You are on page 1of 5

Tugasan 2

Kesediaan sekolah dalam hospital, isu dan cabaran.

1. Kajian Lepas

Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu konsep baru dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Idea penubuhan Sekolah Dalam Hospital ini telah dicetuskan oleh isteri
Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, penaung kepada
Projek Hati Nurani di bawah kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen. Penubuhan Sekolah
Dalam Hospital di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 26 Julai 2011
oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Konsep
Sekolah Dalam Hospital merupakan satu inisiatif bersama antara Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Yayasan
Nurul Yaqeen (YNY) terhadap keperluan meneruskan pendidikan kepada murid yang
berada di wad hospital tetapi mempunyai kesediaan untuk belajar.

Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak


terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara
selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA) di mana ia merupakan
hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO (United Nations Educational Scientific and
Cultural Organizations). EFA adalah satu gerakan yang ditubuhkan pada tahun 1990
di Konferens Antarabangsa Pendidikan, di Jomtiem, Thailand. Delegasi daripada 155
buah negara dan wakil 150 organisasi telah berikrar untuk memberi pendidikan
rendah kepada semua kanak-kanak dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan
orang dewasa pada akhir dekad tersebut. Persidangan Dunia Berkaitan Pendidikan
pada tahun 2000 di Dakar, Senegal dihadiri oleh 1100 peserta daripada 164 buah
negara telah mengangkat Pelan Tindakan Dakar, iaitu memenuhi komitmen bersama
dan berikrar serta berusaha mencapai pendidikan untuk semua pada tahun 2015 dan
sekaligus memperkukuh matlamat Jomtiem. Enam matlamat EFA Dakar yang
terangkum dalam inisiatif utama Rancangan Malaysia Ke-10 ialah :

i. Memperluas penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak.


ii. Menyediakan pendidikan wajib dan percuma untuk kanak-kanak di
sekolah rendah.
iii. Menggalakkan pembelajaran dan penguasaan kemahiran bagi remaja dan
golongan dewasa.
iv. Meningkatkan kadar literasi dewasa kepada 50 peratus.
v. Mencapai kesetaraan peluang pendidikan antara gender pada tahun 2005
dan persamaan hak untuk pendidikan pada tahun 2015.
vi. Meningkatkan kualiti dalam pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 melalui anjakan


pertama iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa turut menyokong matlamat UNESCO.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan
kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan
dan minat kanak-kanak. Hal ini seiring dengan pelaksanaan program Sekolah Dalam
Hospital yang mana memberikan peluang kepada kanak- kanak untuk menimba ilmu
pengetahuan secara berterusan walaupun berhadapan dengan masalah kesihatan.
Proses pengajaran dan pembelajaran SDH diubahsuai supaya bersesuaian dengan
keadaan kanak-kanak tersebut di samping memenuhi keperluan mereka sebagai
pelajar.

Sehingga tahun 2013, terdapat lapan buah SDH di Malaysia, Hospital Kuala Lumpur
(HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang adalah tiga hospital perintis di bawah
fasa pertama program ini. Lima buah SDH lagi dibuka di Hospital Sultanah Aminah
Johor Baharu, Hospital Sultan Ahmad Shah Kuantan, Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM) Kuala Lumpur, dan yang terbaru di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di
Muar. Tiga buah SDH dijangka akan ditubuhkan menjelang tahun hadapan di Sabah,
Sarawak, dan Seremban (KPM, 2017).

Sekolah Dalam Hospital (SDH) menggunakan kurikulum kebangsaan tetapi


dilonggarkan dan disesuaikan mengikut keperluan dan tahap persekolahan murid
dengan menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Aktiviti kokurikulum dan sukan juga turut dilaksanakan mengikut kesesuaian dan
tahap kesihatan murid sebagai aktiviti reaksi yang menyeronokkan (BPK, 2014).

Pelaksanaan kurikulum SDH memberi keutamaan kepada empat mata pelajaran, iaitu
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains/ Dunia Saians dan Teknologi
(DST). Keutamaan ini diberikan kerana mata pelajaran tersebut merupakan keperluan
asas pendidikan yang perlu dikuasai oleh murid. Mata pelajaran lain juga boleh
dipelajari sekiranya terdapat permintaan daripada murid (BPK, 2014).

Pelaksanaan PdP di SDH dirancang dengan mengambil kira kesediaan murid,


kebenaran ibu bapa dan pengesahan doktor. Guru haruslah kreatif serta bijak
menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan murid yang terdiri
daripada pelbagai tahap persekolahan dan keadaan kesihatan. PdP perlu dilaksanakan
dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna.

