You are on page 1of 40

Kandungan Kursus

Undang-undang Komersil
MGT 3351
Semester Mei 1998/99

Disediakan oleh

Suhaimi Ab Rahman
Jabatan Pengurusan & Pemasaran
Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Putra Malaysia
Serdang

Undang-undang Komersil - Takrif

Undang-undang Komersil ialah undang-undang yang berkaitan dengan penubuhan dan


pengurusan sesuatu perniagaan. Ia mengandugi Kontrak, Undang-undang Agensi,
Perkongsian, Perjanjian Sewa Beli, Kontrak Jualan Barangan, Insurans, Suratcara Boleh
Niaga dan beberapa jenis urusniaga lain.
Pengenalan
Fokus utama kursus ini ialah untuk memahami prinsip umum yang terdapat dalam undangundang berkaitan. Pemahaman ini penting, bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi untuk
dipraktiskan dalam kehidupan seharian. Mungkin kita tidak sedar bahawa setiap hari
ketika kita sedang berurusan dengan orang lain, kita telah melakukan kontrak. Ketika
menaiki bas awam, sebagai contoh, kita telah melakukan kontrak apabila membayar
tambang bas tersebut. Begitu juga ketika memesan makanan di gerai makanan, kita telah
membuat kontrak apabila memesan makanan tertentu untuk sajian. Kontrak yang
dilakukan ini sudah tentu ada kesan dan akibatnya dari segi undang-undang. Oleh itu, jika
salah satu pihak kepada kontrak itu mungkir janjinya, undang-undang akan memberi
pemulihan kepada pihak yang satu lagi samada dengan memberi gantirugi atau lain-lain.
1. Undang-undang Kontrak
Kontrak bermaksud suatu perjanjian yang mengikat di sisi undang-undang dibuat antara
dua pihak atau lebih. Mengikut seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950, Kontrak ditakrifkan
sebagai suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Dengan kata lain, kontrak ialah satu perjanjian yang mengikat pihak-pihak berkontrak dan
boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
1.1 Kebebasan Berkontrak
Mengikut prinsip umum, setiap individu adalah bebas berunding, meletakan syarat-syarat
mengikut kehendak sendiri dan membuat kontrak dengan sesiapa sahaja. Mahkamah tidak
akan memaksa seseorang berkontrak dan dengan lain perkataan ia tidak akan mencampuri
urusan individu-individu tertentu semasa berkontrak. Tugas mahkamah hanyalah
menguatkuasakan janji yang telah dibuat.
1.1.1 Pengecualian
Namun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, mahkamah terpaksa mencampuri urusan
seseorang demi keadilan berkontrak. Dalam situasi sekarang, sebagai contoh, apabila
wujud syarikat-syarikat besar milik kerajaan dan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa,
kebebasan berkontrak mungkin menjadi semakin kabur.
Dalam keadaan sebegini, mahkamah akan;

i.

Mensiratkan terma-terma termaklum dalam sesuatu kontrak.

Seksyen 14-17 Akta Jualan Barangan 1957


Seksyen 4(1)-5(1) Akta Sewa Beli 1967
ii.

Menetapkan perlunya beberapa formaliti dipatuhi

Affin Credit (M) Sdn. Bhd. lwn Yap Yuen Fui [1984] 1 MLJ 169
ii.

Menetapkan beberapa syarat bagi kontrak bentuk seragam

a. Urusan pembelian rumah


b. Urusan bank
c. Sistem Telekom Malaysia
d. Lain-lain
1. 2 Pembentukan Kontrak
Sesuatu perjanjian tidak dinamakan Kontrak kecuali mengadungi ciri-ciri berikut;
1.2.1. Tawaran
1.2.2. Penerimaan
1.2.3. Balasan
1.2.4. Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang
1.2.5. Kerelaan Bebas
1.2.6. Keupayaan
1.2.1. Tawaran
Tawaran ialah suatu janji, cadangan atau pengakuan oleh satu pihak (pembuat
cadangan/tawaran) kepada pihak lain (penerima cadangan/tawaran) dengan niat bahawa
apabila janji, cadangan atau pengakuan tersebut diterima, ia akan mengikat pihak-pihak
berkontrak dan berkuatkuasa mengikut undang-undang.
Dengan kata lain pembuat tawaran hendaklah, semasa membuat tawaran, bersedia untuk
terikat dengan syarat-syarat tawaran sekiranya penerima tawaran menerima tawaran yang
dibuat. Oleh itu apabila sesuatu tawaran diterima, pembuat tawaran perlu menunaikan
janjinya.
Seksyen 2 (a) Akta Kontrak 1950

i.

Tawaran boleh dibuat samada dalam bentuk tulisan, perbuatan ataupun pertuturan.

Penjual roti dikatakan sedang membuat tawaran (untuk menjual roti) apabila ia
membunyikan hon motornya di kawasan-kawasan perumahan.
ii.

Tawaran boleh dibuat kepada individu tertentu, kumpulan tertentu ataupun kepada
umum (sesiapa sahaja yang tampil dan memenuhi syarat-syarat tawaran boleh
menerima tawaran tersebut).

a. Tawaran kepada individu tertentu, hanya individu tersebut sahaja yang boleh
menerimanya.
Jika Abu meminta Ah Chong, tukang jam, memperbaiki jam tangannya yang rosak, Samy,
juga tukang jam, yang kebetulan mendengar perbualan antara Abu dan Ah Chong tidak
boleh membaiki jam tersebut.
Boulton lwn Jones (1857) 2 H&N 564

b. Tawaran kepada umum, sesiapa sahaja boleh menerimanya.


Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co. [1983] 1 QB 256

iii.

Tawaran hendaklah jelas, lengkap, muktamad dan terperinci.

Salleh Buang, Pengenalan Undang-undang Jualan Barang, 8 (1994)

iv.

Sesuatu iklan ataupun suatu pelawaan untuk membuat tawaran tidak dianggap
sebagai suatu tawaran.

a. Tawaran dibezakan daripada iklan (invitation to treat)


Coelho lwn The Public Services Commission [1964] MLJ 12
Majumder lwn Attorney General of Sarawak [1967] 1 MLJ 101
Cheng Keng Hong lwn Government of Federation of Malaya [1966] 2 MLJ 33
Pharmaceutical Society of Great Britian lwn Boots Cash Chemists (Southern) Ltd. (1952) 2 All E.R.
456
Fisher lwn Bell (1961) 1 QB 394

b. Tawaran dibezakan daripada kenyataan awal (invitation to treat)


Harvey lwn Facey [1893] AC 552
Harris lwn Nickerson (1873) LR 8 QB 286
Partridge lwn Crittenden [1968] 2 All ER 421
Gibson lwn Majlis Bandaraya Manchester [1979] 1 All ER 972

v.

Tawaran perlu dikomunikasikan

Seseorang tidak boleh menerima tanpa mengetahui tentang kewujudan sesuatu tawaran.
Jika seseorang menerima tawaran dalam keadaan dia tidak mengetahui tentang kewujudan
tawaran, penerimaannya itu tidak sah dan tidak akan menghasilkan suatu kontrak yang sah
dan berkuatkuasa.
Seksyen 4(1)
Fitch lwn Snedaker 38 NY 248 (1868)
R lwn Clarke (1927) 40 CLR 227
Williams lwn Cawardine (1833) 5 C.&D. 566

iii.

Sesuatu tawaran boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi


penerimaannya adalah lengkap terhadap pembuat tawaran dan tidak selepasnya.

Seksyen 5(1)

vi.

rukun peti surat


kontrak satu pihak (unilateral)

Pembatalan boleh berlaku dengan;


Mengkomunikasikan pembatalan

Pembatalan tawaran perlu dikomunikasikan kepada penerima tawaran


Seksyen 6(a)
Byrne lwn Van Tienhoven (1880) 5 C.P.D. 344
Stevenson lwn McLean (1880) 5 QBD 346

Luputnya waktu tawaran samada secara nyata @ termaklum

Jika di dalam tawaran tidak dinyatakan secara nyata bahawa masa untuk melaksanakan
sesuatu penerimaan dilakukan pada waktu tertentu, ia akan luput apabila tidak diterima
dalam waktu yang munasabah. Mahkamah akan memutuskan mengikut keadaan kes.
Ramsgate Victoria Hotel Co. lwn Montefiore (1866) 3 AER 1593

Kegagalan penerima memenuhi syarat-syarat tawaran


Syarikat ABC menawar jawatan pengurus kepada Abu sekiranya ia lulus dalam suatu
peperiksaan. Abu gagal dalam peperiksaan tersebut. Tawaran akan luput disebabkan
kegagalan Abu memenuhi syarat tawaran.

Kematian ataupun hilang akal

Tawaran tidak akan terbatal secara automatik sekiranya penerima tidak tahu keadaan
sebenar pembuat tawaran.

