You are on page 1of 20

EDU 3083

ASAS KEPIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU

Dr. ZAKARIA MOHD ARIF


JABATAN R& I/ ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
TAJUK 1 (4 Jam)
KONSEP MENGAJAR
SEBAGAI SATU
PROFESION
KANDUNGAN

• Konsep Profesion dan Profesionalisme

• Ciri-ciri Guru yang Profesional


Pengenalan
Guru dalam alaf baru seharusnya profesional
dan profesionalismenya ialah kunci kepada
peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001)
Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada
kualiti proses dan yang lebih penting lagi ialah
kualiti produk (output).
Dengan ini, sumber manusia (modal insan)
perlu dibangunkan secara bersepadu melalui
latihan-latihan bagi memastikan setiap individu
dapat mengembangkan potensi ke tahap yang
optimum.
Program-program pembangunan profesional
sudah tentu dapat mengupayakan guru demi
meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Konsep Profesion dan Profesionalisme
Profesion
• Merujuk kepada pekerjaan yang
melaksanakan fungsi sosial yang penting.
• Suatu profesion ialah suatu bidang yang
mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh
masyarakat, menikmati autonomi individu
dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan
dengan pendidikan (Lieberman,1956).
•Suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan
serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas (Kamus Dewan, 2005).

•Nilaitara-nilaitara suatu profesion


merupakan peraturan yang ditetapkan
oleh organisasi

•Setiap ahli profesional akan mematuhinya


demi mengawal kualiti dan nilaitara
perkhidmatan tersebut.
Adakah Bidang
Perguruan
Suatu Profesion ?
Konsep Profesional
•Merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat
dalam suatu profesion.

•Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat 4


atribut dalam suatu profesion :
- menguasai ilmu pengetahuan yang
mendalam
- kecekapan dan kepakaran dalam bidang
tertentu
- ada kod etika untuk mengawal tingkah laku
ahli
- kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu
profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Adakah Guru Seorang
Profesional ?
Adakah kita memiliki ciri-ciri ini
?

a. Asas pengetahuan mendalam


b. Komitmen untuk memenuhi
keperluan klien
c. Identiti kuat secara kolektif
(komitmen profesional)
d. Autonomi profesional
Isu Profesion Keguruan
•Guru tidak mempunyai kuasa penuh
dalam membuat keputusan untuk pelbagai
aspek dalam profesion.

•Pengambilan Guru Sandaran Tidak


Terlatih (GSTT) ke dalam profesion.
Ciri-ciri Guru yang Profesional

Sahsiah
• Bertakwa
• Berakhlak
• Berperibadi mulia
• Mempunyai komitmen
• Bersopan santun
• Bersikap positif
• Berkeobolehan memimpin
• Mengamal budaya ilmu

Keterampilan Ilmu
-Merancang P&P -Isi
kandungan m/p
-Mengurus P&P
-Pengetahuan
-Memilih strategi P&P
kandungan
-Merangsang P&P -Bahan
-Kemahiran Teknologi -Kaedah
-Kemahiran Generik -Teknologi
-Kemahiran Kaunseling
-Menilai P&P Model
Ciri-ciri guru yang berkesan
• Bersikap profesional
• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
• Kaya dengan ilmu
• Bertindak atas landasan etika dan tatasusila
kerja
• Bermoral tinggi
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil
pengajaran
• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan
murid-murid
• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang
sejajar dengan tuntutan semasa
Bersambung……
• Menampilkan watak terpuji, berimej,
berperibadi mulia dan berwawasan
sebagai pendidik unggul pada setiap masa
• Memastikan situasi ‘guru mengajar murid
belajar’ wujud dalam kelas
• Berupaya melahirkan ‘persekolahan
berwatak’ supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berperibadian sihat dan
serba boleh
• Berupaya membina minda pelajar yang
cemerlang akademik

Bersambung …..
•Berupaya membentuk perwatakan murid
dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai
menyesuaikan diri dengan situasi tertentu)

•Taat dan setia terhadap perkhidmatannya


serta mempertahankan martabat profesionnya

•Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,


bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi.

•Profesional dan menumpukan perhatian


kepada pengajaran dan pemelajaran di sekolah

(Abdul Shukor Abdullah, 1998)


Sepuluh Tret Guru yang Berkesan – McEwan (2002)

1. Dorongan oleh misi dan passionate


2. Positif dan benar
3. Guru sebagai pemimpin
4. With-it-ness
5. Gaya
6. Kepakaran dalam motivasi
7. Keberkesanan pengajaran (Instructional
effectiveness)
8. Pembelajaran kandungan (Book learning)
9. Pintar (Street smarts)
10. Celik minda (Mental life)
Rumusan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah


berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion yang unggul dan disegani ramai.
Hal ini termaktub dalam teras strategik
kelima PIPP, iaitu memartabatkan
profesion keguruan. Para guru mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam
meningkatkan aspek keprofesionalannya
dengan melengkapkan diri dengan
pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan
kemahiran selaras dengan kehendak teras
PIPP.
Aktiviti
 Merujuk kepada pengalaman
anda di sekolah semasa
praktikum, senaraikan beberapa
ciri guru yang baik dan lemah.

Pada pandangan anda,


bagaimanakah kelemahan-
kelemahan guru tersebut dapat
diatasi?
Perbincangan
Banding beza antara ciri-ciri
seorang doktor perubatan
dengan seorang guru sekolah
dari segi profesionalismenya.
Sekian, Terima Kasih

You might also like