You are on page 1of 5

Jong Yii Phin GP05447

Pengenalan

Tiga jurnal berkaitan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak khas telah
dipilih untuk tugasan ini. Artikel tersebut adalah:

1. Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk kanak-kanak Disleksia oleh


Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawu Mohtar dan Nor Aziah
Alias.
2. Pengubahsuaian dalam Pengajaran Kemahiran Bahasa Malaysia Murid Bermasalah
Pembelajaran oleh Noor Aini Ahmad dan Zamri Mahamod
3. Genggaman Pensel Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dalam Meningkatkan
Kemahiran Menulis.

Artikel pertama yang dipilih adalah berkaitan dengan kajian yang dijalankan untuk
membangunkan bahan pembelajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak golongan khas.
Kajian awal ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan merekabentuk instruksi khas untuk
pelajar disleksia di dalam mempelajari topik pendaraban. Kajian ini bertujuan untuk
membangunkan program yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak golongan khas.
Sampel kajian terdiri daripada Pelajar Tahun 2 sekolah disleksi di kawasan Lembah Kelang.
Instrumen kajian terdiri daripada Borang Penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003).
Temuduga turut digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai
program yang dijalankan. Kajian ini berbentuk survey.

Artikel yang kedua pula merupakan kajian yang dijalankan ke atas pengajaran kemahiran
Bahasa Malaysia murid bermasalah pembelajaran. Kajian yang dijalankan menggunakan
kaedah inkuiri naratif ini bertujuan untuk melihat pengubahsuaian dalam pengajaran
kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Dua objektif kajian ini
ialah mengenal pasti pengubahsuaian masa aktiviti dan susunan aktiviti yang dilakukan oleh
guru bagi membantu murid bermasalah pembelajaran belajar dengan lebih berkesan dan
mengenal pasti sejauh mana perkataan berfungsi diajar dalam pengajaran kemahiran Bahasa
Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Persampelan bertujuan digunakan untuk
mendapatkan sampel untuk kajian. Sampel kajian ini terdiri daripada empat orang guru
Pendidikan Khas. Data kajian diperolehi daripada pemerhatian, temubual dan analisis
dokumen.

1
Jong Yii Phin GP05447

Artikel yang ketiga pula dijalankan secara tinjauan yang bertujuan untuk mengetengahkan
jenis-jenis genggaman pensel dalam kalangan KKBP, jenis-jenis peringkat genggaman pensel
murid-murid bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Kajian ini juga ingin
menentukan perbezaan genggaman pensel mengikut kategori KKBP. Sampel kajian ini terdiri
daripada tujuh buak sekolah rendah yang menikuti Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pendidikan di Klang Selangor yang membabitkan 225 orang murid.

Dapatan Kajian
Dapatan Kajian Artikel Pertama menunjukkan bahawa Program animasi yang dibangunkan
mendapat respon yang positif daripada kanak-kanak bermasalah Pendidikan. Kesemua pelajar
didapati dapat menggunakan program yang dibangunkan dengan pengawasan yang sangat
minimum dan mereka mengakui bahawa program yang dibangunkan menyeronokkan, mudah
dan dapat membantu mereka di dalam memahami isi kandungan pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini juga membuktikan yang majoriti pelajar juga berpendapat bahawa
grafik dan animasi adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan.

Dapatan Kajian Artikel yang kedua pula menunjukkan bahawa peserta kajian mengubah suai
masa aktiviti mengikut tahap kefungsian murid dan mereka mengajar murid bermasalah
pembelajaran teruk yang mengalami masalah pertuturan menggunakan bahasa isyarat dan
berpandukan sebuah Manual Pengurusan Kanak-kanak yang Mengalami Masalah
Komunikasi. Para Pelajar juga diajar oleh peserta kajian untuk mengenali perkataan yang
diperlukan dalam kehidupan seharian. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan adalah ditentukan oleh para guru berdasarkan aras kemampuan para pelajarnya.

