You are on page 1of 24

1.

0 PENDAHULUAN
Hudud merupakan satu isu yang hangat dibingkan dalam kalangan masyarakat mutakhir ini.
Perbiangan ini bukan terbatas dikalangan para ilmuan sahaja namun ia juga mengajak ahli
politik, mahasiswa, para guru, pimpinan peringkat kampong dan termasuklah orang ramai.
Apa yang lebih menarik perbiangan ini turut melibatkan orang bukan Islam dalam mengakaji,
berseminar, dialog, forum, debat dan lain-lain lagi. Pelbagai reaksi, pandangan dan
tindakbalas diperolehi daripada perbinangan ini. Justeru penulisan ini akan membentangkan
kelbagaian pandangan terhadap enakmen hudud di Kelantan.

2.0 SEJARAH ENAKMEN


Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah pada
tahun 1985. Enakmen ini kemudiannya telah dipinda pada tahun 1987 Enakmen Kanun
Jenayah Syariah (Pindaan) 1987.
Apabila Parti Islam SeMalaysia (PAS) memenangi pilihanraya umum pada tahun 1990 dan
berjaya membentuk kerajaan negeri, maka Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii)
pula diluluskan. Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii)1993 (Hukum Hudud)
telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ketika
enakmen ini dibawa ke Dun Kelantan, kesemua 36 Ahli Dewan yang hadir telah menyokong,
termasuk dua Adun Umno iaitu Wan Mohd Najib Wan Mohamed (Limbongan) dan Nordin
Salleh (Sg Pinang). Yang tidak mengundi ialah Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz,
sebab berada di hospital.
Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (RUU) yang diluluskan oleh Dewan
Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 ini dimulai dengan tajuk permulaan dan enam
bab berikutnya. RUU tersebut merangkumi tiga kategori iaitu kesalahan yang boleh
dikenakan hukuman had, kesalahan yang boleh dikenakan hukuman qisas dan takzir.
Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hukuman hadd yang dimasukkan di dalam RUU
ini ialah kesalahan sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina (melakukan persetubuhan
haram), qazaf (membuat tuduhan bahawa seseorang itu melakukan zina yang mana tuduhan
itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi), syurb (meminum arak atau minuman
yang memabukkan) dan irtidad atau riddah (keluar daripada agama Islam). Manakala
1

terdapat dua kesalahan yang dikenakan hukuman qisas iaitu jenayah yang menyebabkan
kematian dan jenayah yang menyebabkan kecederaan.
Namun hasrat kerajaan negeri ini tidak dapat diteruskan apabila usul hudud ini tidak
dibahaskan di peringkat parlimen. RUU ini tidak dapat dibentangkan disebabkan halangan
perlembagaan negara. Manakala Ketua Hakim Negara pada ketika itu pula telah memutuskan
bahawa Islam dalam perlembagaan hanya terbatas kepada soal-soal upacara rasmi negara
semata-mata dan tidak lebih daripada itu
Usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan hukum hudud itu tidak terhenti di situ. Sebagai
meneruskan usaha kerajaan negeri dengan kuasa yang terbatas maka pelbagai usaha lain telah
dilaksanakan untuk memberi maklumat dan ilmu kepada rakyat Kelantan seperti mengadakan
hari hudud peringkat negeri dan daerah, mengadakan kempen, paparan maklumat di
billboard, ceramah, kuliah-kuliah ilmu dan lain-lain lagi. Usaha ini boleh dijadikan sebagai
persediaan awal ke arah merealisasikan hasrat kerajaan dalam melaksanakan hudud di negeri
Kelantan.
Selepas pilihanraya umum ke13 pada tahun 2013 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato
Jamil Khir Baharom dalam ucapannya di parlimen menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan
bersedia memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri yang ingin melaksanakan
undang-undang hudud dinegeri masing-masing termasuklah negeri Kelantan di bawah
pemerintahan kerajaan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Bertitik tolak dari situ maka kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar. Dato
Ahmad Yacob bersama exconya sekali lagi membawa Enakmen Undang-Undang Jenayah
Syariah (ii) 1993 pindaan 2015 ke Dewan Undangan Negeri untuk dibentangkan.
Perbentangan ini mendapat sokongan daripada yang mulia sultan Kelantan.
"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang
Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan
76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun
Jenayah Syariah Kelantan.

"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-Allah,"1 titah baginda ketika
ucapan perasmian DUN Kelantan keli ke13 pada 16 mac 2015.

3.0 KANDUNGAN ENAKMEN 2


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenaya Syariah
(II) (1993) 2015 pada 17 mac 2015 dengan persetujuan sebulat suara dari kesemua 44 (31
PAS, 12 Barisan Nasional dan 1-PKR) anggota dewan. Satu kerusi yang dimiliki PAS iaitu
DUN Chempaka kosong ketika itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Bentara Setia
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb 2014.
Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan,
YAB Datuk Ahmad Yakob hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia
dilaksanakan kelak di negeri itu. Ia mengandungi beberapa jenis kesalahan hudud termasuk :

1. Sariqah (mencuri)
2. Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan)
3. Zina termasuk liwat
4. Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat)
5. Syurb (minum arak atau memabukkan)
6. Irtidad (murtad)
Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan empat anggota dewan iaitu Datuk
Hassan Mohamood (PAS-Tawang), Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Dr Yusnan
Yusof (PAS-Melor) dan Datuk Husam Musa (PAS-Salor).

