You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas pengurusan yang kukuh dimana
konsep disiplin bilik darjah merupakan tindakan dan strategi yang digunakan dalam mengekalkan
peraturan di bilik darjah. Disiplin bermaksud kesanggupan seseorang membuat sesuatu dengan
tertib, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, hormat-menghormati
dan sentiasa berusaha membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina. Hal ini
kerana disiplin merupakan set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal
dan mendapatkan tingkah laku yang diingini (Haliza hamzah & Samuel J. N, 2016).

Latar belakang kes artikel yang saya kaji ini adalah melibat seorang murid di Lyon, Perancis
yang berusia 11 tahun tersebut didakwa menikam rakan sekelasnya. Kejadian ini berlaku di
sekolah rendah Anatole-France. Murid tersebut diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga
angkat selepas pendakwaan.

2.0 ISI KAJIAN KES


Isu masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dalam artikel yang saya kaji adalah
apabila seorang murid yang berusia 11 tahun telah menikam rakan sekelasnya yang berusia 12
tahun pada perut sehingga menyebabkan kecederaan serius berlaku semasa pengajaran dan
pembelajarannya matematik sedang berlangsung. Kejadian yang telah berlaku ini disaksikan oleh
semua ahli kelasnya termasuklah guru matematiknya. Kejadian ini telah berlaku di sekolah rendah
Anatole-France yang terletak di kawasan tinggi kadar jenayah di bandar Lyon.

Punca berlakunya masalah disiplin ini adalah kerana menurut sumber pihak polis mangsa
yang ditikam cuba memeras ungut wang murid tersebut. Murid yang menikam rakannya mengaku
bersalah dengan pertuduhan yang dibuat dan diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga
angkat selepas pendakwaan. Murid tersebut mungkin akan dihukum dengan dikenakan denda
dengan amaran, tahanan dalam rumah atau menjalani latihan sivik sahaja walaupun disabit
dengan kesalahan jenayah kerana undang-undang Perancis tidak membenarkan kanak-kanak
berusia 10 hingga 13 tahun tidak dipenjarakan. Hal ini juga berlaku kerana kedua-dua murid
tersebut tidak mengetahui bahawa mereka melakukan keganasan dan mereka hanya
menggunakan keganasan dalam menyelesaikan masalah sesama sendiri.

1
3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
Model pengurusan disiplin dan tingkah laku ini mempunyai pelbagai pendekatan yang
berbeza di antara satu model dengan model yang lain. Terdapat model yang menggunakan
kaedah kawalan luaran sebagai pendekatan menguruskan tingkah laku murid malahan ada juga
yang menggunakan kawalan kendiri sebagai pengurusan tingkah laku yang berkesan.

Model yang dipilih dalam pengurusan disiplin kajian kes saya adalah model pengurusan
kelompok Kounin. Model Kounin ini menekan kepada pengawasan dan penyelian yang teliti guru
terhadap aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam bilik darjah (Haliza Hamzah & Samuel, 2009).
Model ini juga ada menyatakan kesedaran dan kepekaan guru mengawasi pergerakan murid
setiap masa disebut sebagai withitness. Selain itu, model ini juga ada menyatakan guru mampu
menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak dengan menggunakan pertindanan
(overlapping). Model Kounin juga mengalakkan guru menggunakan teguran atau tindakan
terhadap murid yang melakukan salah laku yang akan memberi kesan kepada murid lain di dalam
bilik darjah. Kesan ini disebut sebagai Kesan Gelombang (ripple effect). Kesan gelombang ini
bermaksud tindakan guru ke atas mana murid juga mendatangkan kesan kepada murid-murid
yang lain. Kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas,
tegas dan serious apabila memberi teguran ataupun tindakan di dalam bilik darjah. Saya memilih
menggunakan model Kounin ini dalam kajian kes saya kerana model ini sememangnya relevan
dalam mengelakkan kejadian murid yang berusia 11 tahun tersebut menikam rakan sekelasnya
di dalam kelas. Guru matematik tersebut seharusnya mengapliksikan model Kounin ini di dalam
kelas semasa melakukan proses pengajaran dan pembelajaran supaya kejadian seperti ini boleh
dielakkan daripada berlaku.

Model pengurusan disiplin Thomas Gordon juga saya pilih dalam kajian kes saya kerana
model Thomas Gordon percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan membantu
murid memperolehi kawalan dalaman atau kawalan kendiri. Model Thomas Gordon juga
mempunyai pelan yang melibatkan enam langkah iaitu, mempengaruhi daripada mengawal,
mencengah masalah sebelum berlaku, masalah siapa, berdepan dengan masalah tingkah laku,
kemahiran mendengar dan penyelesian konflik yang berkesan. Menurut (Dennis & Gilbert, 2007)
yang menyatakan diognosis problem onweship is a key to a succesful functioning of TET. Saya
memilih model Thomas Gordon ini juga kerana ianya amat relevan dengan kajian kes yang saya
kerana model ini selalu diaplikasi dengan cara tetingkap tingkah laku, I-Mesej, penyelesaian
konflik tanpa kalah dan pendengaran aktif.

