You are on page 1of 9

KHUTBAH JUMAAT

“MENERIMA KERINGANAN, MENGELAKKAN MUDARAT”


(18 Jun 2021M/ 7 Zulkaedah 1442H)
___________________________________________________________________________________________________________________________

ُ ُ‫ُأَ ْش َه ُُدُأَ ُْنَُُلُإِلَـُّٰوَُإِ ُلا‬.‫ـح ِكْي ُِم‬


ُُ‫اللُُ َو ْح َدُه‬ ‫ل‬
ْ ‫ا‬ُ ِ
ُ
‫ز‬ ‫ي‬
‫ز‬ ِ ‫ع‬ ‫ل‬
ْ ‫ا‬ُ ِ ّ‫ُُاَُلْـحم ُُدُُلُِّٰل‬،‫اَلْـحم ُُدُلِّٰلُِّو‬
ُ
‫و‬
َ َْ َْ َْ
.ُ‫ـح ام ًداُ َعْب ُدُهُُ َوَر ُسولُُو‬َ ‫ُ َوأَ ْش َه ُُدُأَ اُنُ َسيِّ َدنَاُ ُم‬،ُ‫كُلَو‬ َُ ْ‫َُلُ َش ِري‬
ُ‫َص َحابُِِو‬ ‫أ‬
‫و‬ ُ ِِ‫ح ام ٍُد ُو علَ ُى ُأّٰل‬
ُ
‫و‬ ُ ‫ـ‬ ُ
‫م‬ ُ ‫ا‬َِ ِّ‫اَل ّٰلّه اُم ُص ُل ُوسلِّ ُم ُوبا ِرُْك ُعلَ ُى ُسي‬
ُ
‫ن‬‫د‬
ْ َ ّٰ َ َُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ ِّ َ ُ
َُ ْ ِ‫َْجَع‬
ُ .‫ي‬ ْ‫أ‬
ُِ ُ‫ُوصْي ُك ُْمُ َونَـ ْف ِس ُْيُبِتَـ ْق َوى‬
ُ،‫اللُ َعاُزُ َو َج ال‬ ِ ‫ُأ‬،‫ُفَـياُأَيـُّهاُالْـمسلِمو َن‬،‫أَاماُبـع ُد‬
ُ ْ ُ َ َ َْ
ُُ.‫ازُالْ ُـمتاـ ُق ْو َُن‬
َُ َ‫فَـ َق ُْدُف‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kepada
Allah subhanahu wata’ala dengan melaksanakan segala suruhan-
Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan
Allah subhanahu wata’ala mengurniakan kepada kita kerahmatan,
keberkatan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar
pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk “Menerima
Rukhsah, Mengelakkan Mudarat”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara kita telah
merubah sebahagian besar corak kehidupan kita. Pelbagai sektor
telah terjejas termasuklah sektor sosial yang melibatkan
pengimarahan masjid dan surau terutama solat Jumaat dan solat

1
fardu berjemaah. Ramai yang tidak dibenarkan hadir sehingga
mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh Perintah Kawalan


Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan kali ini, Majlis
Islam Sarawak telah bersetuju memutuskan bahawa solat Jumaat
dan solat fardu berjemaah tetap dilaksanakan di masjid dan surau
dengan menghadkan bilangan jemaah kepada 15 orang sahaja
untuk solat Jumaat dan 5 orang untuk solat fardu yang hanya
dibenarkan kepada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan
surau sahaja. Keputusan ini adalah selaras dengan ketetapan
semasa oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam menangani
kemudaratan yang besar daripada penularan Covid-19.