Sebelum ini, Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali hukum hudud, qisas dan takzir,
1 Titah uapan Yang Mulia Tengku Mohammad Faris, Sultan Kelantan di perasmian
Sidang Dewan Undangan Negeri kali ke 13
2 Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015
3

tertangguh pelaksanaannya lebih 20 tahun selepas ia diluluskan DUN Kelantan pada 1993
kerana kekangan dari segi perundangan.
Usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan kanun berkenaan menempuh pelbagai kontroversi
terutama tentangan daripada orang bukan Islam khususnya DAP iaitu rakan PAS dalam
pakatan pembangkang.
Parti Gerakan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon
deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.
Beberapa pindaan dibuat pada kanun berkenaan iaitu ia hanya terpakai kepada orang Islam
mukallaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam
untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas mereka.
Pindaan turut dibuat pada Seksyen 15(2) kanun tersebut dengan penambahan peruntukan
hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.
Pindaan lain adalah tentang kelayakan hakim, pemberhentian hakim, gaji dan elaun hakim
serta struktur mahkamah daripada Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan dan
penukaran kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang telah wujud daripada Suruhanjaya
Kehakiman Negeri yang belum wujud. Pindaan turut dilakukan pada struktur ayat untuk
disesuaikan dengan undang-undang sedia ada.
Kanun ini juga menyediakan peruntukan untuk kesalahan hudud dan hukuman bagi tujuh
kesalahan iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina, liwat, qazaf, syurb (minum
arak) dan irtidad (murtad).
Antara hukuman yang diperuntukkan di bawah kanun itu adalah bagi kesalahan mencuri kali
pertama, pesalah akan dipotong tangan kanan, kesalahan kali kedua dipotong tangan kiri dan
kesalahan kali ketiga pula dipenjara tidak melebihi 15 tahun.
Bagi kesalahan merompak, pesalah boleh dihukum bunuh atau disalib, dihukum bunuh jika
mangsa dibunuh tetapi hartanya tidak diambil dan dipotong tangan kanan dan kaki kiri jika
harta sahaja diambil.
4

Kesalahan qazaf pula, pesalah boleh dihukum sebat sebanyak 80 kali dan minum arak pula,
sebatan tidak lebih 80 kali dan tidak kurang 40 kali. Selain itu, bagi kesalahan zina, pasangan
yang berkahwin boleh direjam sehingga mati manakala belum berkahwin boleh disebat 100
kali dan pejara setahun. Bagi kesalahan murtad pula, mesti bertaubat dalam tempoh tiga hari
dan jika enggan, boleh dihukum bunuh.
Rang Undang-Undang itu yang sepatutnya dibentangkan pada persidangan dewan Disember
tahun lepas telah ditangguhkan berikutan banjir luar biasa yang melanda Kelantan.

4.0 KEPELBAGAIAN KEFAHAMAN DAN PANDANGAN TERHADAP ENAKMEN

4.1 YAB Datuk Ahmad Yacob, Menteri Besar Kelantan 3


Melalui uapan perbentangan di Deawan Undangan Negeri YAB Datu Menteri Besar sekali
lagi menegaskan bahawa rang undang-undang kanun jenayah syariah ini adalah
bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Oleh kerana itu beliau menggelarkan golongan yang
menolak atau mempertikaikannya sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan yang terbit
dari hati orang-orang yang tak beriman.
Beliau juga menegaskan bahawa Kanun Jenayah II adalah terpakai kepada orang Islam sahaja
iaitu orang Islam yang mukalaf (Akil dan Baligh) yang melakukan kesalahan di bawah
Kanun ini, di negeri ini. Manakala ke atas orang bukan Islam ianya tidak terpakai. (uapan
pembentangan d DUN pada 16 mac 2015)
Datuk Ahmad menyatakan keperluan undang-undang ini dilaksanakan yang bertujuan
menjaga dan mendidik serta mencegah masyarakat khasnya di Kelantan dan Malaysia amnya
daripada terjebak dengan jenayah yang jelas ditegah oleh syarak.

3 Datuk Ahmad Yakob menggantikan dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat


pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah
belajar di Maahad Muhammadi. Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar,
Mesir. Menjawat jawatan Menteri Besar selepas pilihanraya umum ke 13

"Dengan terlaksana hukum syarak yang difardukan oleh Allah, kita yakin ianya akan
dihakimi dengan keadilan yang hakiki, serta menjaga keselamatan berkait agama, diri,
nyawa serta harta,"
Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pindaan yang dibentangkan bertujuan memastikan
enakmen syariah itu selari dengan undang-undang negara. Oleh kerana itu draf undangundang ini telah disemak oleh pakar-pakar perundangan syarie, serta pegawai-pegawai
perundangan dan pegawai-pegawai akademik yang berkaitan di peringkat negeri dan
persekutuan sebelum ianya dibentangkan di Dewan 4

