Tentera British


Kelemahan tentera British dan kekurangan kelengkapan senjata perang juga menjadi
faktor kekalahan British di tangan Jepun. Kekurangan kelengkapan senjata perang juga
memudahkan Jepun untuk menewaskan British. Pihak British hanya bergantung
kepada dua buah kapal perangnya iaitu kapal Prince of Wales dan Repulse untuk
menjaga peraiaran Tanah Melayu. Apabila pihak Jepun berjaya menenggelamkan
kedua-dua kapal tersebut, tentera Jepun mengusai sepenuhnya kawalan sekitar
perairan Tanah Melayu. Keadaan di pengkalan laut juga tidak memuaskan. Pengkalan
laut di Singapura hanya disiapkan pada tahun 1938 dan tidak digunakan sepenuhnya
kerana tidak ada kapal laut yang dihantar oleh kerajaan British. 
Pihak British juga kalah di tangan Jepun disebabkan mereka kurang bersedia. Pihak
British menyangka Jepun akan  memulakan serangan dari arah selatan  (Singapura)
kerana pusat pentadbiran British terletak di situ. Sebaliknya, Jepun memulakan

3
serangan dari arah utara (Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu demi
satu. Oleh itu,semasa serangan Jepun, semua meriam dan senapang telah dihalakan
ke laut. Kemaraan Jepun dari utara sememangnya di luar jangkaan British.

4) Sikap Pihak Barat


Selain itu, sikap pihak barat yang memandang rendah terhadap kemampuan Jepun
menjadi salah satu faktor kejayaan Jepun.  Pihak British cukup yakin dengan
kemampuan tentera laut dan udara mereka yang dianggap bahawa ianya boleh
menandingi kekuatan tentera Jepun dengan mudah. Pihak British juga cukup yakin
dengan adanya kedua-dua kapal perang mereka. Akibatnya apabila pihak Jepun
dengan mudah menenggelamkan kapal-kapal tersebut, ianya telah mengaibkan British
yang terkenal sebagai kuasa laut pada Perang Dunia Pertama.

KESIMPULAN
Secara tuntasnya, Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua
aspek kehidupan Slogan Jepun hanyalah muslihat untuk mencapai hasrat mereka
Semangat kebangsaan semakin bersemarak dalam kalangan penduduk tetapi berpaksi
negara asal masing-masing Pendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk
menolak semua bentuk penjajahan sama ada dari barat atau timur.

You might also like