You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN
Dewasa ini, penyelewengan akidah semakin merebak ke dalam kalangan umat Islam
terutamanya di Malaysia. Ini adalah kerana, ketika berada di dalam fasa akhir zaman ini,
semakin banyak ajaran sesat dan ideologi Barat yang cuba untuk mempengaruhi pemikiran
umat Islam dan sekali gus memesongkan akidah mereka daripada akidah yang sahih. Oleh
itu, bagi mengelakkan perkara ini terus berleluasa, kita perlulah mengetahui jenis-jenis ajaran
sesat serta ideologi Barat yang boleh merosakkan akidah umat Islam pada hari ini.

2.0 AJARAN SESAT DI MALAYSIA


Menurut Engku Ahmad Zaki (2015), ajaran sesat merupakan satu ilmu yang diajar dan
disebarkan secara rahsia atau meluas kepada orang lain dan didapati menyimpang daripada
kebenaran yang asal. Umum mengetahui bahawa ajaran sesat ini juga boleh dibahagikan
kepada tiga kategori utama iaitu ajaran baharu, ajaran tarekat dan ajaran melalui
kepercayaan dan amalan tradisi yang mistik (Zaki, 2007).

2.1 AJARAN AYAH PIN


Ajaran ayah Pin merupakan sebuah ajaran sesat yang cukup terkenal di Malaysia.
Ajaran yang diasaskan oleh Ariffin bin Mohamad ini telah mula tersebar sejak 1975 di
Kelantan dan mula bertapak di Terengganu pada 1982 serta menjadikan batu 13,
Tenang, Besut sebagai markas utama kegiatan mereka. Ajaran ayah Pin ini telah
diwartakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama dan Adat Melayu
Terengganu kerana beliau sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempelajari agama
dan ajaran serta pegangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum syarak
(Zaki, 2015).

Menurut tokoh agama yang ditemubual oleh kami iaitu Dr. Razali, beliau
menyatakan bahawa ajaran sesat ayah Pin ini mempunyai jumlah pengikutnya yang
tersendiri dan faktor utama mereka mengikuti ajaran ayah Pin ini adalah kerana
pelaksanaan ajarannya yang mudah dan tidak terikat.

Perkara ini dapat dibuktikan apabila mereka percaya bahawa memuji nama ayah
Pin adalah lebih afdal daripada zikir dan sembahyang (Zaki, 2007). Perbuatan
tersebut merupakan perbuatan yang syirik kerana memuji nama ayah Pin lebih baik
daripada memuji nama-nama Allah dan menyembah-Nya. Allah SWT telah berfirman
di dalam surah an-Nisa ayat 116 bahawa mereka yang melakukan perbuatan syirik
telah berada dalam kesesatan yang nyata.

Mereka juga percaya bahawa berzikir adalah lebih afdhal daripada sembahyang
lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk atau kasyaf maka sembahyang lima
waktu akan digugurkan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ajaran ayah Pin ini sesat
kerana sembahyang lima waktu adalah wajib seperti mana yang terdapat di dalam
rukun Islam. Ini dapat dibuktikan menerusi hadis daripada Rasulullah SAW :

‫ّللاُ َع ْن ُه َما‬
َ ‫ي‬ َ ‫ض‬
ِ ‫ب َر‬ َ ‫ع َم َر ب ِْن ْالخ‬
ِ ‫َطا‬ َ ‫ع ْب ِد‬
ُ ‫ّللاِ ب ِْن‬ َ ‫الر ْح َم ِن‬ َ ‫ع ْن أَبِي‬
َ ‫ع ْب ِد‬ َ
‫ش َهادَةِ أ َ ْن‬
َ :‫علَى خ َْم ٍس‬ ِْ ‫ي‬
َ ‫اْل ْس ََل ُم‬ َ ِ‫ ” بُن‬:ُ‫ّللاِ يَقُول‬
َ ‫سو َل‬ َ :‫قَا َل‬
ُ ‫س ِم ْعت َر‬
َ ‫اء‬
،ِ‫الز َكاة‬ ِ َ ‫ َو ِإيت‬،ِ‫ص ََلة‬
َ ‫ َوإِقَ ِام ال‬،ِ‫ّللا‬ ُ ‫ّللاُ َوأ َ َن ُم َح َمدًا َر‬
َ ‫سو ُل‬ َ ‫َّل إلَهَ َإّل‬
. َ‫ضان‬ َ ‫ َو‬،ِ‫َو َحجِ ْالبَ ْيت‬
َ ‫ص ْو ِم َر َم‬
‫رواه البخاري ومسلم‬
Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar Radhiallahuanhuma, berkata: Aku
ttelah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Islam itu didirikan atas lima perkara-
Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad
itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke
Baitullah dan puasa di bulan Ramadan. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

