You are on page 1of 10

Bincangkan struktur

pentadbiran di Tanah
Melayu sebelum
kedatangan Barat.
PENDAHULUAN
• Struktur pentadbiran Melayu tradisional pada umumnya bercorak
feudal.Raja atau sultan mempunyai.kedudukan yang tertinggi
dalam hierarki pentadbiran masyarakat di Tanah Melayu

• Struktur pentadbiran dibahagikan kepada tiga unit iaitu negeri


yang diketuai oleh sultan, raja atau Yang di-Pertuan Besar, di
samping daerah dan kampung yang diketuai oleh pembesar.

2
Struktur Pentadbiran negeri
Struktur pentadbiran negeri diketuai oleh raja. Bagi kebanyakan negeri,
raja dikenali sebagai sultan kecuali di Perlis dan Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan. Jawatan sultan dikebanyakkan negeri diwarisi.
Apabila seorang sultan mangkat, baginda akan digantikan oleh putera
sulung dari kalangan zuriat diraja.
Bagi negeri Perak, seorang sultan dipilih melalui sistem penggiliran.
Melalui sistem ini bakal sultan perlu memegang jawatan sebagai Raja
Di-hilir, raja bendahara dan raja muda sebelum dilantik sebagai sultan.
Di Negeri Sembilan, sistem perlantikan Yang di-Pertuan Besar
• Sultan mempunyai kuasa mutlak dan memerintah negeri. • Sultan
mempunyai berbagai peranan dari segi politik, ekonomi dan sosial.
• Antara peranan raja adalah menggubal undang-undang, menjatuh
hukuman bunuh, menguasai sumber ekonomi dan sebagainya.
• Dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri, raja akan dibantu
oleh golongan pembesar.
• Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat
kebesaran dan sebagainya.
STRUKTUR PENTADBIRAN
DAERAH
• Pentadbiran daerah merupakan pentadbiran kedua selepas pentadbiran negeri.
• Pentadbiran daerah diketuai oleh seorang pembesar yang dilantik oleh sultan.
• Pembesar mendapat hak memerintah daerah melalui surat tauliah dan cop
mohor yang dianugerah sultan.
• Jawatan pembesar merupakan jawatan yang akan diwarisi.
• Pembesar memainkan peranan penting dalam bidang politik. Misalnya di
Negeri Sembilan, pembesar mempunyai kuasa melantik Yang di-Pertuan Besar
• Begitu juga di Perak, walaupun sistem perlantikan sultan secara
penggiliran namun pembesarmempunyai kuasa untuk memilih calon
sultan.• Pembesar juga mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes-
kes jenayah kecuali menjatuhkan hukuman bunuh.
• Pembesar memainkan peranan dalam menjaga keamanan dan
keselamatan negeri.
• Pembesar mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi seperti
memungut cukai dan menguruskan sumber ekonomi.
STRUKTUR PENTADBIRAN
KAMPUNG
• Struktur yang terendah dalam pentadbiran adalah peringkat kampung.
• Setiap kampung di Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan diketuai oleh seorang
penghulu atau penggawa. Penghulu memainkan peranan sebagai penghubung
antara pembesar dengan penduduk kampung.
• Pembesar peringkat kampung akan diberi surat tauliah oleh sultan untuk mentadbir
• Pembesar peringkat kampung berperanan menjaga keselamatan dan keamanan
kampung.
• Mereka mendapat arahan daripada pembesar peringkat daerah dalam melaksanakan
tugas.
• Peranan pembesar di peringkat kampung ialah menjaga keamanan dan
keselamatan kampungMereka menyelesaikan masalah dan kes-kes yang timbul
di kampung masing-masing.
• Mereka juga membekalkan tenaga tentera dan tenaga kerah sekiranya
diperlukan.
• Hubungan penghulu biasanya sangat rapat dengan anak buah kerana mereka
dipilih dalamkalangan mereka yang paling dihormati.
• Penghulu juga berperanan memungut cukai dan menguruskan hal-hal ekonomi
di kampung masing-masing.
KESIMPULAN
• Sebelum kedatangan British, terdapat struktur pentadbiran
yang lengkap di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun selepas
kedatangan British, sistem pentadbiran di Tanah Melayu telah
berubah. Peranan sultan dan pembesar telah diambil alih oleh
British.
Thank you

10

You might also like