You are on page 1of 9

Faktor Penglibatan

Turki Uthmaniyah
dalam
Perang Dunia Pertama
(1914-1918)

ERIC
ISKANDAR
FADZNIL
AZMIRUL
PENDAHULUAN
Perang Dunia Pertama meletus bermula pada 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918.
Peperangan ini telah melibatkan pertempuran di antara dua buah pihak, iaitu pihak Kuasa Bersekutu yang
dikenali juga sebagai Kuasa Berikat dan pihak Kuasa Pusat. Kuasa Bersekutu terdiri daripada kebanyakan
kuasa barat seperti Perancis, Russia, Britain, Amerika Syarikat, Itali dan Kanada. Manakala Kuasa Pusat
pula terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary,Turki dan Bulgaria. Peperangan ini bermula di Balkan dan
telah merebak dari sebuah negara ke negara yang lain sehingga akhirnya hampir keseluruhan negara di
dunia terlibat dalam Perang Dunia Pertama ini.Kerajaan Uthmaniyah merupakan satu-satunya kuasa Islam
yang terlibat dalam peperangan ini. Kesan daripada perang ini amat besar ke atas dunia Islam dalam
mencorakkan senario politik umat Islam. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang telah membawa kepada
penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918).
Mempertahankan Wilayah Uthmaniyah di Balkan
 Antara faktor yang telah menyebabkan penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia
Pertama ialah untuk mempertahankan wilayah Uthmaniyah di kawasan Balkan.
 Menjelang Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah memihak kepada Jerman dan telah menyatakan
persetujuan untuk menyokong Jerman dalam Perang Dunia Petama sekiranya Jerman memberikan
bantuan dalam krisis Austria dan Serbia.
 Sebab utama Turki Uthmaniyah menyebelahi Jerman adalah kerana bimbang dengan rancangan
Rusia yang ingin menguasai wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah di kawasan Balkan.
 Lagipun Jerman tidak di anggap oleh Turki Uthmaniyah sebagai kuasa imperialis seperti
Britain,Perancis, dan Rusia yang menjajah negara umat Islam.Kaiser Wilhelm ll(Jerman) menonjolkan
imejnya sebagai pembela umat Islam.
 Kaiser Jerman cuba memujuk orang Islam bahawa mereka akan membantu perjuangan umat Islam
dalam menentang penjajahan di Afrika Utara dan percubaan kuasa asing menduduki kawasan-
kawasan yang masih berada di bawah penguasaan orang Islam.
 Dengan ini jelaslah bahawa faktor penglibatan kerajaan Turki adalah kerana berharap empayarnya
dapat di pertahankan.
Mendapatkan Kembali Wilayah-wilayah Turki
 Selain itu, faktor yang membawa kepada penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang
Dunia Pertama ialah faktor untuk mendapatkan kembali wilayah-wilayah Turki.
 Perebutan dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah untuk menguasai Bosnia-Herzegovina, bekas
wilayah Turki Uthmaniyah di Eropah bermula sejak abad ke-19 lagi.
 kuasa-kuasa Eropah khususnya Rusia berhasrat untuk menguasai bumi Turki Uthmaniyah.
 Rusia menghasut orang Serbia di Bosnia-Herzegovina supaya memberontak terhadap pemerintahan
Turki Uthmaniyah. Rusia juga membantu Serbia menentang Turki Uthmaniyah pada tahun 1878.
 Dengan bantuan Britain, empayar Turki Uthmaniyah masih bertahan daripada tekanan Rusia.
 Namun, apabila Britain mula berbaik dengan Rusia pada tahun 1907 dan sebelum itu Britain berbaik
dengan Perancis pada tahun 1904 menyebabkan keselamatan Turki Uthmaniyah mula tergugat.
 Kemudian, ketiga-tiga kuasa Eropah itu berpakat untuk menguasai empayar Turki Uthmaniah dan
meruntuhkan pemerintahan Khalifah Turki.
 Oleh itu,jelas bahawa faktor penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama adalah untuk menguasai
semula semua wilayahnya.
Pengisytiharaan Jihad
 Seterusnya, pengisytiharaan jihad juga merupakan antara faktor penglibatan Kerajaan Turki dalam
Perang Dunia Pertama.
 Apabila perang meletus antara Jerman dan Britain, dua buah kapal Jerman, iaitu Goeben dan Breslam
