You are on page 1of 21

Topik  Pengujian

dan Penilaian
4 Kesusasteraan
Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti objektif dan kriteria pembinaan ujian item;
2. Mengaplikasikan jadual penentuan ujian (JPU), peraturan
memberikan markah (PMM) dan domain ujian dalam pengujian
dan penilaian kesusasteraan; dan
3. Membina soalan ujian (sama ada formatif atau sumatif) untuk ujian
lisan dan bertulis.

 PENGENALAN
Anda tentu bersetuju bahawa pengujian dan penilaian melengkapkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Aspek teori dan perkaedahan semata-mata
tidak akan bermakna tanpa mekanisme yang boleh menunjukkan tahap
pencapaian pelajar terhadap apa-apa yang diajarkan.

Oleh itu, Abd Aziz Abdul Talib (1996) menjelaskan bahawa tugas guru sebenarnya
ialah mengajar dan menguji. Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek tersebut
saling melengkapi teknik dan gaya pengajaran, selain memandu arah tahap
pencapaian dan kefahaman pelajar terhadap semua bahan yang dipelajari.
Markah dalam ujian pula menggambarkan kefahaman pelajar terhadap segala isi
pelajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  59

Lazimnya, guru akan memperdalam sesuatu tajuk pengajaran yang kurang


difahami oleh para pelajar. Kefahaman pula diperoleh daripada keputusan ujian
yang dijalankan. Bagaimanakah ujian dan penilaian dilakukan? Mari kita
pelajarinya dengan lebih lanjut dalam topik ini.

4.1 OBJEKTIF DAN KRITERIA PEMBINAAN


ITEM UJIAN
Pertamanya, apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?

Pengujian ialah suatu teknik atau prosedur yang sistematik untuk


mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku.

Dalam hal ini, ujian ialah alat yang digunakan untuk mengukur tahap perubahan
tersebut. Ujian ditafsirkan dalam bentuk kefahaman dan penguasaan pelajar
dalam sesuatu tajuk. Ujian yang dibentuk dengan baik, selain menepati pelbagai
kriteria yang sepatutnya akan menghasilkan ukuran yang tepat. Sebagai alat ukur,
ujian perlu dibina berdasarkan objektif dan beberapa aspek lain yang akan
dibincangkan seterusnya.

4.1.1 Objektif Pengujian Kemahiran Bahasa


Apakah objektif pengujian kemahiran bahasa? Terdapat tiga objektif utama
seseorang guru menguji kemahiran bahasa. Tiga objektif ini dihuraikan dengan
lebih lanjut dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Tiga Objektif Pengujian Kemahiran Bahasa

Objektif Huraian
Pertama Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang keberkesanan
pengajaran. Markah yang diperoleh pelajar, bahagian atau aspek yang
tidak difahami dan gaya berbahasa pelajar tersebut boleh menjadi
maklumat yang berguna kepada guru.
Kedua Memberikan maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan
kelemahan dalam sesuatu kemahiran bahasa. Hal ini boleh dilihat
daripada komen guru atau markah yang diperoleh dalam sesuatu ujian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

Ketiga Untuk pemilihan dan pentadbiran. Maklumat daripada ujian berbentuk


formatif misalnya, boleh digunakan untuk memperbaiki atau
mempertingkatkan sesuatu kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar.
Selain itu, ujian tersebut boleh digunakan sebagai kriteria pemilihan dan
pengesahan dalam sesuatu jawatan. Seseorang yang memperoleh tahap
kemahiran bahasa yang tinggi misalnya, boleh dilantik ke jawatan yang
lebih tinggi atau sebagainya. Antara bentuk ujian yang boleh digunakan
untuk menguji kemahiran bahasa adalah seperti yang berikut:
 Mengkritik;
 Menganalisis;
 Memparafrasa;
 Membanding beza;
 Penulisan kreatif;
 Penampilan maklumat dan fakta; dan
 Memproses maklumat.

4.1.2 Ujian Objektif dan Ujian Subjektif


Secara umumnya, terdapat dua jenis ujian bertulis yang selalu digunakan di
sekolah, iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. Ujian bertulis juga dinamakan
ujian kertas dan pensel kerana pelaksanaannya menggunakan kertas dan pensel
sahaja.

