You are on page 1of 3

Rahsia Minda Hebat

Pengarang: Dato Siti Nor Bahyah Mahamood & Haji Muhammad Zakaria Imprin: Selangor: Telaga Biru, 2009 Mukasurat: 176 Lokasi Buku: Pusat Sumber KPKK (Angkasapuri)

an sesungguhnya telah kami

muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna ke atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Surah al-Isra 17: 70)

Buku Rahsia Minda Hebat memberi anda panduan yang amat praktikal
melalui tip-tip, fakta, penerangan yang jelas dalam membentuk minda yang cerdas dan hebat untuk anda sekeluarga. Hasil nukilan hebat oleh dua penulis hebat iaitu Dato Siti Nor Bahyah Mahamood dan Tuan Haji Muhammad Zakaria. Seperti yang kita tahu, Dato Siti Nor Bahyah merupakan seorang pendakwah yang dikenali ramai dan berkebolehan. Beliau merupakan panel jemputan Forum Perdana di TV1, Al-Kuliyyah, Motivasi Pagi dan lain-lain lagi dan telah melahirkan lebih 40 buah album pelbagai tajuk ceramah agama, motivasi dan tip dalam bentuk VCD, CD dan kaset. Tuan Haji Muhammad Zakaria pula merupakan seorang perunding motivasi, editor dan kolumnis di samping Master Trainer Pusat Latihan Sri al-Ain dalam bidang kekeluargaan, pendidikan, pengurusan, keusahawanan dan banyak lagi. Beliau merupakan personaliti

Selamat Pagi Malaysia TV1, Motivasi Pagi TV3 dan penceramah di Radio IKIM.fm. Buku ini akan mengubah segala persepsi kita tentang akal dan minda. Ditulis dengan menggabungkan ilmu syariat daripada al-Quran dan hadis dan ilmu psikologi dan antropologi dengan pengalaman dan pemerhatian untuk diadun lalu dicurahkan kepada anda melalui buku ini. Dengan akal manusia dapat membongkar segala khazanah yang ada di lautan, yang terdiri daripada ikan, mutiara, belian, minyak dan pelbagai bahan-bahan galian. Dengan akal juga manusia dapat mencipta berbagai-bagai peralatan yang boleh digunakan di laut untuk pelbagai kemudahan seperti menghasilkan kapal selam yang boleh bergerak di dasar laut dan ada juga yang bergerak di atas permukaan laut dan sebagainya. Selain itu, akal juga membolehkan manusia menguasai dan menerokai angkasa lepas. Kemajuan yang dicapai bukan disebabkan oleh kekuatan fizikal yang ada pada manusia tetapi kekuatan tenaga berfikir yang dijana sehingga dapat menghasilkan pelbagai teknologi seperti sistem satelit dan sebagainya. Buku ini terbahagi kepada 18 Bab tetapi apabila dibaca anda tidak akan terasa bahawa buku ini panjang kerana teks di dalam buku ini telah dipermudahkan dalam bentuk byline, nota ringkas, flashers, subtopik, quotation dan kisah. Selain dari itu ia juga mengandungi gambar rajah dan foto untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang petua dan konsep yang terdapat didalamnya. Terdapat juga rajah saintifik dan jadual yang memantapkan lagi penerangan dan akhir buku ini dimuatkan dengan ayat-ayat al-quran , hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan. Bab-bab yang terdapat didalam buku ini ialah: 1) Bab 1 Struktur Dan Fungsi Otak 2) Bab 2 Kejadian Dan Keistimewaan Akal 3) Bab 3 Peranan Akal 4) Bab 4 Hubungan Akal Dengan Hati 5) Bab 5 Punca Akal Rosak 6) Bab 6 Memulih Dan meningkatkan Kecerdasan Akal 7) Bab 7 Mencerdaskan Minda dengan Menghafaz Al-Quran 8) Bab 8 Mencerdaskan Minda Melalui Amalan Kerohanian 9) Bab 9 Mencerdaskan Minda Melalui Amalan Pemakanan 10) Bab 10 Mencerdaskan Akal Bayi 11) Bab 11 Pemakanan Seimbang 12) Bab 12 Makanan Segera Mengacam Minda 13) Bab 13 Mencerdaskan Minda Dengan Aktiviti Fizikal 14) Bab 14 Mencerdaskan Minda Melalui Pemerhatian

15) Bab 15 Mencerdaskan Minda Melalui Ketenangan Jiwa 16) Bab 16 Mencerdaskan Minda Dari Aspek Psikologi 17) Bab 17 Mencerdaskan Minda Dari Aspek Motivasi 18) Bab 18 Agenda Bertindak Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat samada pelajar, ibu bapa, guru dan setiap individu yang ingin meningkatkan keupayaan diri dengan mencerdas dan menajamkan minda. Ia merupakan buku panduan yang senang dipraktikkan untuk anda memiliki minda yang hebat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Sebuah buku yang hebat setanding dengan pelbagai warna yang terdapat didalamnya. Selamat Membaca!

You might also like