You are on page 1of 14

PERTANDINGAN DRAMA SEBABAK BULAN BAHASA KEBANGSAAN TAHUN

2012
PENGENALAN
Drama sebabak adalah sebuah persembahan lakonan yang bertemakan sesuatu
perkara seperti cerita tradisional dan lain-lain. Untuk tema pertandingan drama sebabak
pada tahun ini pula, kami telah memilih tema Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
tema kami. Drama dilakonkan dengan bantuan pelbagai props ataupun bahan
persembahan yang membantu untuk menambahkan daya penarik bagi sesebuah
drama tersebut. Dilakonkan oleh sejumlah pelakon yang ramai bagi menjayakan watak
yang diberikan dan juga mempunyai tempoh persembahan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Drama sebabak ini adalah bertujuan untuk :
1) Melahirkan guru pelatih yang befikiran positif dan aktif dalam melibatkan diri di
dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak institut.
2) Melatih pemikiran kreatif para guru pelatih untuk menghasilkan sebuah lakonan
yang menarik yang juga mengikut tema yang telah ditetapkan.
3) Melatih para guru untuk memartabatkan bahasa Melayu.
CARTA ORGANISASI
Ketua Program : Muhammad Firdaus Bin Abdul Jalil (PISMP 4.07)
AJK : 1) Mohd Ruzaifi Bin Abd Rasid (PISMP 4.07)
2) Ahmad Lutfi Bin Adnan (PISMP 4.07)
3) Azmil Bin Ishar (PISMP 4.07)

GAMBAR


















AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Pada 16 Oktober 2012, pertandingan drama sebabak telah dijalankan dengan
lancarnya. Bertempat di Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi, pertandingan telah
dimulakan tepat pada pukul 2.30 petang. Bagi mengadili pertandingan ini, seramai
empat hakim telah dijemput. Diketuai oleh Puan Siti Hajar Binti Idrus sebagai ketua
hakim dan tiga orang lagi yang terdiri daripada pelajar. Jumlah penyertaan bagi
pertandingan pada kali ini adalah sebanyak enam buah kumpulan dan persaingan di
antara kesemua kumpulan adalah sangat sengit. Pertandingan dimulakan dengan
persembahan daripada kumpulan pertama iaitu kumpulan PISMP 4.07 yang
melakonkan cerita Sultan Mahmud mangkat dijulang. Setelah selesai kesemua
kumpulan mempersembahkan lakonan mereka, keputusan telah dibuat oleh panel-
panel hakim dan mereka telah memutuskan bahawa johan bagi pertandingan drama
sebabak pada kali ini ialah kumpulan PISMP 4.06 diikuti oleh kumpulan PISMP 4.07
sebagai naib johan dan kumpulan PPISMP 3.07 sebagai pemenang tempat ketiga.










LAMPIRAN
Terma dan syarat pertandingan :
1. Terbuka kepada semua pelajar IPG kampus Pendidikan Islam.
2. Penyertaan diwajibkan kepada pelajar PPISMP semester 3 dan juga pelajar PISMP
4.06, 4.07 dan juga 4.14
3. Jumlah peserta bagi setiap kumpulan tidak dihadkan.
4. Cerita drama adalah bebas, tetapi mestilah bertemakan Memartabatkan Bahasa
Melayu.
5. Tempoh drama yang dipertandingkan mestilah tidak melebihi 25 minit.
6. Segala peralatan dan props persembahan hendaklah dibawa sendiri.
7. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Oktober 2012.
8. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan
dilayan.





RUBRIK PEMARKAHAN
MASA PERSEMBAHAN
Persembahan tidak melebihi 25 minit, tidak termasuk masa transisi. Persembahan yang
melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah daripada markah keseluruhan.
Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk
muzik, aksi atau dialog.

PEMARKAHAN
Bahasa ( 40 markah )
Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat yang betul dari segi
tatabahasa dan sesuai dengan watak
Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak
Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan watak
Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa, perumpamaan dan pantun
mengikut situasi yang sesuai dengan watak
Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi sesuai dengan watak
dan budaya setempat
Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

Persembahan (20 markah)
Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.
Memperlihatkan persembahan yang menarik.
Memperlihatkan persembahan yang kreatif.
Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.
Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema,
pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

Lakonan ( 20 markah )
Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.
Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan( gerak, gerak
isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik.
Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara artikulasi, intonasi
dan projeksi ) yang baik .
Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel)
dengan baik.
Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik.
Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.