Huraian lanjut mengenai ujian objektif dan ujian subjektif adalah seperti yang
berikut:

(a) Ujian Objektif


Apakah yang dimaksudkan dengan ujian objektif?

Ujian objektif ialah suatu bentuk pengujian yang menggunakan soalan


dan pilihan beberapa jawapan yang pendek.

Ujian ini hanya melibatkan proses memilih dan menandakan pilihan


jawapan yang tersedia. Oleh itu, ujian jenis ini membataskan tindak balas
pelajar, iaitu lebih terarah kepada bentuk respons yang terkawal sahaja.

Sehubungan dengan itu, ujian jenis ini mudah diberi markah dan
keputusannya adalah adil dan objektif. Selain itu, ujian ini membolehkan
guru menguji ruang lingkup pengajaran yang luas dan pelbagai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  61

Menurut Kamarudin Husin (1988), terdapat lapan jenis ujian objektif. Lapan
jenis ujian ini dinyatakan dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Lapan jenis ujian objektif

(b) Ujian Subjektif


Secara amnya, ujian subjektif adalah berlawanan dengan ujian objektif sama
ada dari segi bentuk mahupun prinsipnya. Apakah yang dimaksudkan
dengan ujian subjektif?

Ujian subjektif ialah suatu bentuk ujian yang perlu dijawab dalam
bentuk bertulis panjang atau bentuk esei yang memerlukan huraian
dan perbincangan.

Oleh itu, ujian jenis ini memberikan ruang yang lebih bebas kepada pelajar
untuk memberikan tindak balas terhadap soalan. Sesuai dengan struktur
ujian yang berbentuk jawapan panjang ini, guru boleh menguji tahap
kefahaman pelajar terhadap sesuatu perkara dalam sesuatu tajuk pengajaran
secara terperinci. Hal ini sesuai dengan peranan ujian jenis ini, iaitu untuk
menguji tahap aplikasi dan analisis (mastery) dalam sesuatu bidang.

Tahukah anda terdapat dua jenis ujian subjektif? Dua jenis ujian ini
dinyatakan dalam Rajah 4.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

Rajah 4.2: Dua jenis ujian subjektif

4.1.3 Kesahan, Kebolehpercayaan, Keobjektifan dan


Kebolehtafsiran
Mari kita kaji konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan
kebolehtafsiran dengan lebih mendalam.

Jadual 4.2: Empat Kriteria Pembinaan Item Ujian

Kriteria Huraian
Kesahan Dari segi konsepnya, kesahan boleh ditakrifkan sebagai keupayaan
sesuatu bahan ujian itu untuk mengukur apa-apa yang sepatutnya
diukur. Bahan ujian yang dianggap mempunyai kesahan yang
tinggi ialah ujian yang mempunyai tahap kebolehpercayaan dari
segi markah yang dicapai oleh pelajar.
Selain itu, kandungan ujian itu juga mempunyai pemberatan yang
seimbang terhadap pelbagai tajuk dalam sesuatu mata pelajaran
yang diuji. Kandungan ujian tersebut sesuai dengan objektif dan
matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diuji.
Kebolehpercayaan Secara umumnya, kebolehpercayaan sesuatu ujian itu merujuk
markah yang diperoleh oleh pelajar yang menjawab ujian tersebut.
Ujian yang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi
adalah apabila pelajar yang sepatutnya mendapat markah sesuai
dengan tahap atau keupayaan pelajar itu.
Selain itu, perbezaan markah itu tidak begitu ketara jika ujian
tersebut dibuat kepada pelajar yang sama pada masa yang lain.
Kebolehpercayaan ini melibatkan kandungan, pelajar dan guru
yang akan menentukan hasil ujian tersebut. Dari segi kandungan,
sesuatu ujian perlulah jelas kehendaknya, mudah diinterpretasikan
dan tidak mempunyai maksud tersirat atau maksud lain yang
ditafsirkan berbeza-beza oleh pelajar. Kepelbagaian tafsiran ini
akan menjadikan item ujian tersebut rendah tahap keobjektifannya
dan seterusnya akan merendahkan tahap kebolehpercayaan ujian
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  63

