You are on page 1of 18

HBAE2203

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

ASEMBLAJ

ZAITUN BINTI ISMAIL


zaitun_ismail65@yahoo.com.my

NAMA TUTOR:

PUSAT PEMBELAJARAN:
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN

SEMESTER JANUARI 2015

ISI KANDUNGAN
0

Kandungan

Muka Surat

1.0 Pengenalan

25

2.0 Pesamaan dan perbezaan asemblaj 2D dan 3D

6 11

3.0 Hasil Karya

11 15

4.0 Kesimpulan

16

Rujukan

17

RUJUKAN

16

1.0

Pengenalan

Dari pelbagai idea, pengarca mencari penemuan penemuan baru bagaiman menghasilkan
arca boleh dilakukan dengan lebih kreatif dan berpotensi. Jika arca luakan dihasilkan melalui
kerja mengurang dan meluak objek asal, arca dicetak untuk menghasilkan aca acuan, arca
digerak untuk membentuk arca mobail atau kinetic dan akhirnya timbul pula gagasan
1

pengarca mencantumkan bahan bahan buangan daripada pelbagai bahan konkrit dan
membentuk satu kestuan atau komposisi arca yang harmoni lalu membentuk arca asemblaj.
Arca asemblaj mula mendapat perhatian di Amerika Syarika sekitar tahun 1950-an
dan 660-an apabila Louise Nevelson menghasilakan karya asemblj nye yang berjudul Sky
Catheal pada tahun 1958 dan menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York.
Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagai Wall-Scale-Assemblage. Karya
Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang
penyapu, pinu kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan kayu.
Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan karya Homage to New
York tahun 1960. Di peringkat awal, Robert Rauschenberg telah menghasilkan karya aseblaj
dari kombinasi dua demensi dan tiga deimensi. Bagi Marcel Duchamp pula karya
asemblajnya yang bertajuk Bicycle Whell, karya Ramlan Abdullah, Pemain Rebab 1
Karya Mad Anuar Ismail dan Killing Tool karya Raja Shariman Azidin.
Asemblaj (Assemblage) merupakan karya dua dimensi atau tiga dimensi yang
terhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai. Ia merupakan cabang daripada abstrak
ekspressionisme. Bentuk 3D adalah objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai
pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah, objek semula jadi, objek buatan manusia atau
bentuk ilusi dan ikon.
Dalam Ensklopidia Malaysiana (1996) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu
yang indah indah pada pandangan pancaindera manusia samada melalui penglihatan atau
pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic Civilization (1981) pemikir islam iaitu Imam
Alghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan
keindahan. Oleh itu, penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa
aspek pernyataan diri (self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuhan samada
dalam bentuk 2D dan 3D.

Asemblaj dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan
kemasan. Ia menyerupai seperti arca dan karya seni yang lain yang menampilkan ciri ciri
estetika. Secara ringkasnya ciri ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi
asemblaj.
1.1 Contoh Karya Tempatan
2

Karya yang ditunjukkan dibawah merupakan karya yang dibina oleh pendudukan tempatan
yang mempunyai keunikkan yang tersendiri. Karya yang dibina mempunyai gabungan seni
yang pelbagai dan mempunyai motif dan tema yang tersendiri.
1) Arca Keris

Selepas 13 tahun arca keris oleh Abdul Latiff Mohidin di taja oleh Maybank. Arca ini
menunjukkan motif tanah melayu. Arca asemblaj ini menggunankan bahan logam.
Menunjukkan motif kemelayuan.

2) Segerak- One Movement ,1Malaysia oleh Yusof Ghani

Pada 22 disember 2010 sempena ulangtahun ke 50 Maybank. sebuah arca oleh Yusof
Gani telah di bina di Menara Maybank
3

untuk menjadi teman kepada arca keris.

Dengan tajuk Segerak- One Movement ,1Malaysia, arca ini berdiri gagah membawa
inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5.
Hal ini menunjukkan pembangunan yang berlaku di Malaysia. Apabila bersatunya
rakyat Malaysia dapat membina negara yang maju dan selari dengan negara-negara maju
di luar sana. Arca ini menggunakan teknik ukiran dan juga asemblaj yang mana
menggunakan bahan kayu, logam dan yang dicantum dan dibentuk menjadi sebuah arca
yang unik dan menarik.

