You are on page 1of 1

FORUM 5 (PENTAKSIRAN)

Berikan definisi pentaksiran. Nyatakan jenis-jenis pentaksiran yang dilaksanakan dalam bilik
darjah mengikut tahap keupayaan murid. Anda dikehendaki menjawab soalan yang diberikan
dan perlu satu contoh pentaksiran dalam bilik darjah dan cara pelaksanaan serta penilaian
yang digunakan. Panjang jawapan anda di antara 150 ke 250 patah perkataan.

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran dalam bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan maklumat mengenai
pencapaian dan perkembangan pelajar secara berterusan di dalam persekitaran pembelajaran.
Ia adalah komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk
memantau, menilai, dan memperbaiki prestasi pelajar. Pentaksiran dalam bilik darjah
melibatkan dua jenis pentaksiran iaitu formatif dan sumatif.
Pentaksiran Formatif adalah untuk memberikan maklum balas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk membantu pelajar memahami prestasi
mereka dan membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih baik. Contohnya semasa
aktiviti berkumpulan, pemerhatian kelas, ujian kecil. Manakala pentaksiran sumatif pula
adalah untuk menilai pencapaian keseluruhan pelajar pada akhir sesuatu unit pengajaran atau
tempoh pembelajaran tertentu contohnya ujian pertengahan tahun dan peperiksaan akhir
tahun.
Contoh pentaksiran yang boleh diberikan adalah pentaksiran standard prestasi pelajar
yang diberikan skala 1 sehingga 6 dalam subjek RBT tingkatan 3 bab 3 untuk menentukan
pencapaian murid dalam menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran yang
ditetapkan. Setiap skala mempunyai tafsiran yang berbeza dimana skala 1 bermaksud pelajar
hanya boleh menyatakan definisi pemasaran, skala 2 pelajar boleh menerangkan peranan reka
bentuk dalam pemasaran. Skala 3 pelajar boleh merancang reka bentuk dan pemilihan media
pengiklanan. Skala 4 pelajar boleh membanding beza jenis media dan reka bentuk
pengiklanan. Skala 5 pelajar boleh merumus kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai.
Dan skala 6 ialah pelajar boleh membuat reka bentuk pengiklanan untuk memasarkan produk
yang dihasilkan.
Pentaksiran dalam bilik darjah adalah proses dinamik dan berterusan yang membantu
guru untuk memantau dan memaksimumkan pencapaian pelajar. Ini juga memungkinkan
guru untuk menyesuaikan pengajaran mereka untuk memenuhi keperluan dan potensi setiap
pelajar.

You might also like