4.2 Datuk Nik Ammar bin Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan 5
Tujuan utama kita (Kelantan) ingin laksanakan Kanun Jenayah Syariah ini adalah bertujuan
untuk meletakkan undang-undang Islam itu pada kedudukanya. Ia merupakan usaha
melaksanakan keadilan dalam pemerintahan iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Kanun Jenayah Syariah ini sedikit berlaianan dengan Undang-undang hudud yang
dikuatkuasakan di Brunei iaitu undang-undang ini hanya dikenakan kepada golongan Islam
yang mukallaf sahaja. Manakala penjenayah yang bukan Islam terkeuali daripada dibicarakan
di bawah kanun ini.
Isu ini (hudud) menjadi perbahasan semula setelah sekian lama menyepi disebabkan ucapan
Dato Seri Jamil Khir yang menyatakan bahawa kerajaan persekutuan bersedia memberi
kerjasama kepada mana-mana negeri yang berhasrat melaksanakan hukum hudud termasuk
negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS.
Walaupun isu ini tidak dibahaskan setelah mendapat halangan daripada kerajaan persekutuan
pada tahun 1994 namun pelbagai usaha telah dilaksanakan. Antara usaha yang masih
4 Pembentangan KJS II di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Persidangan kali ke
13
5 Dato' Nik Amar merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji
Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku
Ibrahim. Bondanya merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui
nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Long Zainal Abidin Bin Sultan
Muhammad III.
6

dilaksnakan sehingga kini ialah mengadakan sambutan Hari Hudud di peringkat negeri dan
daerah pada setiap tahun. Disamping itu beberapa kempen ke arah mewujudkan suasana yang
harmoni juga giat dilaksanakan seperti kempen menutup aurat, menutup pusat-pusat judi dan
sebagainya. Diharap dengan terlaksananya Kanun Jenayah Syariah ini nanti negeri Kelantan
akan lebih diberkati oleh Allah SWT. 6

4.3 Ybg Ustaz Azhar Idrus (Peneramah bebas)


Ketika ditanya berkaitan isu ini beliau menegaskan bahawa setiap orang yang beragama
Islam wajib berazam dalam hatinya untuk melihat undang-undang Allah terlaksana di Negara
kita. Tanpa niat sedemikian hukumnya berdosa. Kerana berjuang menegakkan agama Allah
adalah fardhu ain iaitu wajib atas setiap mukallaf. Beliau dengan tegas menyatakan golongan
yang menolak dan menghalang hukum ini terlaksana adalah munafik dan sesiapa yang
menyokong golongan yang menghalang ini hukumnya paling kurang berdosa.
Beliau menyandarkan pandangannya dengan firman Allah.

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang


terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekalikali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (An-Nisaa' 4:145)

Beliau juga menjelasakan bahawa jika berlaku kes jenayah, maka orang Islam wajib
menerima hukuman hudud. Untuk orang bukan Islam mereka ada pilihan. Jika tidak mahu
hukum hudud maka akan dihukum dibawah undang-undang sivil (takzir). Undang-undang
sivil ini boleh digubal sehingga setaraf dengan undang-undang hudud. Semua ini telah
digubal oleh para ulamak semenjak beratus tahun di dalam kitab-kitab muktabar. Maka
berkaitan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan kita mesti sokong ke arah pelaksanaannya.
Menolak hukum Allah ini dengan bermacam alasan adalah munafik berdasarkan firman
Allah7

6 Ucapan Wacana Hudud di pejabat Sinar Harian, Shah Alam (2014)


7

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum AlQuran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya
engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia)
dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
(An-Nisaa' 4:61)

4.4 Dato Mohd Asri Zainal Abidin 8


Pada dasarnya, beliau menyokong hasrat baik kerajaan Kelantan. Beliau menegaskan bahawa
hudud itu asasnya ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Maka seorang muslim tidak boleh
menentang hudud yang terdapat dalam kedua sumber agung tersebut. Dalam masa yang sama
kita hendaklah tahu bahawa perincian ataupun pendetilan undang-undang hudud itu
kebanyakannya tidak disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ataupun mungkin disebut
dalam beberapa nas, tetapi dari segi perbincangan fekahnya, boleh diandaikan pelbagai
tafsiran, ini yang yang disebut sebagai zanniah al-dilalah (dalil yang boleh berikan lebih dari
satu andaian).
Beliau juga berpandangan bahawa pendetilan kepada undang-undang hudud kebanyakannya
adalah ijtihad ataupun kesimpulan pandangan hukum yang dirumuskan oleh sarjana muslim
dari pelbagai latar. Maka, kita dapati terdapat perbezaan dalam pendetilan hukum seperti
kadar kecurian, suasana undang-undang itu dilaksanakan, bagaimana hukuman dilaksanakan,
apakah taubat menggugurkan hukuman ataupun tidak, apakah mengandung cukup sebagai
bukti dan lain-lain.
7 Ceramah bulanan di Masjid As Salam, Bandar Baru Puchong
8 YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (lahir 1 Januari 1971 ) ialah
seorang profesor madya fakulti pengajian islam di Universiti Sains Malaysia,
bekas Mufti Perlis dan dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada tahun 2015
menggantikan Dato Dr Juanda Jaya yang telah tamat kontrak. Beliau juga
merupakan kolumnis Minda Dr. Maza atau "Pena Mufti" dalam akhbar Mingguan
Malaysia semenjak 11 Mac 2007
8

Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza
pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam
penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen. Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan
yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah
dan menghormati hukum asas.
Suasana baru yang dihadapi oleh umat Islam hari ini menuntut ijtihad-ijtihad baru berkaitan
hudud. Ini turut disuarakan oleh sarjana-sarjana besar fekah di zaman ini seperti al-Syeikh
Mustafa Zarqa r.h, Muhammad Abu Zahrah, r.h, Dr al-Qaradawi dan lain-lain. Justeru, alSyeikh Mustafa Zarqa tidak bersetuju hukuman rejam di zaman ini.
Soal latar keadaan untuk perlaksanaan sesuatu hukum juga hendaklah dikaji dengan teliti.
Untuk memudahkan pemahaman orang awam, sedekah umpamanya merupakan satu syariat
yang disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tiada siapa pun boleh membantah galakan
bersedekah. Namun, bagi individu yang melaksanakan sedekah, dia mungkin boleh
dipertikaikan ataupun dipersoalkan di sudut kelayakan dirinya, kesesuaian masa, kesesuaian
sasaran sedekah, keutamaan yang patut didahulukan, jenis barangan yang diberikan, kesan
sedekahnya, cara dia bersedekah dan seumpamanya. Mempertikaikan kebaikan dan syariat
sedekah itu adalah merosakkan akidah. Namun, membincangkan semula cara, pendekatan,
keadaan individu yang bersedekah itu adalah dibolehkan.
Beliau menasihati umat Islam supaya berhati-hati, jangan sampai mempertikaikan syariat
hudud itu sendiri. Namun begitu mereka boleh bertanya balas, tidak bersetuju dengan
beberapa ijtihad berkaitan hudud yang dipilih.
Saya sekali lagi menegaskan, saya menyokong hasrat Kelantan. Namun dalam masa yang
sama, saya memohon agar diberikan ruang supaya enakmen itu disemak lagi oleh pakarpakar perundangan Islam dan maqasid as-Syariah dipelbagai peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Semakan itu perlu agar kegagalan perlaksanaan hudud yang pernah berlaku
di Libya, Sudan, Negeria, Pakistan tidak berulang di Malaysia yang akhirnya memberikan
mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah
pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang telah dibuat oleh mereka.9

9 Perbincangan Wacana Hudud di pejabat Sinar Harian, Shah Alam (2014)


9

Ketika ditanya mengenai keadaan yang tidak kondusif untuk melaksanakan hokum ini beliau
menyatakan bahawa kita hendaklah mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan
seakan menggambarkan kekejaman undang-undang yang telah berlaku bawah pentadbiran
Taliban, cara hudud ISIS, Bokoharam dan lain-lain. Versi hudud mereka tidak memenuhi
maqasid syariah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Belaiu mengingat umat Islam supaya berhati-hati kerana hudud mungkin dijadikan senjata
kepada musuh Islam. Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama,
ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka. Kita umat
Islam kini sedang hidup dalam era persepsi yang salah terhadap Islam dan ajarannya. Musuhmusuh Islam merancang persepsi yang salah ini.
Hudud adalah pintu yang berat tapi indah lagi menyelamatkan. Maka, kita memerlukan
rumah yang sesuai untuk memasangnya. Jika dipasang di rumah yang buruk, mungkin pintu
indah tapi berat itu boleh meruntuhkan rumah. Namun, jika dipasang di rumah yang indah
juga, maka keindahan pintu itu akan terserlah dan keselamatannya akan zahir. 10

4.5 Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia 11


Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang
terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu
ditubuh. Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa
kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu
kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan
dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu
mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran,
ibadat dan hukum dalam Islam.

10 Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti negeri Perlis


11 Tun Dr Mahathir bin Mohamad, dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang
cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat (16 Julai 1981 31 Oktober 2003)
10

Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat
Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini. Sementara
itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia
masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara.12

4.6 Dato Dr Masyitah Ibrahim


Sejak 1993-94, Pas menuduh Kerajaan Persekutuan sebagai penghalang Kanun Jenayah
Syariah II yang dalamnya terkandung hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Kerajaan
Kelantan rupanya masih trauma dengan kandungan surat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr
Mahathir Mohamad yang kononnya mengancam akan mengambil tindakan jika Pas
meneruskan hajat mereka itu.

Tapi itu dua dekad lalu. Tun Dr Mahathir sudah lama bersara dan tidak berkuasa lagi. Apa
lagi yang nak ditakutkan? Jika berani kerana Allah, kenapa takut kepada manusia? Hakikat
sebenarnya ialah cabaran Pas dalam usaha melaksanakan hudud kerana tentangan kuat dan
total DAP, bukan Umno. Baru-baru ini, apabila seorang wakil rakyat Umno mencadangkan
Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud memandangkan Kelantan gagal, saya
turut menyokong cadangan itu. Dalam hal ini, pendirian Umno konsisten. Kita menyokong
hukum ALLAH.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : Hindarilah hukum selama
kamu masih menemui alasan untuk menghindarinya.(Riwayat Ibn Majah)
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Tolaklah hukum terhadap Muslimin selama kamu boleh maka jika ada jalan keluar
lepaskanlah dia, sebagai seorang imam atau hakim itu jika keliru dalam memberikan
ampunan, adalah lebih baik daripada keliru menjatuhkan hukuman. (Riwayat Tarmidzi)

4.7 Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak

12 Ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, 1994

11

Beliau menegaskan bahawa kerajaan persekutuan tidak akan laksanakan undang-undang


hudud di Malaysia. Walaupun kita (UMNO) terima undang-undang ini adalah undang-undang
Tuhan. Sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini
(undang-undang hudud) tetapi jika kita mahu laksanakan maka ia mesti berpaksikan kepada
realiti. Kalau kita tanya kepada para ulamak, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan
melainkan kita melihat kepada persekitaran dan realiti.
Matlamat sesuatu pentadbiran itu mengikut Islam ialah tergolong dalam prinsip-prinsip
maqasid syariah. Antara maqasid syariah ialah untuk memelihara agama, nyawa, akhlak
dan sebagainya. Dengan keadaan sekarang ini melalui undang-undang yang sedia ada
prinsip dan matlamat maqasid boleh dipertahankan dan boleh diperjuangkan oleh kita.13