di serang oleh tentera laut British dari Laut Mediteranean ke Selat Dardanellas.
 Bagi melindungi perkara tersebut,dua buah kapal ini di beli oleh Turki Uthmaniyah. Admiral Jerman
iaitu Wilhelm Souchon turut di pakaikan dengan pakaian seragam tentera Turki Uthmaniyah.
 Tindakan Turki Uthmaniyah tersebut telah menyebabkan Rusia dan Eropah memprotes kerana
tindakan itu mencabar dasar berkecuali.
 Apabila kapal-kapal Turki Uthmaniyah menyerang Rusia pada bulan Oktober, Rusia dan sekutunya
bertindak menyerang balas dengan mengisytiharkan perang pada 5 November 1914.
 Kerajaan Turki Uthmaniyah kemudiannya mengisytiharkan perang jihad ke atas tiga kuasa besar iaitu
Britain, Rusia dan Perancis.
 Pengisytiharan perang oleh Britain memaksa Turki mengeluarkan fatwa yang dikenali sebagai Jihad-
i-Ekhbar Fard-I-Aenon.
 Jelas terbukti salah satu faktor Turki melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama ialah apabila jihad
diisytiharkan.
Perjanjian Sykes-Picot
 Di samping itu, faktor penglibatan Kerajaan Turki dalam Perang Dunia Pertama juga ialah Perjanjian
Sykes-Picot.
 Perjanjian ini telah ditandatangani secara sulit antara British dan Perancis.
 Dalam perjanjian ini, Timur Tengah dibahagikan kepan zon-zon yang menjadi wilayah mereka selepas
perang.
 Contohnya, kawansan Teluk dan utara Syria dikuasai oleh Perancis. Manakala Iraq, Haifa, Arced an
Transjordan dikuasai oleh British.
 Palestin di bawah pengaruh international administration.
 Sebarang keputusan yang dibuat dalam perjanjian ini turut dibincangkan bersama Rusia sebagai
sekutu dalam perang ini.
 Pada awalnya Rusia bersetuju.Namun kemudiannya menolak berikutan tercetusnya Revolusi
Bolshevik pada tahun 1917 M.
 Rusia telah bertindak mendedahkan isi kandungan perjanjian Sykes- Picot kepada kerajaan
Uthmaniyah.
 Hal ini menimbulkan kemarahan orang Arab kerana pihak British dan Perancis telah menunjukkan
ketamakan melampau dengan penguasaan wilayah umat islam.
 Ini menjelaskan bahawa Perjanjian Sykes-Picot telah menjadi faktor Turki terlibat dalam Perang
Dunia Pertama.
Gencatan Senjatan Mudros
 Akhir sekali, Kerajaan Turki terlibat dalam Perang Dunia Pertama adalah disebabkan faktor Gencatan
Senjatan Mudros.
 Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Tentera Bersekutu selaku pemenang
memecahkan negara Uthmaniyah melalui Perjanjian Sevres 1920.
 Pendudukan Tentera Bersekutu ke atas Constantinople dan Smyrna telah mencetuskan penubuhan
Gerakan Kebangsaan Turki.
 Di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Pasha Atartuk (seorang komander tentera yang tersohor
ketika Pertempuran Gallipoli) melancarkan Perang Kemerdekaan Turki yang menarik balik terma-
terma Perjanjian SevresPada 18 September 1922, tentera-te'ntera kolonial diusir dan tertubuh
sebuah negara Turki yang baharu.
 Pada 1 November, parlimen yang baharu ditubuhkan dan secara rasminya membubarkan sistem
kesultanan, maka berakhirnya era kesultanan selama 623 tahun di bawah pemerintahan Uthmaniyah.
 Jelaslah bahawa salah satu faktor penglibatan Kerajaan Turki ialah faktor Genjatan Senjata Mudros.
PENUTUP
Kesimpulannya, Kerajaan Turki Uthmaniyyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama adalah didorong
oleh bebapa faktor antaranya ialah faktor untuk mempertahankan wilayah Uthmaniyyah di kawasan
Balkan, faktor untuk mendapatkan kembali wilayah-wilayah Turki, faktor pengisytiharaan jihad, faktor
Perjanjian Sykes-Picot dan faktor genjatan senjata Mudros. Namun, disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya ialah menghasut gabenor-gabenor Turki Uthmaniyah di kawasan-kawasan tertentu dan
penduduk tempatan yang anti-kerajaan di samping sokongan kuat pihak Berikat menyebabkan kerajaan
Turki Uthmaniyah telah tewas dalam Perang Dunia Pertama ini.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like