You are on page 1of 3

FORUM 1 (20%) BBM3413 PJJ SEMESTER 2 2017/2018

Bil. Elemen Artikel Huraian dan Contoh


1. Tajuk PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP
PERLAKUAN BULI DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATU PAHAT

Pada pandangan saya, tajuk ini sesuai dan bertepatan


keperluan. Malah, ia sejenis kajian kualitatif. Hal ini
kerana ia adalah sejenis kajian kes yang betul dan relevan.

2. Objektif Kajian  Mengenal pasti kekerapan perlakuan buli di


kalangan pelajar sekolah menengah
 Mengenal pasti persepsi pelajar dan guru tentang
perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah
menengah
 Mengenal pasti jenis perlakuan buli di sekolah
menengah
 Mengenal pasti sama ada terdapat p[rogram-
program intervensi yang dijalankan di sekolah
menengah
 Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap isu-isu
keselamatan di sekolah menengah

Objektif kajian ini amat bertepatan dengan kehendak


tajuk. Selain itu objektif kajian juga merangkumi beberapa
perkara selanjutnya seperti program-program intervensi di
sekolah menengah.
3. Persoalan Kajian
4. Pernyataan Masalah Peningkatan kes jenayah yang dilakukan oleh pelajar
sekolah menengah. Masyarakat saling menyalahkan
sesama sendiri terutamanya ibu bapa dan guru. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti punca serta cara penyelesaian
untuk masalah buli yang kian serius.

Pernyataan masalah adalah tepat berdasarkan isu terkini di


negara kita. Kajian menunjukkan bahawa gejala buli
semakin menular di kalangan pelajar sekolah menengah.
Terdapat beberapa kes buli yang terlanjur sehingga
menyebabkan kematian. Maka kajian ini diharap dapat
membantu masyarakat untuk mengenal pasti gejala buli
serta cra untuk mencegah penularanya di peringkat
sekolah menengah.
5. Kepentingan Kajian Para pelajar memahami, mengenali pasti jenis-jenis
perlakuan buli serta mempunyai kesedaran tentang impak
perlakuan buli. Selain itu kajian ini juga diharap akan
membantu pihak sekolah untuk merangka, meningkatkan
keselamatan dan melaksanakan peraturan khas untuk
membanteras gejala buli.

Kepentingan kajian ini amat sesuai kerana ia dapat


membantu sedikit sebanyak dalam menangani gejala buli.
Kajian ini juga bertujuan menyebar kesedaran dalam
kalangan pelajar sekolah menengah mengenai keburukan
gejala buli serta memberi satu jalan penyelesaian kepada
yang menjadi mangsa buli. Pihgak sekolah juga dapat
menggunakan kajian ini untuk memahami psikologi
pelajar-pelajar terutama yang bertindak sebagai pembuli
dan mangsa buli. Semoga dapat kajian ini dapat memberi
ilham kepada pihak sekolah dalam melaksanakan
peraturan yang efektif.
6. Batasan Kajian Dilaksanakan di lapan buah sekolah menengah di daerah
Batu Pahat, Johor. Kajian ini hanya menumpukan persepsi
pelajar dan guru.

Pada pendapat saya pelaksanaan kajian ini hanya di lapan


buah sekolah tidak memberi keputusan serta kepastian
dalam membanteras gejala buli dari akar umbi. Kajian ini
sepatutnya dijalankan di lebih banyak sekolah agar bayak
sampel dapat diperolehi sebelum membuat sebarang
kesimpulan. Selain itu kajian ini hanya berteraskan satu
daerah sahaja. Sepatutunya kajian ini diadakan di
beberapa daerah yang berbeza agar dapatan kajian lebih
konkrit dan bertepatan.

You might also like