You are on page 1of 9

Nama Pelajar ABDUL HALIM BIN RANI

No. Matrik I21205828


Tarikh & Hari Hantar 30/05/2023 SELASA
Kumpulan Kursus G1
Kod Kursus & Nama Kursus USL6283 : FIQH DAKWAH
Tajuk Tugasan DAKWAH DAN TUNTUTANNYA
Isi Kandungan

Isi Kandungan ......................................................................................................................................... 1


1. Pendahuluan....................................................................................................................................... 2
2. Pengertian dakwah ............................................................................................................................ 3
3. Tuntutan Dakwah ............................................................................................................................... 4
1. Untuk Menyelamatkan Diri Daripada Azab Allah........................................................................... 4
2. Untuk Menyelamatkan Ummah...................................................................................................... 5
3.Untuk Mewarisi Jalan RasuIuIlah (SAW) .......................................................................................... 6
3. Penutup ( kesimpulan ) ...................................................................................................................... 7
Bibliografi ................................................................................................................................................ 8

1
1. Pendahuluan

Setiap muslim yang mempunyai komitmen dengan ajaran Islam bertanggungjawab


melaksanakan tugas yang suci dan mulia iaitu dakwah. kebolehan yang mereka ada.
Keagungan dan kemuliaan umat Islam dahulu kelihatan seperti ummah khaira ketika itu
adalah hasil kejayaan mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab dakwah dengan
berkesan. Mereka berjuang dengan gigih untuk mengajak manusia ke jalan Allah, menyeru
kepada perbuatan baik dan mencegah segala bentuk kejahatan. Terdapat banyak perintah
Allah yang ditujukan kepada Rasulullah untuk melaksanakan tugas itu dengan penuh, seperti
firman Allah SWT:

ُ ‫عنَّكَ فِّى ٱ ْْل َ ْم ِّر ۚ َوٱ ْد‬


٧٦ ‫ع إِّلَ ٰى َربِّكَ ۖ إِّنَّكَ لَعَلَ ٰى ُه ًۭ ًدى ُّم ْست َ ِّق ٍۢيم‬ َ ‫ِّل ُك ِّل أ ُ َّم ٍۢة َجعَ ْلنَا َمن‬
ُ ‫س ًكا ُه ْم نَا ِّس ُكوهُ ۖ فَ ََل يُنَ ٰـ ِّز‬

“Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan,
maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan
serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya
engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” ( Surah Al-Hajj: 67 )

Walaupun terdapat banyak ayat al-Quran yang menyuruh Nabi Muhammad SAW untuk
berdakwah, namun ayat-ayat ini juga ditujukan kepada seluruh umat Islam dan hanya
dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syarak.

Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah
ajaran Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan
satu usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik
tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat
dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan
kebahagiaan sebagaimana firman Allah SWT:

٣٣ َ‫ص ٰـ ِّل ًۭ ًحا َوقَا َل إِّنَّنِّى ِّمنَ ٱ ْل ُم ْس ِّل ِّمين‬ ِّ َّ ‫َو َم ْن أَحْ َسنُ قَ ْو ًۭ ًًل ِّم َّمن َد َعا ٓ إِّلَى ٱ‬
َ ‫ّلل َو َع ِّم َل‬
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada
(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,
sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat
kepada Allah)!"

2
2. Pengertian dakwah
Dakwah darisegi bahasa ialah berasal dari kata Arab yaitu Da’a, Yad’u, Da’wah yang
bermaksud seruan, panggilan, undangan. Dakwah dalam pengertian tersebut, dapat dijumpai
dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya:

َ َّ ‫سو ِّل ِّإ َذا َد َعا ُك ْم ِّل َما يُحْ ِّيي ُك ْم ۖ َوٱ ْعلَ ُم ٓو ۟ا أ َ َّن‬
٤٢ َ‫ٱّلل يَ ُحو ُل بَيْنَ ْٱل َم ْرءِّ َوقَ ْل ِّب ِِّ َوأَنَُِّٓٓ ِّإلَ ْي ِِّ ت ُحْ ش َُرون‬ ُ ‫لر‬ ۟ ‫وا ٱ ْست َِّجيب‬
ِّ َّ ِّ ‫ُوا‬
َّ ‫ّلل َو ِّل‬ ۟ ُ‫يَ ٰـٓأَيُّ َها ٱلَّذِّينَ َءا َمن‬

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya
apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna;
dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara
seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan
dihimpunkan.