3) Apa Ertinya Kemerdekaan-Pribumi Penjajah Pendatang (2010-2012) oleh Suhaimi


Fadzir

Karya Suhaimi Fadzir Apa Ertinya Kemerdekaan: Pribumi Penjajah Pendatang


2010-2012 bukan hanya sebuah karya instalasi tetapi juga sebuah ruang sosial yang
berdialog dengan naratif sejarah masa Malaysia.
Instalasi Suhaimi dipecahkan kepada tiga bahagian atau segmen. Pertama,
adalah karya asemblaj di dinding iaitu yang masih merujuk kepada catan format
empat segi. Kedua, gabungan antara catan dan arca iaitu objek-objek sandaran
jumpaan yang disusun diatas lantai seperti seperti tangga, penyodok pasir, bubu,
mesin getah kepingg.
Marshall McLuhan mengatakan medium is the message atau media adalah
pengantar mesej. Instalasi Apa Ertinya Kemerdekaan-Pribumi Penjajah Pendatang
boleh dilihat sebagai sebuah karya yang sarat dengan persoalan-persoalan yang dapat
dilihat dari sudut budaya material yang disampaikan. Jika dilihat dari bahagian
pertama ini Suhaimi bereksperimentasi dengan perletakan bahan dengan teknik
jumpa-pilih-tampal dalam persembahan asemblaj.
1.2 Penyediaan Lakaran Idea
4

Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasilkan arca
asemblaj. Peran-cangan yang rapi dan tertib boleh mendatangkan kaedah yang besar untuk
peringkat penghasilan karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan seperti
yang dinyatakan dibawah ini akan menjadikan penghasilan arca asemblaj lebih bermakna.

2.0

Persamaan dan Perbezaan Asemblaj 2D dan 3D

Definisi

Bentuk 2D
Bentuk 3D
Seni rupa dua dimensi adalah karya seni Karya seni rupa yang memiliki
rupa yang dibatasi dua sisi saja, yaitu dimensi panjang, lebar dan tinggi,
sisi panjang dan lebar, sehingga tidak atau karya yang memiliki volume
mempunyai

ruang

karena

tidak dan menempati ruang.

mempunyai ketebalan.
Tema

Pengulangan rythm

Timbul

Contoh

Rupa 2D

Unsur seni

Rupa 3D

I.

Karya 2D wujud ruang di atas

I.

Karya 3D yang wujud ruang

II.
III.
IV.

permukaan tepat
karya 2D jalinan tampak
karya 2D bersudut 180
karya 2D berbentuk ilusi dan

II.
III.
IV.

nyata
Karya 3D jalinan sentuh
Karya 3D bersudut 360
karya3D yang berbentuk

ruang ilusi tiada konkrit jisim

konkrit serta ruang dan jisim


nyata

A. Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai
jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa,
jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan
dalam seni visual.
B. Rupa
Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Aplikasi
melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar
(outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan
kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang
mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas
dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang
berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Ia merupakan
hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
C. Bentuk
Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan,
ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu
permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa
dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga
dimensi dan pelbagai dimensi.
D. Jalinan
Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh
dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada permukaan
objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak
yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu
untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya
6

tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan


sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek
kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan
tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan,
contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam
buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat
tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.
E. Ruang
Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga
dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih
besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong
di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam karya seni
visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan
bentu
F. Warna
Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan.
warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder
dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning;
dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna
sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat
dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier
Prinsip

terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.


Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan

seni

gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.Prinsip rekaan terbahagi kepada

rekaan

tujuh iaitu:
A. Harmoni
Prinsip rekaan dalam karya seni tampak seperti unsur-unsur harmoni boleh
diwujudkan dalam karya lukisan yang bertemakan alam semula jadi. Harmoni
dalam konteks seni visual dapat ditonjolkan apabila wujudnya susunan ataupun
ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan menarik. Sebagai
contohnya, keseragaman bentuk serta kepelbagaian saiz yang terdapat pada
bahagian tubuh serta sayap seekor rama-rama akan menimbulkan kesan yang
lebih harmoni, menarik serta seimbang. Penggunaan unsur-unsur harmoni
7

dalam sesuatu hasil karya adalah bertujuan untuk menarik perhatian serta dapat
menimbulkan nilai-nilai estetika.
Warna-warna pada daun yang seakan menampakkan persamaan dan warna
boleh mewujudkan ton. Contohnya daun muda adalah lebih cerah berbanding
dengan warna yang terbentuk pada daun-daun yang lebih tua.Melalui contoh
lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapat
menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang
dihasilkan.
B. Kontra
Dalam prinsip rekaan seperti kontra, ianya mudah dikesan serta diwujudkan
apabila salah satu daripada unsur-unsur seni (contohnya warna) mempunyai
ciri-ciri yang menunjukkan pertentangan antara satu sama lain untuk
memberikan

