You are on page 1of 7

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL.

Berikut adalah peraturan-peraturan futsal yang digunapakai oleh sebarang pertandingan


futsal di seluruh dunia. Ukuran gelanggang mungkin berlainan kerana gelanggang yang
biasa digunakan lebih kecil dari standard futsal sedunia. Oleh itu jarak-jarak yang digunakan
didalam peraturan ini bolehlah disesuaikan mengikut ukuran gelanggang yang digunakan.

Peraturan pertama jumlah pemain

Jumlah minimum pemain untuk memulakan perlawanan : 5 termasuk penjaga gol

Jumlah minimum pemain untuk menghabiskan perlawanan : 3

Jumlah maksimum untuk pemain simpanan: 3

Maksimum pertukaran pemain : tiada

Cara-cara pertukaran : pertukaran terbang semua pemain kecuali penjaga gol masuk dan
keluar secara bebas,pertukaran penjagal gol mesti dibuat apabila bola keluar dari permainan
dan dengan perhatian pengadil.Pemain yang keluar mesti keluar gelanggang terlebih dahulu
sebelum pemainan simpanan masuk.

Peraturan kedua Alatan-alatan pemain

Peralatan sukan yang biasa jersi ,kasut,sarung kaki, shin-guards, dan kasut futsal.

Peraturan ketiga Pengadil

Tugas menguatkuasakan peraturan, menggunakan peraturan advantage, mencatat semua


kesalahan pemain semasa dan selepas perlawanan, menghentikan permainan bila perlu,
memberi amaran dan mengeluarkan pemain yang melakukan kekasaran, dan sikap-sikap
yang tidak menonjolkan semangat kesukanan, tidak membenarkan yang bukan pemain
memasuki gelanggang ketika perlawanan sedang berlangsung, menghentikan perlawanan
untuk memastikan pemain yang cedera telah dibawa keluar, dan menentukan bola yang
akan digunakan.

Posisi berlawanan dengan kedudukan bangku pemain.

Peraturan keempat penjaga masa


Tugas memulakan masa selepas sepak mula, memaklumkan waktu habis separuh masa
pertama dan kedua kepada pengadil, mencatat kekasaran (foul) dan memaklumkan kepada
pengadil apabila sesebuah pasukan telah melakukan kesalahan (foul) lebih 5 kali (5-foul
limit), mencatat skor, pemain yang diberikan amaran dan dikeluarkan dan informasi-
informasi permainan yang relevan .

Posisi di luar garis tengah padang di zone pertukaran pemain (bangku pemain)

Peraturan kelima masa permainan

Masa permainan berlangsung selama 21 minit,separuh masa 10 minit dan waktu rehat 1
minit.

Masa dicatat berterusan

Tiada timeout

Peraturan keenam permulaan permainan

Prosedur: lambungan duit syiling untuk menentukan sepak mula, pemain lawan di luar bulatan
permulaan, permainan bermula sejurus selepas bola disentuh oleh pemain mula, bola tidak
boleh disentuh oleh pemain mula sebelum pemain lain menyentuh bola.

Sepak mula selepas gol dijaringkan dan sebelum separuh masa kedua.

Peraturan ketujuh bola diluar dan didalam permainan

Bola diluar permainan apabila bola sepenuhnya melintasi garisan gol atau garisan tepi
gelanggang ; apabila permainan dihentikan oleh pengadil, apabila bola menyentuh jaring
atas.

Garisan garisan tepi ( touchline) dan garisan gol dikira garisan dalam permainan.

Peraturan kelapan cara-cara menjaringkan gol

Apabila bola sepenuhnya melepasi garisan gol, diantara tiang gol dan dibawah palang.