2
4.0 STRATEGI PENYELESIAN
Strategi penyelesaian berdasarkan model pengurusan kelompok Kounin lebih kepada
guru menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan
bilik darjah. Guru matematik tersebut perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal
dan menyelia lebih daripada satu bilik darjah dalam satu masa yang sama. Hal ini akan
mengelakkan kejadian seperti kajian kes saya akan berlaku jikalau guru tersebut berupaya
mengawal dan menyelia pergerakan muridnya di dalam bilik darjah dengan mamantau
interaksi murid-murid dalam setiap kumpulan yang telah diagihkan. Guru akan dapat
menghalang masalah disiplin yang akan berlaku selepas itu. Selain itu, guru juga
berkebolehan melakukan dua tindakan pada satu masa sebagai pertindanan. Contohnya,
guru mamematik tersebut perlu peka dan berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan
kumpulan yang lain walaupun beliau tengan mengajar satu kumpulan yang tertentu sahaja.
Selain itu, guru juga perlu menggunakan kesan gelombang dalam melakukan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. contohnya, guru matematik tersebut perlu memberi teguran dan
tindakan dengan jelas, tegas dan serius kepada murid yang membuat salah laku agar murid
lain akan mendapat iktibar daripada apa yang telah berlaku. Maka dengan itu, masalah disiplin
murid akan dapat di atasi sebelum ianya berlaku di dalam kelas.

Strategi penyelesaian model pengurusan Thomas Gordon pula lebih menekankan


kepada kawalan kendiri ataupun kawalan dalaman murid. Hal ini kerana kawalan kendiri murid
dapat dibina dengan guru membantu murid dengan memberi keputusan yang positif, berdikari
sendiri dan berupaya mengawal tingkah laku sendiri. Oleh itu, aplikasi model Thomas Gordon
ini amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah kajian kes saya. Antara aplikasi model
yang boleh digunakan adalah tetingkap tingkah laku yang membantu guru mengenali masalah
yang menggangu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan menentukan dari mana
datangnya masalah tersebut. Guru perlu peka terhadap tingkah laku murid di dalam kelas
supaya kejadian masalah disiplin dapat dicegah sebelum ianya berlaku. Tambahan pula, guru
jga boleh mengaplikasikan i-mesej dalam menyatakan sesuatu yang peribadi tentang
perasaan dan fikiran cikgu menngenai sesuatu masalah ataupu tingkah laku murid di dalam
kelas. contohnya, guru menegur murid dengan bahasa yang tidak menyalahkan murid malah
membina strategi ini akan membangkitkan perasaan hormat kepada guru. Oleh itu, murid
akan rasa bersalah dalam melakukan masalah di dalam kelas malah kejadian masalah disiplin
akan dapat dielakkan sebelum ianya terjadi.

3
Cadangan intervensi pengurusan tingkah laku bermasalah ini boleh dilakukan dengan
mengunakan terapi bermain. Hal ini kerana intervensi ini selalunya berkesan dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Terapi bermain ini mempunyai empat
kategori iaitu, main diri-sendiri, main selari, main asosiatif dan main koperatif. Melalui
kesemua kategori ini, murid akan dapat menunjukkan perasaan dan masalah mereka (Mok
Soon Sang, 2010). Melalui terapi bermain ini, murid dalam kajian kes saya dapat menyatakan
masalah yang dialaminya sebelum ini sehingga dia bertindak untuk menikan rakan sekelasnya
di bilik darjah. Hal ini penting untuk guru mengetahui punca kejadian berlaku supaya guru
boleh mengelakkan perkara sebegitu berulang lagi. Selain itu, terapi ini juga berkemampuan
mengawal perasaan dan emosi mereka dalam bermain serta menerima pandangan rakan-
rakan semasa bermain. Menurut (Landreth, 2001) bersependapat bahawa terapi bermain
merupakan satu ruang bagi kanak-kanak mengatasi masalahnya kerana melalui bermain
kanak-kanak dapat meluahkan emosi dan pemikirannya.
Cadangan intervensi yang lain pula adalah terapi seni (art theraphy) adalah suatu
proses kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk
menambahbaikan fizikal , mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi
seni yang menggunakan media warna , kapur , pensil dan marker sebagai teknik proses kreatif
terutama penggunaan komponen affektif pelbagai bahan seni untuk mengetahui masalah
yang dihadapi. Intervensi terapi seni ini juga sesuai dalam membantu murid dalam kajian kes
saya kerana melalui terapi seni kita akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah
sebenar yang dihadapi oleh murid tersebut. Murid tersebut akan meluahkan perasaan mereka
kepada lukisan yang dilukisnya. Berkemungkinan juga murid tersebut berasa tertekan ugutan
rakan sekelasnya sehingga dia mengambil keputusan untuk menikan rakan sekelasnya itu.
Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting dalam menolong dan membantu murid
tersebut mengawal perasaan dan emosi dalam melakukan sesuatu yang serius berlaku.

5.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulan, guru seharusnya peka terhadap masalah disiplin yang berlaku di
dalam bilik darjah. Guru juga perlu tahu mengaplikasikan model pengurusan disiplin dengan
berjaya di dalam bilik darjah supaya masalah disiplin yang serius tidak akan berlaku dalam
bilik darjah. Selain itu, guru juga sentiasa memantau dan mengawasi pergerkan muridnya di
dalam agar masalah disiplin dalam dibendung daripada berlaku. Guru juga perlu
menggunakan terapi-terapi di dalam kelas memudahkan murid untuk meluahkan perasaan
mereka serta mereka belajar untuk mengawal perasaan emosi mereka sendiri. Oleh itu, model
pengurusan disiplin ini amat diperlukan untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah semasa
melakukan pengajaran dan pembelajaran.
4
RUJUKAN

Dennis, G. W., & Gilbert, H. H. (2007). Best practice in motivation and management in the classroom.
Springfield: Charles C Thomas .

Haliza, & Samuel, J. N. (2016). Konsep disiplin bilik darjah. In Haliza, & J. N. Samuel, Pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku (p. 105). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Landreth, G. L. (2001). Innovation in play therapy. Taylor & Francis Group.

Samuel, H. H. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sang, M. S. (2010). Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

You might also like