Pembatalan tawaran dalam kontrak satu pihak

Kontrak satu pihak ialah kontrak yang memerlukan perbuatan sebagai penerimaan.
Kontrak satu pihak sering wujud dalam tawaran ganjaran untuk memberi hadiah. Sebagai
contoh Abu membuat iklan untuk memberi ganjaran sebanyak RM 500 kepada sesiapa
sahaja yang jumpa dan memulangkan dompetnya yang hilang.
Masalah yang sering timbul ialah apabila pembuat tawaran membatalkan tawarannya
semasa penerimaan dilakukan tetapi masih belum sempurna. Sebagai contoh Abu membuat
tawaran dalam sebuah akhbar tempatan bahawa dia akan memberi ganjaran sebanyak RM
1000 kepada sesiapa sahaja yang berenang sampai ke pantai Singapura daripada pantai
Johor Baharu. Hashim menerima tawaran Abu dengan menerjun ke dalam laut di Johor
Baharu. Walaubagaimanapun setelah berenang sejauh 3 kilometer, Abu membatalkan
tawarannya.
Mengikut prinsip Undang-undang Inggeris, pembuat tawaran tidak boleh membatalkan
tawarannya apabila penerima mula menerima tawaran walaupun belum sempurna.
Errington lwn Errington Woods [1925] 1 KB 290

1.2.2. Penerimaan
Penerimaan ialah suatu tindakan mengikut kehendak syarat-syarat yang terkandung dalam
tawaran dibuat oleh penerima tawaran. Dalam erti kata lain tawaran itu mestilah
dipersetujui dengan sepenuhnya.
Seksyen 2(b)

i.

Penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat

Seksyen 7(a)

Penerimaan bersyarat hanya akan menyebabkan tawaran balas dan ini akan
mematikan tawaran asal.

Hyde lwn Wrench (1840) 49 ER 132

a. Nota-nota pengesahan Perang Borang


Butler Machine Tool lwn Ex-cell-o- Corporation [1979] 1 All ER 965
Shaik Mohd. Noor Alam A.M. Hussain, Undang-undang Komersil Malaysia, 25-29

William Anson, Ansons Law of Contract, 36

b. Penerimaan dengan tertakluk kepada kontrak akan datang


Penerimaan yang tertakluk kepada sesuatu keadaan juga tidak akan menghasilkan suatu
kontrak yang sah dan berkuatkuasa.
Low Kar Yit & Others lwn Mohd. Isa & Another (1963) MLJ 125

ii.

Penerimaan hendaklah dinyatakan dalam keadaan biasa dan munasabah.

Jika pembuat tawaran menghendaki sesuatu penerimaan dilakukan dengan cara tertentu,
penerima perlu berbuat demikian.

Berdiam diri bukan penerimaan

Namun begitu pembuat tawaran tidak boleh menetapkan syarat bahawa perbuatan berdiam
diri itu adalah kesanggupan untuk menerima.
Felthouse lwn Bindley (1862) 142 ER 1037

iii.

Penerimaan hendaklah dilakukan dalam masa yang munasabah

Jika pembuat tawaran tidak menyatakan bilakah penerimaan perlu dilakukan, penerima
perlu membuat dalam masa yang munasabah.
Fraser lwn Everett (1889) 4 Ky 512

iv.

Penerimaan perlu dikomunikasikan

Seksyen 3

a. Rukun peti surat


Prinsip umum mengatakan bahawa setiap penerimaan perlu dikomunikasikan. Dalam lain
perkataan, penerimaan itu adalah lengkap apabila pembuat tawaran mengetahui tentang
kewujudan sesuatu penerimaan.
Prinsip umum ini terpakai dalam;

Kontrak secara semuka (inter praesentes)


Perbualan melalui telefon
Perbualan melalui internet (irc @ icq chat)

Teleks
Faks

Denning L.J dalam Entores Ltd. Lwn Miles Far East Corporation [1955] 2 QB 327

Namun begitu terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini. Pengecualianpengecualian tersebut ialah;

Dalam kontrak satu pihak


Rukun peti surat

Dalam rukun peti surat penerimaan tidak perlu dikomunikasikan. Kontrak adalah
terbentuk sebaik sahaja surat penerimaan dimasukkan ke dalam peti surat.
Seksyen 4,5
Adam lwn Lindsel (1818) 1 B & Ald. 681 106 ER 250

b. Bagaimanakah jika surat penerimaan yang diposkan itu tidak sampai


Dalam beberapa kes yang telah diputuskan, jika surat penerimaan tidak sampai ke
destinasinya, kontrak tetap terbentuk dan berkuatkuasa mulai surat penerimaan diposkan.
Dalam lain perkataan, pembuat tawaran akan menjadi terikat pada masa surat itu diposkan.
Household Fire and Carriage Accident Insurance Co. Ltd. lwn Grant (1879) 4 Ex D 216
Ignatius lwn Bell (1913) 2 FMSLR 115

Namun begitu sekiranya kehilangan atau kelewatan sesuatu surat itu disebabkan oleh
kecuaian samada tersalah letak alamat atau meletakkan setem yang tidak mencukupi, ia
tidak akan mengikat pembuat tawaran selagi mana surat tersebut tidak sampai ketangan
pembuat tawaran. Dengan kata lain penerimaan sedemikian tidak akan membentuk satu
kontrak yang sah dan berkuatkuasa.
William Anson, Ansons Law of Contract, 45

v.

Penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan


lengkap terhadap penerima dan tidak selepasnya.

Seksyen 5(2)
rukun peti surat

1.1.3. Balasan

Mahkamah tidak akan menguatkuasakan perjanjian yang tidak didokongi oleh balasan.
Balasan ialah sesuatu yang bernilai mengikut undang-undang. Ia juga boleh ditakrifkan
sebagai hak, kepentingan, keuntungan atau faedah kepada satu pihak dan mudarat,
kerugian serta tanggungjawab dari satu pihak yang lain.

i.

Umumnya balasan terbahagi kepada tiga bahagian;


Balasan untuk melaksanakan (executory consideration)

Iaitu janji untuk melaksanakan sesuatu balasan pada masa hadapan. Oleh itu janji juga
boleh dikira sebagai satu balasan yang bernilai dan sah.
K.Murugesu lwn Nadarajah (1980) 2 MLJ 82

Balasan terlaksana (executed consideration)

Iaitu suatu balasan yang dilaksanakan setelah suatu janji dibuat. Balasan terlaksana boleh
dilihat dengan jelas melalui kontrak satu pihak.
Carlill lwn Carbolic Smoke Ball & Co. Ltd. (1892) 2 QB 484

Balasan lampau (past consideration)

Iaitu suatu balasan yang dilaksanakan sebelum sesuatu janji dibuat. Penerimaan balasan
lampau di Malaysia agak berbeza dengan Undang-undang Inggeris. Mengikut prinsip
umum Undang-undang Inggeris balasan lampau tidak dikira sebagai suatu balasan yang
sah.
Roscorla lwn Thomas (1842) 3 QB 234
Re McArdle [1951] Ch. 669

Namun begitu ia akan menjadi sebaliknya sekiranya balasan lampau tersebut dibuat atas
kehendak pembuat janji/tawaran.
Lampleigh lwn Brathwait (1615) Hob. 105

Di Malaysia, takrifan balasan lampau agak luas mencakupi sesuatu balasan (lampau)yang
dibuat mengikut kehendak pembuat janji (seperti Undang-undang Inggeris) dan janji untuk
memampaskan sesuatu perbuatan yang dibuat terlebih dahulu secara sukarela.
Seksyen 2(d)
Seksyen 26(b)
Kepong Prospecting Ltd. and Others lwn Schmidt (1968) MLJ 170

ii.

Mengikut seksyen 26 sesuatu janji yang tidak didokongi dengan suatu balasan yang
sah akan menjadi batal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Namun begitu terdapat beberapa pengecualian kepada prinsip umum ini

iii.

Dibuat atas dasar kasih sayang semulajadi dan ditulis serta didaftarkan mengikut
undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu.
Janji untuk memampaskan/memberi ganjaran kepada penerima janji setelah membuat
sesuatu secara sukarela.
Janji untuk membayar hutang yang dihalang oleh had masa
Pelaksanaan tugas yang dipertanggungjawabkan
Pelaksanaan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk maslahat awam

Sekiranya seseorang ditugaskan untuk menjaga keselamatan awam dan dalam masa yang
sama dijanjikan sesuatu ganjaran oleh seseorang lain, perjanjian itu tidak berkuatkuasa
kerana tidak didokong oleh balasan yang sah. Seseorang dikatakan tidak memberi suatu
balasan yang sah sekiranya perbuatan yang dilakukan adalah merupakan
tanggungjawabnya untuk menjaga kemaslahatan awam.
Glassbrook Brothers lwn Glarmorgan County Council [1934] All ER 579

Pelaksanaan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh majikan

Sekiranya seseorang ditugaskan untuk melakukan sesuatu dan dalam masa yang sama
dijanjikan bayaran tambahan, perjanjian itu tidak berkuatkuasa kerana tidak didokong oleh
balasan yang sah. Seseorang dikatakan tidak memberi suatu balasan yang sah sekiranya ia
melakukan sesuatu yang berupa tanggungjawabnya dengan majikan.
Stilk lwn Myrick (1809) 2 Camp. 317

Oleh itu sekiranya seseorang tersebut telah melakukan suatu perbuatan yang boleh
diklasifikasikan sebagai diluar tugas rasminya (terhadap awam-terhadap majikan) maka
orang itu telah memberi suatu balasan yang sah. Dan oleh itu juga perjanjian yang dibuat
akan berkuatkuasa kerana ia merupakan suatu kontrak yang sah.
iv.

Balasan tidak perlu mencukupi tetapi perlu memadai

Satu prinsip dalam balasan ialah ia tidak perlu mencukupi tetapi perlu memadai. Oleh itu
sekiranya seseorang telah menawarkan untuk menjual kereta Rolls Roycenya dengan harga
RM 5000 dan ia diterima oleh seseorang lain maka ia adalah kontrak.

