You are on page 1of 21

DISEDIAKAN OLEH:

1.
2.NAJMI FAIZ BIN AMRAN(000101-11-0701)
3.
PENYELEWENGAN
AQIDAH
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di
atas kepanjangan umur kami dan telah melimpahkan rezeki kepada kami
.Di sini kami ingin meluahkan perasaan tanda terima kasih kepada
individu-individu yang terbabit sepanjang proses menyiapkan
tugasan projek ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Perspertif
Islam kami,iaitu Ustaz Abdul Muhaimin Bin kerana telah banyak
membantu, menolong, membimbing, dan memberi tunjuk ajar kepada
saya dalam selok- belok pembikinan tugasan yang rumit ini. Tidak
dilupakan juga hantu-hantu yang ada di dalam kelas DLM 1B yang telah
berkongsi maklumat dan pendapat kepada kami.Hatta semoga lancarlah
rancangan kami sepanjang proses tugasan projek ini hendaknya.
Alhamdulilah Rabbi Al amin.
PENYELEWENGAN
AQIDAH
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
TAKRIF PENYELEWENGAN AQIDAH
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH
JEMAAH AL-AHBASH DAN BAHAYANYA KEPADA MASYARAKAT
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MELALUI PENDIDIKAN
KESIMPULAN
PENGENALAN
Pendidikan aqidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri
seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang
yang tidak memiliki aqidah menyebabkan amalannya tidak mendapat
pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh
Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada
pembinaan aqidah.
Tazkirah ini akan membincangkan jenis-jenis penyelewengan aqidah,
kebahayaan terhadap masyarakat dan langkah-langkah pencegahan dalam
menangani masalah penyelewengan aqidah.
Tajuk penyelewengan aqidah memerlukan kefahaman kepada aqidah islam
yang sebenar dan unsur utama di dalam aqidah islam iaitu iman yang shahih.
Setelah memahami aqidah islam dan iman yang shahih, maka kita akan
dapat membina keyakinan dan jati diri sebagai muslim yang teguh iman dan
dapat membezakan di antara pengaruh ajaran yang benar dan menyeleweng
seterusnya memperolehi redha Allah.
TAKRIF PENYELEWENGAN AQIDAH
Menurut Kamus Dewan (1998), seleweng bermaksud
menyimpang dari arah yang betul. Dalam hal ini, perkataan sesat
mempunyai persamaan dengan maksud perkataan seleweng.
Oleh itu, perbincangan tentang penyelewengan aqidah boleh
diertikan dengan perbincangan mengenai ajaran sesat.

Penyelewengan aqidah atau ajaran sesat boleh didefinisi sebagai


sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau
bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut adalah
ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan pada
hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan
dengan ajaran Islam yang bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah
Rasulullah S.A.W. (dikenali dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal- Jamaah
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH

KEIMANAN DAN
AQIDAH YANG
BERTENTANGAN

MEMPERTIKAIKAN
KEPERCAYAAN
KEBENARAN AL-
PADA PENYATUAN
QURAN DAN
AGAMA
HADIS

JENIS-JENIS
PENYELEWENGAN
AQIDAH
PENDEWAAN DIRI
MENDAKWA DIRI DAN
SEBAGAI NABI MENGAGUNGKAN
ATAU RASUL PEMIMPIN SECARA
MELAMPAU