Tentunya ramai dalam kalangan umat Islam yang merasa gusar


dan resah kerana terpaksa meninggalkan solat Jumaat dan
digantikan dengan solat zohor memandangkan ia adalah suatu
kewajipan dalam Islam. Benar, melaksanakannya adalah suatu
„azimah iaitu hukum asal yang disyariatkan pada permulaannya.
Namun, Islam juga telah memberikan rukhsah iaitu keringanan
kepada umatnya sebagai suatu rahmat daripada Allah subhanahu
wata’ala kerana sebab-sebab tertentu seperti wabak yang menular
dan merbahaya ini. Firman Allah subhanahu wata’ala menerusi
surah al-Nisa‟, ayat 28 :

         

2
Maksudnya: Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukum-
Nya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan
lemah.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Melaksanakan solat Jumaat adalah suatu kefarduan dalam Islam.
Dalam melaksanakan kewajipan ini, Islam sangat tegas dan
memberi peringatan terhadap golongan yang meremehkan serta
bersikap ambil mudah untuk meninggalkannya. Kita juga perlu
sedari bahawa, ajaran Islam adalah bersifat praktikal dan
mempunyai keluasan agar ia tidak membebankan umatnya. Dalam
hal ini, Imam Abu Daud rahimahullah meriwayatkan daripada
Usamah bin „Umair al-Huzli radiallahu anhu yang bermaksud:

“Sesungguhnya beliau menyaksikan Nabi sallallahu alaihi wasallam


ketika (peristiwa) Hudaibiyah pada hari Jumaat, hujan telah turun
kepada mereka (para sahabat) yang belum (tahap) membasahi
bahagian bawah selipar mereka. Lalu Baginda memerintahkan
mereka agar menunaikan solat di persinggahan mereka (masing-
masing).”

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat dua perkara yang menjadi


faktor diberikan rukhsah untuk meninggalkan solat Jumaat. Selain
faktor musafir, rukhsah juga diberikan atas faktor keuzuran kerana
kebimbangan terhadap cuaca yang buruk. Jika cuaca buruk seperti
hujan turut diberikan rukhsah dan keringanan, apatah lagi situasi
kini dengan penularan wabak COVID-19 yang membawa ancaman
kepada kesihatan dan sangat berisiko tinggi sehingga boleh
3
menyebabkan kematian. Bukankah Islam mengajar kita untuk
menjauhi mudarat yang besar bahkan ianya termasuk dalam aspek
maqasid as-Syariah iaitu memelihara nyawa manusia. Justeru,
mereka yang tidak dibenarkan hadir solat Jumaat dalam keadaan
ini tidak tertakluk kepada hukum makruh atau haram kerana
mereka termasuk dalam golongan yang mendapat uzur untuk tidak
pergi melaksanakan solat Jumaat.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Tentunya dalam tempoh PKP ini, ramai dalam kalangan mereka
yang melazimi solat berjemaah di masjid tidak dibenarkan hadir.
Namun, ingatlah bahawa Allah subhanahu wata’ala tetap
memberikan ganjaran kerana kelaziman mereka menghadirkan diri
ke rumah Allah. Kepatuhan kepada PKP ini juga sebenarnya
adalah berdasarkan kepada kaedah fiqh iaitu „kemudaratan mesti
dihilangkan‟ dengan cara kekal berada di rumah. Justeru,
laksanakanlah solat secara berjemaah di rumah bersama ahli
keluarga di samping memperbanyakkan akitiviti kerohanian seperti
berzikir, membaca al-Quran dan bermunajat kepada Allah
subhanahu wata’ala.

Dalam kesempatan ini juga, khatib ingin mengingatkan kepada


semua masyarakat supaya akur dengan perintah pihak berkuasa
terutama mengenai pengimarahan masjid dan surau. Jauhilah
perbuatan provokasi di media-media sosial dengan mempertikaikan
setiap arahan dan SOP sehingga mempengaruhi orang lain dan
menjadi asbab kepada pelanggaran terhadap arahan ini. Kepada

4
para agamawan dan pemimpin setempat, marilah bersama-sama
memberi peringatan dan mendidik masyarakat untuk menjadi warga
yang berdisiplin tinggi demi memastikan keselamatan diri daripada
ancaman wabak pandemik ini.

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah berusaha menjauhi


perbuatan yang boleh menimbulkan keresahan dan kebimbangan
orang ramai, apatah lagi memburukkan keadaan. Jadilah
warganegara yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan negara.
Sesungguhnya sebagai rakyat, kita wajib meletakkan ketaatan dan
kepatuhan kepada pemerintah selagi mana ianya dilakukan demi
kemaslahatan umat dan negara.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Fahamilah mengenai rukhsah iaitu keringanan


meninggalkan solat Jumaat dalam tempoh pandemik COVID-19
supaya kita dapat mengelakkan sebarang keraguan.