Secara istilah, kata dakwah beerti menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan
kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang perbuatan
mungkar yang dilarang oleh Allah swt dan Rasulnya saw.

Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya yang masyhur iaitu Usul Dakwah mendefinisikan
bahawa dakwah ialah seruan kepada Allah SWT. Seruan kepada Allah bermakna seruan
kepada agamaNya iaitu Islam yang syumul. Oleh yang demikian, ia merupakan teras atau
asas utama(maudhu’) daripada rukun dakwah. Inilah denyut nadi kehidupan dan perjuangan
RasulullahSAW hingga ke hembusan nafas terakhirnya.

Syeikh Ali Mahfuz murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai:

“Membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat


ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan
di dunia dan akhirat.”

Dakwah adalah merupakan sunnah para Nabi a.s. .Mereka menyeru atau mengajak manusia
kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus
(sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah
Islamiyah berawal dari hati yang sedar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia
kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.

Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam menyambung dakwah Rasulullah SAW
untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai
ajaran agama Islam. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai gerakan berterusan mengajak
manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di
dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT:

ِّ ‫َو ْلت َ ُك ْن ِّم ْن ُك ْم أ ُ َّمةٌ يَ ْدعُونَ إِّلَى ْال َخي ِّْر َويَأ ْ ُم ُرونَ بِّ ْال َم ْع ُر‬
‫وف َويَ ْن َه ْونَ َع ِّن ْال ُم ْنك َِّر َوأُولَئِّكَ ُه ُم ْال ُم ْف ِّل ُحون‬

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang
yang beruntung” (Surah Al-Imran: 104)

Begitu juga sabda Nabi SAW:


ً‫بَ ِّلغُوا َعنِّي َولَ ْو آيَة‬

3
Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat. (Hadis riwayat Bukhari, No. 3461)

Hukum berdakwah adalah wajib dan kewajipan ini tertaklif pada setiap muslim dan muslimat
di setiap masa. Terutamanya di zaman ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini
terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah swt yang bertujuan mencabut teras
dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

3. Tuntutan Dakwah

1. Untuk Menyelamatkan Diri Daripada Azab Allah


Firman Allah:
۟ ‫اج ُر‬ ُ ‫ض ۚ قَالُ ٓو ۟ا أَلَ ْم ت َ ُك ْن أ َ ْر‬ ۟ ُ‫يم ُكنت ُ ْم ۖ قَال‬ ۟ ُ‫ظا ِّل ِّمى أَنفُ ِّس ِّه ْم قَال‬
ۚ ‫وا فِّي َها‬ ِّ ‫ٱّلل ٰ َو ِّسعَ ًۭةً فَت ُ َه‬
ِّ َّ ‫ض‬ ِّ ‫ضعَفِّينَ فِّى ْٱْل َ ْر‬
ْ َ ‫وا ُكنَّا ُم ْست‬ َ ِّ‫وا ف‬ ٓ َ ُ‫إِّ َّن ٱلَّذِّينَ ت ََوفَّ ٰى ُه ُم ْٱل َملَ ٰـٓئِّ َكة‬
٧٦ ‫يرا‬ ً ‫ص‬ ْ ‫سا ٓ َء‬
ِّ ‫ت َم‬ َ ‫فَأ ُ ۟ولَ ٰـٓئِّكَ َمأ ْ َو ٰى ُه ْم َج َهنَّ ُم ۖ َو‬
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang
menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh
kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah
lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang
tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan
kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu
keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah
seburuk-buruk tempat kembali. ( An-Nisa`: 97)

Ayat ini ditujukan kepada orang yang tinggal di daerah kafir sedang ia mampu berhijrah ke
daerah lain. la dikira telah menzalimi diri sendiri jika terus tinggal di daerah itu tanpa
melaksanakan aiaran Islam.