Sinematografi ( 20 markah )
Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.
Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.
Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak
dan perwatakan.
Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.






















BORANG PEMARKAHAN
DRAMA SEBABAK
BULAN BAHASA KEBANGSAAN
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Giliran No. :
Kuliah :
Tajuk Drama :

Perkara

Kriteria
Penskoran

Markah

Catatan
Bahasa
(40 markah)
Struktur tatabahasa yang
betul, sebutan jelas dan
lancar
Pengolahan bahasa
yang baik, indah &
gramatis

Lemah: 1 10
Baik: 11 29
Cemerlang: 30 - 40


Persembahan
( 20 markah )

Meyakinkan/ menarik
Kreativiti/Dramatik
Pemikiran

Lemah: 1 - 6
Baik: 7 - 14
Cemerlang:15 - 20







Lakonan
( 20 markah )

Penghayatan watak
Gesture/gerak isyarat
Kesatuan lakonan

Lemah: 1 - 6
Baik: 7 - 14
Cemerlang: 15 - 20





Pentafsiran watak

Sinematografi
( 20 markah )

Rekaan Set
Prop, kesan bunyi,
cahaya
Tatarias

Lemah: 1 - 6
Baik: 7 - 14
Cemerlang: 15 - 20






JUMLAH 100


Tandatangan Hakim : ..........................................














BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN
PERTANDINGAN DRAMA SEBABAK
BULAN BAHASA KEBANGSAAN
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM


GILIRAN
PESERTA
HAKIM
1
HAKIM
2
HAKIM
3
HAKIM
4
HAKIM
5
JUMLAH KEDUDUKAN


























































Pengesahan oleh Ketua Hakim,


( )