2.2 AJARAN SYI’AH


Syi’ah merupakan kata dasar yang bererti puak, pihak dan kelompok sementara kata
kerjanya pula ialah syayya’a atau tasyayya’a yang bermaksud berpihak, memihak,
bergabung dan menggabungkan diri (Sou'yb, 1982). Manakala menurut Ab. Latif &
Rosmawati Ali (2007), syi’ah pulah ialah kalangan mereka yang menilai serta mengira
bahawa kuasa, tapuk pemerintahan dan pemimpin itu sebenarnya menjadi hak milik
Ali dan ahli keluarga atau zuriatnya.

Ajaran syi’ah ini dikatakan menyeleweng daripada sudut akidah kerana mereka
menghalalkan nikah mut’ah (Zaki, 2015). Menurut Ab. Latif & Rosmawati Ali (2007),
puak syi’ah ini mengharuskan kahwin mut’ah berdasarkan kepada dalil:. Sedangkan
jumhur ulamak berpendapat bahawa skop yang dikehendaki dalam ayat tersebut
adalah bagi perkahwinan melalui akad yang sah termasuk memberi mas kahwin
kepada isteri apabila berlaku persetubuhan dan bukan nikah mut’ah sepertimana yang
mereka dakwa. Walaupun Islam pernah mengahalalkan kahwin mu’tah namun
kemudian, ia telah diharamkan menerusi hadis daripada Rasulullah S.A.W, baginda
bersabda:

“Wahai manusia! Sesungguhnya aku dulu pernah mengizinkan kalian untuk


melakukan nikah mu’tah. Namun sekarang Allah telah mengharamkan nikah
tersebut sampai hari kiamat.” (HR. Muslim).

Oleh itu, Al-Imam Al-Muzani rahimullah berkata: “ Telah sah bahawa nikah mu’tah
diharuskan pada awal-awal Islam. Kemudian datang hadith-hadith sahih yang
melarang perbuatan tersebut. Oleh itu, jumhur ulamak telah bersepakat bahawa nikah
mu’tah adalah haram.” (Syarh Shahih Muslim hadith no.1404 karya An-Nawawi).

Menurut Dr. Razali, kebanyakan pelajar di universiti mudah terpengaruh dengan


ajaran sesat syiah ini kerana ajaran mereka mendatangkan kemudahan dan
keuntungan kepada mereka. Contohnya adalah seperti nikah mut’ah itu sendiri.

Di samping itu, puak syiah ini juga menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli
Sunnah wa al-Jamaah sekalipun hadis mutawatir (Zaki, 2015). Ini menunjukkan
bahawa ajaran syiah ini adalah sesat dan boleh memesongkan akidah kerana
Rasulullah SAW bersabda bahawa:

ُ ‫سنَةَ َر‬
‫س ْو ِل ِه‬ َ ‫ضلُّ ْوا َما ت َ َم‬
َ َ ‫ ِكت‬: ‫س ْكت ُ ْم بِ ِه َما‬
ُ ‫اب هللاِ َو‬ ِ َ ‫ت َ َر ْكتُ فِ ْي ُك ْم أ َ ْم َري ِْن لَ ْن ت‬
Maksudnya: Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat
selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah
Rasul-Nya (hadits). (Hadis Riwayat Muslim)

Dr. Razali turut menyatakan bahawa puak syiah ini juga mengamalkan takiyyah
iaitu menyumbunyikan syiah dan menzahirkan bahawa mereka bukan golongan syiah.
Oleh itu, kita perlu lah sentiasa berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan ajaran
sesat yang dibawa oleh puak syiah ini.
2.3 AJARAN AHMADIYYAH
Menurut Zaki (2007), di antara ancaman fahaman dan kepercayaan berbentuk moden
ialah ajaran agama baru yang direka dan dicipta oleh guru atau pengasas ajaran sesat
dengan menggunakan pelbagai nama. Ajaran sesat Ahamadiyyah ini juga dikenal
sebagai ajaran Qadiani dan diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India
pada 1889 (Zaki, 2015). Ajaran ini berkembang di Malaysia bermula di Kampung
Nakhoda, Batu Caves, Selangor dan kemudian ke beberapa negeri lain seperti Kota
Kinabalu, Jasin dan Kedah (Zaki, 2007).

