You are on page 1of 2

3.

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan


Sepanjang PBS ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk

mengumpul maklumat. Kaedah-kaedah yang digunakan oleh saya seperti


pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik.
3.1

Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam memerhatikan

jenis-jenis kemudahan yang terdapat di sekolah seperti sudut bacaan, papan


pembelajaran, bilik darjah, kata-kata hikmah, rukun negara dan sebagainya.
Amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid juga dapat diperhatikan melalui
kelakuan mereka dan cara mereka berinteraksi dengan semua pihak.
Selain itu, saya juga menggunakan kaedah ini semasa melihat
pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas dan jenis bahan bantu yang
digunakan oleh guru. Kaedah ini telah membantu saya memperoleh pelbagai
maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan portfolio PBS ini.
3.2

Senarai Semak
Kaedah senarai semak juga merupakan salah satu kaedah yang telah

saya gunakan. Sebelum menjalani PBS, saya telah menyediakan satu


senarai semak yang boleh memudahkan saya dalam pengumpulkan
maklumat. Semasa di sekolah, saya telah mengumpul segala maklumat
berdasarkan senarai ini dan selepas mendapat maklumat berkenaan saya
akan membuat tanda dalam senarai semak ini. Dengan ada senarai ini, saya
juga dapat memastikan bahawa saya tidak akan ketinggalan maklumat yang
penting.
3.3

Temu Bual
Saya telah membuat temu bual dengan pelbagai pihak seperti guru

besar, mentor dan sebagainya. Sebelum membuat temu bual, saya telah
merekakan beberapa soalan yang bersesuaian dan soalan-soalan ini
kebanyakan terdiri daripada isu semasa dan perkara di sekolah. Dengan ada
temu bual, saya telah mendapat banyak pandangan dan maklumat secara
berterusan daripada pihak berkenaan.

3.4

Soal Selidik
Tidak berkenaan.

You might also like