Keobjektifan Keobjektifan bermakna item yang terdapat dalam sesuatu ujian itu
tepat dan jelas. Maksudnya, soalan atau kehendak item ujian
tersebut tidak mempunyai maksud tersirat yang akan
diinterpretasikan oleh pelajar secara berbeza-beza. Item ujian yang
kabur dan berbelit-belit akan menyukarkan pelajar memahami dan
mengesan kehendak soalan. Dalam hal ini, bahasa, khususnya
bentuk ayat dan pilihan kata dalam item ujian, memainkan
peranan penting untuk mempertingkatkan tahap keobjektifan
sesuatu ujian.
Keobjektifan ini juga boleh dilihat dari segi cara pemeriksaan dan
pemarkahan sesuatu ujian. Jika dua orang memberikan jawapan
yang hampir sama, maka markah yang diperoleh oleh kedua-dua
orang pelajar itu sepatutnya tidak menunjukkan perbezaan yang
ketara. Jika ini berlaku, maka bolehlah dianggap bahawa terdapat
tahap keobjektifan yang tinggi terhadap markah ujian tersebut.
Kebolehtafsiran Apakah yang dimaksudkan dengan kebolehtafsiran?
Kebolehtafsiran merujuk sejauh mana sesuatu markah yang
diperoleh pelajar boleh ditafsirkan bagi menggambarkan objektif
ujian itu sendiri. Markah tersebut sepatutnya menggambarkan
tahap pencapaian atau prestasi pelajar dalam sesuatu tajuk.
Kebolehtafsiran sesuatu ujian membolehkan guru mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan pelajar berdasarkan tajuk pengajaran dan
ini sudah pasti berkait pula dengan strategi P&P guru itu sendiri.
Secara umumnya, kebolehtafsiran ini ialah cara data atau hasil
daripada ujian tersebut dapat digunakan untuk mengetahui
kedudukan, prestasi, kekuatan dan kelemahan pelajar.

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?
2. Nyatakan tiga objektif pengujian kemahiran bahasa.
3. Jelaskan perbezaan antara ujian objektif dengan ujian subjektif.

AKTIVITI 4.1
1. Kesahan dan kebolehpercayaan ialah dua konsep yang hampir
serupa. Bincangkan dalam forum myINSPIRE perbezaan kedua-
dua konsep tersebut.
2. Berdasarkan markah dan soalan ujian bulanan di sekolah anda,
jelaskan tahap kebolehpercayaan dan keobjektifan ujian tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

4.2 PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN


(JPU), PERATURAN MEMBERIKAN
MARKAH (PMM) DAN DOMAIN
PENGUJIAN DALAM PENGUJIAN DAN
PENILAIAN KESUSASTERAAN
Dalam memenuhi ciri kebolehpercayaan dan keobjektifan sesuatu ujian, guru
perlu merancang item ujiannya secara terperinci. Selain itu, peraturan memberi
markah (PMM) juga adalah penting untuk memastikan kebolehpercayaan
terhadap markah ujian tersebut.

Seterusnya, dalam P&P kesusasteraan, terdapat beberapa domain khusus yang


sesuai dengan pengujian bidang ini. Kesemua aspek ini perlu diberi perhatian
serius oleh guru sebelum pemeriksaan atau pemarkahan sesuatu ujian
kesusasteraan dijalankan.

4.2.1 Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)


Jadual penentuan ujian (JPU) disediakan sebagai panduan untuk guru menggubal
soalan yang akan ditanyakan dalam sesuatu ujian. Penentuan ini melibatkan tajuk
atau skop pengajaran dan aras kesukaran bagi setiap soalan yang dirancang.

Skop atau tajuk pengajaran yang akan ditanyakan dalam soalan perlulah
seimbang mengikut pemberatan yang sesuai. Hal ini berkait rapat dengan
kebolehpercayaan dan keobjektifan item ujian tersebut.

