You are on page 1of 2

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT

MERAH
BSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG
MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant.
Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva,
Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG
MERAH.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh
beliau ketika berada di kawasan pertempuran di
Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih
belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan
merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk
setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan
pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.
Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah
menerbitkab buku bertajuk " Kenangan Di Solferino".
Dengan bantuan beberapa orang yang berminat,Henry
telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi
membantu merereka yang cedera yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan
dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu
lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna
putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi
penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan
dengan bendera negara tersebut.
Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia,Turki
telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan
langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara
Islam.
Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan
Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal
30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di
Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan.

You might also like