KOLEKSI SKRIP PERSEMBAHAN
KAKI
Arahan & skrip oleh : Ahmad Fikri Ab. Rahman
PISMP 4.06
Latar : Di rumah orang tua
Waktu : Di pagi raya
Pembantu wanita : Nenek, mari kita ke bawah nek. Macam-macam juadah ada. Ketupat
ada. Rendang ada. Semua ada nek. Biar Nani tolak nenek. Nenek, nenek. Kenapa
senyap je ni?
Nenek : Mula menangis, pandangan mata kosong.
Pembantu wanita : Nenek, setiap kali pagi raya. Nenek mesti menangis kenapa nek?
Nenek teringat kat siapa ni nek?
Nenek : Nenek patut mati Nani. Patut mati. Uhuk..uhuk..uhuk.. (Nenek batuk, sambil
belakangnya diusap Nani )
Pembantu wanita : Kenapa nenek cakap macam tu? Semua sayangkan nenek. Nani
sayangkan nenek. Nani dah anggap nenek macam mak kandung nani dah nek.
Nenek : Kalau lah nenek dulu sebaik dan semulia hati kamu. Tapi, hati nenek ni sekotor
dan sekeji kaki nenek ni. ( Mengusap kakinya)
Pembantu wanita : Nenek boleh ceritakan semuanya pada Nani. Nani sudi mendengar.
Latar : Ruang Tamu
Waktu : Makan tengah hari
Shima : Hoi budak. Bak sini pinggan tu. Aku lapar lah. Kau boleh cepat tak?
Ibu : Shima, tak baik budak adik macam tu. Tak payah, biar ibu yang sendukkan. (Ibu
sendukkan nasi untuk Shima).
Shima : Adoi.. Lambatlah ibu senduk nasi. Biar Shima lah yang senduk sendiri. Dah tua
tu, buat lah cara tua.
Adik : Akak!!!! Kenapa cakap ibu macam tu?
Shima : Hei budak! Kau jangan nak memekak kat telinga aku boleh tak? Aku nak
makan pun tak senanglah. Dah lah. Hilang selera aku. ( Shima keluar dari rumah).
Ibu : Shima!!!! Shima!!! Shima!!!!
Setelah bertengkar dengan ibunya, Shima menemui teman lelakinya Roy di kelab
malam untuk menceritakan masalahnya.
Latar : Kelab malam
Lagu : Please don`t stop the music
Roy : Kenapa ni bi? Abang tengok lain macam jerk.Period ker?
Shima : Bukanlah. Macam-macam masalah Shima. Abang tahu, adik bi tu, dah lah
cacat macam tu, lepas tu boleh plak dia sound bi. Hai, memang bi panaslah tadi. Ibu
pun satu, senduk nasi pun lambat. Bi dah lah lapar tadi.
Roy : Ala, relax lah. Takkan tu pun nak kecoh.
Shima : Bi, bi tak faham dah lah. (Shima terus berlalu pergi tapi ditahan oleh Roy yang
bingkas bangun)
Roy : Hei..sabar, sabar. Nak pergi mana tu saying. Ok, ok. Bi salah. Bi salah. Nah, amik
ni. Hadiah dari bi.
Shima : Apa ni?
Roy : Amik jerk lah. Kata tadi tension.
Shima : Apa ni? Dadah ker? Tak nak lah. Bi tak main lah dadah-dadah ni.
Roy : Ala, Shima ni tak matanglah. Macam budak-budak. Bukannya Shima guna selalu
pun, kalau rasa nak guna, Shima gunalah. Tak ketagih punya. Serius.
Shima : Betul ni? Janji?
Roy : Janji.
Latar : Ruang Solat
Waktu : Maghrib
Disebabkan sudah terjebak dengan dadah, Shima sanggup meminta wang dari ibunya.
Pada suatu hari, ketika ibunya sedang bersembahyang.
Shima : Ibu, ibu. Hei pekak pulak orang tua ni. Ibu!!!!
Ibu : (Sedang tahiyyat akhir)
Shima : Hei, bila plak nak habis ni. Ha, habis pun. Ibu!!!! Shima nak duit.
Ibu : Astaghfirullahalazim Shima. Kamu ni ntah dari mana muncul. Tiba-tiba nak duit.
Kamu dah solat ke belum?
Shima : Hei, membebel plak orang tua ni. Ibu, Shima nak duit lah bu. Ibu jangan banyak
soal boleh tak?
Ibu : Ibu mana ada duit Shima? Kalau ada pun, nak guna untuk beli barang dapur.
Shima : Adoyai. Ibu jangan nak tipu lah. Shima tahu ada. Ha, cantik rantai leher nib u.
Bagi Shima yer? (Shima cuba mengambil rantai dari ibunya).
Ibu : Tak boleh Shima. Ini sahaja rantai yang ibu ada. Jangan Shima, jangan!
Shima : Bagi jerk lah! (Shima, merentap dengan kuat, lalu menendang ibunya sehingga
terjatuh). Shima terus berlalu pergi.
Latar : Di taman
Waktu : Malam
Roy : Ha, apahal kau cari aku ni?
Shima : Kenapa ni you? Bi tengok you dah tak macam dulu dah?
Roy : Takder paper lah. Kau datang ni nak barang lah tu? Ada duit, baru ada barang.
Shima : Yelah bi. Bi jangan risau. I ada ni. (Shima tercari-cari rantai ibunya)
Roy : Kau cari apa tu Shima?
Shima : Rantai. You ambil ya? Pulangkan balik. Tu rantai mak I.
Roy : Eh, bila masa pulak aku ambil rantai kau? Kau ni betul-betul ada ker atau nak
kencing aku ni Shima? Dah, kau blah sekarang. Aku tak nak tengok muka kau. Kau
ingat aku nak tanggung biawak hidup macam kau.
Shima : Bi, jangan buat Shima macam ni Bi. Bi!!! ( Shima, cuba menghalang Roy, tapi
tidak berjaya).
Setelah diherdik oleh Roy, Shima pulang semula ke rumah untuk meminta wang
kepada ibunya., Namun, Shima mula berasa pelik. Shima agak pelik kerana ibunya
sedang terbujur kaku di tengah rumah. Adiknya meratap hiba di sisi ibunya. Shima
bingung, lalu bertanya kepada adiknya tentang perihal yang berlaku. Rupa-rupanya
ibunya telah tiada lagi. Shima rasa sungguh sedih dan menyesal. Kini tiada apa lagi
yang mampu dilakukan. Hanya kerana dadah, kakinya ini sanggup menendang ibunya
demi mendapatkan benda durjana itu. Akhirnya, Shima berada dalam penyesalan dan
menangis teresak-esak sambil ditenangkan orang sekeliling.
Latar : Rumah orang tua
Nenek : Menangis teresak-esak.
Nani : Sabar nenek. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Sabar nek.
Nenek : Ternampak bayangan ibunya di hadapan. Cuba mengejar ibunya. Namun
terjatuh dari kerusi kerana kakinya sudah lumpuh.
Nenek : Ibu, maafkan Shima bu!!!! Ibu!!! Ibu!!!!

You might also like