Mengenali kemampuan dan kebolehan murid merupakan satu elemen dalam


pembelajaran dan guru berkesan. Guru perlu tahu lima ciri-ciri pelajar iaitu latar
belakang, masalah pembelajaran, ciri-ciri, tahap pendidikan dan motivasi.
Pengetahuan guru tentang murid membantu guru merancang dan melaksanakan
proses PdP yang lebih berkesan (Hanani Hussin, Aderi Che Noh & Ab. Halim Tamuri,
2013)

Department of Children and Family Services (2009), menegaskan bahawa kanak-kanak yang
menjalani rawatan turut perlu mengikuti Pendidikan yang sempurna agar mereka tidak
keciciran terlalu jauh dalam pelajaran. Oleh itu kemasukan ke sekolah dalam hospital di lihat
sebagai salah satu cara untuk memudahkan kanak-kanak mendapatkan Pendidikan yang
sempurna (Lucy, 2008; Indramalar, 2011).
Lucy (2008) menyatakan sekolah dalam hospital perlu dijadikan sebagai sekolah istimewa
kerana pelajarnya terdiri daripada pelbagai umur. Justeru kemudahan sekolah hendaklah
berdasarkan kepada keperluan pelajar tersebut. Kemudahan kelas, kawasan amali, pelbagai
ruang untuk aktiviti perlu disediakan (Lucy, 2008).

Beberapa kajian lepas seperti kajian oleh Gera and Kathy (2007); Guild (1994); Liza and
Rachel (2010)
pula menyatakan bahawa kanak-kanak belajar dengan baik apabila mereka belajar melalui
permainan dan merasai sendiri sesuatu perkara yang ingin dipelajari. Pelbagai saiz ruangan
pembelajaran termasuk perbincangan kumpulan (Wendy & Anna,1998) pula perlu disediakan
untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak. Pelbagai ruang yang diwujudkan akan
membantu guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Ruangan yang baik akan memberikan
keselesaan kepada kanak-kanak (Asiah, 2001). Justeru adalah perlu untuk kajian ini
dilaksanakan bagi mengetahui mengenai trend, isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru di
Sekolah Dalam Hospital.
Program “Sekolah Dalam Hospital” ini memang tepat pada masanya memandangkan ramai
pelajar yang ketingglan pembelajaran di sekolah disebabkan oleh masalah kesihatan kini
dapat diselasaikan malah dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk terus belajar
walaupun mereka jatuh sakit dan tidak dapat pergi ke sekolah.

2. Kerangka konseptual

Kerangka konseptual dalam kajian ini adalah ditunjukkan seperti di bawah:

Trend
Sekolah
Isu Dalam
Melibatkan Hospital
Cabaran

Tumpuan kajian adalah untuk mengenalpasti trend, isu dan cabaran yang melibatkan
sekolah dalam hospital. Kini masih belum banyak informasi yang diberikan mengenai
sekolah dalam hospital. Malah terdapat di kalangan orang awam yang tidak tahu akan
kewujudan sekolah dalam hospital. Sekolah dalam Hospital juga perlukan publisiti
untuk meluaskan lagi pengambilan pelajarnya.

Adalah perlu juga untuk mengetahui isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru
dalam sekolah di hospital agar permasalahan yang dikenalpasti dapat dipermudahkan
dan diselesaikan. Ini juga akan dapat membantu dalam meningkatkan mutu dan kualiti
sekolah dalam hospital.

Rujukan

Asiah A.R, (2001). Design of Buildings for Early Childhood Education. (1st ed.).
IIUM Press, International Islamic University Malaysia.

BPK. (2014). Manual Pelaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital. Putra Jaya:
Bahagian Pendidikan Khas.
Department of Children and Family Services (2009). Policy on the Access to
Education for Children and Young People with Medical Needs. Retrieved
November 20, 2011 from http://wwwcchs.org.uk website.

Lucy, T. (2008). A Healthy Outlook in Hospital Schools. Retrieved November 23,


2011 from http://www.guardian.co.uk/education website.

Gera, J. & Kathy, C. (2007). Play, Projects, and Preschool Standards, Crown Press:
California Guild, P. (1994). The Culture / Learning Style Connection.
Education Leadership. p.16

Ismail, S.& Mohd Sarofil, A.(2006). Phenomenological Approach in Determining


Responses Of Hospitalized Children Experiencing a Garden. Journal Alam
Bina. Vol 8(No. 2): p 13

Isabelle L. (2011). Off to School-Even in Hospital. Thestar Online. Retrieved


November 11, 2011 from http://thestar.com.my/news

Liza, S. & Rachel, W.R (2010). Child’s Play an Important Part of Learning. Chicago
Tribune. Retrieved January 23,2011 from http://www.cindycare.net

Lucy, T. (2008). A Healthy Outlook in Hospital Schools. Retrieved November 23,


2011 from http://www.guardian.co.uk/education website.

Indramalar, S.(2011). Learning on the mend. TheStar online. Retrieved October 18,
2011, from http://thestar.com.my website.

KPM. (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from Portal Rasmi


Pendidikan Malaysia: www.moe.gov.my

Nur Hanani Hussin ,Mohd Aderi Che Noh & Ab. Halim Tamuri (2013). Elemen
Mengenali Murid dalam Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam. The
Online Journal of Islamic Education, 1(2) : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wendy F. & Anna T.(1998). In Jonathan G.& Brian J. (Eds.),In-patient Child


Psychiatry. Educational Management. London: Routledge.

You might also like