You are on page 1of 16

PENGLIBATAN EMPAYAR TURKI

UTHMANIYYAH DALAM PERANG


DUNIA PERTAMA
PERMULAAN KEJATUHAN EMPAYAR UTHMANIYYAH SEBAGAI PEMBELA UMAT ISLAM
PENGENALAN
 Perang Dunia Pertama meletus bermula
pada 28 Julai 1914 sehingga 11
November 1918 yang melibatkan 2
pihak iaitu Kuasa Pusat : Jerman,
Austria-Hungary & Turki Uthmaniyah
dengan Kuasa Bersekutu : Rusia,
British & Perancis).
 Perang ini bermula di Semenanjung
Balkan dan merebak dari sebuah negara
ke negara yang lain sehingga hampir
keseluruhan negara di dunia terlibat
dalam Perang Dunia Pertama.
 Daulah Uthmaniyah adalah satu-
satunya kuasa Islam yang terlibat dalam
peperangan ini.

 Perang ini meletus kerana pelbagai faktor seperti ekonomi, politik dan sosial. Namun, pembunuhan Archduke Franz
Ferdinand sebagai pewaris takhta Empayar Austria-Hungary di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina adalah faktor segera yang
membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama.
FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN
KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
 PERMUSUHAN TRADISI ANTARA KERAJAAN TURKI
UTHMANIYAH DENGAN RUSIA
 PERSAHABATAN ANTARA TURKI UTHMANIYAH DAN JERMAN
 KEINGINAN TURKI UTHMANIYAH MENGUASAI KEMBALI
WILAYAHNYA
 MUNCULNYA TURKI MUDA
 BERKEMBANGNYA GAGASAN PAN-TURKISME
 WUJUDNYA ISOLASI DIPLOMATIK ANTARA TURKI
UTHMANIYAH
PERMUSUHAN TRADISI ANTARA KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
• Permusuhan Turki Uthmaniyah dan Rusia bermula sejak Ivan
DENGAN RUSIA III. Ianya selepas kerajaan Uthmaniyah menawan kota
Konstantinanople (1453).
• Pada peringkat awal konflik (1520-1566), Turki berjaya
mengatasi Rusia. Namun, pada 1596, Turki Uthmaniyah
mengalami fasa kemerosotan hingga berlakunya beberapa
siri peperangan dan perjanjian damai antaranya Karlowitz
1699, Kainarji 1774, Jassy 1792, Bucharest 1806, Adrianopal
1829 dan San Stefano 1878.
• Apabila Peter The Great memerintah Rusia, beliau menyeru
negara-negara Eropah untuk mengusir Turki Uthmaniyah
dari bumi Eropah. Ini menyebabkan penduduk Kristian di
Serbia, Greece, Yugoslavia dan Romania berusaha untuk
membebaskan negara mereka dari cengkaman Empayar
Uthmaniyah.
• Semasa pemerintahan Tsar Nicholas 1, beliau menggelarkan Turki Uthmaniyah sebagai ‘Manusia Sakit Eropah’. Beliau
juga berbincang dengan para diplomat British agar Empayar Uthmaniyah dibahagikan dengan cara yang rapi.
• Perjanjian Berlin 1878 menyebabkan Turki Uthmaniyah kehilangan 1/3 wilayahnya dan 20% penduduknya. Penglibatan
Rusia dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan Turki Uthmaniyah menyertai Kuasa Pusat kerana ingin
mempertahankan wilayahnya dan juga keinginan membalas dendam kepada Rusia.
PERSAHABATAN ANTARA TURKI UTHMANIYAH DAN JERMAN
• Hubungan antara Turki Uthmaniyah dan Jerman terjalin apabila
Sultan Mahmud II (1808-1839) menjemput pakar ketenteraan
Jerman untuk memodenkan pasukan tentera Turki Uthmaniyah.
• Persahabatan ini semakin erat seiring dengan pengurangan
pengaruh British dalam kerajaan Turki Uthmaniyah malah
menjadi renggang apabila British menduduki Mesir (wilayah Turki
Uthmaniyah) pada 1882.
• Hubungan Jerman dan Turki Uthmaniyah semakin rapat ketika
Enver Pasha yang pernah menyandang jawatan atase
ketenteraan di Kedutaan Besar Turki Uthmaniyah di Berlin,
Jerman dilantik menjadi Menteri Perang Turki Uthmaniyah.
Kemudian, beliau meminta bantuan Jerman untuk melaksanakan reformasi ketenteraan Turki Uthmaniyah.
• Bahkan, maharaja Jerman, Kaiser Wilhelm II yang merupakan sahabat Sultan Abdul Hamid II, telah beberapa kali
mengunjungi Istanbul dan pada 1898, beliau menyatakan bahawa dirinya adalah sahabat kepada 300 juta umat Islam
sedunia. Beliau juga mahu menonjolkan imej Jerman sebagai pembela umat Islam.
• Kerajaan Turki Uthmaniyah memberi kepercayaan kepada Jerman kerana mereka tidak pernah menjajah negara umat
Islam. Oleh sebab itu, Jerman tidak dianggap sebagai kuasa imperialis.
• Persahabatan Turki Uthmaniyah dan Jerman ini akhirnya mengheret Turki Uthmaniyah untuk ikut serta dalam Perang
Dunia Pertama dengan menyebelahi Jerman.
KEINGINAN TURKI UTHMANIYAH MENGUASAI KEMBALI
WILAYAHNYA • Pada zaman keemasan empayar Islam ini, wilayah Turki Uthmaniyah
meliputi 3 benua iaitu Eropah, Afrika dan Asia. Tentera laut Turki
Uthmaniyah juga turut menguasai 3 lautan iaitu Laut Hitam, Laut Merah
dan Laut Tengah.
• Namun, semasa kemerosotan empayar Islam ini, satu persatu wilayahnya
dikuasai imperialis-imperalis Barat. Antaranya, Algeria dan Pulau Cyprus
jatuh ke tangan Perancis (1882), Libya ke tangan Itali (1882) dan Austria
menguasai Bosnia-Herzegovina (1908). Wilayah Balkan juga memperoleh
kemerdekaan antaranya Greece (1830) diikuti oleh Romania, Bulgaria,
Serbia dan Montenegro (1878) yang dibantu oleh empayar Rusia.
• Pada tahun 1908, berlaku krisis politik dalaman Turki Uthmaniyah akibat
rampasan kuasa oleh ahli Committee of Union and Progress (CUP)
terhadap Sultan Abdul Hamid II. Ia membuka peluang kepada Austria,
Serbia dan Rusia untuk menguasai wilayah Balkan.