Kedua: Laksanakanlah solat secara berjemaah di rumah


bersama ahli keluarga di samping memperbanyakkan akitiviti
kerohanian seperti berzikir, membaca al-Quran dan bermunajat
kepada Allah subhanahu wata’ala.

Ketiga: Jauhi perbuatan yang boleh menimbulkan keresahan dan


kebimbangan orang ramai. Jadilah warganegara yang
bertanggungjawab demi kesejahteraan negara.

5
Marilah kita hayati firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah
an-Nisa‟, ayat 59:

ُ.‫الرِح ْي ُِم‬
َّ ُ‫الر ْح َم ُِن‬ ُِ ُ‫اس ُِم‬
َّ ُ‫الل‬ ْ ِ‫ُب‬.‫الرِج ْي ُِم‬
َّ ُ‫ان‬ ِّ ُ‫اللُ ِم َُن‬
ُِ َ‫الش ْيط‬ ُِ ِ‫أَعُوذُُب‬
            

              

  

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada


Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri"
(orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-
Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

ُ‫ َُونَـ َف َع ِِن َُوإِياا ُك ْم ُبِ َـما ُفِْي ِو ُِم َن‬،‫ُِل َُولَ ُك ْم ُِِف ُالْ ُق ُْر ُءَ ِان ُالْ َع ِظْي ِم‬
ْ ِ ُ‫بَ َارَك ُالل‬
ُ‫ُى َو ُال اس ِمْي ُع‬ ‫و‬ ‫ا‬‫ن‬ِ
‫إ‬ُ ‫و‬ ‫ت‬
َ ‫و‬ ‫َل‬
َ ِ‫ ُوتَـ َقبال ُِم ِِّن ُوِمْن ُكم ُت‬،‫الذ ْك ِر ُالْـح ِكي ِم‬ ِّ ‫ُو‬ ِ ‫اآلي‬
‫ات‬
ُ ُ َُ ْ َ َ َ ْ َ َ َ
ُ‫ُِل َُولَ ُك ْم َُولِ َسآئِِر‬ ِ ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫ ُوأَستَـ ْغ ِفر ُالل ُالْع‬،‫ ُأَقُـو ُل ُقَـولِـي ُى َذا‬.‫الْعلِي ُم‬
‫ظ‬
ْ َْ َ َ ُ ْ َ َ ْ ْ ْ ُْ َ
ُ‫ات‬ِ ‫اتُاألَحي ِاء ُِمْنـهمُو ْاألَمو‬ ِ َ‫اتُوالْمؤِمنِيُوالْمؤِمن‬ ِ ‫الْمسلِ ِميُوالْمسلِم‬
َْ َ ْ ُ َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
.‫ُى َوُالْغَ ُف ْوُرُالارِحْي ُُم‬ ‫و‬‫ا‬‫ن‬ِ
‫إ‬ ُ ‫ه‬‫و‬‫ر‬‫ف‬ِ ‫فَاستـ ْغ‬
ُ ُ ُ ُْ َ ْ
6
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
___________________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ُأَ ْش َه ُدُأَ ْن َُلُإُِلَـُّٰـوَُإِالُالل‬.‫َُحْ ًدا ُ َكثِ ًريا ُ َك َماُأ ََمَُر‬ َ ‫ـح ْم ُدُلِّٰلّ ِو‬َ ‫ل‬
َْ‫ا‬ ُ. ِ ّ‫اَلْـحم ُدُلِّٰل‬
ُ
‫و‬ َْ
ُ‫ُاَل ّٰلّ ُه ام‬.ُ‫اُعْب ُدهُ ُ َوَر ُس ْولُُو‬
َ ‫اُمـ َح ام ًد‬ ُُ َ‫ُسيِّ َُدن‬
َ ‫ن‬‫ا‬ َ
‫أ‬ ُ ‫د‬ُ ‫ه‬
َ ‫ش‬ْ َ
‫أ‬‫ُو‬،
َ ‫و‬
ُ ‫ل‬
َ ُ ‫ك‬
َ ‫ي‬
ِْ
‫ر‬ ‫ُش‬
َ ‫َو ْح َدهُ َُل‬
ُ‫ُأَاما‬.‫ي‬ َُ ْ ِ‫َْجَع‬
ْ ‫َص َحابِِوُأ‬ ‫أ‬
‫ُو‬ ‫و‬ِِ‫اُمـح ام ٍدُوعلَىُأّٰل‬ ُ ‫ن‬
َ ِ ِّ‫صلُوسلِّمُوبا ِرْكُعلَىُسي‬
‫د‬
ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ ِّ َ
ُُ.‫ُح اقُتُـ َقاتِِوُلَ َعلا ُك ْمُتُـ ْفلِ ُح ْو َُن‬ ‫اُالل‬ ‫و‬ ‫ق‬ ‫ا‬
‫ـ‬ ‫ت‬ِ‫ُا‬،‫ُالل‬
ِ ‫اُعباد‬ ِ ‫ُفَـي‬،‫بـع ُد‬
َ َ ُ َ َ َ َْ
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Khatib ingin menyeru kepada semua agar terus mematuhi garis
panduan dan SOP pencegahan Covid-19 yang telah dikeluarkan
oleh pihak berkuasa. Masyarakat juga disaran agar segera
mendaftar untuk suntikan vaksin Covid-19 kerana inilah antara
ikhtiar kita dalam usaha menyekat penularan wabak ini. Semoga
setiap urusan sama ada dari pihak kerajaan mahupun rakyat,
dipermudahkan untuk mendapat vaksin secepatnya.