4.8 Dato Kazim Eliyas


Hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya rakyat Malaysia bersatu menerima hukum
tersebut. Seperti yang kita ketahui hukum hudud yang wajib dilaksanakan adalah untuk
semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada pengecualian kepada yang bukan
beragama Islam.
Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman
yang berbeza..orangg Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum
rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pula mungkin akan didenda ataupun tidak
dikenakan apa-apa denda pun.Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu
adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam.Pasangan yg
bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yg
beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin). Di sini kita
akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama. Bagaimana pula dengan
kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan diapati bersalah,
seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam? Hanya pencuri beragama Islam dipotong
tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.

13 Ucapan di Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat, Ipoh Perak 2014


12

Cara untuk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah kita kena meminda undangundang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan
hukuman hudud, barulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman.
....masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen
dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? Mahukah DAP,
PKR malah sebahagian ahli parlimen Pas menerima cadangan pindaan ini ? Adakah hak
meminda undang-undang di Malaysia terletak di tangan menteri-menteri UMNO secara
total? Tentulah tidak kan? Dan jangan ingat semua penyokong-penyokong serta pemimpin
Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR
mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.14
4.9 Dr. Fatul Bari Mat Jaya
Saya tidak ingin membahaskan apakah hudud itu wajib dilaksanakan atau tidak. Berkata
sebahagian ulama dalam bidang bahasa, Sangat tidak masuk akal dalam minda seseorang
itu sekiranya dia memerlukan dalil bagi membuktikan waktu siang. Sedangkan sekiranya kita
berada di siang hari, itu sudah cukup tanpa kita membuktikan bahawa siang adalah siang.
Begitu juga apabila kita membicarakan tentang kewajipan hukum Allah SWT. Hukum
perlaksanaannya telah jelas tanpa perlu dipanjangkan lagi perbahasannya. Apa yang perlu
dibincangkan dari semasa ke semasa, dari forum ke forum, wacana ke wacana, seminar ke
seminar adalah kesesuaian, suasana yang kondusif ke arah pelaksanaannya, dan kaedah
perlaksanaannya.
Beliau telah memberi pandangan dalam isu hudud ini. Antaranya beliau mencadangkan dua
aspek yang perlu dibincangkan :
Pertama : adalah penggubal dan ialah pelaksana undang-undang. Mana-mana manusia, manamana negara, bila-bila zaman dan sebagainya tidak terkecuali dari pelaksanaan dan
tanggungjawab yang berat ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa Allah SWT menyatakan di dalam banyak ayat di dalam AlQuran bahawa barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan maka
kafir, maka dia zalim, maka dia fasiq, sesuai dengan keadaan-keadaan dan rincian
14 Ceramah sempena pilinraya keil DUN Pengkalan Kubor 2014
13

perbahasannya. Kewajipan pelaksanaan hukum Allah bagi pelaksana hukuman, bagi yang
menggubal undang-undang, bagi yang memerintah, mereka ini perlu berusaha ke arah itu. Ini
adalah tanggungjawab pelaksana.
Kedua : adalah berkaitan kaedah perlaksanaan. Kaedah pelaksanaan ini perlu dirincikan dan
perlu diperhatikan. Kita tidak boleh pindahkan perbahasan ulama yang terkandung dalam
kitab-kitab fiqh, secara literal dan masukkan ke dalam perlembagaan Negara kita tanpa
meraikan suasana dan melihat kepada keadaan, sedangkan pelaksanaan hukum Allah itu
sendiri sangat luas perbincangannya.
Sebagai contoh apabila kita mendengar firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 229,
Itulah hudud (batasan-batasan) Allah maka jangan kamu melampauinya. Dan dalam ayat
yang lain, Jangan kamu mendekatinya (yakni melampauinya). Sedangkan di dalam ayat
tersebut Allah SWT membicarakan tentang hukum hakam yang berkaitan ibadat puasa. Ia
juga salah satu daripada hukum Allah.
Kerana itu Syaikh Abdul Wahab Khallaf dalam bukunya Usul Al-Fiqh, apabila membicarakan
tentang hukum-hukum Islam, beliau membahagikan kepada tiga bahagian ;
1. Hukum hakam berkaitan akidah,
2. Hukum hakam berkaitan akhlak,
3. Hukum hakam yang berkaitan amali.
Hukum hakam yang berkaitan dengan amali inilah beliau pecahkan kepada dua;
1. Berkaitan muamalat, yang termasuk di dalamnya hukum qisas, tazir, hukum had (hudud).
2. Berkaitan ibadat, seperti solat, puasa, zakat, haji.
Hudud sebenarnya adalah salah satu cabang daripada cabang-cabang hukum Islam yang
sangat luas. Maka dalam memastikan kaedah pelaksanaan, kita perlu memahami terlebih
dahulu tentang apa itu hukum Islam. Dan apabila kita mengenali hukum-hukum Islam, kita
perlu lihat pula yang mana daripadanya yang perlu kita beri perhatian dan keutamaan.

