You are on page 1of 1

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat

holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak
baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaanPelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan muridmurid yang seimbang dalam pelbagai aspek.[1]
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai
perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh
membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan
peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju
supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian
daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat
Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah
akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan
sepenuhnya dalam bentuk PBS.

1Komponen Pentaksiran
1.1Pentaksiran Sekolah

1.2Pentaksiran Pusat

1.3Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

1.4Pentaksiran Psikometrik

You might also like