Imam Malik berkata:

“Tinggalkanlah negeri yang penuh dengan perbuatan mungkar sedangkan mereka tidak
segan-segan untuk mengerjakan kemungkaran itu."

Oleh itu, jika tiada ada sebuah pun negara yang melaksanakan syariat Islam bagi seseorang
Muslim itu berhijrah kepadanya, maka tiada ada pilihan lain bagi Muslim tersebut melainkan
dengan melaksanakan dakwah untuk merubah masyarakatnya tersebut.

Firman Allah:
۟ ‫وا َما ذُ ِّك ُر‬
‫وا‬ ۟ ‫س‬ُ َ‫( فَلَ َّما ن‬٤٧٢) َ‫وا َم ْعذ َِّرً ً إِّلَ ٰى َر ِّب ُك ْم َولَعَلَّ ُه ْم يَتَّقُون‬۟ ُ‫شدِّي ًۭ ًدا ۖ قَال‬
َ ‫ٱّللُ ُم ْه ِّل ُك ُه ْم أ َ ْو ُمعَ ِّذبُ ُه ْم َع َذا ًۭبًا‬ ُ ‫ت أ ُ َّم ًۭةٌ ِّم ْن ُه ْم ِّل َم ت َ ِّع‬
َّ ۙ ‫ظونَ قَ ْو ًما‬ ْ َ‫َوإِّ ْذ قَال‬
(٤٧١) َ‫سقُون‬ ُ ‫وا يَ ْف‬ ۟ ُ‫وا ِّبعَ َذاب بَـِّيس ِّب َما كَان‬ ۟ ‫ظلَ ُم‬
َ َ‫ِّب ِِّ ٓ أَن َج ْينَا ٱلَّذِّينَ يَ ْن َه ْونَ َع ِّن ٱلس ُّٓوءِّ َوأ َ َخ ْذنَا ٱلَّذِّين‬
ًۭ ًۭ
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum
yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat
berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk
melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa. Maka
ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka,
Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami
timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka
berlaku fasik (derhaka).( Al-A`raf: 164-165)

4
Ayat di atas menjelaskan bahawa melaksanakan dakwah walau masyarakat telah
bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran tetap menjadi tanggungjawab seseorang
muslim. Tindakan ini menjadi alasan seseorang muslim di hadapan Allah kelak bahawa ia
tidak mengabaikan tugas untuk mencegah kemungkaran di dalam masyarakatnya.

2. Untuk Menyelamatkan Ummah


Tujuan musuh-musuh Islam adalah untuk melemahkan umat Islam sendiri. Mereka sentiasa
berusaha untuik menutup kebenaran dan menegakkan keadilan. Oleh itu umat Islam wajib
bangkit menentang rencana dan kerja-kerja jahat pihak musuh. Sekiranya kemungkaran ini
tidak ditentang, maka akan meluaslah kerosakkan kepada seluruh manusia dan
masyarakatnya.Apabila Allah menurunkan azab-Nya ke atas kaum yang zalim dan ingkar
kepada-Nya, maka Allah akan meliputi seluruhnya tanpa membezakan di antara yang zalim
dan yang soleh.