Manakala aras kesukaran pula boleh berpandukan indeks dalam taksonomi


Bloom, iaitu bermula dengan aras pengetahuan sebagai aras paling rendah dan
berakhir dengan aras penilaian sebagai aras paling tinggi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  65

Hal ini bermaksud, sukar atau mudahnya sesuatu soalan bergantung pada sejauh
mana banyaknya item yang dikategorikan dalam aras yang lebih tinggi; begitu
juga sebaliknya. Mari kita lihat contoh JPU dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Contoh JPU Peperiksaan Semester Tingkatan Empat (15 Soalan)

Tajuk/Aras Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Jumlah


Novel     4
Cerpen    3
Sajak    3
Puisi   
3
tradisional
Prosa klasik    3
Jumlah
2 4 1 4 3 2 15
soalan

4.2.2 Peraturan Memberikan Markah (PMM)


Apakah pengertian peraturan memberikan markah?

Peraturan memberikan markah (PMM) ialah suatu garis panduan yang boleh
digunakan oleh pemeriksa sesuatu ujian.

PMM ialah salah satu cara bagaimana kebolehpercayaan dan keobjektifan sesuatu
ujian boleh dipertingkatkan. Untuk makluman anda, PMM yang sama akan
digunakan oleh semua pemeriksa untuk ujian yang sama dan PMM ini akan
memperincikan semua jawapan yang diterima serta markah yang ditetapkan
untuk soalan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

Terdapat dua jenis PMM yang selalu digunakan dalam pentadbiran ujian (lihat
Rajah 4.3).

Rajah 4.3: Dua jenis peraturan memberikan markah (PMM)

Dua kaedah ini dihuraikan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Kaedah Global (Holistik)


Kaedah global atau holistik ini akan melihat sesuatu jawapan subjektif itu
secara keseluruhan, bukan secara bahagian atau pecahan kecil. Terdapat dua
jenis skala yang selalu digunakan, iaitu skala ordinal dan skala nominal
(lihat Jadual 4.4).

Jadual 4.4: Skala Ordinal lawan Skala Nominal

Pemarkahan Global Skala Ordinal Pemarkahan Global Skala Nominal


 Berdasarkan pemeriksaan semua skrip  Berdasarkan kriteria kandungan
jawapan secara keseluruhan. yang telah ditetapkan.
 Skrip jawapan kemudiannya dikelaskan  Walau bagaimanapun, skrip ujian
mengikut tahap; cemerlang, baik, perlu dilihat secara keseluruhan,
sederhana dan lemah. Gred atau peratusan namun pemarkahan dibuat secara
markah akan ditentukan mengikut individu.
kumpulan tahap yang telah ditentukan
dan jumlah skrip yang dikelaskan untuk
sesuatu tahap juga akan ditentukan lebih
awal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  67

Mari kita lihat Jadual 4.5 yang memaparkan contoh kriteria kandungan
pemarkahan global skala nominal.

Jadual 4.5: Contoh Kriteria Kandungan Pemarkahan Global Skala Nominal

Gred/Markah Kriteria Kandungan Jawapan


Gred A  Takrifan yang tepat terhadap soalan.
(75%–100%)  Bahasa lancar dan tiada kesalahan.
 Terdapat keragaman bahasa.
 Isi mencukupi dan berkembang dengan contoh yang sesuai.
 Hujah lojik dan memperlihatkan ciri kematangan.
Gred B  Takrifan yang tepat terhadap soalan.
(60%–74%)  Bahasa memuaskan, keragaman bahasa agak kurang.
 Isi mencukupi dan pengolahan agak menarik.
 Masih terdapat ciri kematangan fikiran.
Gred C  Takrifan terhadap soalan kurang tepat.
(40%–59%)  Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang kecil.
 Tidak menunjukkan keragaman bahasa dan perbendaharaan kata
terhad.
 Isi kurang dan bercampur aduk.
Gred D  Takrifan terhadap soalan kurang difahami.
(30%–39%)  Terdapat kesalahan bahasa yang serius.
 Perbendaharaan kata lemah dan tidak menunjukkan kematangan.
 Isi tidak tepat, terpesong atau sipi.
Gred E  Takrifan terhadap soalan tidak difahami langsung.
(0%–29%)  Penguasaan bahasa lemah, perbendaharaan kata lemah dan tidak
matang.
 Isi tiada, salah atau terpesong.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