Ajaran Qadiani ini telah diwartakan sesat kerana Mirza Ghulam Ahmad sendiri
mendakwa bahawa dirinya sebagai nabi yang menerima wahyu, Imam Mahdi, Isa al-
Masih dan menerima mukjizat (Zaki, 2015). Selain itu, ajaran ini juga telah mengajak
pengikutnya untuk melakukan haji di Qadian, India serta menafikan Jihad serta
mengubah ayat-ayat al-Quran (Zaki, 2015).

3.0 IDEOLOGI BARAT DI MALAYSIA


3.1 LIBERALISME
Dr. Razali telah menghuraikan liberalisme sebagai bebas, tidak terikat dan kebebasan
di mana kebebasan di sini membawa maksud bebas daripada norma-norma manusia
dan agama. Sementara itu, menurut Jabatan Agama Islam Selangor (2014), secara
epitimologi, liberalisme adalah derivasi dari Bahasa Inggeris iaitu liberty atau Bahasa
Perancis iaitu liberte yang bermaksud “bebas”.

Ideologi liberalisme ini dikatakan bahaya dan boleh memesongkan akidah umat
Islam kerana menurut Jabatan Agama Islam Selangor (2014), para pendokong
fahaman ini menggunakan alasan untuk mengkaji semula agama, mentafsir semula
al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fiqh untuk tidak menzahirkan diri
mereka sebagai individu yang menolak agama. Mereka juga tidak menerima tafisran
yang dianggap kolot dan lama mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi
ijmak ulamak mujtahid, termasuk tasiran daripada Rasulullah dan para sahabat.

Selain itu, mereka juga meletakkan agama bersesuaian mengikut keadaan


semasa walaupun terpaksa menolak hukum-hakam dan peraturan agama yang telah
sabit dengan nas dan syarak qat’ie. Mereka turut menyatakan bahawa sesuatu hukum
itu wajar digugurkan jika tidak menepati hak-hak asasi manusia dan tamadun global.
Fahaman ini adalah bahaya dan boleh memesongkan akidah umat Islam kerana
mereka berfikir secara bebas dengan menggunakan akal tanpa menjadikan al-Quran
dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan utama. Pemikiran ini amat bertentangan
dengan prinsip ahli sunnah wa al-Jamaah yang menjadikan Al-Quran dan hadis
sebagai sumber rujukan. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A’raf ayat
3:

3.2 SEKULARISME
Menurut, sekularisme ialah ideologi falsafah yang memisahkan antara kehidupan
dunia dengan nilai-nilai keagamaan. Dr. Razali menghuraikan ideologi sekularisme ini
merupakan fahaman yang memisahkan agama dengan kehidupan seharian
termasuklah politik, ekonomi dan sosial.

Sekularisme boleh menyelewengkan akidah umat Islam kerana agama Islam


hanya dipraktikkan di beberapa situasi sahaja seperti aktiviti keagamaan yang hanya
boleh dilakukan di surau atau masjid sahaja dan tidak perlu dilibatkan di dalam politik,
ekonomi dan sosial. Ini adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam
merupakan sebuah agama yang syumul dan melengkapi seluruh aspek kehidupan.

