You are on page 1of 1

Empayar Turki Uthmaniyah (Tulisan Jawi: ‫;ايمڤاير تركي عثمانية‬Turki Uthmaniyah: Devlet-i Aliye-i

Osmaniye; Turki Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: ‫الدولة العثمانية‬, al-Dawlaṭ al-'Uthmānīyyaṭ)


keluarga Bani Osmani ini ialah sebahagian kecil keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali
sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad kesebelas yang lalu. Bangsa ini
ialah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah
mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya terkenal sebagai ghazi
atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk
menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan
Uthmaniyah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah
Uthmaniyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah sejagat" dan waris kepada Empayar
Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".[6]
Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum
akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine,
termasuk Yunani dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) setelah
jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar
wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah
mempunyai angkatan laut yang handal di Laut Mediterranean dan melaksanakan tugasnya dalam
peperangan dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai
dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniyah. Uthmaniyyah juga
meluaskan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-
bahagian wilayah Arab yang lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyah merupakan
keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam ialah agama kekejaman dan
agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel
di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan oleh Robert dari
Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bida'ah yang dibuat-
buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan
kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke
atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniyah kini pula
menghadapi persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa Rusia.
Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai
Karlovitz, Uthmaniyah dipaksa bersetuju untuk menyerahkan wilayah-wilayahnya kepada Austria,
Venice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian
tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan
Uthmaniyyah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan
kemerdekaan Yunani pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahun 1830.
Kerajaan Uthmaniyah menjadi "Orang sakit Eropah" dan hanya persaingan mereka inilah yang
mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah
kekalahannya dalam Perang Dunia I pada tahun 1912-1919, kesemua wilayah ini masih tetap
berada di bawah Kerajaan Uthmaniyah, dengan wilayah Eropahnya ialah kawasan di sekitar
Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli.
Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kemal Atatürk telah menghapuskan nama kerajaan
Uthmaniyah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan
di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki
ini.

You might also like