14

Tidak ada perselisihan di kalangan ulama-ulama salaf terdahulu bahawa perkara yang
terpenting yang perlu ditegakkan di atas muka bumi ini adalah kalimah Tauhid,
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.
Realiti dan keadaan masyarakat pada hari ini. Sejauh mana kita pada hari ini memberikan
penjelasan kepada seluruh masyarakat tentang apa itu hukum had dan hikmah di sebaliknya.
Kebanyakan orang apabila ditanyakan kepada mereka apa itu hukum hudud, mereka
menggambarkan hudud adalah potong tangan, rejam, qisas. Itu yang digambarkan,
perlaksanaan hukum.
Itu adalah permasalahan. Kerana itu apabila di Pakistan dan Afghanistan wujud kelompok
tertentu yang ingin menegakkan hukum had, wujud perpecahan yang tidak berkesudahan
kerana apa yang difahami oleh masyarakat adalah hukum ini adalah hukum yang kejam dan
keras seperti apa yang digambarkan oleh media-media Barat, maka akhirnya wujud ribuan
masalah dan pembunuhan demi pembunuhan. Itu antara implikasi akibat ketidakfahaman
masyarakat.
Kesesuaian hukum Allah di setiap zaman adalah ketetapan Allah. Tidak timbul persoalan
Allah tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Ini satu perkataan yang
mustahil yang datang daripada orang yang tidak beriman kepada Allah SWT. Mana mungkin
Allah SWT mensyariatkan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan persekitaran manusia.
Maka hukum hudud ini sesuai dilaksanakan pada setiap zaman, cuma kaedah perlaksanaan
dan persekitaran masyarakat itu yang perlu diubah dan disesuaikan agar hukum Allah itu
dapat ditegakkan.
Ini yang dimaksudkan dengan suasana kondusif; sejauh mana kita telah memberikan
kefahaman yang tepat kepada masyarakat, sejauh mana pemahaman mereka, bagaimana
hendak mengawal arak, kedai-kedai arak dan pusat maksiat berleluasa, bagaimana hendak
membanteras amalan-amalan syirik yang berleluasa di tengah-tengah masyarakat tanpa
mereka sendiri menyedarinya dan tidak diberi penjelasan yang betul, bagaimana isu judi, isu
orang-orang kafir, bagaimana hukum ini hendak dilaksanakan ke atas mereka.
Sudah semestinya hukum ini perlu dilaksanakan juga ke atas orang kafir dan setiap manusia
sama ada di kalangan orang atasan atau orang bawahan. Hukum ini secara khusus dan syariat
Islam secara umumnya perlu difahami terlebih dahulu. Hukuman hudud tidak dapat
15

dilaksanakan selama mana ruang-ruang dan pintu-pintu kepada kemaksiatan belum ditutup,
apatah lagi dalam keadaan negara yang mempraktikkan demokrasi, di mana pilihan berada di
tangan rakyat untuk memilih apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu.
Apakah hukum Allah layak diberikan kepada manusia untuk memilih apa yang mereka mahu
buat dan apa yang mereka tidak mahu?
Sebab itu kita perlu melihat kesesuaian dan merujuk pengalaman negara-negara luar yang
telah melaksanakan hukum ini. Bahkan di tanah Arab, bukan secara keseluruhan hukuman ini
dilaksanakan. Wallahu alam. 15
4.10 Tun Abdul Hamid (Bekas Ketua Hakim negara)
Boleh dilaksanakan dengan terlebih dahulu meminda Akta mahkamah Syariah (bidang
Kuasa Jenayah) 1965. Namun kerajaan negeri perlu memikirkan masalah baharu yang
mungkin timbul dari segi perundangan dan pentadbiran selain tindakan tersebut masih
memerlukan persetujuan kerajaan persekutuan untuk kelulusan.
Berhujah dengan tindakan Saidina Umar menangguhkan hukuman ketika musim kemarau.
Jika dilaksanakan akan menjadikan berlakunya ketidakadilan terhadap masyarakat
4.11 Dato Zaid Ibrahim
Seara individu bekas menteri berpandangan bahawa dengan lulusnya pindaan Enakmen
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Kelantan yang disokong sepenuhnya oleh semua ahli
politik negeri, baik daripada parti PAS, UMNO mahupun PKR kita orang Melayu yang
lebih waras perlu membuat rancangan untuk menyokong mana-mana parti politik yang dapat
menyelamatkan kita daripada fahaman Fasis ala Taliban dalam senario politik kita.
Tentangan ini boleh wujud dengan bentuk sebuah parti baharu yang terdiri daripada Persatuan
Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) jika mereka benar-benar moderat atau dengan
menyokong DAP, yang merupakan satu-satunya parti politik yang ada integriti dalam hal ini.
Beliau juga mengatakan bukan usaha untuk melaksanakan hokum hudud ini seperti neoTaliban yang bukanya mudah untuk menghadapinya. Beliau sanggup berjerih-perih dalam
15 Artikel ini disiarkan di akhbar pada Jumaat, 16 Mei 2014