(b) Kaedah Analitikal


Dalam kaedah analitikal, isi dan markah yang diberi akan ditetapkan.
Pemarkahan terhadap kriteria kandungan, pengelolaan dan proses dalam
jawapan akan dibuat secara berasingan. Ujian akan diberi pemarkahan
secara individu, soalan demi soalan. Setiap isi jawapan akan diberi pecahan
markah dan guru atau pemeriksa akan memberikan markah berdasarkan
panduan isi jawapan serta markah yang ditetapkan. Mari kita lihat Rajah 4.4
yang memaparkan contoh pemarkahan kaedah analitikal.

Rajah 4.4: Panduan memberi markah mengikut kaedah analitikal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  69

4.2.3 Domain dalam Pengujian dan Penilaian


Kesusasteraan
Secara umumnya, terdapat tiga domain yang boleh dijadikan ukuran nilai dalam
pengujian kesusasteraan. Tiga domain tersebut dihuraikan dalam Jadual 4.6.

Jadual 4.6: Tiga Domain dalam Pengujian dan Penilaian Kesusasteraan

Domain Huraian
Analitikal Matlamat tertinggi dalam domain ini adalah apabila seseorang itu mampu
mengendalikan hubungan dengan orang lain secara berkesan. Hal ini
berlaku kerana bahan sastera mengandungi pelbagai peristiwa manusia
yang mencuit emosi dan perasaan manusia. Semua peristiwa dan cerita ini
secara tidak langsung akan mendidik seseorang untuk menjadi seorang
yang pemaaf, bertimbang rasa, simpati dan menghormati perasaan dan
hak orang lain.
Maklumat Domain ini berbentuk teoretikal, iaitu yang melibatkan fakta berkaitan
dengan kesusasteraan itu sendiri. Domain ini dianggap yang paling rendah
tahapnya. Petunjuk aras bagi pencapaian domain ini ialah pelajar
mengetahui dan memahami konsep, fakta dan maklumat tentang
kesusasteraan.
Estetik Domain ini ialah kesan daripada penghayatan seseorang pelajar terhadap
bahan sastera yang dikaji. Gaya bahasa yang halus, mempunyai maksud
tersirat dan dihiasi dengan unsur estetik sastera, sepatutnya boleh
membentuk insan yang tinggi hati budi, indah tersusun budi bicaranya
dan pandai memilih kata apabila bertutur.

SEMAK KENDIRI 4.2


1. Apakah fungsi jadual penentuan ujian (JPU)?
2. Nyatakan perbezaan antara kaedah global (holistik) dengan
kaedah analitikal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

AKTIVITI 4.2
1. Rangka satu item ujian kesusasteraan genre cerpen bersama PMM
kaedah analitikal.
2. Daripada maklumat dalam modul, sediakan JPU untuk ujian
bulanan (lima soalan) kesusasteraan Tingkatan Empat.

Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE untuk perbandingan


dan perbincangan.

4.3 PEMBINAAN SOALAN UNTUK UJIAN


LISAN DAN BERTULIS
Setelah anda memahami konsep dan prosedur dalam pengujian dan penilaian,
maka maklumat tentang jenis ujian dan bentuk ujian yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) kesusasteraan perlu anda diketahui. Jenis dan
bentuk ujian yang dipaparkan boleh dijadikan panduan untuk anda memilih jenis
dan bentuk ujian yang paling sesuai dengan objektif pengajaran. Sesungguhnya,
banyak pilihan yang boleh disesuaikan dengan pengajaran, khususnya dalam
ujian jenis formatif.

Selain itu, sistem pengurusan pentaksiran berdasarkan sekolah (SPPBS) yang


diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia juga mempunyai pelbagai
bentuk ujian yang boleh disesuaikan dengan objektif pengajaran. Oleh itu,
diterangkan seterusnya tentang ujian formatif, ujian sumatif dan pentaksiran
dalam kesusasteraan.

4.3.1 Ujian Formatif


Apakah definisi bagi ujian formatif?

Ujian formatif ialah bentuk ujian yang digunakan untuk menguji sesuatu unit
atau tajuk yang telah diajar.

