You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

Ajaran sesat merupakan istilah yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam.
Namun begitu, tidak dapat disangkal bahawa masih ramai dalam kalangan umat Islam
yang terjebak dengan fenomena ajaran sesat tersebut, apatah lagi mereka yang
bukan beragama Islam. Hal ini, tidak lain tidak bukan adalah kerana kurangnya
pengetahuan agama dan iman yang lemah.

Menurut Kamus Dewan (2002), ajaran ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang
diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakala “sesat” pula ditakrifkan
sebagai tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan, terkeliru (perbuatan,
kepercayaan) dan menyimpang daripada jalan yang benar. Maka menurut Engku
Ahmad Zaki Engku Alwi (2007), “ajaran sesat” adalah satu istilah yang bersifat relatif
kerana terdapat banyak takrifan dan definisi yang telah diberikan oleh pelbagai pihak.

Ajaran sesat juga boleh ditakrifkan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang
dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan
amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran
dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islamiah,
bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab yang
muktabar dan bertentangan dengan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah (Bahagian Akidah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Isu ajaran sesat bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan oleh umat
Islam terutamanya mereka yang kurang berpengetahuan agama. Oleh sebab itu,
setiap umat Islam haruslah berusaha memantapkan iman dan akidah mereka serta
rajin dalam menuntut ilmu agama agar tidak mudah terjebak dengan fenomena ajaran
sesat yang semakin bermaharajalela mutakhir ini. Pada tahun 2005, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan sebuah artikel bertajuk
“penjelasan terhadap 58 ciri ajaran sesat di Malaysia”. Maka tugasan ini dibuat bagi
menghuraikan 5 daripada ciri ajaran sesat tersebut dengan harapan agar para
pembaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai ajaran sesat yang
terdapat di Malaysia dan mengelak diri daripada terjebak dengan ajaran sesat
tersebut.
MEMPERCAYAI BAHAWA SEMUA AGAMA ADALAH SAMA

Salah satu daripada ciri ajaran sesat yang terdapat di Malaysia ialah mereka
mempercayai bahawa semua agama adalah sama. Dalam erti kata lain, pluralisme
agama. Berdasarkan laman web rasmi pejabat mufti wilayah persekutuan, pluralisme
agama merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti
kebenaran ada dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai
menerusi mana-mana agama.

Maka, secara khususnya pluralisme agama merupakan pandangan, pemikiran


dan keyakinan bahawa agama yang pelbagai dan berbeza-beza mempunyai kesamaan
dari segi ontologi, soteriologi dan epistemologinya. Takrifan ini adalah berdasarkan
kenyataan yang dikemukan oleh Peter Byrne, professor di King’s College London UK.
Menurut beliau pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga tesis, iaitu:

1. Semua tradisi agama-agama besar dunia adalah sama, semuanya merujuk dan
mengisyarat kepada suatu realiti tunggal yang transcendent dan suci.
2. Semuanya sama-sama menawarkan jalan keselamatan.
3. Semuanya tidak ada yang final. Ertinya, setiap agama mesti senantiasa terbuka
untuk dikritik dan diteliti kembali.

Di dalam peristilahan bahasa Arab pula, terdapat dua istilah yang diguna pakai
dalam merujuk kepada fenomena ini Prof. Yusof al-Qardawi misalnya menggunakan
istilah ta‘addidiyyah al-adyan (kepelbagaian agama-agama), dan beliau memberikan
istilah lain yang mempunyai makna yang sama seperti ta‘addudiyyah al-adyan dan
kathrat al-adyan. Sementara itu satu lagi istilah bahasa Arab yang sering digunakan
ialah wahdat al-adyan (kesatuan agama-agama). Jika dibandingkan dengan istilah
yang digunakan dalam bahasa Inggeris, kesemua istilah dalam bahasa Arab itu
mempunyai maksud yang hampir sama dan boleh dimasukkan ke dalam istilah
pluralisme agama.