16

usaha menentangnya daripada membiarkan negara ini ditadbir sewenang-wenangnya oleh


mereka.
....Negara kita bukan sekadar sebuah tempat tetapi juga sebuah gagasan yang sangat
disayangi oleh kita semua. Kita berasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana kita
dikenali sebagai insan yang terdiri daripada pelbagai kaum yang suatu ketika dahulu daif
dan dijajah tetapi kini dapat hidup secara hormoni dan sama-sama berkongsi cita-cita untuk
hidup secara merdeka
Kita menggunakan kesempatan dalam lipatan sejarah negara kita untuk membina negara
yang bersatu padu dan demokratik yang menyanjung tinggi perbezaan dan kepelbagaian
rakyatnya.
Kita mahu sebuah negara yang memulihara budaya dan tradisi kita, dan tentu sekali kita
mahu sistem perundangan yang dapat menjamin sejahteraan kita. Kita mahu hidup dalam
aman damai, justeru itu kita semua bertekad untuk hidup berpandukan undang-undang
Perlembangaan yang sekular dengan hak yang sama dan saling menghormati.
Kita sama sekali tidak terbayang bahawa pada suatu masa nanti semua ini akan diketepikan
dengan sewenang-wenangnya seperti mana yang dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri
Kelantan.
Pelulusan pindaan hudud dengan sokongan sebulat suara daripada penggubal undangundang Kelantan menjadi bukti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan negara kita
dewasa ini.
Saya bukan mahu memperkatakan tentang perlembagaan dan undang-undang persekutuan,
kerana tentu sekali ramai yang akan menyentuh hal ini. Sebaliknya, saya bimbang tentang
sikap para pemimpin kita yang tidak mempedulikan gagasan kenegaraan.
Negara ini seolah-olah menjadi hak milik mereka sahaja. Orang lain tidak diambil kira;
rakyat seolah-olah tidak perlu diberikan penjelasan tentang apa itu hudud dan tidak perlu
diberikan input tentang undang-undang yang melibatkan mereka. Seolah-olah hanya

17

penggubal undang-undang Kelantan sahaja yang mengerti apa yang dituntut oleh Tuhan.
Seolah-olah hanya mereka sahaja yang bertakwa.
Pemimpin politik yang sama yang dengan angkuh mendakwa rakyat Malaysia yang bukan
beragama Islam tidak ada hak untuk memberikan pendapat dalam hal hudud, sedangkan
hudud mahu dijadikan undang-undang negara ini.
Pemimpin politik ini tidak berasa perlu untuk meminta pendapat rakyat Sabah dan Sarawak,
walhal sudah dipersetujui bahawa Sabah dan Sarawak diberi kuasa simpanan apabila
persekutuan Malaysia dibentuk.
Malah pemimpin politik ini tidak berusaha untuk mendapat pandangan orang lain. Mereka
bertindak seolah-olah Malaysia ialah hak mutlak mereka dan orang lain tidak perlu
dipertimbangkan. Mereka telah mengkhianati semangat kenegaraan dan apa yang tersurat
dalam perlembagaan kita.
Rakyat Malaysia yang taat tidak seharusnya tunduk pada rampasan kuasa ini. Kita perlu
menjadi Malaysia sebuah negara di mana hak, saling menghormati, kesederhanaan, dan
saling memahami antara kaum diajar dari sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi.
Kita perlu menuntut ahli politik berindak seperti insan biasa. Kita perlu mengekalkan
Malaysia sebagai negara yang rakyatnya percaya akan adanya Tuhan dan bukan melalui
diayah politik yang murahan. Kita perlu sekali lagi menjadi sebuah negara yang taakul,
yang berperikemanusiaan, dan saksama di mana para pemimpin takut pada rakyat dan
bukan sebaliknya. 16
4.12 Dato Seri Mohd Nazri Abdul Aziz
Bodoh dan tiada guna. Itu adalah reaksi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri
Nazri Aziz ketika ditanya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan yang sedang hangat
dibincangkan.

16 25 MARCH, 2015 BY NASIONALIS LEAVE A COMMENT

18

"Saya tidak peduli jika pandangan saya boleh diguna pakai terhadap kedua-dua belah parti
yang mempunyai jurang politik. Bagi saya, ia tidak pernah menjadi isu," katanya kepada The
Star Online.

Beliau mengulas langkah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengemukakan notis kepada
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membentangkan Rang Undang-undang
Persendirian bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Memetik prosedur dan Perlembagaan sebagai cabaran, Nazri berkata langkah itu adalah
'usaha sia-sia' yang disedari sepenuhnya oleh PAS. Beliau berkata sebarang pindaan kepada
Perlembagaan untuk membolehkan pelaksanaan hudud memerlukan majoriti dua pertiga di
Parlimen. Nazri, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi
undang-undang berkata PAS tidak boleh menyatakan dengan pasti bahawa mereka akan
mendapat sokongan semua ahli parlimen Islam.
"Mereka (PAS) masih memerlukan sokongan majoriti dua pertiga (148) di Parlimen,"
katanya.

Nazri berkata rang undang-undang itu tidak mungkin dapat dibincangkan memandangkan
aturan urusan kerajaaan belum selesai dan tidak akan ada masa untuk ia dibincangkan.
"Mereka bertindak bodoh. Umno tahu mengenainya beberapa tahun yang lalu dan sebab itu
kami tidak meneruskannya," katanya.
Nazri menegur PAS yang menggunakan hudud untuk muslihat politik bagi mendapatkan
semula sokongan yang hilang dari akar umbi selepas pilihan raya umum lepas.

4.13 Kumpulan pakar perundangan.


Antara mereka berkata Kelantan mungkin belum bersedia untuk menguatkuasakan hudud,
walaupun

rang

undang-undang

persendirian

PAS

itu

diluluskan

di

Parlimen.