Oleh itu, skop soalan adalah terhad kepada tajuk atau unit tersebut sahaja. Ujian
formatif dijalankan untuk menguji kemajuan dan pencapaian pelajar dalam
sesuatu tajuk dan dalam jangka masa yang pendek. Ujian jenis ini boleh dijalankan
secara mingguan atau bulanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  71

Apakah aktiviti yang boleh digunakan untuk ujian formatif dalam pengajaran
kesusasteraan? Mari kita lihat jawapannya dalam Rajah 4.5.

Rajah 4.5: Lima aktiviti untuk ujian formatif bagi pengajaran kesusasteraan

Lima aktiviti ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 4.7.

Jadual 4.7: Lima Aktiviti untuk Ujian Formatif bagi Pengajaran


Kesusasteraan dan Huraiannya

Aktiviti Huraian
Pemerhatian Sedarkah anda bahawa pemerhatian boleh digunakan untuk mengenal
pasti perkembangan atau kemajuan pelajar dalam bidang afektif dan
psikomotor? Pemerhatian akan disertakan dengan senarai semak dan
skala kadar yang mencatatkan tahap prestasi pelajar yang diperhatikan.
Dalam pengujian kesusasteraan, pemerhatian boleh digunakan untuk
melihat aspek afektif, khususnya untuk menguji tahap apresiasi atau
penghayatan pelajar terhadap bahan sastera. Malah, ujian ini boleh
dibuat dalam bentuk lisan.
Tugasan Apakah yang dimaksudkan dengan tugasan? Tugasan ialah aktiviti
ujian bertulis yang selalu digunakan untuk menguji kefahaman pelajar
dalam sesuatu tajuk. Sesuai dengan skop jawapannya yang luas dan
terperinci, tugasan boleh digunakan untuk menguji tahap kepakaran
(mastery) pelajar dalam sesuatu tajuk. Untuk menjadikan tugasan ini
lebih menarik dan menyeluruh sifatnya, guru perlu menyediakan
soalan tugasan yang dapat mengaitkan beberapa tajuk atau aspek lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

Laporan Laporan juga aktiviti bertulis yang boleh digunakan untuk menguji
aspek maklumat dalam kesusasteraan. Secara umumnya, setiap laporan
perlu diawalkan dengan projek. Dalam konteks pengujian ini, projek
mungkin dalam bentuk kajian novel atau kajian kepustakaan yang akan
mengupas isu kesusasteraan. Pelajar boleh diminta membuat laporan
tentang sesuatu topik atau sesebuah novel dan laporan tersebut boleh
dinilai untuk melihat tahap penguasaan pelajar tersebut terhadap topik
atau novel tersebut.
Perbincangan Apakah yang dimaksudkan dengan perbincangan? Perbincangan ialah
suatu aktiviti penilaian yang boleh dijalankan selepas tamatnya sesuatu
pengajaran. Sebelum aktiviti ini, beri masa kepada pelajar untuk
membaca atau memahami tajuk tersebut. Anda sebagai guru perlu
menyediakan klu atau soalan umum lebih awal untuk memudahkan
pelajar bersedia. Kemudian, guru akan bersoal jawab dengan pelajar
mengenai apa-apa yang terdapat dalam pengajaran. Berdasarkan hujah
dan jawapan pelajar, anda boleh menilai tahap pencapaian mereka
dalam tajuk yang diajarkan itu. Aktiviti secara lisan ini sesuai untuk
pengajaran genre novel, cerpen dan drama.
Aktiviti Aktiviti sastera seperti deklamasi puisi, mestamu, sayembara, penulisan
sastera novel dan cerpen, boleh digunakan untuk menguji tahap kefahaman
dan penghayatan pelajar dalam aspek yang dipelajari.
Contohnya, deklamasi puisi boleh menguji tahap kefahaman pelajar
dalam aspek intonasi dan gaya bahasa dalam penghasilan puisi
tersebut, manakala sayembara cerpen pula boleh menjadi medan ujian
terhadap teori dan struktur sesebuah cerpen.

4.3.2 Ujian Sumatif


Tahukah anda apakah definisi bagi ujian sumatif?