• Pada tahun 1912, persekutuan Bulgaria, Serbia, Greece dan Montenegro mengisytiharkan Perang Balkan 1 & berjaya
mengalahkan Turki Uthmaniyah. Perang ini berakhir dengan Perjanjian London pada 10 Jun 1913 di mana Turki
Uthmaniyah kehilangan semua wilayahnya di Semenanjung Balkan.
• CUP ingin mengheret Turki Uthmaniyah ke Perang Dunia Pertama dengan harapan memperoleh semula wilayahnya dan
mempunyai semangat nasionalisme tinggi serta bersedia mengambil risiko dengan menyebelahi Jerman dalam Perang
Dunia Pertama.
MUNCULNYA TURKI MUDA
• Gerakan Turki Muda terawal diasaskan oleh pegawai tentera Turki di Akademik
Perubatan Tentera, Istanbul pada Mei 1887 apabila Kazim Nani Duru menubuhkan
al-Ittihad wa Tarraqqi atau Persatuan Kesatuan dan Kemajuan (Committee of Union
and Progress – CUP).
• Pada Mei 1889, sekumpulan pelajar dari akademi tersebut membentuk satu
pertubuhan rahsia untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II. Gerakan ini
berkembang dengan cepat ke sekolah-sekolah tinggi kerajaan di Istanbul serta
menarik sokongan rakyat Turki Uthmaniyah yang menjadi pelarian politik di luar
negara.
• Pada 23 Julai 1908, CUP mengadakan rampasan kuasa terhadap Sultan Abdul
Hamid II dan berjaya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah.
• Negara-negara Barat mulai mengambil kesempatan dari krisis politik ini dan
menguasai kesemua wilayah Balkan.

• Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Balkan I ini menyebabkan golongan tentera Turki Uthmaniyah bergabung
dengan CUP melakukan rampasan kuasa terhadap pemerintahan Perdana Menteri Turki Uthmaniyah, Kamil Pasha.

• CUP akhirnya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah secara mutlak. Pemerintahan dikendalikan 3 pasha iaitu Ismail
Anwar Pasha (Menteri Perang), Muhammad Talaat Pasha (Menteri Dalam Negeri) dan Ahmad Jamal Pasha (Menteri
Angkatan Laut). Walaupun Ahmad Said Halim Pasha dilantik Perdana Menteri baharu tapi beliau hanya mempunyai sedikit
pengaruh dan secara tak langsung, 3 pasha ini mengheret Turki Uthmaniyah ke dalam Perang Dunia Pertama.
BERKEMBANGNYA GAGASAN PAN-TURKISME
• Pan-Turkisme merupakan gagasan menginginkan penyatuan seluruh bangsa Turki
dalam empayar Turki Uthmaniyah dengan warga Turki di Asia Tengah. Ianya
diminati oleh gerakan CUP.
• Pan-Turkisme digunakan bagi mengimbangi ideologi Pan-Slavia yang digerakkan
oleh Rusia bagi mempengaruhi penduduk Kristian Balkan khususnya Serbia, dan
mulai berkembang dan mendapat sambutan menjelang Perang Dunia Pertama.

• Pada mulanya, ahli CUP memilih ideologi Pan-Uthmanisme sebagai tandingan ideologi Pan-Islamisme yang digerakkan
oleh Sultan Abdul Hamid II bagi mendapat sokongan umat Islam sedunia.

• Pan-Uthmanisme memperuntukkan hak yang sama di sisi undang-undang kepada semua bangsa yang tinggal dalam
empayar Turki Uthmaniyah, bahkan setiap bangsa memperoleh perwakilan mereka di parlimen. Namun, ia gagal kerana
tidak mampu mengubah keinginan rakyat bukan Turki untuk merdeka seperti gerakan kemerdekaan rakyat Albania yang
beragama Islam.

• Ideologi Pan-Turkisme semakin bergema di kalangan ahli CUP ketika Turki Uthmaniyah kehilangan banyak wilayah di
Balkan dalam perang Balkan 1 pada 1913.

• Pan-Turkisme juga mendapat inspirasi dari kejayaan Prusia yang berhasil membentuk Pan-Germania (Kesatuan Jerman)
pada tahun 1871.
WUJUDNYA ISOLASI DIPLOMATIK ANTARA TURKI UTHMANIYAH
• Isolasi diplomatik berlaku apabila CUP berjaya menguasai Turki
Uthmaniyah melalui rampasan kuasa. Pemerintahan CUP tidak
mendapat sokongan dari mana-mana negara Eropah kerana CUP
bersifat nasionalis dan berhasrat mengakhiri segala pengaruh dan
kekuasaan negara-negara Eropah dalam Turki Uthmaniyah.
• Situasi ini menyebabkan Turki Uthmaniyah kehilangan sekutu yang
dapat membantunya ketika wilayah Turki Uthmaniyah diserang
negara lain. Buktinya, ketika wilayah Turki Uthmaniyah diserang oleh
Itali atau negara-negara Balkan, tiada satu negara Eropah pun yang
mahu membantunya.
• CUP meyakini bahawa isolasi yang berterusan mampu
menumbangkan Kesultanan Turki Uthmaniyah. Keadaan ini
memaksa CUP menawarkan atau mengadakan hubungan persahabatan atau gabungan dengan mana-mana negara

seperti British dan Perancis, namun ditolak mentah-mentah.