Mereka berkata hudud bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, berhubung


isu ketidaksamaan antara orang Islam dan bukan Islam di negeri itu. Kelantan mungkin tidak
19

dapat melaksanakan hudud kerana kerana undang-undang Islam ini menuntut beberapa
keperluan utama.
"Mereka mungkin terburu-buru dalam hal ini. Wujud beban kepada kerajaan negeri untuk
melaksanakan tujuh kesalahan utama di bawah hudud.17
"Ia merupakan satu tugas yang berat seperti yang diperuntukan dalam undang-undang itu
khususnya untuk mendapatkan bukti bahawa seseorang itu melakukan suatu kesalahan.
"Falsafah di sebalik hukum hudud ialah pencegahan dan lebih dilihat sebagai penghalang,
tidak begitu banyak kepada hukuman," katanya.
Katanya lagi undang-undang itu perlu diperhalusi dengan sebaiknya."Sebagai contoh ammbil
satu kes kecurian. Di bawah undang-undang Islam, mereka perlu memeriksa latar belakang
tertuduh. Jika dia miskin, dia akan dilepaskan daripada kesalahan itu. Dia tidak boleh
dihukum," katanya.
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak sama rata kepada semua pihak tanpa
mengira agama. Jelasnya walaupun Perlembagaan membolehkan ketidaksamaan dalam
keadaan tertentu, namun beliau berkata, tidak ada peruntukan yang membolehkan
penggunaan undang-undang jenayah yang berlainan kepada orang ramai berdasarkan agama
mereka.

"Jika Parlimen meluluskannya, umat Islam di Kelantan akan dilayan secara berbeza
daripada orang bukan Islam di negeri itu dan berbeza daripada umat Islam di negeri-negeri
lain,"18

Bagaimanapun ada yang yakin bahawa Kelantan bersedia untuk melancarkan hudud.
"Orang bukan Islam tidak akan terjejas. Jika orang bukan Islam dan Islam yang ditangkap
bersama, hanya orang Islam boleh dikenakan penalti berdasarkan undang-undang itu.

17 Akbardin Abdul Kader, peguam


18 Dr Azmi Sharom, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM)
20

"Jika polis tersalah menahan orang bukan Islam, individu berkenaan boleh membawa kes itu
ke mahkamah,"19

ANALISIS PANDANGAN
Daripada kepelbagaian pandangan ini (tiga belas pandangan) dapatlah dibuat analisis dan
rumuskan bahawa terdapat empat golongan yang mempunyai pandangan berbeza terhadap
pelaksanaan Kanun Jenayah syariah II (2015) ini iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.

Pandangan yang yang menyokong tanpa syarat


Pandangan yang menyokong dengan syarat-syarat tertentu
Pandangan yang tidak bersetuju
Tidak dapat dilaksana disebabkan halangan perlembagaan dan undang-undang
pesekutuan yang sedia ada

Chart Title
setuju
tidak setuju
setuju bersyarat
halangan undangundang

Rajah 1: Peratusan kepelbagaian pandangan


19 Haniff Khatri, Peguam
21

Rajah di atas menjelaskan peratus keseluruhan daripada tiga belas pandangan yang dibuat.
Namun dapatan ini bukanlah menggambarkan pandangan keseluruhan umat Islam di
Malaysia. Kepelbagaian ini berlaku adalah berdasarkan beberapa faktor tertentu. Antaranya
perbezaan kefahaman mereka terhadap al-Quran, tahap penguasaan ilmu terhadap enakmen
hudud, tahap penguasaan ilmu maqasid syariah, undang-undang serta perlembagaan negara
dan perbezaan latar belakang politik. Justeru tajuk ini amat sesuai dijadikan sebagai kajian
lanjutan.

PENUTUP
Kewajipan melaksanakan undang-undang Islam ini atau disebut sebagai Kanun Jenayah
Syariah ini tidak dapat dinafikan kerana ianya sebahagian daripada tanggungjawab
pemerintah terhadap rakyat. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan
sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan maka sudah tentu apa sahaja
rang undang samada peringkat negeri atau negara perlu dibawa ke Dewan Rakyat dan dewan
Negara untuk dibahas dan akhirnya diluluskan.
Oleh itu bagi merealisasikan perlaksanaan hudud ini maka satu kerjasama yang baik daripada
kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu diwujudkan. Tiga badan utama dalam Negara
iaitu Eksekutif, Kehakiman dan Parlimen perlu bergerak bersama ke arah itu dengan
mengenepikan perbezaan fahaman politik. Sebuah Negara yang melebihi 55 tahun mencapai
kemerdekaan tidak mustahil ianya dapat dilaksanakan.
Sebagai penutup penulis memaparkan tiga firman Allah sebagai renungan bersama.

Maksudnya : Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu,
bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung
22

dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas
dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang
melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maaidah 5:45)

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (AlMaaidah 5:47)

Maksudnya

: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang

mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi
yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi,
dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan
hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan
hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi
penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu
takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga
diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu
menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana
mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang
23

tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana
mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

(Al-Maaidah

5:44)

BIBLIOGRAFI
1. Al-Quran, rasm Uthmani
2. Tafsir Pimpinan ar-Rahman, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur,
cetakan keenam (1995)
3. Mujam al-Mufahris al-Lafzi al-Quran al-Karim, Darul Marifah (1994)
4. Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (1993)
5. Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015
6. Rakaman Wacana Hudud Negeri Kelantan 2014, anjuran KarangKraf
Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

24

You might also like