Peraturan kesembilan kesalahan dan kekasaran

Sepakan percuma direct diberikan kepada pasukan lawan apabila pemain secara sengaja
melakukan mana-mana 11 kesalahan berikut (sepakan penalti diberikan apabila kesalahan
dilakukan di dalam kawasan penalti) :

1. Menendang atau membuat percubaan untuk menendang pemain lawan

2. Menjatuhkan pemain lawan

3. Melompat ke arah pemain lawan

4. Menerjah ke arah pemain lawan secara bahaya

5. Menerjah ke arah pemain lawan daripada belakang


6. Menyerang, membuat percubaan menyerang, atau meludahi pemain lawan

7. Memegang pemain lawan

8. Menolak pemain lawan

9. Menerjah pemain lawan dengan bahu (shoulder charge)

10. Sliding pemain lawan ( sliding tackle)

11. Memegang atau menyentuh bola didalam permainan (kecuali penjaga gol)

Sepakan percuma indirect diberikan kepada pemain lawan apabila pemain melakukan mana-
mana diantara 8 kesalahan berikut (sepakan diambil dari jarak 6 meter daripada gol apabila
kesalah dilakukan dalam kawasan penalti) :

1. Bermain secara bahaya (eg: menendang bola yang dipegang penjaga gol)

2. Melakukan penghadangan

3. Menerjah penjaga gol di dalam kawasan penalti

4. Penjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan back


pass

5. Penjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan kick-in


daripada pemain sepasukan.

6. Penjaga gol mengawal bola menggunakan mana-mana bahagian tubuh lebih


daripada 4 saat.

Pemain patut diberikan amaran keras (eg: dilayangkan kad kuning) apabila:

1. Pemain simpanan memasuki gelanggang daripada posisi yang salah atau


pemain gantian memasuki gelanggang sebelum pemain yang ditukarkan
keluar sepenuhnya daripada gelanggang.

2. Secara kerap melakukan pelanggaran peraturan permainan.

3. Membangkang mana-mana keputusan pengadil.

4. Didapati bersalah melakukan perbuatan yang tidak menonjolkan semangat


kesukanan.

4 layangan kad kuning boleh menyebabkan pemain lawan diberikan sepakan percuma
indirect daripada tempat pelanggaran (atau dari jarak 6 meter apabila pelanggaran
dilakukan dalam kawasan penalti).

Pemain harus dikeluarkan (dilayangkan kad merah) apabila melakukan :

1. Kekasaran yang serius


2. Kelakuan ganas

3. Kekasaran atau berbahasa kasar

4. Kali kedua melakukan kesalahan yang diberikan amaran (kad kuning kedua)

5. Dengan sengaja menghalang peluang jaringan gol dalam kawasan penalti


dengan menggunakan tangan.

Sepakan percuma direct (atau sepakan penalti) diikuti dengan pengeluaran pemain untuk
kesalahan 1,2,dan 5 dan sepakan percuma indirect untuk kesalahan 3 dan 4 (sepakan dari
garisan D apabila kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti)

Peraturan pemain dibuang padang.

Pemain yang dibuang padang (dilayangkan kad merah) dikeluarkan untuk keseluruhan
permainan dan tidak dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan.

Pasukan yang pemainnya dibuang padang boleh membawa masuk pemain simpanan sebagai
ganti pemain yang dibuang padang selepas 2 minit permainan atau selepas pihak lawan
sudah menjaringkan gol (selepas salah satu berlaku).

Masa hukuman 2 minit di periksa oleh penjaga masa (atau pembantu pengadil).

Pemain gantian tidak boleh masuk tanpa kebenaran pengadil dan bola mestilah di luar
permainan.

Peraturan kesepuluh sepakan percuma

Jenis : langsung (direct) dan tidak langsung (indirect)

Benteng : sekurang-kurangnya 3 kaki daripada bola sehingga bola dimainkan.

Bola dalam permainan : selepas bola telah bergerak di dalam lingkungannya.

Had masa: sepakan mesti diambil dalam 4 saat.

Syarat : Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola semula sebelum bola disentuh
pemain lain.

Peraturan kesebelas Kesalahan akumulasi.

Kesalahan akumulasi merujuk kepada semua kesalahan yang disebut dalam peraturan
kesembilan.

Apabila sesebuah pasukan mengumpul 5 kesalahan akumulasi semasa separuh masa (


kesalahan di masa tambahan dikira sebagai separuh masa kedua), daripada kesalahan
keenam:

Pasukan yang melakukan kesalahan tidak dibenarkan membuat benteng pertahanan semasa
sepakan dibuat.