Selain itu, Dr. Razali juga menyatakan pengikut ideologi ini juga mengamalkan
istilah dosa peribadi iaitu dosa yang dilakukan oleh seseorang individu adalah hal
peribadi mereka. Konsep ini amat betentangan dengan konsep amar makruf nahi
mungkar yang diajar oleh Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ِ‫صلَى هللا‬ َ ِ‫س ْو َل هللا‬ ُ ‫س ِم ْعتُ َر‬ َ : ‫ع ْنهُ قَا َل‬ َ ‫ي هللا‬ َ ‫ض‬ ِ ‫س ِع ْيد ْال ُخ ْد ِري َر‬
َ ‫عن أ َبِي‬
ْ
َ ‫ فَإ ِ ْن لَ ْم يَ ْست َ ِط ْع فَ ِب ِل‬،‫ َم ْن َرأ َى ِم ْن ُك ْم ُم ْن َكرا ً فَ ْليُغَيِ ُرهُ ِب َي ِد ِه‬:‫سلَ َم َيقُو ُل‬
،‫سا ِن ِه‬ َ ‫َعلَ ْي ِه َو‬
ِ ‫ف اْ ِْل ْي َم‬
)‫ (رواه مسلم‬.‫ان‬ ْ َ ‫ َوذَ ِل َك أ‬،‫فَإ ِ ْن لَ ْم يَ ْست َ ِط ْع فَ ِبقَ ْل ِب ِه‬
ُ ‫ض َع‬
Maksudnya: Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahuanhu melaporkan, “saya mendengar
Rasulullah bersabda, sesiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan
tangannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka
tolaklah dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Pada hari ini, muncul pula neo-secularisme yang menjadikan agama tidak
mendominasi kehidupan manusia walaupun mereka mengamalkan kehidupan
beragama. Jika agama tidak mendominasi di dalam kehidupan seharian, maka umat
Islam akan mudah terpesong akidahnya kerana lebih banyak menggunakan logik akal
berbanding merujuk al-Quran dan hadith sebagai panduan hidup.

3.3 HEDONISME

Hedonisme berasal daripada perkataan Greek iaitu hedone yang bermaksud


“pleasure” + ism. Dalam erti kata lain, hedonisme boleh difahami sebagai cara
pemikiran yang memberi keseronokan yang diterima oleh masyarakat umum.
Fahaman ideologi hedonisme ini dikatakan boleh memesongkan akidah umat Islam
kerana para hedonis sentiasa berusaha memperbaiki cara hidup mereka masing-
masing dengan memaksimumkan prinsip kegembiraan dan keseronokan dalam
kehidupan. Perkara ini bertepatan dengan kenyataan Dr. Razali yang menyatakan
bahawa pendokong ideologi hedonisme ini mencari keseronokan yang berlebihan
dengan mengamalkan hiburan yang melampau dan bertuhankan kepada nafsu
semata-mata sedangkan di dalam Islam juga terdapat hiburan yang dibenarkan iaitu
hiburan berlandaskan kepada syariat Islamiah.

Namun begitu, ideologi hedonisme ini berpendapat bahawa semua perkara yang
mendatangkan kesedihan dan kesusahan merupakan halangan untuk manusia
mengecapi kebahagiaan. Oleh itu, aliran ini memberi kebebasan yang mutlak kepada
pengikutnya walaupun perkara tersebut melanggar norma-norma hidup masyarakat
dan melampaui garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama.

Menurut Dr. Razali lagi, ideologi seperti hedonisme ini berjaya berkembang dan
mempengaruhi umat Islam di Malaysia menerusi globalisasi seperti teknologi telefon
bimbit yang semakin moden dan komunikasi tanpa sepadan ke seluruh dunia. Ini
merupakan senjata utama Barat yang menyerang umat Islam menerusi serangan
pemikiran yang telah berjaya mengubah persepsi dan gaya hidup umat Islam dari segi
pemakanan, pemakaian serta hiburan seperti lagu dan filem. Oleh itu, kita perlulah
berhibur mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam supaya tidak
terjebak dengan ideologi hedonisme ini.
4.0 DALIL AL-QURAN DAN AL-HADIS
4.1 Dalil Al-Quran
Surah an-nur 136

4.2 Hadis

Daripada Abu Hurairah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang
bermaksud :

“ Orang Yahudi telah berpecah sebanyak 71 atau 72 jenis golongan , orang Nasrani
juga berpecah sebanyak itu dan umatku pula akan berpecah sebanyak 73 jenis
golongan.”