• Bagaimanapun, Turki Uthmaniyah berjaya mengadakan hubungan persahabatan dengan Jerman apabila Kaiser Wilhelm
II bersetuju mengadakan satu pakatan strategik. Akhirnya, tercapailah kesepakatan antara Turki Uthmaniyah dan Jerman
yang akhirnya mengheret Turki Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia Pertama.
KESIMPULAN
1. Penglibatan Turki Uthmaniyah dalam
Perang Dunia Pertama 1914-1918
membawa kepada kekalahan satu-
satunya empayar Islam tersebut.
Golongan Turki Muda memainkan
peranan penting dalam penglibatan
Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama.
2. Pada Oktober 1918, kerajaan Turki
Uthmaniyah dan British memeterai
Perjanjian Versailles bagi
menamatkan perang. Tentera
pakatan Eropah berjaya menawan
Istanbul dan membawa kepada
kehancuran kerajaan Turki
Uthmaniyah.
3. Kekalahan ini mempercepatkan
proses pembentukan negara bangsa
Turki.
KESAN-KESAN PENGLIBATAN PERANG DUNIA
PERTAMA TERHADAP TURKI UTHMANIYAH
 KESAN POLITIK
 KESAN EKONOMI
 KESAN SOSIAL
A. KESAN POLITIK
1. KEMEROSOTAN PENGARUH POLITIK
Berlaku perpecahan wilayah umat Islam di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah.
Kelemahan politik dan kekalahan Turki Uthmaniyah menyebabkan wilayah-wilayahnya
membebaskan diri dan sebahagiannya ditakluki kuasa Barat termasuk Palestin.
Munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah apabila
sempadannya telah digariskan oleh pihak Barat dengan memisahkan penduduk
negara masing-masing walaupun mereka satu agama.
2. KEHILANGAN WILAYAH
Dasar kolonisasi Barat menyebabkan Turki Uthmaniyah kehilangan banyak
wilayahnya. Perjanjian Sykes-Picot 1916 menyebabkan wilayah Turki Uthmaniyah
dibahagikan kepada Perancis (selatan), British (timur), Rusia (utara) dan Itali (barat).
Pada 1918, British berjaya menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyah di
Istanbul dan menyebabkan kehilangan sebahagian besar wilayah dalam empayarnya.

3. DARI SEBUAH KUASA BEBAS KEPADA NEGARA YANG TERIKAT

Gencatan senjata Mudros pada Oktober 1918 telah menamatkan peperangan di Asia Barat. Kesannya, kerajaan Turki
Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah kekuasannya di Timur Tengah dan membuka Selat Dardanelles dan Bosphorus
kepada Kuasa Bersekutu. Sebagai pemenang perang, Kuasa Bersekutu berjaya memecahbelahkan empayar Turki
Uthmaniyah melalui Perjanjian Sevres 1920. Mereka mengekalkan hak untuk menguasai mana-mana kawasan yang
dahulunya diduduki oleh empayar Turki Uthmaniyah.
A. KESAN POLITIK
5. PERUBAHAN DARI SISTEM PEMERINTAHAN KHILAFAH KEPADA REPUBLIK
Pendudukan Kuasa Bersekutu selepas Perang Dunia Pertama ke atas Istanbul dan
Smyrna mencetuskan Gerakan Kebangsaan Turki. Gerakan ini mendakwa kerajaan
Turki Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah Turki daripada ancaman musuh
serta merasakan kepimpinan khalifah yang menyerah kalah dengana cara tak wajar
melalui perjanjian-perjanjian yang merugikan. Gerakan ini melancarkan Perang
Kemerdekaan Turki bagi menarik balik terma-terma Perjanjian Sevres 1920. Pada 18
September 1922, tentera-tentera kolonial diusir dari Istanbul dan tertubuhnya sebuah
negara Turki yang baharu. Pada 1 November 1922, penubuhan parlimen baharu Turki dan secara rasminya membubarkan
sistem khalifah Islam setelah bertahan selama 623 tahun. Perjanjian Lausanne 1923 membawa pengiktirafan dunia terhadap
Republik Turki sekular yang dipimpin oleh seorang presiden yang berpusat di Ankara. Khalifah terakhir, Abdul Majid II dan
seluruh keluarganya dibuang negara.

