You are on page 1of 16

BAB 3

KONFLIK DUNIA
DAN
PENDUDUKAN
JEPUN DI
NEGARA KITA
BAB 3.1
NASIONALISME
DI NEGARA KITA
SEBELUM
PERANG DUNIA
Kesedaran Awal Nasionalisme
• British menghalang pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah dengan
- Memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam 1904 untuk memastikan
sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan agama dan politik Islam
boleh dihukum penjara
- Memperkenalkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik untuk
mengawal gerakan Islah Islamiah
•Kebangkitan Islam
- Menyebabkan British berwaspada dengan Gerakan Pan-Islamisme
- Penentangan Tok Janggut merupakan hasil kesedaran politik antarabangsa
yang menggerakkan penentangan bercorak tempatan
- Gerakan ini melibatkan pendudukan penduduk Pasir Putih, Kelatan untuk
mempertahankan agama Islam dan hak penduduk
- Gerakan ini berlaku di tengah-tengah pergolakan politik di Eropah
Kesedaran Awal Nasionalisme
• Penentangan Tok Janggut
- rentetan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat
yang menakluki negara Islam
- dipengaruhi oleh penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama di Eropah
- Penetangan dikaitkan dengan isu cukai dan sikap membenci British
•Empayar Uthmaniyah
- British berwaspada dengan sokongan orang Melayu terhadap Uthmaniyah
dalam Perang Dunia Pertama
- pemimpin negeri Melayu menyokong khalifah Uthmaniyah yang dianggap
pelindung umat Islam serta penaung tanah suci Mekah dan Madinah
Kesedaran Awal Nasionalisme
• Strategi lain digunakan selepas Penentangan Tok Janggut gagal
- Akhbar dan majalah menjadi wahana untuk menyebarkan nasionalisme
- Kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara terangan kerana undang-
undang British menghalang orang Melayu menyatakan sikap politik melalui
bahan penulisan
- Undang-undang yang mengawal kebebasan bersuara, penerbitan,
berpersatuan dan kegiatan yang mengancam kedudukan British
menyebabkan kesedaaran kebangsaan tidak meluas dalam akhbar sebelum
Perang Dunia Kedua
•Kesedaran Nasionalisme Melayu
- lahir daripada kesedaran semangat cinta akan negara
- Semangat ini menjadi asas kepada Gerakan yang lebih menyeluruh selepas
Perang Dunia Kedua untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air
BAB 3.2
LATAR
BELAKANG
PERANG DUNIA
Faktor Tercetus Perang Dunia Pertama
 Persaingan Kuasa Imperialis
- Disebabkan oleh Perkembangan Revolusi Industri
- Mereka bersaing mendapatkan tanah jajahan bagi mendapat bahan
mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah
- Persaingan tersebut membawa permusuhan antara kuasa Imperalis
seperti Jerman dan Perancis

 Pakatan Ketenteraan
- Permusuhan antara Eropah membawa pembentukan Pakatan Kuasa
Tengah dan Pakatan Bertiga
- Menyebabkan ketidakstabilan politik di Eropah
- Mereka bersaing untuk mendapat tanah jajahan, menghasilkan senjata
moden dan sedia berperang bagi mempertahankan kepentingan
masing-masing
Faktor Tercetus Perang Dunia Pertama

 Krisis Rantau Balkan


- Berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia
- Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan
Serb berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary
- Kemuncak krisis Balkan pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera
Mahkota Austria Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia
- Hal ini menjadi sebab Eropah terlibat dalam Perang Dunia Pertama
Peristiwa Perang Dunia Pertama (1914-1918)

Pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama

Kuasa Tengah • Pakatan Bertiga


• Jerman • Britain
• Austria-Hungary • Perancis
• Bulgaria • Rusia
• Uthmaniyah • Serbia, Itali, Romania,
Portugal, Greece
Peristiwa Perang Dunia Pertama (1914-1918)
28 Julai 1914
 Austria Hungary dengan sokongan Jerman
isytihar perang terhadap Serbia

30 Julai 1914
 Rusia memberi bantuan ketenteraan untuk
mempertahankan Serbia

1 Ogos 1914
 Jerman mengisytiharkan perang terhadap
Rusia

3 Ogos 1914
 Jerman mengisytiharkan perang terhadap
Perancis
 Jerman menceroboh Belgium untuk
menyerang Perancis
Peristiwa Perang Dunia Pertama (1914-1918)
4 Ogos 1914
 British menyertai Rusia dan Perancis
menyerang Jerman yang mencerobohi
Belgium
Oktober 1914
 Empayar Uthmaniyah menyertai
peperangan memihak kepada Kuasa
Tengah

Mac 1915
 Itali menyertai Perancis, Britain dan Rusia
dalam Pakatan Bertiga

April 1917
 Amerika Syarikat menyertai peperangan
dengan memihak kepada Pakatan Bertiga
Berakhir Perang Dunia Pertama
 Persidangan Damai Paris
- Diadakan pada 18 Januari 1919 untuk membincangkan syarat perdamaian
selepas perang
- Memastikan Jerman tidak menjadi ancaman keamanan di Eropah
- Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, iaitu cadangan Presiden
Amerika sebagai asas perdamaian
- Deklarasi ini merangkumi dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh
rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa
Berakhir Perang Dunia Pertama
 Perjanjian Versailles
- Ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919
- Berdasarkan perjanjian, Jerman dikehendaki:
-- Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang
-- Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
-- Mengehadkan saiz angkatan tentera
-- Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga
- Menetapkan penubuhan Liga Bangsa Bangsa untuk menggalakkan
keamanan dan kerjasama antarabangsa
Kesan Perang Dunia Pertama
 Keruntuhan Pemerintahan Beraja
 Kerajaan Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta
dan mendapat perlidungan politik Belanda
 Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah yang
dikuasainya
 Revolusi di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II dan
kerajaan komunis pertama di dunia terbentuk di bawah Vladimir Lenin
 Khalifah Uthmaniyah Sultan Mehmed VI digulingkan dan kerajaan Turki bercorak
republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk
 Kemunculan Negara Baharu
• Keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan negara baharu seperti Austria,
Hungry, Czechoslovakia dan Yugoslavia
• Pepecahan empayar Rusia melahirkan Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania
• Pepecahan empayar Uthmaniyah melahirkan Lebanon, Syria dan Iraq
Kesan Perang Dunia Pertama

 Kesan terhadap Negara Kita


• Raja-raja Melayu diminta tandatangani pengisytiharan perang yang menyokong
dan memberi taat setia kepada British untuk menyekat kebangkitan orang Melayu
• Undang-undang berkaitan dengan perang diluluskan oleh British seperti
memperuntukkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri
Melayu di bawah undang-undang tentera jika keadaan perlu
• Kemakmuran ekonomi negeri dimanipulasi, seperti wang hasil bijih timah dan
getah membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama
SEKIAN TERIMA
KASIH

Disediakan oleh:
Tea Jie Qi 

You might also like