MELAKUKAN
MENTAFSIR DAN
BIDAAH DAN
MENGHURAI AL-
PENDAPAT BARU
QURAN SESUKA
YANG
HATI
BERTENTANGAN
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH
I. Kepercayaan kepada rukun iman dan asas akidah secara bertentangan dan tidak
selaras dengan akidah ASWJ. Contohnya, mempercayai ada kitab lain yang
menyaingi atau memansuhkan al-Quran. Jemaah Al-Ahbash dalam bab al-Qadr,
berfahaman Jabariyyah mendakwa Allah yang menolong seorang kafir atas
kekufurannya sedangkan keimanan yang shahih menuntut kita beriman bahawa
seorang yang kafir itu menjadi kafir kerana tindakan mereka mengingkari perintah
Allah bukan atas kehendak Allah kerana setiap manusia itu telah dikurniakan akal
agar mereka berfikir.
II. Mempertikai kebenaran al-Quran dan hadis baginda SAW contohnya golongan syiah
yang mempertikaikan al-quran yang ada sekarang sudah tidak asli sedangkan Allah
telah berjanji bahawa al-Quran itu akan dipelihara sehingga kiamat tiba. Mereka
mengubah ayat-ayat tertentu di dalam al_quran supaya selari dengan dakwaan
mereka tentang kehebatan imam mereka yang 12 itu melampaui kehebatan para
sahabat rasulullah saw.Dan juga golongan anti hadith yang mempertikaikan hadis
hadith itu banyak yang bercanggah dengan al-quran disebabkan mereka cuba
menghuraikannya dengan akal mereka sendiri yang dangkal.
III. Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendakwa diri atau orang
lain sebagai nabi terakhir, Nabi Isa, Imam Mahdi al-Muntadzar atau yang
seumpamanya contohnya kes rasul melayu iaitu Abdul Kahar Ahmad yang
mendakwa dirinya rasul yang diutus untuk orang melayu.
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH
(sambungan)
IV. Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai
agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia. Contohnya
pengaruh ajaran ayah Pin yang jelas menyatakan dia adalah pemimpin agama
baru yang menyatukan seluruh umat manusia.
V. Pendewaan diri, pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara
bertentangan dengan akidah ASWJ contohnya jemaah al-Arqam yang
mengagungkan pemimpin mereka Ashaari secara taksub dan berlebih-
lebihan.
VI. Mengadakan bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah
ASWJ dan syariah yang berasaskan dalil qatie. Contohnya ajaran Guru Yahya
di Batu Pahat pada awal 80-an yang mengamalkan zikir-zikir
VII. Menafsir dan menghuraikan al-Quran dan hadis mengikut sesuka hati.
Contohnya penerbitan tafsir al-Quran dalam bahasa melayu yang dinamakan
BACAAN sekitar tahun 90-an oleh Othman. Beliau juga mentafsirkan al-
quran itu menurut kefahaman beliau sendiri dengan mengerjakan solat 3
waktu sehari sahaja. Contoh lain ialah ajaran pemuda Kahfi yang memberi
pemahaman menyeleweng dalam melaksanakan ibadah.
JEMAAH AL-AHBASH
(SEBUAH JEMAAH YANG SESAT & MENYELEWENG DARI MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH)

Pengasas Fahaman
Diasaskan oleh Abdullah al-Harari al- Menyeleweng dari mazhab ahli sunnah
Habsyi wal Jamaah

Berfahaman Jahmiyyah (menafikan


Berbangsa Ethiopia, menetap di
sifat Allah), membawa fahaman
Lubnan
Murjiah, Jabariah dan Syiah (Rafidhah)

Mencela para sahabat Nabi dan


Abdullah al-Harari dikenali sebagai al-
menuduh ummul mukminin bermaksiat
Fattan pembawa fitnah
kepada Allah

Mula bertapak di Malaysia kerana


dibawa oleh pelajar Malaysia yang Fatwa-fatwa yang pelik
menuntut di Lubnan
JEMAAH AL-AHBASH
(SEBUAH JEMAAH YANG SESAT & MENYELEWENG DARI MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH)
BAHAYA JEMAAH AL-AHBASH
LANGKAH PENCEGAHAN MELALUI PENDIDIKAN
PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM
1. Mengakui keesaan Allah swt
Matlamat utama pendidikan aqidah Islam ialah mendidik manusia supaya
mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah.
Tiada sekutu bagiNya. Firman Allah swt:
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi
tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan
tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
Aqidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din
maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw
menjurus kepada pendidikan Aqidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam
jiwa manusia tentang keesaan Allah swt.
2. Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt .
Pendidikan aqidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan
tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah swt. Ibu bapa sepatutnya
mendidik anak-anak mengenal Allah dengan mengajak mereka berfikir tentang
kejadian alam seawal usia mereka. Contohnya mengajak anak-anak berfikir
bagaimana buah kelapa yang berada di atas pokok boleh mempunyai air,
sedangkan air itu berada di bawah tanah.
PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM (SAMBUNGAN)
3. Membentuk keperibadian insan
Aqidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati
dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang asli seperti yang dikehendaki oleh
penciptanya. Pendidikan aqidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan
keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan gerak laku amal perbuatan
selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt.
Aqidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah hakikat kekuatan
umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada
kekuatan jasmaninya. Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang silam kita
mendapati bahawa umat Islam di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh aqidah
yang akhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh kental dan luar biasa.
Contohnya Bilal , bahawa aqidah telah memberikan kekuatan kepadanya.
Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan sanggup membelanjakan hartanya
kerana mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi yang dimiliki melainkan
Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana
Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat
Rasulullah saw hasil dari pendidikan aqidah yang mantap.