:‫ال‬
َُّٰ ‫قَ َالُاللُُتَـ َع‬
           

  

ِ ‫ات ُاْألَحي‬
ُ‫آء‬ ِ ‫اَل ّٰلّه ام ُا ْغ ِفر ُلِْلمسلِ ِمي ُوالْمسلِم‬
ِ َ‫ات ُوالْمؤِمنِي ُوالْمؤُِمن‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ ْ ُ
ِ َ‫ات ُويا ُق‬
ُ‫اض َي‬ ِ ‫َُسيع ُقَ ِريب ُم ِـجيب ُالداعو‬
َِ ‫ك‬ َ ‫ا‬
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ُ . ُِ ‫ِمْنـهم ُوا ُْألَمو‬
‫ات‬
ََ َ َ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌْ َْ َ ْ ُ
ُ.‫ات‬ ُِ ‫اج‬َ َ‫اْل‬
ْ

7
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Kabulkanlah doa kami.


Terimalah segala amal ibadah dan ketaatan kami kepada-Mu. Ya
Allah, kukuhkanlah perpaduan dan kesatuan hati kami.
Limpahkanlah ke atas kami nikmat kesihatan dan keafiatan.
Kurniakanlah kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan
penyakit-penyakit dan bebaskanlah negara kami daripada segala
perkara yang tidak diingini dan wabak penyakit, khususnya wabak
COVID 19. Menangkanlah kami dalam memeranginya.

ُ‫اج َع ْل ُوُ ُطَ ُه ًورا‬ُ ‫م‬


‫ا‬ ‫ه‬ّّٰ ‫ ُاَل‬،‫ف ُمرضانَا ُومرضى ُالْمسلِ ِمي‬
‫ل‬ ُِ ‫ش‬ ْ ‫ا‬
‫و‬ ُ ‫ا‬ ‫ن‬‫ف‬ِ ‫اَل ّٰلّه ام ُا ْش‬
ْ ُ َ ْ ُ َ َْ َ َ َْ َ َ ُ
ُ‫ ُ َوِم ُْن ُبَـ ْع ُِد‬،‫ض ُ ِص احة‬ ُِ ‫ ُ َوأَبْ ِدلْ ُـه ُْم ُ ِم ُْن ُبَـ ْع ُِد ُالْ َمَر‬،‫ ُ َو ْارفَ ُْع ُ َمْن ِزلَتَـ ُه ْم‬،‫لَ ُـه ْم‬
ُ.‫الْبَ ََل ُِءُ َعافِيَة‬