Ujian sumatif ialah ujian berbentuk semester atau tahunan yang dilakukan
apabila semua atau sebahagian besar tajuk pengajaran telah diajarkan.

Dengan kata lain, ujian ini biasanya diberikan pada hujung sesuatu kursus atau
pengajian berdasarkan teks sastera yang diperakukan.

Oleh itu, ujian ini bertujuan melihat pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
tersebut secara keseluruhan dan bukannya lagi berbentuk topikal seperti yang
terdapat dalam ujian formatif. Pada masa ini, kebanyakan peperiksaan awam
adalah berbentuk sumatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  73

Dalam P&P kesusasteraan, ujian sumatif berkait rapat dengan teks sastera yang
dikaji oleh pelajar. Berdasarkan teks tersebut, konsep, struktur, gaya bahasa,
persoalan dan pengajaran aspek kesusasteraan yang diajarkan akan menjadi fokus
soalan.

4.3.3 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (SPPBS)
Pada masa ini, sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (SPPBS) telah
mula diamalkan. Sistem ini diperkenalkan pada era transformasi pendidikan.
SPPBS merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan konsep yang
berorientasi peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah
menyediakan satu set petunjuk ke arah menilai potensi pelajar, termasuk
kesediaan untuk belajar, menguji penguasaan dan pencapaian.

SPPBS ialah komponen penting dalam pendidikan kerana sistem ini memberikan
maklumat tentang perkembangan pelajar kepada guru, ibu bapa dan pelajar itu
sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai perkara utama dalam
proses P&P seperti aktiviti dan prinsip peneguhan serta pengayaan.

Realitinya, pihak kementerian begitu prihatin tentang dakwaan bahawa sistem


pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Oleh itu, Mesyuarat Jemaah
Menteri yang bertarikh 17 Disember 2010 bersetuju supaya SPPBS dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

SPPBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik
menerusi penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi
seperti tercatat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan
Integriti Nasional (PIN) dan Misi Nasional.

SPPBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011. Pada peringkat
sekolah menengah pula, ia diperkenalkan pada tahun 2012. Sehubungan dengan
itu, pada tahun 2016, para murid sekolah rendah akan menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah ditambah baik. Pada tahun 2014
pula, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan sepenuhnya dengan
berpandukan sistem tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

4.3.4 Asas SPPBS pada Penilaian Kendalian Sekolah


(PKS) dalam Kesusasteraan
Asas SPPBS sekarang adalah pada sistem penilaian kendalian sekolah (PKS). PKS
ialah konsep dalam sistem penilaian yang telah lama diperkenalkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM). PKS digubal sebagai pendekatan secara beransur-
ansur ke arah suatu sistem penilaian yang tidak bergantung 100 peratus pada
peperiksaan akhir.

Selain itu, PKS juga memberikan peluang dan peranan yang sesuai kepada para
guru yang berurusan terus dengan pelajar yang dinilai. Hal ini demikian kerana
PKS ialah suatu konsep penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah dan
pejabat pelajaran daerah sama ada dari segi penyediaan skop soalan, pentadbiran
ujian, pemarkahan ataupun pelaporan ujian.

Secara umumnya, PKS digunakan di sekolah rendah dan sekolah menengah di


bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Penilaian berbentuk formatif ini
boleh dijalankan dalam pelbagai kaedah, iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan
(bertulis). Pada masa yang sama, ketiga-tiga kaedah ini boleh juga digunakan
secara serentak, sesuai dengan tujuan ujian itu dijalankan.

Melalui tiga kaedah penilaian tersebut, guru boleh menilai pelbagai aspek seperti
disenaraikan dalam Jadual 4.8.

Jadual 4.8: Aspek yang Dinilai dalam Tiga Kaedah Penilaian Formatif

Kaedah Aspek
Pemerhatian  Sikap;
 Perlakuan/amalan;
 Apresiasi sastera;
 Penghayatan;
 Kemahiran belajar; dan
 Kemahiran mereka cipta/mengarang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  75

Lisan  Kefahaman konsep;


 Pengetahuan fakta;
 Kecekapan mendengar;
 Penggunaan bahasa yang tepat;
 Kefasihan menghafaz;
 Sebutan bahasa;
 Kecekapan mencongak;
 Gaya persembahan; dan
 Pertuturan dan sikap.
Penulisan  Kemahiran menulis;
(bertulis)  Kemahiran menyusun idea;
 Penggunaan tanda baca;
 Perbendaharaan kata;
 Pengaplikasian;
 Kemahiran mentafsir; dan
 Kemahiran menilai.

