You are on page 1of 7

SULIT

UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 TAHUN 2017

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011


Januari 2017
1 jam Satu jam lima belas
minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawaban objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

011 [Lihat halaman sebelah

SULIT
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 2 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Muhamad tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di
hospital.
A dia
B kalian
C beliau
D mereka

2 ________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun


durjana di perairan Selat Melaka, kata Bendahara kepada baginda sultan.
A Beta
B Hamba
C Tuanku
D Patik

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita
terutamanya di Terengganu.
A menekat
B menenun
C menyulam
D menganyam

4 Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka
silang kata itu.
A memerah
B mengilap
C menerjah
D mencanai
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 3 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

5 Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Kota Setia gigih menjalani latihan. ________,
mereka menjuarai pertandingan itu.
A Setelah itu
B Kalau begitu
C Oleh itu
D Namun demikian

6 Klinik Kesihatan Seberang Perak ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk
aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
A terhebat
B kehebatan
C memperhebat
D memperhebatkan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Rahmat belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
A tekun
B rajin
C bernas
D kuat

8 Suara Kartini ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
A lunak
B garau
C manja
D nyaring

9 Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai
sukan yang bertugas.
A atas
B bawah
C tengah
D belakang

10 Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada
waktu malam.
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 4 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

A bari-bari
B obor-obor
C sibur-sibur
D kunang-kunang

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Mak Intan menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan
kepada pelanggannya.
A bilah
B berkas
C batang
D tongkol

12 Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,
pesan Puan Hamisah kepada anak gadisnya.
A tutur kata
B tutur nista
C tutur bicara
D tutur bahasa

Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Kerbau menarik bentang yang berisi peti-peti ikan di tepi Pantai Teluk Senangin.
II Kakak diminta bentang permaidani yang baru dibeli itu di ruang tamu.
III Bentang kertas kerja projek pertanian itu akan disampaikan oleh pengerusinya sendiri.
IV Kawasan hutan yang luas bentang itu dipenuhi oleh pelbagai spesies flora dan fauna.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 5 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh, kata adik
kepada kakak.
A Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang
sungguh enak.
B Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah
disajikan oleh ibu.
C Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu
dan kakak mereka.
D Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang
ayam yang sangat enak.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Encik Norman singgah di kedai itu untuk membeli sekilogram ikan.


B Batu arang merupakan antara bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
C Dsaji Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu.
D Aisyah suka mendengar koleksi lagu-lagu nyanyian seniman agung P. Ramlee.

16 I Cik Yatimi menghiasi mukanya supaya lebih kelihatan cantik dan ceria.
II Hujan yang mula melebat menyebabkan kawasan rendah itu ditenggelami air.
III Mukanya berkerut cemas sambil menajam matanya memandang kepada budak itu.
IV Perajurit kita sanggup berkorban nyawa demi untuk mempertahankan negara tercinta.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 17 hingga Soalan 20


UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 6 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cepat bersiap, sekejap lagi kita nak pergi berkelah, kata Pak Lang kepada kami.

Tanpa banyak bicara, kami segera bersiap. Sejam kemudian, kami tiba di pantai Teluk Batik.
Aku terpegun melihat pemandangan di sekitar pantai itu.

Selesai sahaja menurunkan barang, aku dan Aman, anak Pak Lang yang seusia denganku
menuju ke pantai. Kami meninggalkan Kak Su dan Syuhada bersama-sama dengan ibu mereka
untuk menyusun barang dan bekalan yang dibawa. Tidak sabar rasanya hendak mandi di laut
kerana inilah pengalamanku yang pertama. Tanpa membuang masa, aku terjun ke dalam air.

Masinnya air laut, pedih mataku! ujarku diikuti gelak ketawa Aman.

Aku kagum melihat kecekapan anak-anak Pak Lang berenang. Sedang asyik mandi-manda,
tiba-tiba aku hilang imbangan dan hampir lemas. Mujurlah Kak Su telah menyelamatkan aku.
Betapa malunya aku diselamatkan oleh Kak Su kerana tidak tahu berenang.

Setelah perasaanku tenang semula, aku memberanikan diri untuk mandi-manda di gigi air.
Aman menasihatiku supaya berhati-hati. Kulihat anak-anak Pak Langku selamba sahaja
melonjak ketika ombak besar melanda. Akhirnya, aku melangkah ke air separas pinggang
setelah keyakinanku mula berputik. Belum puas kami mandi, Pak Lang menyuruh kami
membilas badan di bilik mandi yang berhampiran. Sementara menunggu kami bersiap, Pak Lang
memasukkan semua barang ke dalam kereta.

Bagaimana perkelahan di sini, Fahim? Tanya Mak Long kepadaku ketika meninggalkan
pantai itu.

Wah, hebat dan menakjubkan, Mak Lang! balasku dengan pantas.

Baguslah, Fahim. Pengalaman itu cukup berharga, bukan? Cuti nanti, ajaklah adik-adik
kamu bersama-sama. Bolehlah kita pergi ke tempat-tempat menarik yang laim pula, ujar Mak
Lang lagi.

17 Mengapakah aku hampir lemas ketika mandi di laut?


A Matanya pedih
B Hilang kawalan
C Tidak berkeyakinan
D Pengalaman pertamanya

18 Penulis berasa malu kerana


A terminum air laut yang masin dan berasa pedih mata.
B hilang imbangan dan hampir lemas ketika mandi
C diketawakan oleh Aman kerana tidak sabar hendak mandi.
D Kak Su yang menyelamatkannya daripada lemas.
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 7 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

19 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Fahim.


A Suka menasihati
B Cepat bertindak
C Cekap berenang
D Sentiasa membantu

20 Rangkai kata keyakinanku mula berputik dalam petikan bermaksud


A penulis melihat keupayaan semua sepupunya bermain ombak.
B Kak Su ada bersama-sama ketika menyelamatkan penulis.
C penulis semakin mahir berenang walaupun ombak besar.
D perasaan penulis kembali tenang dan berani.

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like