Firman Allah:

‫شدِّي ُد ْال ِّعقَاب‬ َ َّ ‫صةً َوا ْعلَ ُموا أ َ َّن‬


َ ‫َّللا‬ َ َ‫صيبَ َّن الَّذِّين‬
َّ ‫ظلَ ُموا ِّم ْن ُك ْم خَا‬ ِّ ُ ‫َواتَّقُوا فِّتْنَةً ًَل ت‬
“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang
zalim saja di antara kamu.Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya.”( Al-Anfal:
25)

Firman Allah:

َ ‫سى اب ِّْن َم ْريَ َم َذلِّكَ بِّ َما َع‬


َ‫ص ْوا َوكَانُوا يَ ْعتَدُون‬ َ ‫ان َد ُاوو َد َو ِّعي‬ َ ‫لُعِّنَ الَّذِّينَ َكف َُروا ِّم ْن بَنِّي إِّس َْرائِّي َل َعلَى ِّل‬
ِّ ‫س‬
“Telah dilaknati orang-orang kafir dan bani Israel dengan lisan Nabi Daud dan Isa Ibn Maryam.
Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampui batas.Mereka satu sama
lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat.”

(Al-Maidah: 78

Zainab Binti. Jahsy pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

‫ نعم إذا كثر الخبث‬: ‫ قال‬،‫ أنهلك وفينا الصالحون‬:‫يا رسول هللا‬

“Wahai Rasulullah, Apakah kami akan binasa juga sedangkan ada di kalangan kami orang-
orang yang masih berbuat baik?. Rasulullah s.a.w menjawab: Ya, apabila telah melata
kejahatan.” ( Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w telah mengibaratkan hidup bermasyarakat seperti hidup di atas kapal yang
sedang belayar di tengah-tengah lautan:

‫" مثل القائم في حدود هللا والواقع فيها كمثل قوم استهموا على سفينة فصار بعضهم أعَلها وبعضهم أسلفها وكان الذين في أسلفها إذا‬
‫ قالوا أنا خرقنا من نصيبنا خرقا ولم نؤذ من فوقنا فإن تركواهم وما أرادوا هلكوا جميعا وإن‬.‫استقوا من الماء مروا على من فوقهم‬
"‫أخذوا على أيدهم نجوا ونجوا جميعا‬

“Umpama orang-orang yang tinggal dalam sempadan-sempadan Allah itu adalah seperti
suatu kumpulan manusia yang menaiki sebuah kapal. Setengah duduk ditingkat atas
manakala setengah pula duduk di tingkat bawah. Orang-orang yang duduk di tingkat bawah
itu bila hendak mengambil air (dari laut) terpaksalah mereka melalui tempat yang diduduki
oleh orang-orang di sebelah atas, lalu mereka berkata:`kalau kita tebuk lubang di sebelah
bawah kita ini untuk mendapatkan air tentu kita tidak akan menganggu orang-orang di sebelah

5
atas`. Maka kalaulah mereka itu dibiarkan melakukan apa yang mereka niatkan itu nescaya
semua orang yang di atas kapal itu akan binasa. Kalau mereka dicegah nescaya kesemuanya
akan selamat.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibn. Abbas berkata:

"Allah telah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tidak redha dengan
kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui
kemungkaran itu maka azab Allah akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya
mahupun orang yang baik- baik."

Berkata Umar Ibn. Abd. Aziz:

"Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebah perbuatan orang-
orang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedang mereka (orang
ramai ) tidak mengingatkan , maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa."

3.Untuk Mewarisi Jalan RasuIuIlah (SAW)


Allah telah memuliakan Rasulullah SAW dengan memberi kepadanya beberapa sifat utama,
di antaranya firman Allah:

َ َ‫س ْلنَ ٰـك‬


ً ًۭ ‫ش ٰـ ِّه ًۭ ًدا َو ُمبَ ِّش ًۭ ًرا َونَذ‬
٢١ ‫ِّيرا‬ َ ‫ى إِّنَّا ٓ أ َ ْر‬
ُّ ِّ‫يَ ٰـٓأَيُّ َها ٱلنَّب‬
ً ًۭ ‫ٱّلل ِّبإِّ ْذ ِّن ِِّ َو ِّس َرا ًۭ ًجا ُّم ِّن‬
٢٧ ‫يرا‬ ِّ َّ ‫َو َدا ِّعيًا ِّإلَى‬

“Hai Nabi kami mengutuskan engkau sebagai saksi, dan pembawa khabar gembira dan
pemberi peringatan. dan untuk menjadi penyeru (daie ) kepada (Din) Allah dengan se izin-
Nya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi."(Al-Ahzab:45-46)