6. DARI SEBUAH NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA SEKULAR

Bermula proses sekularisasi terhadap rakyat Turki dalam semua bidang kehidupan apabila pelaksanaan dasar memisahkan
agama darpada politik. Antaranya, Kementerian Wakaf dan Mahkamah Syariah dihapuskan & asetnya dibekukan, jawatan
Syeikhul Islam dimansuhkan dan penggunaan huruf Arab diganti kepada huruf Latin. Gelaran Arab dihapuskan dan rakyat
wajib menggunakan gelaran keluarga mengikut budaya Barat. Pentadbiran sekolah agama dipindahkan ke Jabatan Sivil yang
bertanggungjawab terhadap pendidikan umum. Rakyat digalakkan memakai topi dan pakaian gaya Eropah.
B. KESAN EKONOMI
1. KEMEROSOTAN EKONOMI
Kerajaan Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan ekonomi kerana perbelanjaan besar untuk membiayai perang. Berlaku
krisis hutang kerajaan Turki Uthmaniyah. Situasi ini membuka peluang campur tangan Eropah dalam krisis kewangan kerajaan.
Hal ini juga menyebabkan wilayah-wilayah Islam dibawah pengaruh Turki Uthmaniyah seperti di Timur Tengah dan Afrika Utara
mengalami kemerosotan ekonomi.

2. KEHILANGAN SUMBER EKONOMI


Selat Bosphorus yang berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah telah dijadikan laluan antarabangsa. Keadaan ini
melemahkan ekonomi Turki Uthmaniyah kerana tiada lagi cukai perkapalan yang merupakan sumber penting ekonomi.
Empayar Islam ini kehilangan sumber ekonomi utama apabila kehilangan wilayah strategik dan kaya dengan minyak di Timur
Tengah seperti di Mesir dan Semenanjung Arab. Sistem percukaian Islam iaitu Iqta’ dan Timur ditukar kepada percukaian
moden turut menjejaskan ekonomi Turki Uthmaniyah.

3. KEMEROSOTAN SEKTOR PERDAGANGAN NEGARA ISLAM


Perdagangan negara Islam merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranean,
Terusan Suez & jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan kuasa Eropah mencengkam ekonomi negara Islam. Misalnya,
British & Perancis di Terusan Suez, golongan Yahudi menguasai ekonomi Mesir dalam bidang perniagaan serta pasaran saham
dan Rusia menguasai 1/3 daripada jumlah perdagangan asing di Iraq. Penguasaan sektor ekonomi oleh kuasa Barat di
kebanyakan wilayah Turki Uthmaniyah ini secara tidak langsung telah melemahkan perkembangan ekonomi umat Islam.
C. KESAN SOSIAL
1. KEMEROSOTAN AKHLAK DAN MORAL UMAT ISLAM
Pemodenan Turki Uthmaniyah mengikut acuan Barat telah membawa keruntuhan akhlak umat
Islam yang kagum dan terpengaruh dengan gaya hidup negara Barat serta melemahkan
peranan agama dalam kehidupan. Kesannya, rakyat Turki Uthmaniyah kehilangan identiti
nasional dan tradisi Islam. Pemodenan Turki sekular turut menjadi ikutan negara Islam lain.
Situasi ini mengukuhkan cengkaman pengaruh Barat ke atas umat dan negara Islam.

2. PERPECAHAN UMMAH
Perpecahan umat Islam semakin parah akibat kewujudan negara bangsa dan sentimen
nasionalisme Arab, Turki dan Balkan yang muncul dari empayar Turki Uthmaniyah. Dasar pecah
dan perintah oleh pihak Barat berjaya menghalang kesatuan ummah yang sebelum ini
bernaung di bawah kekuasaan tunggal khalifah Turki Uthmaniyah. Perpecahan ini memudahkan
pihak musuh menguasai negara dan umat Islam dalam segenap aspek kehidupan.
KESIMPULAN
1. Penglibatan dan kekalahan kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah
mengubah landskap dunia Islam khususnya
pengakhiran sistem Khilafah Islam & kehilangan
bumi suci Palestin dari penguasaan umat Islam.
2. Proses sekularisasi Turki turut mempengaruhi
negara Islam lain.
3. Negara-negara Islam mengalami kemerosotan
ekonomi dan akhlak yang akhirnya menyebabkan
dunia Islam berpecah-belah.
4. Berakhirnya sistem Khilafah Islamiyah merupakan
fitnah terbesar yang menimpa umat Islam
sepanjang zaman.

You might also like