SEMAK KENDIRI 4.3


1. Jelaskan perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif dari
segi perancangan dan pemarkahan.
2. Huraikan tiga kaedah yang boleh digunakan dalam penilaian
kendalian sekolah (PKS).

AKTIVITI 4.3
Dalam forum myINSPIRE, bincangkan:
(a) Kekuatan dan kelemahan ujian formatif.
(b) Mengapakah ujian berpusat dijalankan dalam bentuk sumatif?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

• Pengujian ialah suatu teknik atau prosedur yang sistematik untuk


mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku.

 Terdapat tiga objektif pengujian kemahiran bahasa, iaitu mendapatkan


maklum balas daripada pelajar tentang keberkesanan pengajaran,
memberikan maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan
dalam sesuatu kemahiran bahasa serta untuk pemilihan dan pentadbiran.

 Secara umumnya, terdapat dua jenis ujian bertulis yang selalu digunakan di
sekolah, iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

 Kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan dan kebolehtafsiran ialah empat ciri


penting yang perlu terdapat dalam sesuatu ujian.

 Jadual penentuan ujian (JPU) disediakan sebagai panduan untuk guru


menggubal soalan yang akan ditanyakan dalam sesuatu ujian.

 Peraturan memberikan markah (PMM) ialah suatu garis panduan yang boleh
digunakan oleh pemeriksa sesuatu ujian.

 Dua jenis peraturan memberikan markah (PMM) ialah kaedah global (holistik)
dan kaedah analitikal.

 Tiga domain dalam pengujian dan penilaian kesusasteraan ialah analitikal,


maklumat dan estetik.

 Terdapat dua bentuk ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif.

 Ujian formatif ialah bentuk ujian yang digunakan untuk menguji sesuatu unit
atau tajuk yang telah diajar.

 Lima aktiviti yang boleh dibuat dalam ujian ini ialah pemerhatian, tugasan,
laporan, perbincangan dan aktiviti sastera.

 Ujian sumatif ialah ujian berbentuk semester atau tahunan yang dilakukan
apabila semua atau sebahagian besar tajuk pengajaran telah diajarkan.

 Sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (SPPBS) merupakan


transformasi daripada sistem yang menumpukan konsep yang berorientasi
peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU  77

 Penilaian kendalian sekolah (PKS) ialah konsep asas kepada SPPBS. Ia digubal
sebagai pendekatan secara beransur-ansur ke arah suatu sistem penilaian yang
tidak bergantung 100 peratus pada peperiksaan akhir.

 Tiga aspek yang dinilai dalam PKS ialah pemerhatian, lisan dan penulisan
(bertulis).

Estetik Pemerhatian
Jadual penentuan ujian (JPU) Penilaian kendalian sekolah (PKS)
Kaedah analitikal Peraturan memberikan markah
(PMM)
Kaedah global (holistik)
Penulisan (bertulis)
Kebolehpercayaan
Sistem pengurusan pentaksiran
Kebolehtafsiran berasaskan sekolah (SPPBS)
Keobjektifan Ujian formatif
Kesahan Ujian objektif
Lisan Ujian subjektif
Maklumat Ujian sumatif
Membanding beza

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU

Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors.

Abd. Rahman Shaari. (1994). Sastera dalam pendidikan bahasa Melayu: Strategi
pendidikan bahasa Melayu institut bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmood, Faziah Sulaiman, Mohd Fauzi


Abdullah, Abdul Hamid Mukri, & Jamilah Ahmad. (2004). Modul
pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Ramly. (2003). Teknik mengajar sastera. Bentong, Malaysia: PTS Publications
& Distributors.

Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan


Budiman.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah


menengah: Bahasa Melayu – Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
– Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya, Malaysia: Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like