Sekecil mana pun, asalkan ia satu perbuatan yang berfaedah, ia adalah balasan yang
sah

Sturlyn lwn Albany (1958) Cro. Eliz. 67; 78 ER 327,408

Plastik pembalut gula-gula boleh dikira sebagai balasan yang sah

Chappel Co. Ltd. lwn Nestle Co. Ltd [1960] AC 87

Balasan dikira sah walaupun tidak mencukupi asalkan memadai

Phang Swee Kim lwn Beh I Hock [1964] MLJ 383

v.

Balasan daripada pihak ketiga

Berbeza dengan Undang-undang Inggeris, balasan daripada pihak ketiga mengikut Akta
Kontrak 1950 adalah sah dan perjanjian yang dibuat berasaskan balasan jenis ini adalah
berkuatkuasa.
Venkata Chinnaya lwn Verikata Maya (1881) ILR 4 Mad. 137

Di England balasan daripada pihak ketiga tidak boleh dianggap sebagai suatu balasan yang
sah. Sesuatu perjanjian yang dibuat berasaskan balasan jenis ini tidak akan berkuatkuasa.
Price lwn Easton (1833) 4 B&Ad. 433

1.4 Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang


Walaupun elemen niat tidak disebutkan di dalam Akta namun ianya penting untuk
menjadikan sesuatu kontrak sah dan berkuatkuasa. Namun begitu untuk menentukan
bahawa niat telah wujud dalam sesuatu kontrak bukanlah mudah. Ini kerana niat adalah
perkara subjektif yang tidak boleh dirasai oleh pancaindera insan. Oleh itu mahkamah telah
menetapkan kaedah boleh sangkal bagi penentuan ini. Langkah pertama, setiap perjanjian
akan dikategorikan sebagai samada perjanjian kekeluargaan, sosial dan domestik ataupun
perjanjian komersil. Setelah langkah ini dibuat, mahkamah akan meletakkan andaian boleh
sangkal pada setiap kategori perjanjian. Bagi perjanjian jenis pertama andaian yang diberi
ialah tidak ada niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang kecuali
sebaliknya dibuktikan manakala jenis kedua andaian yang diberi ialah ada niat
melainkan juga sebaliknya dibuktikan.
i.

Perjanjian kekeluargaan, sosial dan domestik

Perjanjian kekeluargaan, sosial dan domestik ialah perjanjian biasa yang selalunya tidak
akan menghasilkan keuntungan kewangan.

Suami dan Isteri

Andaian yang diberi ialah tidak ada niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undangundang kecuali sebaliknya dibuktikan.
Balfour lwn Balfour (1919) 2 K.B. 571

Namun begitu sekiranya terdapat bukti yang kukuh, samada melalui perkataan ataupun
perbuatan ataupun keadaan sesuatu perjanjian itu, andaian tersebut akan tersangkal dan
sudah tentulah keadaan akan menjadi sebaliknya. Dalam lain perkataan, perjanjian jenis ini
(kekeluargaan, sosial dan domestik) akan bertukar menjadi suatu kontrak yang sah dan
berkuatkuasa.
Merritt lwn Merritt (1970) lwn 2 All ER 760

Ibu bapa dan anak-anak

Begitu juga perjanjian antara ibubapa dan anak-anak.


Jones lwn Padavaton (1969) 1 WLR 328

Ibubapa angkat dan anak-anak angkat

Choo Tiong Hin & Ors. lwn Choo Hock Swee (1959) MLJ 67 C.A. Singapore

Dalam kes ini mahkamah telah membenarkan rayuan responden di mana ia berhak
mendapatkan kembali ladangnya serta beberapa harta lain. Dalam kes ini walaupun
terdapat satu perjanjian; tawaran + penerimaan + balasan; namun ia tidak dapat
dikuatkuasakan kerana tidak terdapat elemen niat . Semasa membuat perjanjian responden
tidak berniat untuk melahirkan kesan undang-undang terhadap perjanjian.

Perjanjian sosial

Andaian yang diberi dalam perjanjian sosial ialah tidak ada niat untuk mewujudkan
hubungan di sisi undang-undang kecuali sebaliknya dibuktikan.
Coward lwn Motor Insurers Bureau (1963) 1 QB 259
Albert lwn Motor Insurers Bureau (1972) A.C. 301, H.L

Kes di atas menunjukkan di mana terdapat bukti untuk menyangkal andaian asal yang
mengatakan bahawa tidak ada niat.

Perjanjian domestik

Andaian yang diberi dalam perjanjian domestik juga tidak ada niat untuk mewujudkan
hubungan di sisi undang-undang kecuali sebaliknya dibuktikan.
Simpkins lwn Pays (1955) 1 WLR 975
Parker lwn Clarke (1960) 1 WLR 286

Kes di atas menunjukkan di mana terdapat bukti untuk menyangkal andaian asal yang
mengatakan bahawa tidak ada niat.

ii.

Perjanjian komersil

Dalam perjanjian komersil andaian yang biasa diberi ialah terdapat niat untuk
mewujudkan hubungan di sisi undang-undang kecuali sebaliknya dibuktikan.
Jika terdapat bukti yang menyangkal andaian tersebut maka perjanjian tersebut akan
menjadi sebaliknya. Ia akan menjadi suatu kontrak yang sah dan berkuatkuasa.
Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co (1893) 1 QB 256
Rose Frank Co. lwn Crompton Bros (1925) A.C. 445

Dalam kes Rose Frank Co. lwn Crompton Bros, dengan adanya klausa kehormat (honour
clause) di dalam perjanjian tersebut, mahkamah telah memutuskan bahawa ia tidak
berkuatkuasa kerana andaian yang asal telah disangkal dengan bukti tersebut.

1.5. Kerelaaan bebas


Prinsip umum menyatakan bahawa sesuatu kontrak hanya sah jika dibuat berasaskan
kerelaan bebas, tiada tekanan atau paksaan daripada mana-mana pihak.
Seksyen 14 telah menggariskan beberapa ciri yang boleh menyebab sesuatu kontrak
dibatalkan kerana tidak berkerelaan bebas. Ciri-ciri tersebut adalah paksaan, pengaruh tak
berpatutan, frod dan salah nyata.
Manakala sesuatu perjanjian yang berasaskan khilaf (silap fakta) akan menyebabkan
kontrak itu terbatal.
i.

Paksaan (coercion)

Paksaan bermaksud sebarang bentuk kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan
kepada pihak berkontrak atau ahli keluarganya atau hartanya.

Kesarmal a/l Letchumanan Das lwn Valliappa Chethar (1954) MLJ 119
Seksyen 15

Dalam lain perkataan, paksaan ialah suatu perbuatan atau ancaman untuk melakukan
perbuatan yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan ataupun menahan atau mengancam
untuk menahan harta seseorang secara tak sah.
Oleh itu sekiranya A melakukan perbuatan jenayah terhadap B dan oleh itu juga
menyebabkan B berkontrak dengan A maka kontrak ini dikatakan telah dilakukan atas
sebab paksaan. B boleh membatalkan kontrak tersebut.
Namun begitu sekiranya kekerasan (jenayah/menahan harta seseorang secara tak sah)
tersebut dilakukan keatas C, pihak ketiga, sehingga menyebabkan B terpaksa berkontrak
dengan A, adakah B boleh membatalkan kontrak tersebut.
Hubungan A dengan B memerlukan pentafsiran yang teliti. Ia adalah suatu persoalan fakta
di mana mahkamah akan mentafsirkannya mengikut keadaan kes.
Kaufman lwn Gerson (1904) 1 KB 591
Wong Ah Fook lwn Kerajaan Negeri Johor [1937] MLJ Rep 121

Seperti dinyatakan di atas sesuatu kontrak yang berasaskan paksaan boleh dibatalkan atas
pilihan pihak yang telah dipaksa itu.
Seksyen 19.

ii.

Pengaruh tak berpatutan (undue influence)

Pengaruh tak berpatutan wujud apabila hubungan pihak-pihak berkontrak tidak berasaskan
kesamarataan, yakni satu pihak berkedudukan di mana boleh menguasai pihak yang satu
lagi.
Seksyen 16(1)

Dalam erti kata lain, telah wujud satu hubungan istimewa antara pihak-pihak berkontrak.
A seorang yang lemah akibat sakit telah didorong oleh pengaruh B, seorang pegawai
perubatannya, supaya bersetuju membayar kepada B sejumlah wang yang tak munasabah
untuk perkhidmatan ikhtisasnya. B melakukan pengaruh tak berpatutan.
Pihak-pihak berkontrak yang berasaskan pengaruh tak berpatutan boleh membatalkan
kontrak samada secara mutlak ataupun bersyarat.
Seksyen 20

a. Syarat-syarat

Telah wujud satu hubungan istimewa antara pihak-pihak berkontrak di mana satu pihak
berada dalam kedudukan sedemikian rupa di mana ia boleh menguasai kehendak pihak
satu lagi
Pihak berkedudukan tersebut telah menggunakan kedudukannya untuk memperolehi
faedah yang tak adil

Apabila keadaan ini berlaku maka beban membukti adalah terletak di atas bahu pihak yang
mempunyai kedudukan tersebut.
Raghunath Prasad lwn Sarju Prasad (1924) AIR (PC) 60

Kecuali jika ia dapat membuktikan bahawa kontrak yang dibuat adalah bebas ataupun telah
diberi penjelasan yang munasabah.
Salwath Haneem lwn Hadjee Abdullah (1894) 2 SSLR 57 (Court of Appeal)

b. Urusan tak berhiba


Jika sesuatu urusan itu didapati tidak berhiba/wajar maka kedua-dua syarat tadi tidak lagi
diperlukan bagi mengandaikan bahawa ia telah didorong oleh pengaruh tak berpatutan.
Oleh itu beban membukti adalah terletak kepada orang yang membuat syarat yang tak
wajar tersebut.
Chait Singh lwn Budin bin Abdullah [1922] 1 FMSLR 348

iii.

