You are on page 1of 5

SEJARAH TARANNUM NAHAWAND

Perkataan Nahawand dari sudut bahasa adalah nama bagi suatu tempat yang
terletak di daerah Hamadan, Parsi (sekarang dikenali sebagai Iran). Manakala dari
sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan
tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut
mengikut citarasa dan sosiobudaya mereka yang tersendiri.

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah
Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.
Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika
dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan
iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama
sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.

Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa
tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada
perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari
Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walaubagaimanapun
identiti asalnya iaitu alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

SIFAT-SIFAT TARANNUM NAHAWAND
Bagi menguasai sesuatu tarannum wajib kepada seseorang itu untuk
mengetahui sifat-sifat tarannum tersebut. Oleh itu, tarannum Nahawand juga
mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri. Pertamanya ialah mempunyai gerak ringan
yang berkesan. Keduanya, Nahawand mempunyai kelembutan yang sungguh
bersopan. Ketiga pula, mempunyai kesederhanaan yang mampu mengikat jiwa.
Manakala sifat yang keempat pula mempunyai kesesuaian dengan tobaqat yang
sederhana. Seterusnya yang kelima ialah mempunyai kehalusan seni yang
mempesonakan. Sifat terakhir ialah tarannum Nahawand mempunyai kesesuaian
dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, mencerita dan sebagainya. Oleh yang
demikian, seseorang yang ingin membawa tarannum Nahawand semasa membaca al-
Quran hendaklah menguasai dan menghayati sifat-sifat yang terdapat pada lagu
Nahawand ini bagi memastikan dapat bertarannum dengan lagu Nahawand dengan
baik dan cemerlang.

Peranan Tarannum Nahawand
Setiap tarannum mempunyai misi dan visinya yang tersendiri dalam mewarnai
kepelbagaian kaedah penghayatan menghayati isi kandungan al-Quran. Jelasnya,
kepentingan mengetahui peranan tarannum Nahawand akan menerangkan dan
memberi gambaran jelas serta panduan berhubung dengan hala tuju dalam sesuatu
persembahan bacaan al-Quran.

Di antara peranan dan tugasan tarannum Nahawand adalah mampu
melembutkan bacaan al-Quran. Ini merupakan keistimewaan yang terdapat pada
tarannum Nahawand. Peranan seterusnya ialah mampu menenangkan jiwa pembaca
dan pendengar. Di samping itu, tarannum Nahawand sememangnya terkenal dengan
kelembutannya yang mendayu-dayu. Seterusnya tarannum Nahawand juga dapat
memberi penyesuaian kepada ayat yang menunjukkan gembira, memohon dan
mencerita. Selain itu, ia juga dapat melahirkan kefasihan sebutan huruf. Akhir sekali,
tarannum Nahawand secara langsung dapat melahirkan kemukjizatan dan keagungan
al-Quran sama ada terhadap pembaca dan pendengar.





REFLEKSI
Oleh: Muhammad Asrul Bin Hassan


Pertamanya, saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya
kesempatan masa dan ruang untuk menyelesaikan tugasan ini. Saya, Muhammad Asrul
Bin Hassan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajjah Saadiah Binti
Harun, kerana telah membimbing saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Dalam
tugasan ini, berbentuk tugasan berkumpulan. Saya bersama ahli kumpulan yang lain
dikehendaki menjelaskan sejarah perkembangan tarannum dan jenis-jenisnya iaitu
Hijazi, Nahawand, Sikah, dan jiharkah. Di samping itu, kami juga dikehendaki
menghuraikan sifat dan peranan bagi setiap tarannum tersebut.
Sepanjang tempoh menyelesaikan tugasan berkumpulan, saya dapat
menganalisis sejarah perkembangan, sifat serta peranan tarannum Hijazi, Nahawand,
Sikah, dan Jiharkah secara terperinci bersama rakan-rakan. Dengan adanya tugasan
ini, secara tidak langsung semangat kerjasama dalam kumpulan dan sering membantu
antara satu sama lain dapat kami titipkan. Selepas menyiapkan tugasan ini, kefahaman
saya sedikit sebanyak bertambah tentang sejarah perkembangan, sifat serta peranan
tarannum Hijazi, Nahawand, Sikah, dan Jiharkah. Oleh itu, analisis ini dapat
menyampai ilmu yang baru kepada saya dan memberi satu kefahaman yang mendalam
kepada saya yang bergelar bakal guru Pendidikan Islam.
Di samping itu, semasa dalam proses mengumpul dan mencari maklumat,
pelbagai halangan yang telah timbul dan menganggu saya dan ahli kumpulan dalam
menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah masalah kekurangan kemudahan untuk
mengumpul maklumat dan bahan. Saya dan ahli kumpulan juga berusaha mencari dan
merujuk banyak buku dan pelbagai laman sesawang untuk memperoleh maklumat.
Selain itu, kami juga telah bersama-sama menjalankan proses menganalisis maklumat.
Proses ini sangat penting untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar sahih dan
bertepatan dengan kehendak kerja kursus ini.
Pada pendapat saya, tugasan ini sangat mencabar dan memerlukan
pengorbanan daya juang yang tinggi. Pada mulanya saya berasa sukar untuk membuat
tugasan ini, namun dengan bimbingan dan panduan yang diberikan oleh Puan Hajjah
Saadiah Binti Harun, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Walaupun ini
adalah pengalaman kali pertama saya membuat kajian tentang tarannum, saya tetap
berusaha memberikan yang terbaik bersama sokongan daripada rakan sekumpulan.
Oleh itu, saya berharap hasil tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya ketika
saya menjadi guru Pendidikan Islam kelak terutamanya dalam bidang Tilawah al-Quran.
Tambahan, saya berpendapat bahawa tugasan ini berjaya melatih diri saya
dalam berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini kerana kefahaman terhadap sesuatu jenis
tarannum amat penting supaya dapat mengaplikasikannya sewaktu mengajar kelak.
Untuk menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan tugasan
ini seperti mengorbankan masa tidur. Saya banyak mencari bahan daripada pelbagai
sumber seperti buku, internet dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapatkan
bahan yang terbaik untuk menyiapkan tugasan ini.
Kesimpulannya, saya mendapat banyak pengetahuan yang baru sepanjang
tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Sebagai bakal guru, saya mengharapkan supaya
pelaksanaan tugasan ini akan memudahkan saya ketika saya menjadi seorang guru
kelak. Saya juga bersedia untuk mendidik murid-murid saya nanti supaya generasi akan
datang menjadi gemar membaca al-Quran, mahir dalam melagukan ayat-ayat al-Quran
dan bertaqwa kepada Allah dalam menghadapi dunia yang sementara ini serta cinta
kepada Rasulullah SAW.

You might also like