Berdasarkan sebuah buku berjudul “Prolegomena to Religious Pluralism”


(1995), terdapat beberapa individu yang mengembangkan ajaran atau fahaman ini.
Mereka ialah Raimundo Panikkar (seorang paderi Katolik kelahiran Sepanyol), Wilfred
Cantwell Smith (pengasas dan mantan pengarah Institute of Islamic Studies di McGill
University Canada), Fritjhof Schuon (bekas penganut Kristian yang pergi mengembara
dan keluar masuk pelbagai macam agama) dan John Hick (profesor teologi di
Claremont Graduate School California USA).

Berdasarkan artikel “penjelasan terhadap 58 ciri ajaran sesat di Malaysia”,


ajaran sesat yang berfahaman bahawa semua agama adalah sama ialah ajaran sesat
Crypto yang ditaja oleh Mukhtar Hasan Pulau Pinang. Selain daripada menyamakan
semua agama, ajaran yang dibawa oleh Mukhtar Hasan ini turut menafikan al-Quran,
membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain kesalahan syariah. Mukhtar Hasan
telah di hukum di Mahkamah Syariah Kuang Selangor pada tahun 1978.

Sesungguhnya fahaman ajaran sesat Crypto ini adalah salah dan amat
bertentang dengan ajaran Islam. Hal ini kerana, hanya ajaran Islam yang benar dan
diredhai di sisi Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat
19:

ِ ِ ِ ِ ‫ْكت‬ ِ ِ َّ َ َ‫اْلس ََلم ۗ وما ا ْختَ ل‬ َِّ ‫الدين ِع ْن َد‬


ِ ِ
‫ْم بَغْيًا بَ ْي نَ ُه ْم ۗ َوَم ْن‬ َ ‫اب إ ََّّل م ْن بَ ْعد َما َج‬
ُ ‫اء ُه ُم الْعل‬ َ َ ‫ين أُوتُوا ال‬
َ ‫ف الذ‬ َ َ ُ ْ ِْ ‫اَّلل‬ َ ‫إ َّن‬
ِ ‫يع ا ْْلِس‬ َِّ ‫ت‬
َّ ‫اَّلل فَِإ َّن‬ ِ ‫ي ْك ُفر ِِبَي‬
‫اب‬ َ ُ ‫اَّللَ َس ِر‬ َ ْ َ

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada
berselisih orang-orang yang telah diberi al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan
kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang
kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabnya.

Firman Allah SWT lagi dalam surah Ali Imran, ayat 85:

ِ ْ ‫اْلس ََلِم ِدينًا فَ لَن ي ْقبل ِم ْنهُ وهو ِِف ْاْل ِخرةِ ِمن‬
َ ‫اْلَاس ِر‬
‫ين‬ َ َ َُ َ َ َ ُ ْ ْ ِْ ‫ْي‬
َ ْ َ‫َوَم ْن يَ ْب تَ ِغ غ‬

Maksudnya: Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah
akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang
rugi.

Maka, agama Islam adalah tidak sama dengan agama lain. Hanya agama Islam
yang benar dan diredhai disisi Allah SWT serta menjadi kewajipan bagi kita, umat
Islam untuk menyakini perkara tersebut. Sesungguhnya golongan yang menyamakan
Islam dengan agama lain atau mencari agama selain daripada Islam, merekalah
orang-orang yang rugi di akhirat kelak.

Rujukan

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Kajian Ajaran Sesat Dalam Pengajian Islam:
Satu Sorotan. Universiti Darul Iman Malaysia: Fakulti Pengajian Kontemporari
Islam.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2010. Ajaran Sesat di Malaysia. Universiti Darul Iman
Malaysia: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.

Laman Web Rasmi Pejabat persekutuan. 2019. Pluraliti agama bukan pluralisme
agama. Dipetik dari https://muftiwp.gov.my/artikel/tashih-al-mafahim/2999-
tashih-al-mafahim-8-pluraliti-agama-bukan-pluralisme-agama

You might also like