Frod @ tipuan (Fraud)

Frod berlaku apabila sesuatu kenyataan palsu dibuat secara mengetahui atau tanpa yakin
dengan kebenarannya atau tanpa peduli samada ia benar atau palsu. Dalam erti kata lain
frod ialah perbuatan yang bermaksud untuk menipu orang lain sehingga mendorong orang
itu untuk berkontrak.
Seksyen 17

Percaya ianya tak benar


Tak percaya ianya benar
Tak kisah samada benar atau palsu
Menyebabkan pihak lain berkontrak dengannya

Seksyen 19

Oleh itu jika A dengan niat menipu B bahawa CD Player nya adalah buatan Jepun
padahal ia adalah buatan Taiwan dan ini telah menyebabkan B bersetuju membeli CD
Player tersebut dengan harga yang lebih mahal maka B boleh membatalkan kontrak
untuk membeli barang tersebut.

Semata-mata berdiam diri bukanlah frod

Prinsip umum, undang-undang tidak mewajibkan pihak-pihak berkontrak supaya memberi


maklumat terperinci tentang perkara kontrak kecuali dalam beberapa keadaan. Prinsip ini
dikenali sebagai caveat emptor (pembeli perlu berhati-hati).
Oleh itu A seorang peniaga tidak perlu memberi penjelasan yang terperinci tentang sesuatu
barang yang hendak dijual kepada pembeli (tertakluk kepada beberapa syarat).
Misalan (d) seksyen 17
Vyramuttu lwn Kerajaan Negeri Pahang (1924) 4 FMSLR 277

Namun begitu prinsip umum ini tertakluk kepada 2 keadaan;


a. Kewajipan memberi maklumat terperinci dalam keadaan-keadaan tertentu

Kontrak-kontrak uberrimae fidei seperti kontrak insurans


Perjanjian yang dilakukan antara pihak yang mempunyai hubungan fidusiari atupun
amanah.

b. Membisu sama dengan kata-kata


Misalan seksyen 17

B berkata kepada A, Jika kamu tidak menyangkal maka saya menggap kuda itu sihat. A
membisu. Di sini pembisuan A adalah sama dengan kata-kata.
Seperti disebutkan di atas, sesuatu kontrak yang didorong oleh frod adalah boleh batal.
Denagn lain perkataan, pihak yang ditipu boleh membuat pilihan untuk membatalkan
kontrak tersebut.

Jika pihak yang kena tipu itu mempunyai jalan untuk mencari kebenaran dengan
menggunakan kerajinan yang biasa, kontrak tersebut tidak boleh dibatalkan.

Misalan (b) seksyen 19


Tan Chye Chew lwn Eastern Mining Metals Co. Ltd. [1965] 1 MLJ 201

iv. Salah nyata (Misrepresentation)


Pada dasarnya salah nyata adalah sama dengan frod. Namun begitu terdapat sedikit
perbezaan antara kedua-dua ciri tersebut. Perbezaan tersebut terdapat dalam fakta paling
asas mengenai salah nyata dan frod. Fakta tersebut ialah niat untuk menipu pihak lain
supaya melakukan kontrak. Dalam salah nyata niat untuk menipu pihak lain adalah tidak
wujud sama sekali. Ia dilakukan tanpa tujuan yang jahat. Manakala frod dilakukan dengan
niat menipu pihak lain supaya pihak lain tersebut melakukan kontrak dengannya.

Kesan salah nyata adalah jelas. Pihak yang tidak bersalah berhak untuk membatalkan
kontrak yang dibuat berasaskan salah nyata.
Seksyen 19

Namun begitu sama seperti frod, pihak yang tidak bersalah itu tidak boleh membatalkan
kontrak tersebut sekiranya ia mempunyai jalan untuk mencari kebenaran dengan
menggunakan kerajinan biasa.
Tan Chye Chew & Yang Lain-lain lwn Eastern Minig Metals Co. Ltd. [1965] 1 MLJ 201

1.6. Keupayaan
Umumnya semua orang adalah berkeupayaan untuk melakukan kontrak kecuali;
i.
ii.
iii.

Orang yang belum dewasa/kanak-kanak


Orang yang tidak siuman
Luar bidang kuasa sesebuah syarikat

i.

Orang yang belum dewasa/kanak-kanak

Seksyen 11 Akta Kontrak mentakrifkan orang dewasa sebagai orang yang sudah mencapai
umur dewasa mengikut undang-undang persendirian. Ini bermakna orang dewasa bagi
orang Islam ialah 18 tahun manakala orang bukan Islam ialah 21 tahun.
Akta Umur Majoriti/Dewasa 1961

Bagaimanapun, setelah diteliti, didapati bahawa peruntukan bukan sahaja tidak sesuai
dengan keadaan sekarang malahan lapuk.
Kandasamy lwn Suppiah (1919) 1 FMSLR 381
Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Hussain, Undang-undang Komersil Malaysia, 61

Oleh itu umur dewasa yang diterimapakai sekarang ialah 18 tahun bagi semua orang.
Akta Umur Majoriti/Dewasa 1971 (Pindaan)

Kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak adalah batal

Mohori Bibee & Anor lwn Dhurmodas Ghose (1903) 30 Cal 539.

Kontrak keperluan (necessaries)

Namun begitu sekiranya kanak-kanak tersebut dibekalkan dengan barang-barang


keperluan maka kontrak yang dibuat adalah sah dan berkuatkuasa.

Seksyen 69
Nash lwn Inman [1908] 2 KB 1

Barang-barang keperluan tersebut hendaklah sesuai dengan keadaan hidup kanak-kanak


tersebut. Oleh itu perkataan keperluan adalah satu persoalan fakta di mana
pentakrifannya akan dibuat dengan meneliti keadaan-keadaan kes yang diputuskan.
Hakim Chang Min Tat dalam Government of Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors [1971] 1 MLJ
211

Kontrak biasiswa/latihan kepakaran dsb.

Kontrak biasiswa, latihan kepakaran dan lain-lain juga dianggap sebagai keperluan di mana
kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak adalah sah dan mengikat.
Government of Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors [1971] 1 MLJ 211
Seksyen 4(a) Akta Kontrak (Pindaan) 1976 (Akta A329)
Walter lwn Everard [1891] 2 QB 369

Kontrak perkahwinan

Begitu juga dalam kontrak-kontrak perkahwinan, perceraian, pengambilan anak angkat


dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya di mana ianya dianggap sah dan
berkuatkuasa.
Rajeswary & Anor lwn Balakrishnan (1958) 3 MC 178
Seksyen 4(a) Akta Umur Dewasa 1971
Seksyen 12 Akta Undang-undang Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

Kontrak insurans

Bagi kanak-kanak yang hendak membuat kontrak insurans, ia perlu mendapatkan


kebenaran bertulis daripada ibubapa terlebih dahulu sekiranya ia berumur lebih daripada 10
tahun dan kurang daripada 16 tahun.
Akta Insurans 1963 (Disemak 1972)

Statut-statut

Selain daripada itu ada dua statut lain yang membolehkan seseorang di bawah umur
membuat kontrak perkhidmatan atau latihan.
Akta Pekerjaan 1955
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

Berbohong tentang umur

Natesan lwn Thanalectchumi [1952] MLJ 1

ii.

Orang yang tidak siuman

Bagi orang perseorangan yang tidak siuman atau yang dianggap oleh undang-undang
sebagai telah hilang kelayakan umpamanya mabuk orang itu tidak boleh membuat kontrak
selagi keadaan yang menyebabkan ia hilang kelayakan itu masih berterusan.
Seksyen 12

iii.

Bagi syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, secara amnya
kelayakannya untuk berkontrak adalah terhad kepada tujuan perniagaan tersebut
sebagaimana yang dicatitkan dalam Tataurusan Syarikat (Memorandum of
Association) dan peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Akta
Syarikat. Kontrak yang dibuat oleh sesebuah syarikat di luar bidang kuasanya
adalah ultra virus dan tidak sah.

1.3. Kandungan Kontrak


Kandungan atau terma kontrak perlu diteliti untuk mengetahui sejauhmanakah hak dan
tanggungjawab seseorang itu dalam sesuatu kontrak. Semasa pihak-pihak berkontrak
merundingkan sesuatu kontrak, sudah semestinya mereka membuat kenyataan-kenyataan
yang diniatkan untuk menjadi syarat kontrak. Namun ada kalanya kenyataan-kenyataan ini
tidak diniatkan untuk menjadikan ia sebagai syarat kontrak dan ini dinamakan representasi.

i.

Terma ialah syarat dan waranti yang terkandung dalam sesuatu kontrak
Representasi ialah sesuatu yang tidak terkandung dalam sesuatu kontrak
Terma kontrak terbahagi kepada dua kategori iaitu syarat dan waranti.
Syarat

Jika terma itu dianggap suatu perkara yang asas, pokok dan penting dalam kontrak dan
perlanggarannya akan mengakibatkan kontrak itu terbatal dan boleh ditamatkan oleh pihak
yang tidak bersalah maka ia adalah syarat. Dalam hal ini pihak bersalah tersebut boleh juga
meneruskan kontrak tersebut dan meminta ganti rugi daripada pihak yang membuat salah.
Waranti
Tetapi sekiranya jika sekiranya terma itu hanyalah perkara sampingan ataupun sokongan
kepada syarat maka ia adalah waranti dan perlanggarannya akan menyebabkan hak bagi
pihak yang tidak bersalah untuk menuntut ganti rugi tetapi kontrak itu tidak batal.
ii.

