You are on page 1of 3

NUSAIBAH BINTI WAN FATUL @ WAN FAISAL

910203035514

HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia di mana KPM
telah melakukan kajian semula terhadap sistem pendidikan negara dalam
usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
baharu pada Oktober 2011. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya.
Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tentang Pendidikan
seimbang merangkumi enam (6) elemen, iaitu enam (6) aspirasi murid. Elemen ini bukan
sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga pembangunan
kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional
yang kuat. Elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua
murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan
negara.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bagi menggantikan Pentaksiran Sekolah. Secara umum, PBD dijalankan
untuk mengenal pasti tahap penguasaan seseorang murid dalam proses
pembelajarannya. PBD dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh
guru sekolah. PBD ialah kaedah pentaksiran yang lengkap, sahih dan tepat. KPM
menjelaskan guru dapat membuat penilaian secara menyeluruh dari aspek penilaian
kognitif (intelek), psikomotor (jasmani), afektif (emosi dan rohani), sosial, selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan aspek fizikal, mental dan
kerohanian termasuk jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) murid. PBD
menggunakan pendekatan pentaksiran formatif iaitu pentaksiran untuk pembelajaran dan
pentaksiran sebagai pembelajaran. Pelaksanaan kedua jenis PBD yang berkesan
sangat penting untuk mencapai aspirasi murid dalam kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Dalam menyokong aspirasi murid KBAT tersebut, para guru memainkan peranan
penting terhadap pelaksanaan PBD. Justeru, guru-guru di sekolah rendah harus
ada kefahaman dan kesediaan terhadap pelaksanaan PBD di sekolah.
1
NUSAIBAH BINTI WAN FATUL @ WAN FAISAL
910203035514

PBD berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran Sekolah
mempunyai ciri-ciri seperti holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan
tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid, berterusan iaitu aktiviti
pentaksiran berjalan seiring dengan PdPc, fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang
pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dan merujuk standard prestasi yang
dibina berdasarkan standard kurikulum. Pada tahun 2017, kementerian mengorak
langkah untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya membangunkan insan yang
seimbang ini apabila keputusan UPSR tidak diumumkan sebagaimana yang diamalkan
dahulu dengan mencanang peratus kelulusan murid dalam peperiksaan. Sebagai
gantinya, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 diumumkan, dengan
guru-guru menyerahkan laporan lengkap ke empat-empat komponen PBS kepada murid
dan waris yang hadir ke sekolah. Pelbagai isu melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa
semasa proses pelaksanaan PBD wajar diketengahkan demi kejayaan pelaksanaan PBD.
Usaha ini penting bagi memastikan keseimbangan yang dinyatakan dalam FPK iaitu
pendekatan holistik dengan memberi fokus kepada pembangunan intelek, emosi, rohani
dan jasmani selaras enam (6) Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025 memberi fokus
kepada keseimbangan ilmu serta akhlak.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) direka bentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam menyokong enam (6)
aspirasi murid ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT pula ialah satu
cabang kemahiran berfikir yang diberi penekanan dalam mentranformasikan kurikulum
pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) bagi
melahirkan generasi yang mampu berfikir secara kreatif dan kritikal supaya dapat berdaya
saing dalam pasaran global. Oleh hal yang demikian, peranan guru amat penting dalam
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terhadap murid dalam membudayakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Bukan itu sahaja, pihak lain juga seperti ibu bapa
dan sekolah turut memainkan peranan yang penting dalam menyokong serta
memperkasakan usaha ini agar ia dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya menjadi
tanda aras yang patut dibanggakan khususnya dalam bidang pendidikan di negara ini.  

2
NUSAIBAH BINTI WAN FATUL @ WAN FAISAL
910203035514

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2014. Kemahiran berfikir aras tinggi aplikasi di


sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik


darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

You might also like