Dapatan Artikel ketiga menunjukkan bahawa genggaman pensel amat penting untuk
membantu murid untuk menulis dengan lebih baik dan cekap. Kajian mendapati bahawa
sebanyak 8.4 peratus pelajar mempunyai genggaman pensel pada tahap matang, 51.6 peratus
pada tahap tidak matang dan selebihnya pada tahap lain-lain.

Ulasan dapatan Kajian


Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan perhatian yang sangat spesifik dalam
memastikan mereka dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Teknik pengajaran dan pembelajaran hendaklah dapat memenuhi keperluan mereka agar
dapat membolehkan mereka memahami kandungan pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.

2
Jong Yii Phin GP05447

Guru haruslah bijak untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar dapat
memenuhi keperluan para pelajarnya. Malah bahan bantu yang interaktif seperti animasi
dapat digunakan untuk menarik perhatian dan minat para pelajar untuk mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan
hendaklah yang mudah dan senang untuk digunapakai oleh para pelajar. Bahan-bahan ini
haruslah memudahkan dan membantu para pelajar untuk memahami kandungan pelajaran
yang disampaikan. Guru haruslah dapat beradaptasi dengan perubahan kanak-kanak dan bijak
mengambil ruang serta peluang yang ada di dalam bilik darjah bagi memastikan kanak-kanak
benar-benar bersedia untuk belajar.

Di samping itu, guru juga harus dapat mengenalpasti tahap kesediaan murid untuk menulis di
dalam kelas. Semua ini dapat dibuat dengan membuat pemerhatian ke atas kesediaan murid
untuk menulis. Genggaman pensel yang betul haruslah diberi perhatian agar murid dapat
menulis dengan baik. Penggunaan alat bantuan seperti pemegang getah spesifik adalah satu
intervensi yang boleh digunapakai dalam membantu kanak-kanak memegang pensel dengan
cara yang betul.

Rumusan Jurnal
Ketiga-tiga jurnal dipilih kerana ia dilihat dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar yang
tersendiri. Walaupun mereka adalah kanak-kanak, namun mereka belajar dengan cara yang
berbeza. Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar.
Cuma cara mereka belajar tidak sama. Setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang
berlainan.

Guru dapat menggunakan animasi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik
minat dan perhatian kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan. Seperti mana
kanak-kanak yang normal, animasi akan dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan
tahap penguasaan dan kefahaman mereka tentang sesuatu tajuk.

Bahasa yang diajar kepada kanak-kanak pula mestilah bersangkut paut dengan aktiviti
seharian mereka. Ini bukan hanya membantu mereka dalam kehidupan seharian tetapi juga
akan dapat membantu mereka menguasai dan memahami intipati kandungan yang
disampaikan.

3
Jong Yii Phin GP05447

Bagi membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran menulis pula, guru perlu tahu
mengenai cara genggaman pensel yang betul. Guru juga perlu kreatif dalam mencari
penyelesaian kepada permasalahan gaya memegang pensel kanak-kanak bermasalah dengan
menggunakan intervensi yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak.

Justeru, kajian-kajian yang berkaitan dengan kanak-kanak masalah pembelajaran ini amat
perlu bagi membantu para guru untuk lebih memahami kanak-kanak tersebut dan seterusnya
memberikan input yang berguna kepada para guru dalam melaksanakan tugasan mereka.

4
Jong Yii Phin GP05447

Rujukan

Lim Chen Yin, Mohd. Hanafi Mohd Yasin, & Mohd Mokhtar Tahar. (2012). Genggaman
Pensel Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Dalam Meningkatkan Kemahiran
Menulis. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 65-77.

Noor Aini Ahmad, & Zamri Mahamod. (2015). Pengubahsuaian Dalam Pengajaran
Kemahiran Bahasa Malaysia Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan
Malaysia , 63-73.

Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar, & Nor Aziah Alias.
(2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak
Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 27-38.

You might also like