Terma termaklum

Mahkamah hanya akan mensiratkan sesuatu terma apabila telah wujud suatu kontrak yang
sah. Tujuan pensiratan ini ialah untuk memberi keberkesanan kepada urusan komersil atau
untuk melaksanakan niat sebenar kedua-dua pihak atau mengambil kira amalan dagangan
yang terpakai bagi perjanjian itu.
Mahkamah akan mensiratkan sesuatu terma apabila;
a. terbukti wujud amalan dagangan
b. perlu berbuat demikian berdasarkan niat pihak-pihak berkontrak
c. terma termaklum dikehendaki oleh statut-staut tertentu
a. Apabila jelas terbukti terdapat suatu amalan dagangan tentang sesuatu terma,
mahkamah akan menerima tersebut sebagai tersirat di dalam sesuatu kontrak.
Cheng Keng Hong lwn Government of Federation of Malaya [1966] 2 MLJ 33
Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelters Ltd. [1972] 1 MLJ 171
Pasuma Pharmacal Corp. lwn McAlister & Co. Ltd. [1965] 1 MLJ 221
Preston Corporation Sdn. Bhd. lwn Edward Leong & Lain-lain [1982] 2 MLJ 22
Pembangunan Maha Murni Sdn. Bhd. lwn Jururus Ladang Sdn. Bhd. [1986] 2 MLJ 30

b. Mahkamah juga akan bersedia mensiratkan sesuatu terma dalam kontrak jika ia
berpendapat bahawa adalah wajar berbuat demikian untuk memberi keberkesanan
perdagangan kepada kontrak itu berdasarkan niat mereka.
Yong Ung Kai lwn Enting [1965] 2 MLJ 98

Mahkamah tidak akan melakukan kesilapan, ketika mensiratkan sesuatu syarat atau
waranti, dengan membuat kontrak semula bagi pihak-pihak berkenaan. Lazimnya
Mahkamah akan keberatan untuk mensiratkan sesuatu syarat atau waranti dalam kontrak
yang dibuat secara bertulis dan penuh hati-hati.
c. Mahkamah juga akan bersedia untuk mensiratkan sesuatu terma sekiranya ada statut
yang menghendaki demikian.
Ordinan Jualan Barang (Negeri-negeri Melayu) 1957

Syarat tersirat ialah setiap barang yang dijual hendaklah sesuai dan boleh dagang.
Waranti tersirat ialah pembel mendapat milikan aman dan barang itu terpelihara daripada
bebanan.
Akta Sewa Beli 1967

Seksyen 6 Akta tersebut mengenakan syarat dan waranti tersirat yang sama seperti yang
disebutkan dalam Ordinan Jualan Barang 1957.
Kanun Tanah Negara 1965

Dalam kontrak pajakan dan penyewaan ada beberapa syarat termaklum seperti
tanggungjawab pemajak atau penyewa membayar sewa dan tanggungjawab pemilik
membayar cukai. Hak pemajak dan penyewa mendapatkan milikan aman tanah yang
dipajak atau disewa.
iii.

Kontrak bentuk seragam

Kontrak bentuk seragam ditakrifkan sebagai setiap kontrak yang biasa atau bermeterai
samada terkandung dalam satu atau bebrapa dokumen salah satu pihak kepadanya sentiasa
membuat kontrak yang serupa dalam bentuk tertentu dan hanya mengizinkan sedikit
sahaja, jika ada, perubahan kepada bentuk itu.
Kontrak bentuk seragam ini lazimnya digunakan oleh firma-firma besar dalam urusan
mereka dengan pengguna, maka kemungkinan, malah keberangkalian terjadinya
ketidakadilan ternyata besar.
Sehingga kini kes-kes mengenai kontrak bentuk seragam yang diputuskan di Malaysia
semuanya berkaitan penggunaan terma seragam di bawah Peraturan-peraturan Pemaju
Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1970. Mengikut Peraturan ini sebanyak 21 perkara
telah di peruntukkan untuk melindungi pengguna. Pihak pemaju wajib memasukkan 21
perkara tersebut dalam setiap kontrak yang dibuat.
iv.

Fasal pengecualian

Selain kontrak bentuk seragam terdapat juga fasal pengecualian yang terkandung dalam
sesuatu kontrak. Dalam fasal pengecualian, persoalan yang timbul ialah samada ia menjadi
sebahagian daripada terma kontrak. Jika ia sebahagian daripada terma maka ia akan
menjadi berkesan dan berkuatkuasa.
Bagi menentukan samada sesuatu fasal pengecualian itu berkesan ataupun tidak,
mahkamah telah menetapkan bebepara garis panduan.
a. Notis
Fasal pengecualian hendaklah dibawa kepengetahuan penerima tawaran dengan cara yang
munasabah sebelum atau semasa kontrak dilakukan. Jika sesuatu fasal pengecualian
itu dibawa kepengetahuan si penerima tawaran selepas kontrak dibuat maka fasal
pengecualian tersebut tidak akan berkesan dan berkuatkuasa.
Olley lwn Marlborough Court Hotel [1949] 1 All ER 127

b. Kebiasaan akan dianggap sebagai notis


Walaupun fasal pengecualian tidak dibawa kepengetahuan penerima tawaran, ia akan
menjadi berkesan dan berkuatkuasa sekiranya si penerima tawaran biasa berkontrak
dengan pembuat tawaran.
Cth. Olley lwn Marlborough Court Hotel [1949] 1 All ER 127

c. Jika terdapat kekaburan dalam skop sesuatu fasal pengecualian, mahkamah akan
memakai prinsip contra proferentum bermaksud mahkamah akan memihak kepada
pihak yang lemah.
d. Fasal pengecualian yang terdapat dalam sesuatu tiket lazimnya tidak dikira sebagai
berkesan kecuali ia telah dibawa ke pengetahuan penerima tawaran dengan cara yang
munasabah.
Parker lwn South- Eastern Railway Co. (1877) 2 CPD 416
Chapelton lwn Barry Urban District Council [1940] 1 All ER 356
Thornton lwn Shoe Lane Parking [1971] 1 All ER 686

Di Malaysia

Malaysian Airline System Bhd. lwn Malini Nathan & Lain-lain [1986] 1 MLJ 330

e. Kecuaian tidak termasuk dalam dalam fasal pengecualian kecuali ianya dinyatakan
secara khusus
Chin Hui Nam lwn Comprehensive Motor Cleaning & Corporation

f. Salah nyata dan frod akan menyebabkan fasal pengecualian tidak berkesan
Curtis lwn Chemical Cleaning and Dyeing Co. [1951] 1 KB 805

1.3. Pelepasan kontrak


Pelepasan kontrak boleh berlaku melalui berbagai cara. Salah satu cara pelepasan ialah
dengan melaksanakan kewajipan seseorang dalam kontrak.
i.

Pelaksanaan

Apabila sesuatu kontrak dibentuk maka ia akan memberi hak dan tanggungjawab terhadap
pihak-pihak berkontrak. Maka dengan itu pihak-pihak berkontrak perlu melaksanakan
tanggungjawab/kewajipan masing-masing kecuali ianya telah diluputkan/dimaafkan oleh
pihak yang satu lagi.
Seksyen 38(1)

Perlaksanaan kontrak bererti penyempurnaan penuh atau lengkap kewajipan seseorang di


bawah kontrak. Jika perlaksanaan sesuatu kontrak tidak lengkap maka pihak yang satu lagi
tidak diwajibkan untuk melaksanakan kewajipannya.
Seksyen 40

Adakah pihak yang gagal melaksanakan keseluruhan kewajipannya boleh menuntut


bayaran daripada pihak lain.

Katakanlah A bersetuju membina sebuah rumah untuk B dengan harga RM 80,000 dalam
masa 6 bulan. Walaubagaimanapun setelah genap 6 bulan A hanya mampu menyiapkan
80% sahaja daripada rumah tersebut. Adakah A boleh menuntut sejumlah RM 80,000
daripada B.
Mengikut doktrin kontrak menyeluruh, A tidak berhak apa-apa daripada B.
Sumpter lwn Hedges [1898] 1 QB 673

Doktrin pelaksanaan sebahagian besar (substantial performance)

Namun begitu untuk mengelak ketidakadilan kontrak berlaku mahkamah telah mengiktiraf
doktrin pelaksanaan sebahagian besar. Mengikut doktrin ini jika sebahagian besar
kewajipan telah dilaksanakan manakala tertinggal hanya sebahagian kecil daripada
kewajipan dan ianya adalah kurang penting maka ia berhak mendapatkan bayaran yang
telah dipersetujui semasa kontrak tertakluk kepada gantirugi yang perlu dibayar kepada
pihak yang satu lagi disebabkan kegagalannya melaksanakan keseluruhan kewajipannya.
Kunchi Raman lwn Goh Brothers Sdn. Bhd. {1978] 1 MLJ 89

Kontrak berbahagi dan doktrin quantum meruit

Mengikut doktrin kontrak berbahagi pihak yang tidak melaksanakan kewajipan


sepenuhnya boleh menuntut bayaran berasaskan kerja yang telah dibuat. Kaedah ini juga
dikenali sebagai tuntutan berasaskan quantum meruit. Tuntutan quantum meruit boleh
dibuat dalam keadaan di mana pihak lain telah mengambil atau menerima manfaat
daripada kerja yang telah disempurnakan.
Haji Hasnan lwn Tan Ah Kian [1963] MLJ 175

Masa perlaksanaan

Prinsip umum menyatakan bahawa pelaksanaan sesuatu kewajipan boleh boleh dilakukan
dalam apa jua bentuk dan pada bila-bila masa mengikut kehendak atau penetapan penerima
janji.
Seksyen 51

Namun begitu jika masa untuk melaksanakan sesuatu kontrak tidak ditetapkan maka ia
hendaklah dilaksanakan dengan masa yang munasabah.
Seksyen 47

Masa yang munasabah adalah satu persoalan fakta.