KEIMANAN YANG SHAHIH
Pemahaman Iman yang sahih disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah bermaksud : Pengakuan keimanan
kepada perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad salallahualaihiwasalam dengan iktiqad hati,
pengakuan pada lisan dan amalan perbuatan serta menunaikan segala tuntutannya melalui hati, lisan
dan anggota badan dengan ikhlas kepada Allah swt, disertai cinta dan kasih kepada perkara keimanan
dan ahlinya serta membenci pula kepada kekufuran dan ahlinya maka iman itu bertambah dengan
ketaatan serta berkurang dengan kemaksiatan dan iman itu mempunyai enam rukun yang wajib
diketahui dan terbahagi kepada beberapa cabang.

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi
Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab,
nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan
(memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang
menepati janjinya apabila dia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan
dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-orang
yang bertakwa. (Al-Baqarah : 177).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa baginda nabi sallahualaihiwasalam ketika menjawab
pertanyaan Jibrail mengenai iman dengan menyebut : Iaitu kamu beriman kepada Allah, malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhirat serta beriman kepada qadar yang baik dan buruk.
(hadith sahih, riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam juga : Iman itu terbahagi kepada tujuh puluh lebih
bahagian yang paling tinggi ialah kalimah lailahaillallah (tiada tuhan yang berhak disembah selain
Allah) dan serendah-rendahnya ialah menghilangkan duri di jalanan dan malu itu sebahagian dari
iman. (Hadith sahih, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Juga di dalam hadith yang baginda menyebutkan : Aku memerintahkan kamu beriman kepada Allah
yang satu dan tahukah kamu apakah itu iman kepada Allah ? iaitu kamu bersyahadah tiada tuhan yang
berhak disembah selain-Nya yang satu dan tidak mensyirikkan-Nya serta mendirikan solat dan
menunaikan zakat dan menunaikan khumus (harta rampasan perang) dari apa yang kamu perolehi.
(hadith sahih, riwayat Bukhari dan Muslim).
PEMANTAPAN ILMU BERDASARKAN AL-QURAN DAN
AS-SUNNAH

Ilmu yang benar yang akan membawa kepada kebahagiaan hidup di


dunia dan akhirat itu adalah ilmu yang disandarkan pada al-Quran
dan as-Sunnah sahaja. Ibadah yang tidak ada nas dan dalil daripada
al-Quran dan as-Sunnah adalah tertolak dan tidak diterima oleh
Allah swt maka oleh kerana itu maka setiap orang hendaklah belajar
dan mendalami agama secara berterusan dari sumber-sumber yang
shahih iaitu A-l-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Baginda rasul pernah bersabda sebagai maksud " Sesungguhnya
sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran
adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-jelek perkara
adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama), kerana
sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan (dalam agama)
adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan." (Hadith Sahih,
riwayat Muslim no. 867).
PENGHAYATAN DAN PENGAMALAN AJARAN ISLAM
YANG SHAHIH
Hendaklah segala amalan itu dilakukan semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan daripada Allah dan bukan kerana
sebab-sebab lain.

Segala ilmu yang diperolehi hendaklah diamalkan


dan dihayati dengan yakin dan ikhlas.

Amalan-amalan yang sejajar dengan sunnah Rasulullah


saw sahaja yang boleh diamalkan kerana selain dari itu
tidak akan diterima amalannya.

Menghayati dengan bersungguh-sungguh hikmah disebalik


segala amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT.
KESIMPULAN
Ajaran sesat akan sentiasa mengancam keimanan
kita kepada Allah sehingga hari kiamat tiba kerana
ini adalah janji syaitan kepada Allah yang berjanji
akan menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat
melainkan hamba-hamba Allah yang beriman.
Maka untuk membela diri kita daripada pengaruh
ajaran sesat ini, kita harus mendalami dan
memahami ilmu agama yang shahih berdasarkan
al-quran dan as-sunnah seterusnya menjadi hamba
yang teguh dan ampuh imannya dengan
meletakkan Allah sebagai matlamat hidup kita di
dunia dan akhirat.
Matlamat Sebuah Kehidupan








Yang Bermaksud : Katakanlah: Sesungguhnya
solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah
untuk Allah, Tuhan semesta alam. (Al-Anam :
162)
RUJUKAN
Al-Quran al-Kariim
Shahih Bukhari
Shahih Muslim
Sunan Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaei, Ibn Majah
Fatwa Iman , Karya Bestari Sdn Bhd, Muhammad Bin Soleh al-Munajjid, Muhammad bin
Soleh al-Uthaimin, Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.
Awasi Fahaman Takfir al_Ahbash:Abu Syuaib, Majalah I Feb 2008.
www.ahlalhdeeth.com
www.fatwaislam.com
www.qaradawi.net
www.albani.co.uk
www.zuhayli.net
www.alhawali.com
www.ustaz.blogspot.com
www.drmaza.com
http://al-qayyim.net
http://al-ahkam.net
www.saifulislam.com
www.darulkautsar.com

You might also like