You are on page 1of 3

Bincangkan Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah Dalam Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama melibatkan dua buah kuasa besar atau dua blok yang masing-
masing mempunyai kepentingan iaitu Kuasa Perikatan yang diwakili Jerman, Austria-Hungry dan
Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai Perikatan Tiga Kuasa atau Tripple Alliance. Manakala di
satu pihak lagi ialah Kuasa Bersekutu yang diwakili Britaian, Perancis dan Rusia yang dikenali
sebagai Pakatan Tiga Kuasa atau Tripple Entente. Penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam
perang ini berlaku pada tahun 2 Ogos 1914 apabila Perdana Menteri dan Menteri Pertahanannya
menandatangani perjanjian rahsia yang menyatakan sokongan terhadap jerman.

Penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1 bermula pada tahun 1914
apabila kerajaan Turki yang dipimpin oleh Golongan Turki Muda dengan menyokong Jerman.
Perdana Menteri Said Halim Pasha dan Menteri Peperangan Ismail Enver Pasha telah
mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman. Kerajaan Turki menyokong kerana Jerman tidak
dilihat sebagai kuasa imperialisme, ingin mendapat bantuan Jerman mendapat semula
wilayah-wilayah jajahannya yang terlepas seperti Macedonia, Thrace, Anatolia dan Cyprus
ekoran beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat sebelum tercetus Perang Dunia 1 dan
mengkukuhkan kedudukan khalifah. Sehubungan dengan itu, kerajaan Turki hanya
membenarkan kapal perang Jerman berlabuh di Selat Dardanelles dan menutup selat tersebut
pada 17 September 1914 daripada digunakan oleh kapal perang British. British mengambil
keputusan mengisytiharkan perang terhadap Turki pada 5 November 1914. Pada Disember
1915, pihak British berusaha mendapatkan sokongan pemimpin Arab di Timur Tengah
menentang kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah seperti keluarga Soud di Najd dan Sharif
Hussain di Hijaz.

Selain itu, penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1 disebabkan
permusuhan Turki dengan Rusia sejak tahun 1453. Telah berlaku beberapa siri peperangan dan
perjanjian damai antara Turki dengan Rusia bermula zaman pemerintahan Sultan Sulaiman
1(1520-1566). Antaranya Perjanjian Karlowitz 1699, Perjanjian Kainarji 1774, Perjanjian Jassy
1792 dan berakhir dengan Perjanjian Stefano pada tahun 1878. Kerajaan Turki Uthmaniyah
berharap dapat mengelak diri daripada ancaman Rusia termasuk membebaskan rakyatnya di
Caucasus dan Asia Tengah daripada kekuasaan Rusia dan Armenia. Perjanjian Stefano hanya
menguntungkan Rusia dan sekutu-sekutunya. Buktinya pada Perjanjian Berlin yang diadakan
pada tahun 1878 mengakibatkan Turki Kehilangan satupertiga wilayahnya dan 20 peratus
penduduknya terutama di Eropah. Rusia disahkan memiliki Caucasus sementara British
memperoleh hak mendudki Cyprus atas alasan kononnya British membantu Turki dari serangan
Rusia.

Seterusnya, penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1 menentang


kuasa-kuasa Barat dengan bertindak mengisytiharkan Jihad bagi mendapat sokongan pada
dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia apabila British mengisytiharkan perang pada 5
November 1914. Perisytiharan jihad ini ditandatangani oleh Sultan Muhammad IV dan fatwa
tersebut telah disahkan oleh Syaikh Islam(bertaraf Mufti) iaitu Khayri Efendi. Pengisytiharan
jihad ini telah mendapat sokongan masyarakat Islam di India khususnya kalangan ulama malah
sokongan ini telah menular ke Tanah Melayu termasuk Singapura. Namun begitu, usaha
pengisytiharan jihad ini kurang mendapat sokongan. Hal ini kerana timbul keraguan dalam
kalangan umat Islam dengan tindakan Turki bersekongkol dengan kuasa Barat seperti Jerman
walaupun Jerman tidak pernah menjajah umat Islam. Begitu juga tekanan yang dihadapi tentera
Turki yang berhadapan dengan tentera muslim yang dikerah British dan Perancis menyebabkan
mereka teragak-agak untuk bertindak terhadap saudara seagama seperti pemberontakan yang
dipimpin keluarga Soud dan Sharih Hussain. Factor seumpama ini menyebabkan kekuatan Turki
mengendur.

Kekalahan yang dialami oleh Turki dan sekutunya dalam Perang Dunia 1 telah
menyebabkan wilayah-wilayah di Timur tengah dibahagi-bahagikan oleh Kuasa Bersekutu
ekoran adanya beberapa perjanjian rahsia yang ditandatangani sesama mereka sewaktu
tercetusnya perang. Umpamanya Perjanjian Sykes-Picot pada 16 Mei 1916 menetapkan zon-zon
atau lingkungan pengaruh British dan Perancis. Kawasan seperti Syria dan Lubnon diletak di
bawah kuasa Perancis manakala Iraq, Transjordan dan Haifa di bawah Britain. Deklarasi Balfour
tahun 1917 pula sebagai batu asas kepada penubuhan negara haram Yahudi di Palestin. Pada
tahun 1918 pula, perjanjian Gencatan Senjata Mudros/Perjanjian Mudros pula telah
ditandatangani antara Kuasa Bersekutu dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kerajaan Turki
terpaksa melepaskan kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka Selat Dardanelles dan
Boshporus kepada Kuasa Bersekutu. Malah tentera Turki Uthmaniyah diarah dibubarkan dan
Istanbul didukui Tentera Bersekutu.

Kesimpulannya, kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah kepada kuasa Barat dalam Perang
Dunia 1 membawa kepada keruntuhan empayar Turki. Rejim Turki Muda juga merosot apabila
Istanbul diduduki oleh Tentera Bersekutu pada tahun 1918. Republik Turki Moden dibentuk oleh
Mustafa Kamal Attartuk selepas menang dalam Perang Kemerdekaan Turki melawan Tentera
Bersekutu.

You might also like