Tambah Abu ‘Isa bahawa hadis Abu Hurairah merupakan hadis Hasan Sahih.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW , dapatlah disimpulkan bahawa penyelewengan
akidah telah berlaku sejak zaman dahulu lagi iaitu selepas kewafatan baginda
Rasulullah SAW. Baginda juga menyatakan bahawa umatnya juga akan berpecah
sebanyak 73 jenis golongan di mana 72 jenis golongan daripadanya akan masuk
neraka , manakala hanya satu golongan sahaja yang akan masuk ke syurga iaitu
golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Oleh itu , kita perlulah berpegang teguh
kepada Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, akidah menjadi prasyarat untuk menentukan sama ada amal baik kita
diterima atau tidak. Maka rugilah orang-orang yang tidak diterima amal baiknya di akhirat
kelak. Oleh itu, kita perlulah menghindari ajaran-ajaran sesat serta menghapuskan ideologi-
ideologi Barat di Malaysia ini untuk memastikan umat Islam beriktikad dengan akidah yang
sebenar-benarnya dan tidak menyeleweng.

RUJUKAN
Ab. Latif & Rosmawati Ali. (2007). Perbahasan Akidah Islam. KUALA LUMPUR: PUSTAKA SALAM SDN
BHD.

Fahrur Muis & Muhammad Suhadi. (2014). Syarah Hadis 40 Imam Nawawi. SELANGOR: KEMILAU
PUBLIKA SDN BHD.

Halipah Hamzah, Muhammad Azizan & Noor Shakirah. (2016). Konsep Budaya Hedonisme Dan Latar
Belakangnya Dari Perspektif Ahli Falsafah Yunani dan Barat Moden, 51.

Huzili Hussin & Shuhairimi Abdullah. (4). Menangani Penetrasi Budaya Hedonisme di Kalangan
Mahasiswa: Satu Penyelesaian Menurut Perspektif Islam dan Kaunseling.

Rahmat, A. (2007). Kesesatan Dalam Perspektif Al-Qur'an. INDONESIA: PUSTAKA PELAJAR.

Selangor, J. A. (2014). Liberalisme & Pluralisme Agama. SELANGOR: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN JABATAN AGAMA SELANGOR.

Sou'yb, J. (1982). Pertumbuhan dan Perkembangan Aliran-Aliran Sekta Syi'ah. INDONESIA: PUSTAKA AL
HUSNA.

Zaki, E. A. (2007). Ajaran Sesat. SELANGOR: PTS ISLAMIKA.

Zaki, E. A. (2015). Ajaran Sesat di Malaysia. KUALA LUMPUR: CETAKRAPI SDN. BHD.

http://studentsrepo.um.edu.my/488/4/BAB3.pdf diakses pada 6 Mac 2019.

https://www.academia.edu/4474314/Sedikit_latar_belakang_tentang_sekularisme_ringkasan_ diakses
pada 6 Mac 2019.

https://www.hidayatullah.com/spesial/ragam/read/2015/12/23/85991/mengenal-nikah-mutah-ala-
syiah-rafidhah-1.html diakses pada 7 Mac 2019.

http://studentsrepo.um.edu.my/104/6/BAB_3.pdf diakses pada 7 Mac 2019.


LAMPIRAN
10 SOALAN MENGENAI AJARAN SESAT DAN IDEOLOGI BARAT YANG BOLEH
MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM.

1. Bagaimanakah ajaran sesat syiah terbentuk?


2. Apakah faktor ajaran ayah Pin boleh mendapat sambutan dan mempunyai ramai
pengikut?
3. Apakah faktor terbentuknya ajaran sesat Ahmadiyah?
4. Bagaimanakah ajaran Ahmadiyah berkembang dan tersebar di Malaysia?
5. Bagaimanakah ajaran sesat seperti ini boleh merosakkan aqidah umat Islam?
6. Apakah isu-isu semasa yang berkaitan dengan liberalisme?
7. Apakah contoh-contoh sekularisme yang berlaku di Malaysia pada hari ini?
8. Apakah contoh-contoh budaya hedonisme yang terdapat di Malaysia?
9. Bagaimanakah ideologi-ideologi Barat ini meresap masuk ke dalam pemikiran umat
Islam di Malaysia?
10. Bagaimanakah ideologi-ideologi Barat ini boleh merosakkan aqidah umat Islam pada
hari ini?

BIODATA TOKOH AGAMA

NAMA: DR. RAZALI BIN MUSA


ASAL: TERENGGANU
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN: mengambil DEGREE di MESIR, MASTER di
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA) dan PhD di UNIVERSITI MALAYA (UM).

You might also like