8
‫ي‪ُ ،‬اَل ّٰلّ ُه ام ُا ْغ ِف ُْر ُلَ ُـه ُْم ُ َو ْار ََحْ ُه ْم‪ُ،‬‬ ‫ُْ َ‬‫م‬‫اَل ّٰلّه ام ُارح ُم ُموتَانَا ُوموتَى ُالْمسلِ ِ‬
‫ُ ْ َ ْ َْ ََْ‬
‫ُح َسنَةًُ‬ ‫ِ‬
‫ة‬‫ر‬ ‫ُالدنْـيا ُحسنَةً ُوِِف ُاْ ِ‬
‫آلخ‬ ‫ُّ‬ ‫ُِف‬‫ِ‬ ‫ا‬‫ف ُعْنـه ُم‪ُ .‬ربـانَآ ُأّٰتَِ‬
‫ن‬ ‫ُ‬ ‫اع‬‫و‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬
‫م‬ ‫ه‬‫ِ‬ ‫وعافِ‬
‫َ َ‬ ‫َ ََ َ‬ ‫ََ ْ َ ْ ُ َ ُْ َ‬
‫بُالْ َعالَ ِم ْ َُ‬
‫ي‪ُ .‬‬ ‫اُر ا‬ ‫ُي‬ ‫ي‬ ‫م‬‫وقِنَاُع َذابُالناا ُِر‪ُ.‬أّٰ ِمي‪ُ،‬أّٰ ِ‬
‫ْ ْ َ َ‬ ‫َ َ َ‬
‫آءُ ِذيُالْ ُق ْرَُّٰ‬
‫بُ َويَـْنـ َه ُّٰىُ‬ ‫ان‪َ ُ.‬وإِيتَ ُِ‬ ‫اللَُيَأْ ُمُُرُبِالْ َع ْد ُِلُ َواْ ِإل ْح َس ُِ‬ ‫ادُ ُِ‬
‫الل‪ .‬إِ اُنُ ُ‬ ‫ِعبَ َُ‬
‫آءُ َوالْ ُمْن َك ُِرُ َوالْبَـ ْغ ُِي‪ُ.‬يَعِظُ ُك ُْمُلَ َعلا ُك ُْمُتَ َذ اكُرْو َُن‪ُ.‬فَاذْ ُكُرواُ ُ‬
‫اللَُ‬ ‫َع ُِنُالْ َف ْح َش ُِ‬
‫ضلُِِوُ‬‫اسأَلُ ْـوُهُ ُ ِم ُْن ُفَ ْ‬ ‫و‬ ‫ُ‬ ‫‪.‬‬ ‫ُ‬
‫م‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫د‬
‫ْ‬ ‫ِ‬
‫ز‬ ‫ي‬ ‫ُ‬ ‫الْع ِظي ُم ُي ْذ ُكرُك ُم‪ُ .‬وا ْش ُكروُه ُعلَ ُى ُنِع ِم ِ‬
‫ُ‬
‫و‬
‫َ ْ َ َ ْ ْ َ ُ ْ ُ َ ّٰ َ َ ْ َ ْ‬
‫ص ََلُِة‪.‬‬ ‫صنَـعُو َُن‪ُ.‬أَقِْي ُمواُال ا‬ ‫ت‬‫ُ‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬
‫م‬
‫َُ َ ُ َ ْ ُ َ َ ْ‬‫ل‬
‫َ‬ ‫ع‬ ‫ـ‬ ‫ي‬‫ُ‬ ‫ُ‬
‫الل‬ ‫و‬ ‫ُ‬ ‫‪.‬‬ ‫ُ‬
‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬‫ك‬‫ْ‬ ‫َ‬
‫أ‬ ‫ُ‬ ‫ِ‬
‫ُ‬
‫الل‬‫ُ‬ ‫ُ‬
‫ر‬ ‫ك‬
‫ْ‬ ‫ِ‬
‫ذ‬ ‫ل‬
‫َ‬‫و‬
‫ُْ ْ َ ُ‬ ‫ُ‬ ‫‪.‬‬ ‫ُ‬
‫م‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫ط‬‫ي ـع ِ‬
‫ُ‬

‫‪9‬‬

You might also like