Masa pelaksanaan sebagai pokok/asas kepada kontrak

Jika pihak berkontrak berjanji akan melaksanakan pada masa yang ditetapkan dan gagal
berbuat demikian maka kontrak itu (atau setakat mana yang belum disiapkan lagi) menjadi
boleh batal atas pilihan pihak lain, dan jika niat pihak-pihak berkenaan jelas menunjukkan
bahawa masa adalah syarat penting (pokok) kontrak.
Jika pihak lain tersebut melakukan apa-apa yang menandakan penerimaannya terhadap
kelewatan perlaksanaan tersebut maka ia dianggap telah mengenepikan haknya untuk
membatalkan kontrak serta menuntut pampasan. Namun begitu sekiranya ia memberi notis
semasa penerimaannya terhadap kelewatan perlaksanaan itu tentang hasratnya untuk
menuntut pampasan maka ia boleh berbuat demikian.
Seksyen 56(3)
Yeow Kim Pong Realty Ltd. lwn Ng Kim Pong [1962] MLJ 118
Ismail bin Hj. Embong lwn Lau Kong Han [1970] 2 MLJ 213

Masa pelaksanaan bukan pokok/asas kepada kontrak

Jika masa tidak penting dan pihak berkontrak gagal melaksanakan kontrak maka kontrak
tidak menjadi boleh batal tetapi pihak lain berhak mendapatkan pampasan disebabkan
kerugian.

Kes Ganam d/o Rajamany lwn Samoo s/o Sinnah

Masa bukanlah pokok kepada kontrak kecuali ianya merupakan minat dan hasrat pihakpihak berkontrak untuk menetapkan demikian atau ianya adalah pokok mengikut hakikat
sesuatu kontrak.
Dalam kes Ganam d/o Rajamany lwn Samoo s/o Sinnah [1984] 2 MLJ 294, mahkamah telah
menggariskan tiga kategori dimana masa boleh menjadi pokok kepada kontrak;
a. apabila ia dinyatakan dengan jelas bahawa masa adalah pokok kepada kontrak
b. apabila ia tidak dinyatakan sedemikian dan pihak lain telah melakukan kelewatan yang
tidak munasabah, (masa) dijadikan pokok kepada kontrak melalui satu notis (yang
menetapkan masa pelaksanaan)
c. mengikut jenis dan ciri-ciri harta kepada kontrak
ii.

Kekecewaan

Kekecewaan berlaku apabila pelaksanaan sesuatu kontrak menjadi mustahil atau tidak
sah disebabkan oleh perubahan hal keadaan.

Seksyen 57(2)

Kontrak (sah & berkuatkuasa)

Perubahan hal keadaan

Mustahil dilaksanakan
sah

Tak

Terkecewa
Apabila sesuatu kontrak diiktiraf sebagai terkecewa maka kewajipan pihak-pihak
berkontrak akan dilepaskan.
Kekecewaan berlaku bilamana undang-undang mengiktiraf dengan tanpa kesalahan mana-mana pihak,
suatu obligasi kontrak tidak boleh dilaksanakan kerana hal keadaan dalam mana perlaksanaan
dikehendaki menjadikannya sesuatu yang amat berlainan daripada apa yang diakujanji di bawah
kontrak.

i.

Kemustahilan pelaksanaan

Apabila berlaku perubahan hal keadaan yang menyebabkan sesuatu kontrak itu mustahil
untuk dilaksanakan maka ia (kontrak) dikatakan terkecewa.
Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan pelaksanaan sesuatu kontrak menjadi
mustahil;

Apabila tujuan utama kontrak tidak dapat dilaksanakan

Apabila tujuan utama kontrak tidak dapat dilaksanakan maka kontrak itu akan menjadi
terkecewa.
Yong Ung Kai lwn Enting [1965] 2 MLJ 98
Krell lwn Henry (1903) 2 KB 740,748

Perlu diingat untuk mengatakan kontrak tersebut terkecewa perlu terdapat satu perubahan
hal keadaan yang tidak boleh dijangkakan. Sekiranya perubahan hal keadaan tersebut
adalah sesuatu yang dapat dijangkakan maka sesuatu kontrak itu tidak dikira sebagai
terkecewa.
Khoo Tham Sui lwn Chan Chiau Hee [1976] 1 MLJ 25

Apabila perkara kepada kontrak (subject matter) musnah atau rosak

Apabila perkara kepada sesuatu kontrak menjadi musnah atau rosak maka kontrak
dikatakan terkecewa.
Taylor lwn Caldwell (1863) 3 B&S 826

Perlu diingat perkara kepada kontrak tersebut mestilah menjadi musnah ataupun rosak.
Sekiranya sesuatu kontrak itu menjadi lebih rumit ataupun sukar untuk dilaksanakan
lazimnya undang-undang tidak akan melepaskan kewajipan kontrak seseorang.
Khan Dau Yau lwn Kim Nam Realty Development Sdn. Bhd. [1984] 1 MLJ 256

Undang-undang telah menetapkan bahawa selagi mana sesuatu kontrak itu dapat
dilaksanakan maka ia tidak akan menjadi terkecewa.
Davis Contractors Ltd. lwn Fareham UDC [1956] AC 696

Apabila terdapat suatu injuksi atau perintah oleh pihak berkuasa

Standered Chatered Bank lwn Kuala Lumpur Landmark Sdn. Bhd. [1991] 1 CLJ 801

Apabila berlaku peperangan

H A Berney lwn Tronoh Mines Ltd. [1949] 15 MLJ 4

ii.

Tidak sah

Apabila sesuatu kontrak bertentangan dengan mana-mana undang-undang yang


berkuatkuasa maka ia akan menjadi tidak sah akibatnya ia akan menjadi terkecewa.
Sebagai contoh pada tahun 1997 A telah membuat kontrak untuk menjual beberapa jenis
harta karun kepada B. Pada tahun 1998 satu undang-undang yang baru diluluskan telah
tidak membenarkan kontrak antara A dan B meneruskan kontrak mereka. Oleh itu kontrak
antara A dan B yang dibuat pada tahun 1997 itu menjadi terkecewa kerana timelanggar
undang-undang 1998.

2. Undang-undang Agensi
Agensi bermaksud suatu perhubungan yang wujud di antara prinsipal dan ejen yang diberi
kuasa untuk membuat kontrak bagi pihak prinsipal dengan orang ketiga. Dalam agensi
pada dasarnya mempunyai dua kontrak; pertama kontrak antara prinsipal dengan ejen;
kedua kontrak antara prinsipal dengan orang ketiga (melalui perantaraan orang tengah,
yakni ejen).
Seksyen 135 Akta Kontrak 1950
Ejen bolehlah dianggap sebagai tukang cakap prinsipal dimana ejen, pada dasarnya, tidak
mempunyai sebarang hak atau tanggungan di bawah kontrak yang dibuat.
Seksyen 183 Akta Kontrak 1950
2.1. Pembentukan Agensi
Agensi boleh terjadi dengan salah satu daripada cara-cara berikut;
a. Perlantikan secara nyata
Seseorang ejen boleh dilantik secara nyata daripada seseorang prinsipal
b. Perlantikan secara temaklum
i. Isteri sebagai ejen kepada suami
Miss Gray lwn Catcart [1922] 38 TLR 562
ii. Agensi melalui rakan kongsi
Seksyen 7 Akta Perkongsian 1961
Merchantile Credit Co. Ltd. lwn Garrod [1962] 3 All ER 1103
c. Agensi melalui ratifikasi
Sekyen 149 Akta Kontrak 1950
Seksyen 150
Seksyen 188
Keighley Maxted and Co. lwn Durant [1901] AC 240
Brook lwn Hook (1871) 1 LR 6 Exch. 89
Kelner lwn Baxter (1866) LR 2 CO 174
Seksyen 153