kesan

yang

menarik

pada

sesuatu

karya

yang

telah

dihasilkan.Dalam erti kata lain, kontra adalah berkait rapat dengan prinsip
rekaan seperti penegasan, iaitu lebih tinggi kadar kontra, maka lebih menyerlah
penegasan dalam sesuatu karya seni yang dihasilkan. Kontra boleh wujud
melalui perbezaan saiz, warna, bentuk, rupa, jalinan dan garisan.
Rama-rama adalah unsur kontra dalam rekaan. Untuk menimbulkan satu unsur
yang berbeza. Warnakan dengan warna yang kontra dengan warna latar.
C. Penegasan
Mengetahui Unsur Penegasan dalam Objek Alam Semula jadi.
Salah satu aspek terpenting dalam prinsip-prinsip rekaan seni adalah aspek
penegasan. Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah
merupakan sesuatu yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak.
Penegasan pada sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan
sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang
apabila melihat atau memerhati objek tersebut. Penegasan sememangnya dapat
menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalam sesuatu hasil karya yang dapat
menarik perhatian.
Seseorang pengkarya yang baik, langkah utama yang beliau harus fikirkan
adalah memastikan adanya penggunaan prinsip-prinsip rekaan dalam sesuatu
karya yang dihasilkan bukan sahaja prinsip penegasan, malah melibatkan
8

prinsip-prinsip rekaan yang lain seperti keseimbangan, kontra, kepelbagaian


dan sebagainya kerana aspek-aspek tersebut secara tidak langsung dapat
membantu dalam penghasilan kerja seni yang baik serta bermutu.
D. Imbangan
Imbangan juga merupakan prinsip rekaan. Imbangan bermaksud kesamaan dan
kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.imbangan boleh dibahagikan
kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan
simetri ialah unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah
(garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut). Imbangan tidak
simetri ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai
ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.
E. Irama dan pergerakan
Irama dan Pergerakan juga merupakan prinsip rekaan. Irama dan pergerakan
berfungsi untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu
gubahan.
Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar,
bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin,
air, ombak, taufan dan sebagainya.
Lukisan terbesar di dunia berjudul Ombak (Wave) karya pelukis Kroasia Djuro
Siroglavic
F. Kepelbagaian
Unsur kepelbagaian juga merupakan prinsip rekaan. Kepelbagaian wujud hasil
penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan. Kepelbagaian juga dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya
tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam
sesuatu gubahan.
G. Kesatuan
Seterusnya ialah kesatuan. Prinsip rekaan kesatuan bermaksud satu tema atau
9

satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat
Aspek

menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.


Dilihat dari sudut konsep yang berkait dengan estetika termasuklah:

astetik

Keindahan
cita rasa
simbolik
karya seni
pengalaman estetika

Estetika adalah suatu ilmu yang mempelajari segala sesuatu yang berkaitan
dengan keindahan mempelajari semua aspek yang disebut keindahan. maksud
keindahan itu amat luas. Estetika sebagai penciptaan simbol simbol yang
wujud dari perasaan manusia sebagai hasil kesenian dan juga sesuatu yang juga
mewakili perasaan manusia. Maksudnya disini, estetika bersifat simbolisme.
Simbol simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya senilukis tetapi
juga hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri yang dicipta oleh
manusia. Contohnya, seni bina masjid yang kaya dengan simbolik seperti
Alatan
Fungsi

binaan reka bentuk masjid.


Pensil, warna air
Fungsinya sebagai benda

Tukul, besi, paku


Fungsinya dengan praktis dan estetis

hias/pajangan . (estetis)

3.0

Hasil Karya

Thumbnail Print
Tema : Kerosakan Alam

10

Botol
Plastic

Tanah liat
Bongkah
kayu

Karya 1

Tanah liat

Dawai besi
Paku

Bongkah
kayu

Karya 2

11

Logam
Tanah
liat
Bongka
h kayu

Paku

Tanah
liat

Karya 3

Kepingan
logam

Tanah
liat

Tin
Bongkah

Karya 4

12

Tanah
liat

Paku

Dawai besi

Loga
m
Bongkah

Karya 5

(i) Tema : Kemusnahan Alam ( Karya 5 akhir pilihan)

(ii) Proses perkembangan idea:


Dalam proses perkembangan idea ini saya telah menggunakan tema kerosakan alam yang
mana pada masa kini bumi telah semakin sakit dan parah kerana aktiviti manusia. Kerosakan
alam ini tidak berlaku kerana bencana alam tetapi disebabkan sikap manusia yang tidak
menjaga khazanah di bumi. Dalam pengkaryaan, asemblaj ini mewakili karya yang agak bebas
dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, asemblaj wujud secara
gabungan dan cantuman. Selain itu, saya menggunakan bahan bahan yang bagi saya serasi
dan mempunyai simbol masing masing.
Selain itu dalam membina semblaj yang kuat, kukuh dan selamat saya memastikan
penggunaan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh. Banyak bongkah
- bongkah keluli, kepingan logam dari besi dan bongkah bongkah kayu yang kuat dan kukuh
diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Kemudian, asemblaj disepadukan dengan
kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang. Supaya
kestabilan dan kekuhan asemblaj tersebut terjamin.
Disampint itu, kepelbagaian bahan diadun dan dipasang dengan baik. Saya cuba untuk
membina asemblaj dengan mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi
13

yang artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai menwujudkan satu ritma atau rentak
yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza. Selain itu, tema
kerosakan alam melibat kesan kepada alam sejagat seperti manusia, binatang, tumbuhan dan
sebagainya.
Oleh itu, saya cuba untuk mengaplikasi dan menerapkan asas seni eeka, istetika dan
semua objek seni digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya terkandung unsur seni,
prinsip seni dan struktur seni. Apabila asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul,
penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.
(iii)
Alat/bahan
Bongkah kayu, Paku, Dawai besi, Tanah liat, Tin, Botol
(iv)Teknik
Kimpalan, binaan, cantuman skru atau paku, ikatan

(v) Pengaruh hasil dapatan


Hasil dapatan melalui arca asemblaj yang saya bina ini adalah memberi kesedaran serta
peringatan kepada orang ramai agak mengharigai alam sekitar yang di anugerahkan oleh
Allah SWT. Prinsip yang cuba saya tonjolkan atau serap dalam asemblaj ini adalah penegasan
iaitu mengetahui unsur unsur semulajadi yang telah mengalami kerosakan seperti yang
digambarkan asemblaj Karya 5. Ini merupakan satu aspek terpenting dalam prinsip-prinsip
rekaan seni. Yang mana, penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan
sesuatu yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak.
Penegasan pada sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan
sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang apabila melihat atau
memerhati objek tersebut. Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau
objek dalam sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian.
Karya 5 yang terpilih seperti yang ditunjukkan diatas menunjukkan motif estetika di
mana kenyamanan alam sudah hilang disebabkan berlakunya penipisan ozon. Yang mana
memberi masalah kepada manusia dan hidupan di bumi yang lain. Hal ini ,adalah disebabkan
oleh banyaknya pertumbuhan industri perkilangan berlakunya pencemaran udara. Kesan dari
uti juga, asemblaj ini menceritakan pencemaran air disebabkan oleh pembebasan cecair
beracun ke dalam laut, sungai dan sebagainya. Ini menyebabkan kehidupan akautik terancam.
14

Asemblaj ini menceritakan secara terus disebalik binaan yang dibuat.

15

4.0

Kesimpulan
Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat,

fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama
adalah cantuman, gam dan kimpalan. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang
mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi
tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga
permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Arca asemblaj ini boleh dinikmati di sekeliling ruang, boleh dihayati dan disentuh
seluruh permukaannya, tentu arca itu suatu objek yang istimewa. Ia menawarkan kepada
penikmat untuk menghayati bentuk, kepadatan, saiz, isipadu di samping meletakkan emosi
rasa bersamanya. Tentu lebih istimewa lagi, apabila arca dijadikan penghias laman.
Menggubah ruang menjadi lebih indah dan bermakna. Arca boleh diletakkan pada lantai,
digantung, pindah alih, dibiarkan tetap atau dapat dipasang dan dibuka.
Fungsi arca dan manfaat kepada orang ramai juga tidak dapat dinafikan di samping
keindahannya. Itulah interpritasi yang meletakkan nilai arca sebagai suatu objek seni dan
berfungsi. Peralihan masa, merubah perkembangan seni arca asemblaj juga ke arah moden
yang melihat perubahan sains dan mesin sebagai teknologi hinggakan arca distrukturkan
menjadi abstrak dalam seni. Manakala fungsinya turut berubah dari nilai indah digabung
kepada sifat yang berfungsi seperti automotif, telefon, peralatan industri, perabut dan
bangunan. Namun sifat-sifat asli sesebuah arca itu masih kekal mengikut prinsip harmoni,
kadar banding, keseimbangan dan kepelbagaian.

Rujukan
16

Chan Yan Piaw . (2011). Membentuk & Membina arca asemblaj : Ace Ahead Esensi
Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor: Pearson.
Vasudent T.Arasso. (2011). Membentuk & Membina :Longman Esensi, Siri Pendidikan
SPM Fajar Bakti.
http://hafizmnordin.blogspot.com/2009/10/seni-arca.html
http://tansookfun.blogspot.com/p/unsur-unsur-seni_10.html
http://nadipsv.blogspot.com/2012/01/membentuk-dan-membuat-binaan.html
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html

17

You might also like