Semua sepakan mestilah secara langsung


Kesalahan yang dilakukan di dalam jarak 12 meter daripada garisan gol harus dihukum
dengan sepakan percuma langsung dari tempat kesalahan dilakukan atau dari tempat
pengambilan penalti kedua (2nd penalty spot) ;kesalahan yang dilakukan di luar jarak 12
meter mestilah dihukum dengan sepakan percuma langsung di tempat pengambilan penalti
kedua.

Prosedur :

Sebelum bola disepak, semua pemain selain penjaga gol dan pengambil sepakan percuma
mestilah berada di luar garisan imaginary yang sejajar dengan garisan gol dan satu garis
dengan garisan melintang di mana bola akan disepak.

Penjaga gol mestilah berada di kawasan penalti sekurang-kurangnya 5 m daripada bola.

Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat untuk menjaringkan gol

Tiada pemain lain yang boleh menyentuh bola sehingga bola menyentuh gelanggang,
melantun daripada tiang gol atau palang gol, atau bola keluar daripada gelanggang.

Jika kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma diambil dari jarak 6 m
terdekat dari gol di mana kesalahan dilakukan (sepakan bukanlah sepakan penalti)

Peraturan ke -12 sepakan penalti

Diambil dari tanda sepakan penalti di tengah-tengah garisan yang berjarak 6 m dari gol.
(penalty spot)

Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat menjaringkan gol.

Semua pemain lain mestilah berada di luar kawasan penalti dan pemain lawan mestilah
berada sekurang-kurangnya 5m daripada tempat pengambilan sepakan penalti.

Peraturan ke- 13 sepakan masuk

Diambil dari tempat lontaran masuk.

Bola mesti menyentuh garisan tepi sebelum disepak masuk.

Kaki yang tidak menyepak bola mestilah diluar garisan atau menyentuh garisan tepi; jika
melebihi garisan tepi, sepakan masuk diberi kepada pemain lawan.

Sepakan masuk mestilah diambil dalam masa 4 saat, jika tidak,sepakan masuk diberi kepada
pemain lawan.

Pemain yang mengambil sepakan masuk tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain
menyentuhnya ; pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan
percuma tidak langsung kepada pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku.

Pemain lawan mestilah berjarak 5 m dari tempat sepakan masuk dibuat

Gol dibuat langsung dari sepakan masuk tidak akan dikira.

Peraturan ke-14 Gol clearance


Diambil dari tempat goal kick

Penjaga gol mestilah berada di dalam kawasan penalti semasa membaling bola.

Bola tidak dikira dalam permainan jika belum melepasi kawasan penalti. Jika goal clearance
diterima di dalam kawasan penalti, goal clearance mestilah diambil semula.

Peraturan ke- 15 Sepakan sudut

Bola mestilah di sudut. Jika bola tidak diletak dengan betul, sepakan sudut mestilah diambil
semula.

Diambil dalam masa 4 saat; jika tidak ,sepakan percuma tidak langsung diberi kepada pemain
lawan.

Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuh bola ;
pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan percuma tidak langsung
kepada pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku.

Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 m daripada tempat sepakan sudut


dibuat.

Jaringan gol secara langsung daripada sepakan sudut akan dikira.

Extra sepakan penalti penentuan

Pengadil menentukan gol mana yang akan digunakan.

Balingan duit syiling untuk menentukan giliran.

5 sepakan diambil oleh pemain yang berlainan daripada setiap pasukan ; kapten setiap
pasukan akan memberi 5 nama ini kepada pengadil sebelum sepakan diambil.

Jika masih seri selepas 5 sepakan, sepakan penalti tambahan akan diambil berdasarkan
peraturan kalah-mati (sudden-death basis) oleh pemain yang masih belum mengambil
sepakan.

Pemain yang dibuang gelanggang semasa perlawanan tidak boleh mengambil sepakan ini.

Mana-mana pemain yang layak dalam pasukan boleh menggantikan penjaga gol nya
mengambil sepakan.

Semasa sepakan penalti penentuan berlangsung, pemain akan tetap berada di separuh
gelanggang lain.

Extra 2 mata

3 mata untuk menang.

1 mata untuk seri.

0 mata untuk kalah

You might also like