Kesan ratifikasi
d. Agensi melalui keperluan/melalui operasi undang-undang
Seksyen 142
Great Nothern Railway lwn Swaffield (1874) LR 9 Ex. 132
Springer lwn Great Western Railway [1921] 1 KB 257
Prager lwn Blatspiel Stamp & Heacock Ltd. [1924] 1 KB 566
2.1. Subejen
Subejen ialah orang yang digajikan atau diupah oleh ejen asal bertindak di bawah kawalan
ejen asal.
Seksyen 144
a. Kesan lantikan subejen
i. Prinsipal akan bertanggungan bagi setiap tindakan subejen.
Seksyen 145(1)
ii. Ejen asal akan bertanggungan kepada prinsipal bagi semua tindakan subejen.
Seksyen 145(2)
iii. Seseorang subejen akan bertanggungan bagi setiap tindakannya terhadap ejen asal
bukan prinsipal.
b. Ejen gantian
Ejen gantian ialah apabila seseorang ejen diberi kuasa samada nyata atau termaklum untuk
melantik orang lain sebagai ejen kepada prinsipal. Orang ini dikira sebagai ejen kepada
prinsipal.
Seksyen 147
Seksyen 148
2.2. Kuasa-kuasa ejen
Kuasa ejen untuk melakukan sesuatu perbuatan mencakupi semua perbuatan yang sah
yang perlu dilakukan.
Seksyen 141

a. Kuasa nyata dan kuasa zahir


Kuasa nyata ialah kuasa sebenar yang ada pada seseorang ejen. Misalnya P mengarahkan A
menjual rumah P dengan harga RM 100,000. Kuasa sebenar A ialah menjual rumah itu
dengan harga yang ditetapkan.
Kuasa zahir ialah kuasa yang diandaikan oleh pihak ketiga yang ada pada ejen sungguhpun
pada hakikatnya ejen tidak memiliki kuasa tersebut. Dalam hal seperti ini prinsipal akan
bertanggungan setiap tindakan ejen.
Seksyen 190
Panorama Development (Guildford) Ltd. lwn Furnishing Fabric Ltd. [1971] @ QB
711
Namun begitu dengan hanya memiliki cop perniagaan seseorang ejen tidak boleh
dianggap sebagai sudah mempunyai kuasa zahir.
Palaniappa Chitty lwn Chop Nam Kee [1913] 13 SSLR 6
2.3. Tugas dan kewajipan ejen
Keppel lwn Wheeler [1927] 1 KB 577
Heath lwn Parkinson [1926] 42 TLR 693
2.4. Hak dan kewajipan prinsipal
Seksyen 172
2.5. Penamatan agensi
Seksyen 154-163
a. Melalui tindakan kedua-dua pihak
b. Melalui kuatkuasa undang-undang
3. Perjanjian Sewa Beli
Tujuan Akta Sewa Beli 1967 diwujudkan antara lain adalah untuk melindungi pengguna
daripada ditindas oleh pihak penyewa. Mengikut seksyen 1(2) Akta ini hendaklah
digunapakai di seluruh Malaysia mengenai sewa beli barangan yang disenaraikan dalam
Jadual Pertama.
Perkara yang paling penting dalam urusan sewa beli ialah sesuatu barang itu tidak dipindah
milikan kepada pembeli/penyewa dengan segera.

Credit Corp. (M) Bhd. lwn Malaysia Industrial Finance Corp. & Lain-lain [1967] 1
MLJ 83
Setelah semua ansuran dijelaskan, pemilik hendaklah memberi opsyen kepada penyewa
untuk membeli barang tersebut pada akhir tempoh sewaan.
Tractors Malaysia Bhd. lwn Kumpulan Pembinaan Malaysia Sdn. Bhd. [1979] 1 MLJ
129
3.1. Pembentukan perjanjian sewa beli
Akta Sewa Beli telah menetapkan beberapa formaliti yang perlu dipatuhi sebelum, semasa
dan selepas perjanjian sewa beli dibuat. Formaliti-formaliti ini perlu dipatuhi untuk
mengelakkan daripada ketidakboleh kuatkuasaan sesuatu perjanjian sewa beli itu atau akan
menyebabkan terus perjanjian itu batal.
a. Sebelum
Semasa di peringkat perundingan wakil ataupun pemilik sesuatu barang hendaklah
mengemukakan satu salinan pernyataan bertulis yang dilengkapi dan ditandatangani oleh
wakil ataupun pemilik tersebut. Pernyataan ini hendaklah mengandungi butir-butir yang
ditetapkan di dalam Bahagian I Jadual Kedua Akta tersebut. Kandungan Jadual ini antara
lain ialah;
i. Tanggungjawab kewangan penyewa.
ii. Perihal mengenai barang sewaan.
Seksyen 4(1)(a)
Jika sekiranya perundingan itu dibuat oleh peniaga sendiri maka dia perlu memberi satu
lagi notis bertulis, sebelum penyewa menandatangani pernyataan bertulis tadi, dilengkapi
dan ditandatangani oleh peniaga tersebut mengikt Bahagian II Jadual Kedua.
Seksyen 4(1)(b)
Tujuan peruntukan seksyen 4(1) ini dibuat adalah untuk memastikan bakal penyewa
mempunyai maklumat yang cukup sebelum bersetuju berurusan dengan pemilik barangan.
Affin Credit (M) Sdn. Bhd. lwn Yao Yuen Fui [1984] 1 MLJ 169
Ketidakpatuhan pada keperluan seksyen 4(1) akan menyebabkan perjanjian sewa beli yang
terjalin itu menjadi batal.
Seksyen 4(4)
Malah pihak yang bertanggungjawab akan dianggap telah melakukan kesalahan mengikut
Akta ini.

b. Semasa
Perjanjian yang dibuat hendaklah dalam bentuk bertulis. Ia perlu mempunyai maklumatmaklumat yang ditetapkan oleh Akta. Selepas itu ia perlu ditandatangani oleh pihak-pihak
terlibat.
Namun begitu kebanyakan pemilik mengemukakan borang kosong untuk ditandatangani
oleh bakal penyewa.
Ming Lian Corp. Sdn. Bhd. lwn Haji Nordin [1974] 1 MLJ 52
Credit Corp. (Malaysia) Bhd. lwn Tuanku Hishamuddin bin Tuanku Laksamana
Nasir
Perkara ini akan menyebabkan perjanjian yang dibuat terbatal dan ia merupakan satu
kesalahan di bawah Akta.
Seksyen 4B(2)
Seksyen 4B(4)
c. Selepas
Dalam tempoh 14 hari selepas perjanjian dibuat pemilik hendaklah mengemukakan atau
meyebabkan dikemukakan kepada penyewa satu salinan perjanjian.
Seksyen 5(I)
Gagal berbuat demikian akan menyebabkan perjanjian itu tidak boleh dikuatkuasakan
tetapi ia masih sah.
3.2. Kandungan Kontrak Sewa Beli
Kandungan kontrak ini boleh dilihat dalam;
Seksyen 4(a)
4(b)
4(c)
Peruntukan ini dibuat adalah untuk melindungi pengguna.
3.3. Syarat dan Waranti Termaklum
Syarat dan waranti termaklum dalam sesuatu kontrak sewa beli boleh dilihat melalui
seksyen 7 Akta.
a. Hakmilik dan bebas daripada tuntutan
Ahmad Ismail lwn Malayan Motor Co. & Lain-lain [1973] 1 MLJ 117

b. Kualiti boleh dagang


Seksyen 7(2)
c. Sesuai bagi maksud
Seksyen 7(3)
3.4. Pemilikan Kembali
Setelah gagal membayar ansuran sebanyak dua bulan berturut-turut atau ansuran terakhir
pemilikan kembali (repossesion) boleh dikuatkuasakan. Namun begitu pemilik terpaksa
mengemukakan satu notis bertulis mengikut Jadual Keempat kepada penyewa dengan
memberi tempoh tidak kurang 21 hari.
Selepas pemilikan dilakukan, pemilik hendaklah memberi satu notis bertulis kepada
penyewa mengikut Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari lagi.
Perlu dingatkan bahawa semasa melakukan pemilikan kembali ini pemilik perlu mematuhi
ketetapan-ketetapan yang telah diperuntukkan oleh Akta.
Pang Brothes Motors Sdn. Bhd. lwn Lee Aik Seng [1978] 1 MLJ 179
Public Prosecutor lwn Mohamed Nor [1988] 3 MLJ 119
Seksyen 16(1)
Seksyen 17
Seksyen 18(4)
4. Kontrak Jualan Barang
Kontrak jualan barang bermaksud satu kontrak di mana penjual memindahkan atau
bersetuju memindahkan hak milik barang kepada pembeli dengan satu balasan wang.
Seksyen 4(1) Akta Jualan Barang 1957
Daripada takrif ini jelas terdapat dua bentuk urusniaga jualan barangan;
a. Kontrak jualan sebenar iaitu hak milik barang dipindahkan sebaik sahaja kontrak
sempurna dibuat dan dilaksanakan
b. Kontrak untuk menjual iaitu proses pimindahan hak milik dibuat pada suatu masa akan
datang

Konrak jenis ini (b) dikenali juga sebagai kontrak untuk menjual manakala kontrak di atas
(a) dinamakan sebagai kontrak jualan dikenali juga sebagai kontrak untuk memindah hak
milik barangan.
Perbezaan ini penting khususnya dari segi pemindahan risiko terhadap barangan itu.
4.1. Barang
Barang bermaksud setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan dan wang dan termasuk
stok dan saham, tanaman, rumput dan barang yang bercantum kepada tanah atau menjadi
sebahagiannya yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan di bawah
kontrak jualan.
Seksyen 2
4.2. Jenis barang
Barang yang menjadi perkara jualan terbahagi kepada dua;
a. Barang sedia ada
b. Barang masa hadapan
Barang sedia ada adalah barang yang sudah pun dimiliki atau pun disimpan oleh penjual. Ia
mungkin barang tertentu atau barang yang belum ditentukan.
Barang tertentu ialah barang yang telah dikenal pasti dan dipersetujui semasa kontrak
jualan dibuat.
Barang yang belum ditentukan ialah barang yang dikenali melalui deskripsi sahaja.
Barang masa hadapan ialah barang yang akan dibuat atau diperolehi oleh penjual selepas
kontrak jualan dibuat.
4.3 Terma-terma kontrak jualan barang
Terma kontrak jualan boleh dibahagikan kepada dua;
a. Syarat, yakni satu stipulasi yang penting atau per bagi maksud utama kontrak, yang
mana jika berlaku perlanggaran akan menimbulkan hak untuk menganggap kontrak itu
telah dimungkiri.
Seksyen 12(2)
b. Waranti, yakni satu stipulasi yang kolateral atau sampingan kepada maksud utama
kontrak , yang mana jika berlaku perlanggaran akan hanya menimbulkan suatu tuntutan
ganti rugi tetapi bukan hak menolak barang dan menganggap kontrak itu sebagai telah
dimungkiri.

