You are on page 1of 14

1.

Pernyataan Permasalahan Kajian

Menurut Wikipedia, hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung liar,
sama ada yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang
atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam
kurungan atau tidak” Definisi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010.

Hidupan liar dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu hidupan laut,
hidupan hutan (burung), hidupan kutub dan hidupan hutan hujan.

a) Hidupan laut

I. Ikan Paus

Gambar di atas merupakan seekor paus yang bernama Paus Pembunuh (


Orcicus Orca). Paus pembunuh merupakan haiwan mamalia yang berdarah panas, dan
membiak dengan melahirkan anak. Paus pembunuh mampu membesar sepanjang 18
meter dan berat hampir 8 tan. Paus merupakan mamalia pemangsa. Mereka tinggal di
setiap lautan dan telah menyesuaikan diri dengan iklim yang berbeza.
II. Ikan Lumba-Lumba

Gambar di atas merupakan ikan lumba-lumba (Delphinadae) iaitu seekor mamalia


lautan yang mampu membesar sepanjang 1.2 meter hingaa 10 meter dan biasanya
memiliki berat antara 50kg hingga 7000 kg. Ia menetap di lautan dan juga sungai luas.
Ikan lumba-lumba merupakan mamalia yang memakan ikan, sotong, dan lain-lain.

III. Penyu

Penyu (Chelonioidea) merupakan reptilia lautan yang memakan obor-obor sebagai


makanannya.
b) Hidupan Hutan (Burung)

I. Flamingo

Flamingo merupakan sejenis burung randai tropika yang mempunyai leher dan
kaki yang panjang. Mereka biasanya hidup di kawasan berair seperti tasik.

II. Burung Kenyalang

Burung Kenyalang (Buceros Rhinoceros) merupakan burung enggang


terbesar di dunia. Yang boleh mencecah panjang 110-127 cm dan berat 2-3 kg. Ia
terdapat di dalam hutan hujan tropika di pohon yang tinggi.
III. Burung Nuri

Burung Nuri (Psittacoidea) merupakan burung membentuk subkeluarga


Psittacoidea yang meluas di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan. Mereka pemakan
benih, buah-buahan, kacang, daun, dan serangga kecil. Burung nuri boleh meniru suara
manusia dan bunyi lain walaupun tidak mempunyai kotak vocal.

c) Hidupan Hutan Hujan


I. Koala
Koala atau beruang koala (Phascolarctos cinereus) adalah endemik
kepada benua Australia. Ia duduk di hutan pokok Eucalyptus dan memakan daun
pokok-pokok tersebut.

II. Serigala

Rubah merah (Vulpes vulpes) ialah yang terbesar daripada rubah


benar dan anggota Carnivora yang paling banyak, tertabur ke serata Hemisfera
Utara dari Garisan Artik ke Afrika Utara, ke Amerika Utara, dan ke Asia. Ia merupakan
haiwan pemangsa dan memburu haiwan lain seperti rusa, arnab dan lain-lain sebagai
makanan.

d) Hidupan kutub

I. Beruang kutub
Beruang kutub (Ursus maritimus), ialah mamalia besar dalam
aturan maging, keluarga biologi Ursidae. Ia ialah spesies circumpolar yang terdapat di
dan sekitar Lautan Artik. Ia ialah haiwan mamalia maging daratan terbesar. Ia
merupakan perenang hebat dan memburu ukan sebagai makanan.
2. Penentuan Tema, Konsep, Subjek, dan Kandungan

I. Konsep
Penghasilan karya yang akan dilakukan dengan menerapkan kosep
cetakan 2D. Cetakan 2D ialah

II. Tema
Tema yang digunnakan untuk menghasilkan kayra ini iaitu hidupan liar.
Hidupan liar merupakan spesies haiwan liar atau burung liar, sama ada
yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang
atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam
kurungan atau tidak” Definisi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar,
2010. Contoh hidupan liar ialah harimau, badak sumbu, gajah, penguin,
anjing laut, ikan nemo, burung helang, dan sebagainya.

III. Subjek Karya

Subjek utama yang akan digunakan untuk menghasilkan karya iaitu


beruang kutub dan paus manakala subjek sokongan yang akan
digunakan iaitu kawasan berkutub seperti Antartika.
IV. Kandungan Karya

Mesej Tersurat

Mesej Tersirat
3. Penentuan Pendekatan Aspek Formal dan Gaya Penghasilan

III.1 Penentuan Pendekatan Aspek Formal

Penghasilan karya adalah dilakukan dengan menerapkan unsur


garisan pada karya. Garis merupakan sambungan antara titik-titik.
Pengkarya mengaplikasikan unsur garisan untuk membentuk imej subjek
iaitu ikan paus pembunuh dan beruang kutub yang bersifat 2D.

Selain itu, pengkarya juga mengaplikasikan unsur jalinan pada


karya. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan rata
dan boleh dikesan sama ada dengan deria penglihatan dan sentuhan.
Unsur jalinan yang akan diaplikasikan iaitu jalinan sentuh. Jalinan sentuh
ialah kesan jalinan yang wujud di atas permukaan rata yang boleh
dirasakan melalui deria penglihatan dan sentuh. Kesan jalinan sentuh
dapat timbul pada ukiran yang dibuat pada papan lino.

