You are on page 1of 27

KONTRAK MUDARABAH

Kuliah 13

Skop
1. Pengenalan
2. Syarat mudarabah
3. Hukum mudarabah.
4. Pertikaian
5. Pembatalan mudarabah

Pengenalan
Definisi mudarabah
- Bahasa:
Berjalan dimuka bumi, mencari kurnia
Allah.
- Istilah:
Kontrak yang mana pemilik harta memberi
kepada pengusaha suatu harta supaya
diperniagakan dengan keuntungan
dibahagikan antara mereka. Jika berlaku
kerugian akan ditanggung oleh pemilik
harta manakala pengusaha rugi kerja /
usaha.

Pengenalan
Ini bermakna:
- Memberi harta: bermakna manfaat tidak
boleh dimudarabahkan.
- Jika seluruh untung untuk pemilik harta:
sukarela
- Jika seluruh untung untuk pengusaha:
hutang

Pengenalan (samb...)
Perundangan:
Mudarabah harus berdasarkan nas alquran, sunnah, ijma dan qias.
Rukun:
Disisi jumhur ada tiga iaitu
- pihak berkontrak (pemilik harta dan
pengusaha)
- benda dikontrakkan (modal, kerja dan
untung)
- sighah (ijab dan qabul)

Pengenalan
Jenis mudarabah:
Dua jenis mudarabah iaitu:
i) Mutlaqah (tanpa batas)
Kontrak mudarabah yang tiada sebarang
syarat.
ii) Muqayyadah (terbatas)
Kontrak mudarabah yang dikenakan syarat
tertentu seperti jenis perniagaan, tempat, orang ,
masa dsb

Pengenalan
Sifat mudarabah:
- Kontrak mudarabah tidak lazim selagi
kerja belum bermula.
- Bila telah bermula ia lazim dan diwarisi
hingga modal kembali menjadi wang.
> Modal mesti dalam bentuk wang
ketika
fasakh

Syarat mudarabah
Syarat Mudarabah:
a) Syarat pihak bermudarabah
b) Syarat modal
c) Syarat keuntungan

Syarat mudarabah
a) Syarat pihak bermudarabah
- Orang yang berkelayakan membuant dan
menerima wakil.
- Boleh bukan beragama Islam tetapi
bukan pada perkara yang haram.

Syarat mudarabah
b) Syarat modal
- Terdiri daripada wang,
Tidak boleh berbentuk barang. Boleh
barang tetapi dijual dan dapatkan
harganya.
Tidak boleh dalam bentuk manfaat
seperti sewa rumah sebagai modal
walaupun rumah itu digunakan sebagai
tempat perniagaan.
- Diketahui kadarnya

Syarat mudarabah
- Tunai dan wujud bukan bentuk hutang.
Hutang dalam tanggungan juga tidak
boleh dijadikan modal
- Modal diserahkan kepada mudarib

Syarat mudarabah
c) Syarat keuntungan
- Diketahui kadarnya
boleh seluruh untuk pemodal, seluruh
untuk pengusaha, atau tambahan tertentu
jika keuntungan melebihi jumlah tertentu.
-

Keuntungan merupakan satu saham

Hukum mudarabah
Hukum mudarabah bergantung sama ada
ia fasid atau sah.
a) Hukum mudarabah sah
b) Hukum mudarabah fasid

Hukum mudarabah
a) Hukum mudarabah sah
i)Kuasa mudarib
- Amanah
- Sebagai wakil
- Seperti rakan kongsi

Hukum mudarabah
ii) Pengurusan mudarib
- Jika mudarabah mutlak maka boleh
mengurus mengikut budi bicara mudarib
seperti mengupah orang lain,
menyerahkan kepada orang lain untuk
diniagakan, menggadai, dibawa musafir,
dsb

Hukum mudarabah
iii) Perkara yang tidak boleh dilakukan
mudarib
- Berhutang untuk syarikat, memberi
hutang harta syarikat, berjual beli secara
hutang,
- berjual beli melebihi harta syarikat,
- tidak boleh mudarabah dengan orang
lain kecuali mudarabah mutlak atau jika
diizinkan.
- Tidak boleh mencampur dengan
hartanya sendiri, harta orang lain, derma,
hibah,

Hukum mudarabah
Hak mudarib
Mudarib berhak dalam dua perkra:
iv)

- Mendapat belanja
- Mendapat keuntungan
Tiada hak gaji bagi mudarib. Tetapi boleh
menggaji orang lain.

Hukum mudarabah

Mendapat belanja

Jumhur: berhak dapat belanja musafir atau


tidak
Syafie: tiada hak musafir atau tidak kecuali
dengan izin dan dengan syarat
i. Jenis perbelanjaan:
- Perbelanjaan nafkah iaitu makan, minum,
pakaian, sewa bilik,
- ubatan,
- Kemudahan kenderaan dsb

Hukum mudarabah
ii. Kadar perbelanjaan:
- Mengikut kebiasaan peniaga, tidak boleh
lebih.
- Boleh membawa bersama hartanya
sendiri.
- Jika pergi atas urusan perniagaan dan
kemudiannya tidak menjadi / rugi. Tetap
dapat belanja

Hukum mudarabah
iii. Sumber perbelanjaan:
- Dari keuntungan jika ada.
- Boleh dari modal

Hukum mudarabah

Hak mendapat keuntungan

- Mudarib memulangkan modal dahulu,


lebihan dikira untung, baru dibahagikan.
- Jika dibahagi untung sedangkan modal
masih ditangan mudarib maka jika
kemudiannya modal rosak maka mudarib
dikenakan ganti. Yang telah dibahagi dikira
sebahagian modal, bakinya dikira hutang.
- Kadar mengikut persetujuan.

Hukum mudarabah
b) Hukum mudarabah fasid
- Mudarib tidak mendapat hak
sebagaimana mudarabah yang sah.
- Pengurusan mudarib adalah sah seperti
wakil sahaja.
- Segala keuntungan menjadi pemilik
harta. Mudarib hanya boleh dapat upah

Pertikaian dalam mudarabah


- Sama ada umum atau khas: diterima
cakapan yang mengatakan umum
- Dakwaan kerosakan harta oleh mudarib /
sohibul mal nafi: diterima cakapan
mudarib.
- Dakwaan telah pulangkan/ belum
pulangkan harta oleh mudarib /
sohibulmal: terima cakapan sohibulmal

Pertikaian dalam mudarabah


- Pertikaian tentang jumlah modal: terima
cakapan mudarib / penerima.
- Pertikaian tentang bahagian kadar
keuntungan: terima cakapan pemilik harta.

Pembatalan /penamatan
mudarabah
Syarikat mudarabah tamat dengan sebab
berikut:
fasak.
pelucutan
kematian salah sorang rakan kongsi.
- Murtad sohibul mal dan lari kenegara
musuh.
- gila salah satu pihak.
- rosak modal/harta mudarabah.
-

Pembatalan /penamatan
mudarabah
Nota:
Jika modal mudarabah telah menjadi
barang maka perkara diatas tidak
membatalkan mudarabah sehinggalah
modal kembali kepada bentuk wang tunai
semula.

TERIMA KASIH

You might also like