You are on page 1of 12

BINCANGKAN PERANAN

UNDANG-UNDANG TUBUH
KERAJAAN JOHOR DALAM
MEMASTIKAN KESTABILAN
SOSIOPOLITIK DI JOHOR
SET 5: SOALAN 1
PENGENALAN
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah
diisytiharkan di Johor semasa pemerintahan
Sultan Abu Bakar pada 14 April 1895 dan
dikuatkuasakan pada tahun berikutnya.
Tujuan undang-undang ini digubal adalah
sebagai panduan bertulis bagi menjalankan
pentadbiran negeri dengan teratur. Terdapat
beberapa prinsip yang terkandung dalam
undang-undang ini berperanan memastikan
kestabilan politik di Johor.
ISI-ISI PENTING

MEMASTIKAN
MENENTUKAN SISTEM
01 PELANTIKAN RAJA 03 KEAMANAN DAN
KEDAULATAN NEGERI
JOHOR TERPELIHARA

MENENTUKAN MEMASTIKAN
02 PELANTIKAN JEMAAH 04 KEDUDUKAN AGAMA
MENTERI ISLAM TERPELIHARA
MENENTUKAN
SISTEM PELANTIKAN
01 RAJA
MENENTUKAN SISTEM PELANTIKAN RAJA
Antara prinsip Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dalam memastikan
kestabilan sosiopolitik di Johor adalah menentukan sistem pelantikan raja.
Dalam memastikan kestabilan politik di Johor undang-undang ini telah
menetapkan hal berkaitan raja dan pewaris takhta. Hal ini jelas dinyatakan
dalam Fasal 2, Fasal 3 dan Fasal 5. Dalam Fasal 2 telah menyatakan seorang
raja mestilah dipilih dalam kalangan lelaki yang berbangsa Melayu, berdarah
keturunan Sultan Abu Bakar dan beragama Islam. Dalam Fasal 3 menyatakan
sekiranya tiada ada pengganti dari keturunan Sultan Abu Bakar, pewaris takhta
boleh dipilih daripada keturunan Temenggung Ibrahim dan jika tiada, raja akan
dilantik daripada keturunan Temenggung Abdul Rahman. Manakala jika
kesemua waris tersebut tiada, mesyuarat kerajaan dan jemaah pangkuan
negeri akan memilih seorang raja dalam kalangan seorang lelaki, berbangsa
Melayu Johor, sempurna akal dan berilmu. Hal ini jelas dinyatakan dalam
Fasal 5 Undang-undang Tubuh Johor. Seorang raja juga dibenarkan
melepaskan jawatan baginda sekiranya telah uzur. Jelaslah undang-undang ini
berperanan menentukan sistem pemilihan raja dapat dilaksanakan dengan
balk bagi memastikan kestabilan politik di Johor dapat dilkekalkan.
MENENTUKAN
SISTEM PELANTIKAN
02 JEMAAH MENTERI
MENENTUKAN SISTEM PELANTIKAN JEMAAH MENTERI
Selain itu, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor juga berperanan
menentukan perlantikan jemaah menteri. Ini amat penting bagi memastikan
kestabilan politik di Johor. Misalnya, dalam Fasal 30 dinyatakan para menteri
mestilah dipilih dalam kalangan rakyat Johor yang berbangsa Melayu dan
beragama Islam. Manakala, Fasal 31 memperuntukkan semua menteri perlu
mengangkat sumpah taat setia kepada raja dan kerajaan. Bagi memastikan
kestabilan politik di Johor terjamin, dalam Fasal 40 Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor menetapkan seorang raja boleh memberhentikan seorang
menteri yang didapati melakukan kesalahan seperti melakukan rasuah,
menderhaka, melanggar hukum syarak dan sebagainya. Fasal 42 pula
memperuntukkan peranan jemaah menteri membantu raja dalam pentadbiran.
Raja boleh menerima nasihat para menteri dalam memastikan kebajikan
negeri dan rakyat terjamin. Tuntasnya, undang-undang ini turut berperanan
dalam menentukan pelantikan jemaah menteri demi mengekalkan kestabilan
sosiopolitik di Johor.
MEMASTIKAN
KEAMANAN DAN
03 KEDAULATAN
NEGERI JOHOR
TERPELIHARA
MEMASTIKAN KEAMANAN DAN KEDAULATAN NEGERI
JOHOR TERPELIHARA
Seterusnya, undang-undang ini juga berperanan memastikan keamanan dan
kedaulatan negeri terpelihara. Dalam Fasal 8 memperuntukkan bakal raja tidak
boleh campur tangan dalam hal yang berkaitan pentadbiran negeri bagi
mengelakkan sebarang masalah timbul. Begitu juga dengan bekas raja seperti
yang termaktub dalam Fasal 15. Bagi memastikan kedaulatan kerajaan
terpelihara, raja perlu menjaga dan memelihara kemerdekaan negeri dan
dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain. Ini dinyatakan
dalam Fasal 15 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Ahli jemaah menteri
dan mesyuarat kerajaan turut dilarang menyerahkan negeri kepada kerajaan
lain. Ini adalah, kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka
dianggap derhaka dan berdosa. Hal ini termaktub dalam Fasal 16. Selain itu
dalam memastikan kestabilan politik di Johor, dalam undang-undang ini juga
menyatakan kerajaan Johor perlu menjalinkan hubungan baik khasnya
kerajaan British seperti dinyatakan dalam Fasal 59. Tegasnya, undang undang
ini berperanan untuk memastikan keamanan dan kedaulatan negeri Johor
terpelihara bagi mengekalkan kestabilan sosiopolitik di Johor.
MEMASTIKAN
04 KEDUDUKAN AGAMA
ISLAM TERPELIHARA
MEMASTIKAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM TERPELIHARA

Akhir sekali, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini juga berperanan


memastikan kedudukan agama Islam terpelihara kerana majoriti rakyat Johor
beragama Islam. Hal ini dapat menjamin kestabilan sosiopolitik di Johor
dikekalkan. Sebagai contoh, dalam Fasal 57 iaitu memperuntukkan agama
Islam sebagai agama rasmi Johor. Raja bertanggungjawab memelihara
kesucian agama Islam di samping memerintah secara adil dan saksama.
Walau bagaimanapun agama lain masih boleh diamalkan di Johor. Jelasnya,
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini berperanan dalam memastikan
kedudukan agama Islam terpelihara dalam usaha mengekalkan kestabilan
sosiopolitik di Johor.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Undang-undang


Tubuh Kerajaan Johor mempunyai peranan
penting dalam memastikan kestabilan sosiopoltik
di Johor. Kestabilan sosiopolitik ini dapat
melambatkan penguasaan British di Johor
berbanding negeri-neger Melayu yang lain.

You might also like