You are on page 1of 10

Etika Kepimpinan Menurut Pandangan

al-Mawardi Menerusi Buku al-Ahkam al-Sultaniyyah


Wa al-Wilayat al-Diniyyah

Mohd Rumaizuddin Ghazali


Mahazan bin Abdul Mutalib @ Taib
Ahmad Najaa' Mokhtar
Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak
Di antaraperkarayang dititik beratkan di dalam sesebuah institusi kepimpinan ialah etika.
Penulisan ini mempersembahkan teori etika kepimpinan menurut pandangan al-Mawardi
menerusi bukunya "Al-Ahkam Al-Sultaniyyah Wa Al- Wilayat Al-Diniyyah ". l a merupakan
satu cetusan idea yang sangat menarik bagi membentuk sebuah institusi kepimpinan yang
cemerlang dan gemilang. Perbincangan menjuruskan kepada beberapa aspek penting
seperti tugasan yang perlu ditunaikan, karakter dan ciri-ciri seorang pemimpin dan nilai
etika bagi mencorakkan seorangpemimpin yang berwibawa dan berkarisma.
Kata Kunci: al-Mawardi, etika kepimpinan, undang-undang

Pengenalan Sejarah Hidup Imam Al-Mawardi


Namanya ialah Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Basri, al-Syafie (Ibn Kathid
1985; Ibn Khallikad n.d; Ibn Jawzi, 1359H; al-Zarkuli, 1979; Yaqut, 1986). Para ahli
sejarah dan tabaqat mengelarkannya dengan gelaran al-Mawardi, Qadi al-Qudat, al-Basri
dan al-Syafei (Asnawi, 1987; Gibb, 1987). Al-Mawardi dinisbahkan kepada air mawar.
(ma'ul wardi) kerana bapa dan datuknya adalah penjual air mawar (Ibn Khallikad n.d).
Qadi Qudat disebabkan beliau seorang ketua kadi alim dalam bidang feqah. Gelaran ini
diterima pada tahun 429 hijrah (Yaqut, 1986). Gelaran al-Basri ialah kerana beliau lahir di
Basrah. Sementara nama penggantinya (nama kinayah) ialah Abu Hassan (Yaqut, 1986).
Imam al-Mawardi dilahirkan di Basrah pada tahun 364 hijrah bersamaan pada tahun
974 masehi. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sememangnya cinta kepada ilmu
pengetahuan. Keluarga beliau sentiasa mengambil berat mengenai pendidikan dan

You might also like