Seksyen 12(3)
4.3.1. Terma Tersirat
Jika penjual dan pembeli tidak membuat terma nyata dalam sesuatu kontrak jualan barang
maka terma tersirat akan digunakan oleh Akta ini.
a. Terma tersirat mengenai hak milik
Seksyen 13
Seksyen 14(a)
Rowland lwn Divall [1923] 2 KB 500
b. Jualan mengikut deskripsi
Seksyen 15
Beale lwn Taylor [1967] 2 All ER 253
Associated Metal Smelters Ltd. lwn Tham Cheow Toh [1971] 1 MLJ 271
Nagurdas Purshotumdas & Co. lwn Mitsui Bussan Kaisha Ltd. (1911) 12 SSLR 67
Grant lwn Australian Knitting Co. [1936] AC 85
c. Syarat tersirat mengenai kualiti boleh dagang dan kesesuaian bagi maksud
Seksyen 16
Griffiths lwn Conway Rimmer [1939] 1 All ER 685
Khong Seng lwn Ng Teong Kiat Biscuit Factory Ltd. [1963] MLJ 388
d. Jualan mengikut sampel
Seksyen 17
Peruntukan-peruntukan ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna. Ia juga adalah
syarat tersirat yang digunakan oleh Akta dalam setiap perjanjian jualan barangan.
Namun begitu dalam kes ini pengguna lebih terdedah kepada caveat emptor (pembeli
wajar berhati-hati)
4.4. Pemindahan hak milik
Adalah penting untuk mengetahui bilakah hak milik berpindah kerana risiko sesuatu
barang berpindah kepada pembeli ketika hak milik bepindah.
a. Seksyen 18

Barangan belum pasti. Hak milik tidak berpindah selagi mana sesuatu barang itu belum
dikenal pasti.
b. Seksyen 19
Barangan spesefik dan dikenal pasti. Hak milik berpindah mengikut hasrat pihak-pihak
berkontrak melainkan mereka mempunyai tujuan lain ataupun jika niat mereka tidak jelas.
Maka seksyen 20 hingga seksyen 24 adalah terpakai.
c. Seksyen 20
Bagi barangan yang dikenalpasti dan dalam keadaan boleh diserahantar maka hak milik
barangan itu berpindah pada masa perjnajian dibuat.
Guthrie Sdn. Bhd. lwn Trans-Malaysian Leasing Corp. Sdn. Bhd. [1991] 1 MLJ 33
d. Seksyen 21
Bagi barangan yang dikenal pasti tetapi masih belum boleh diserahantar dan perlu
dilakukan sesuatu untuk serahantar maka hak milik barangan itu berpindah selepas sesuatu
itu dilakukan.
Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Asignee [1928-41] SCR 1 Supreme Court
Sarawak.

e. Seksyen 22
Bagi barang tertentu dalam keadaan boleh serahantar tetapi masih perlu ditimbang,
disukat, diukur, diuji atau dilakukan sesuatu lain bagi maksud menetapkan harga, maka
hak milik barangan itu berpindah apabila barangan itu dilakukan mengikut demikian dan
pembeli diberitahu tentangnya.
f. Seksyen 23
Barangan belum pasti atau barangan masa hadapan. Jual atau kembalikan. Dalam hal ini
barangan akan dihantantar bersama katalog. Kalau nak hantar terus tetapi kalau tidak akan
di bawa balik. Hak milik akan berpindah apabila pembeli melakukan sesuatu yang
menunjukkan bahawa dia menjadi pemilik atau melakukan sesuatu bertentangan dengan
hak milik sebenar.
Kirkham lwn Attenborough (1897) 1 QB 201
g. Seksyen 26
Risiko berpindah bersama hak milik.

5. Perkongsian
Perkongsian bermaksud suatu hubungan yang wujud antara orang-orang yang menjalankan
perniagaan secara bersama bagi maksud mendapatkan keuntungan. Sesuatu perniagaan
mestilah dilakukan secara berterusan.
Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961
Perniagaan yang dimaksudkan termasuklah sebarang perdagangan, pekerjaan atau
profesion.
Seksyen 2
Smith lwn Anderson (1880) 15 Ch.D 247
Satu pertubuhan bagi maksud memberi pinjaman kepada ahli bukanlah satu perniagaan.
Soh Hood Beng lwn Khoo Chye Neo (1897) 4 SSLR 115
Perniagaan mestilah sesuatu yang dilakukan secara berterusan.
Oleh itu jika A dan B berusaha bersama-sama untuk mejual sebuah rumah bagi mendapat
untung tidak dikira sebagai perniagaan.
Perkongsian yang ditubuh mestilah bagi maksud mendapat keuntungan.
Seksyen 3(1)
Re Spanish Prospecting Co. Ltd. [1911] 1 Ch 92, hlm 98-99
Perkongsian yang ditubuhkan dinamakan sebagai firma.
Seksyen 6
Sesuatu firma yang ditubuhkan harus didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
1956.
Namun begitu sesuatu syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 bukan
perkongsian mengikut Akta Perkongsian 1961.
5.1. Hubungan pekongsi dengan orang yang berurusan dengan mereka
Ciri yang paling utama dalam undang-undang perkongsian ialah Agensi di mana setiap
pekongsi adalah ejen antara satu sama lain.
a. Tanggungan pekongsi dan firma

i. Tanggungan pekongsi adalah bersama bagi semua hutang dan tanggungan firma yang
wujud semasa dia menjadi pekongsi.
ii. Jika seseorang pekongsi itu mati maka hartanya akan bertanggungan berasingan
terhadap hutang-hutang dan tanggungan tetapi tanggungan berasingan ini tertakluk kepada
semua hutang persendirian pekongsi yang mati itu dijelaskan terlebih dahulu.
Seksyen 11
b. Tanggungan firma bagi kesalahan-kesalahan
Firma bertanggungan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pekongsi.
Seksyen 12
Hamlyn lwn Houston & Co. [1903] 1 KB hlm 81
c. Tanggungan bagi kesalahan jenayah
Seksyen 12
Setiap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pekongsi maka firma tidak akan
bertanggungan. Dengan kata lain pekongsi itu sendiri yang akan menanggung
kesalahannya. Ini disebabkan oleh kesalahan jenayah memerlukan mens rea.
Garrett lwn Hooper [1973] Crim. LR 61
Chung Shin Kian & Lain-lain lwn Pendakwa Raya [1980] 2 MLJ 256
d. Tanggungan Khusus
Seksyen 12
Seksyen 13
Blair lwn Bromley (1874) 2 Ph 354
e. Penyalahgunaan wang amanah
Seksyen 15
Ex parte Heaton (1819) Buck. 386
f. Tanggungan bagi mengemukakan diri
Seksyen 16
g. Tanggungan pekongsi yang keluar dan yang masuk

Seksyen 19
Seksyen 38
5.2. Harta perkongsian
Ada tiga kaedah untuk menentukan samada sesuatu harta itu adalah harta perkongsian;
a. Semua harta yang dibawa masuk kedalam perkongsian adalah harta perkongsian.
Miles lwn Clark [1953] 1 WLR 537
Gian Singh lwn D Nahar & Yang lain-lain [1965] 2 MLJ 12
b. Harta yang diperolehi melalui pembelian atau lain-lain cara untuk firma maka harta itu
adalah harta firma.
Ex parte Hinds (1845) 3 De.G&Sm. 613
Waterer lwn Waterer (1873) LR Eq. 402
c. Harta yang diperolehi melalui apa juga cara bagi tujuan perkongsian.
Ratna Amal & Lain-lain lwn Tan Chow Soo [1964] 30 MLJ 399
N B Menon lwn Abdullah Kutty [1974] 2 MLJ 159
Ponnuko lwn Jebaratnam [1980] 1 MLJ 282
5.2.1. Kepentingan menentukan harta perkongsian

Jika terdapat keuntungan dan sekiranya harta itu harta perkongsian maka pekongsipekongsi akan mendapat keuntungan bersama, begitu juga sebaliknya.

Memudahkan pemiutang menjual harta firma ketika firma mengalami pengishtiharan


tak solven.

Memastikan harta perkongsian boleh mengelakkan daripada penyelewengan.

Untuk tujuan pinjaman bank.

5.2.2. Pembubaran Perkongsian dan kesannya

Pembubaran secara sendiri

Seksyen 34
Seksyen 35

Pembubaran melalui notis

Seksyen 34
Tham Kok Cheong & Lain-lain lwn Low Pui Heng [1966] 1 MLJ 52

Pembubaran oleh mahkamah

Seksyen 37
6. Suratcara bolehniaga
5.1. Bil Pertukaran - bills of exchange
5.2. Cek
5.3. Perhubungan antara bank dan pelanggan

Selamat Maju Jaya

Buku-buku rujukan
a. Buku teks
1. Proffessor, Dr. Shaik Noor Alam S.M. Hussain, Dewan Bahasa & Pustaka (1996)
b. Buku rujukan
1. Read, P.A, Commercial Law Text Book, Sale of Goods, Consumer Credit and
Agency (1994)
2. Gerbic Philippa, Understanding Commercial Law (1994)
3. Cheshire & Fitfood, Law of Contract, Butterworth (1981)
4. H A J Ford, Company Law, 2nd Edition, Butterworth (1978)
5. Myint Soe, Banking Law in Malaysia and Singapore, MLJ (1981)
6. Ansons Law of Contract

You might also like