Pengkarya mengaplikasikan juga unsur rupa untuk menghasilkan


karya. Rupa ialah suatu kawasan yang berbeza daripada ruang sekeliling.
Rupa terbentuk apabila hujung garisan saling bertemu. Jenis rupa yang
digunakan ialah rupa organik iaitu haiwan.

Prinsip rekaan yang diaplikasikan untuk menghasilkan karya iaitu


ekonomi. Ekonomi ialah penggunaan elemen atau imej yang paling asas
dalam penghasilan karya. Contohnya, pengkarya hanya menggunakan
imej beruang kutub dan paus pembunuh sebagai subjek utama.
Penggunaan warna juga ekonomi iaitu menggunakan tiga jenis warna
sahaja.

III.2 Gaya Penampilan


Secara umumnya gaya penampilan sesebuah karya perekaan atau
pengkaryaan melibatkan keserasian teknik dan bahan yang digunakan.
Terdapat tiga jenis gaya penampilan utama yang digunakan untuk
menghasilkan sebuah karya seni iaitu gaya realistik, gaya separa abstrak,
dan gaya abstrak.

Pengkarya telah menggunakan gaya penampilan separa abstrak


untuk menghasilkan karya. Gaya separa abstrak adalah bersifat
sederhana dan mempunyai dua gaya dalam karya iaitu gaya realistik dan
gaya abstrak yang disatukan. Dengan menggunakan gaya separa
abstrak. Gaya penampilan ini telah dipilih kerana ia membolehkan imej
atau subjek yang digunakan yang telah diubahsuai menjadi imej yang
lebih mudah menjadi lebih dilihat dan difahami mesejnya.

III.3 Kajian Aliran

3.3.1 Aliran Seni Karya Yang Dipilih

Pengkarya memilih aliran kubisme untuk menghasilkan karya.


Aliran kubisme ialah aliran seni yang mengandungi beberapa sudut
pandangan objek atau figura dalam imej yang sama untuk menghasilkan
lukisan yang berpecah-belah dan cacat. Maksudnya, sudut pandangan
objek dalam lukisan tidak akan serupa dengan realiti kerana pelbagai
sudut pandangan boleh dicampur dalam satu atau lebih objek.

Ciri-ciri aliran kubisme termasuklah menggunakan beberapa


perspektif sekaligus dalam satu gambar, melakukan deformasi dan
dekonstruksi terhadap objek yang dilukis seperti posisi mulut tertukar
dengan posisi hidung, menyederhanakan objek menjadi mirip dengan
bentuk geometri dan mengeksplorasi bentuk terbuka dan memadukan
latar dengan objek didepannya.
III.3.2 Contoh Karya Cetakan

a) Kubisme (Pablo Picasso)

Gambar di atas merupakan karya


Pablo Picasso yang bertajuk “Girl with
Mandolin yang dihasilkan pada
tahun 1910. Karya tersebut merupakan
seni cetakan beraliran kubisme. Ia
dapat dibuktikan dengan melihat penggunaan bentuk-bentuk
geometri yang diaplikasikan untuk menghasilkan karya seperti segi
tiga, segi empat, bulatan dan sebagainya.

b) Realisme (Leonardo da Vinci)


Karya
di atas
merupakan
karya
“Monalisa”
oleh
Leonardo da Vinci pada tahun 1503. Karya ini dihasilkan
menggunakan aliran realisme. Ia dapat dilihat bahawa karya ini
memiliki detail yang sangat teliti dengan gambaran asalnya melalui
teknik yang dimiliki oleh pelukisnya. Ia kelihatan sangat realistic
menyerupai subjek asal karya tersebut iaitu rupa manusia.

c) Ekspresionisme
Karya di atas merupakan karya “Starry Night’ oleh Dato’ Syed
Ahmal Jamal pada tahun 1961 yang menerapkan aliran
ekspresionisme. Ekspresionisme merupakan aliran yang
menggunakan warna sebagai symbol untuk sesuatu, bukan
sebagai pewarna objek. Ia juga tidak mengutamakan persamaan
atau keaslian objek yang dilukis.

III.4 Media

Pengkarya menggunakan papan lino dan warna lino untuk


menghasilkan karya ini. Papan lino merupakan papan yang mempunyai
permukaan yang licin dan rata. Ia tidak mempunyai bijian yang
mengasarkan permukaan. Maka, proses pengukiran menjadi lebih lancer
dan rata. Papan lino juga dapat menyerap warna dengan baik. Oleh itu,
penggunaan papan lino dapat menjimatkan masa kerana ia mengambil
masa yang singkat untuk mengeringkan warna pada permukaannya.
Pengkarya juga menggunakan warna lino untuk mewarnakan permukaan
yang timbul pada papan lino yang telah dibentuk.

III.5 Teknik

Untuk menghasilkan karya ini, pengkarya menggunakan teknik


cetakan timbulan. Cetakan timbulan merupakan proses membuat cetakan
dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan
yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Oleh kerana pengkarya
menggunakan papan lino untuk menghasilkan karya, maka teknik cetakan
timbulan sesuai untuk digunakan.

III.6 Cara Pengolahan


Cara pengolahan yang diaplikasikan oleh pengkarya untuk
menghasilkan karya adalah stailisasi. Gaya pengolahan stailisasi ialah
motif atau iej yang digayakan. Ia merupakan teknik yang
mempertimbangkan imej berdasarkan ciri bahan atau subjek yang
digunakan.

You might also like