Kemudian Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w menyatakan kepada umatnya:

َّ ‫ٱّللُ َويَ ْغ ِّف ْر لَ ُك ْم ذُنُوبَ ُك ْم ۗ َو‬


ٌ ًۭ ُ‫ٱّللُ َغف‬
٣٤ ‫ور َّر ِّحي ًۭ ٌم‬ َ َّ َ‫قُ ْل إِّن ُكنت ُ ْم ت ُ ِّحبُّون‬
َّ ‫ٱّلل فَٱتَّبِّعُونِّى يُحْ بِّ ْب ُك ُم‬

Katakanlah; “Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan
mengampuni dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali-Imran:31)

Oleh kerana itu sejak dari awal lagi para sahabat telah menyertai Rasulullalh s.a.w dalam
menjalankan tugas dakwah, mereka membantu Rasulullah s.a.w dalam mendirikan Negara
Islam di Madinah. Dari sini dapat difahami jalan dakwah adalah jalan Rasulullah s,a,w dan
jalan orang-orang yang beserta dengannya.

Firman Allah:

٤٠١ َ‫ٱّلل َو َما ٓ أَن َ۠ا ِّمنَ ْٱل ُم ْش ِّركِّين‬ ُ ‫يرً أَن َ۠ا َو َم ِّن ٱتَّبَعَنِّى ۖ َو‬
ِّ َّ َ‫س ْب َح ٰـن‬ َ ‫ص‬ ِّ َّ ‫ى أ َ ْدع ُٓو ۟ا إِّلَى‬
ِّ َ‫ٱّلل ۚ َعلَ ٰى ب‬ َ ‫قُ ْل َه ٰـ ِّذ ِّه‬
ٓ ‫سبِّي ِّل‬
" Katakanlah: Inilah ialanku yang lurus, aku dan orang-orang yang mengikuti aku mengajak
kamu kepada Allah dengan huiah yang nyata. Maha suci Allah dan tidak aku termasuk orang-
orang musryik.” (Yusuf-108)

Mengikut Rasul bererti beriman dengannya dan menyeru orang lain kepada ajaran-ajarannya
berdasarkan kepada ilmu dan dalil-dalil yang nyata.

6
4. penutup ( kesimpulan )
Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul. Dakwah
ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi menghidup dan
menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusia dan seruan
kepada pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialah usaha-usaha
pembaikan dan pembangunan masyarakat yang berkesinabungan. Dakwah merupakan
kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa kecuali mengikut
kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh
kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Ayat di atas menerangkan dua perkara, iaitu tentang kebaikan umat Islam(Khaira Ummatin)
dan kebaikan umat Islam itu terletak kepada tugasnya menyuruh dan mengajak manusia
berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Menurut Imam Al-Qurtubi, Allah telah
menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang beriman
dengan orang munafik. Ia merupakan ciri orang beriman yang paling istimewa yang
membezakannya dengan golongan munafik. Apabila umat Islam melalaikan tanggungjawab
berdakwah maka Allah akan mengharamkan kedudukannya sebagai Khaira Ummatin(sebaik-
baik umat), kerana Allah memberikan status umat mulia ke atas umat Islam kerana
perlaksanan terhadap tanggungjawab dakwah.

7
Bibliografi

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (2008), Inti Dakwah Syaikh Al-Albani Sang
Mujaddid & Ahli Hadits Abad Ini, Pustaka Dhiya'ul Ilmi.
Hasan Jali, Mat Zain Ab. Ghani & Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid (2016), Biografi Tokoh
Dakwah : Ibnu Taimiyyah Perjuangan & Permikirannya Memurnikan Islam, Dewan
Bahasa Pustaka.
Dr. Abdul Karim Zaidan (2011), Usul Dakwah Sistem-sistem Islam, Pustaka Salam.
Dr. Abdul Karem Zaidan, Dasar-Dasar Ilmu Da'wah, Dewan Pustaka Fajar.

You might also like