You are on page 1of 7

B. Jenis pendekatan kaunseling yang telah digunakan di dalam program .

Program yang telah saya laksanakan semasa di sekolah ialah kem literasi al-quran. Program ini adalah salah satu usaha untuk membantu murid-murid tahun 2 hingga tahun 5 di bawah program j-qaf yang masih di tahap iqra 1,2, dan 3. Pendekatan kaunseling yang telah digunakan dalam program ini ialah pemulihan. Ini adalah berdasarkan kepada matlamat pelaksanaan program ini iaitu untuk mendorong pengulangan bacaan setiap hari secara intensif di samping memulihkan dan meningkatkan pembacaan murid-murid sehingga berjaya melepasi iqra. Pendekatan tersebut ialah pemulihan, antara sebab saya menyatakan bahawa pendekatan yang digunakan di dalam program ini ialah murid-murid yang masih berada di tahap yang rendah dipilih dan di masukkan ke dalam program ini. Pemilihan murid-murid ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh daripada guru yang mengajar al-quran iaitu guru j-qaf khususnya. Masalah yang di hadapi oleh murid-murid ini ialah mereka tidak mengulang bacaan mereka sama ada di rumah atau di sekolah, hal ini menyebabkan kualiti dan tahap pembacaan mereka tiada perkembangan yang positif. melalui program ini murid akan yang terlibat akan membaca iqra mengikut rekod bacaan sedia ada mereka selama 30 minit setiap hari secara berturut-turut selama 2 minggu. Tempoh masa selama 2 minggu ini adalah untuk memupuk dan melazimkan murid supaya berdisiplin untuk terus membaca al-quran sebagai salah satu daripada amalan seharian. Pelaksanaan ini adalah seiring dengan usaha untuk membentuk murid-murid agar dapat menunaikan solat dengan betul khususnya dalam aspek rukun qauli seperti bacaan al-fatihah di dalam solat. Maka berdasarkan kepada segala maklumat dan pengalaman melaksanakan program ini sememangnya pendekatan kaunseling adalah pendekatan pemulihan iaitu ingin mengubah murid yang masih di tahap yang lemah dan malas untuk membaca al-quran menjadi murid yang rajin untuk membaca al-quran dan mempunyai peningkatan dari sudut tahap dan kualiti bacaan.

C. Impak Perlaksanaan program kem literasi al-quran (klaq) merupakan salah satu usaha yang sangat bagus. Seorang umat islam sepatutnya menguasai pembacaan al-quran. Ini kerana al-quran merupakan mukjizat yang diturunkan kepada nabi muhammad sebagai panduan kepada umat islam. Sekiranya kita tidak mampu untuk membaca al-quran, bagaimana kita perlu meyakinkan kepada orang bukan islam bahawa kita yakin kepada kitab seperti yang terkandung di dalam rukun iman. Sepanjang perlaksanaan ini saya dapat melihat beberapa perubahan yang positif. Murid-murid yang terlibat dalam program ini iaitu murid tahun 2 hingga 5 dibawah program j-qaf yang masih di tahap iqra 1, 2 dan 3 ini makin suka untuk membaca bersama guru. Meskipun masa yang diperuntukkan hanya 30 minit. Murid akan duduk bersama-sama guru dalam suasana yang tenang tanpa gangguan daripada rakan yang lain. Keadaan ini selari dengan visi unit bimbingan dan kaunseling di sekolah yang mementingkan suasana yang teraputik. Keadaan ini mewujudkan keselesaan kepada murid. Walaupun mereka tidak menguasai kemahiran membaca tetapi dengan sokongan guru secara tidak langsung akan wujud motivasi kendiri yang berjaya di bina. Suasana sekeliling sangat membantu untuk murid melakukan perubahan dalam diri mereka. Sekiranya perlaksanaan program ini dilaksanakan secara kumpulan guru tidak dapat memberi tumpuan secara seratus peratus kepada murid meskipun perlaksanaannya adalah secara kumpulan kecil. Selain itu, suasana pembelajaran adalah tidak berbeza dengan keadaan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, kaedah perlaksanaan yang berkonsepkan seperti kaunseling individu membantu guru untuk lebih mengetahui masalah murid secara terperinci. Ini kerana sepanjang tempoh 2 minggu hubungan antara murid dan guru akan lebih dekat. Secara langsung dapat mengetahui masalah lain yang menjadi faktor kepada berlakunya masalah murid yang masih tidak mampu membaca al-quran. Melalui pemerolehan data atau maklumat guru dapat membantu murid dengan cara yang sesuai dan disepakati demi membantu murid kea rah kecemerlangan mereka. Program ini juga adalah salah satu inisiatif daripada guru-guru pendidikan islam khusuunya guru j-qaf. Ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab yang dirasakan penting untuk membantu untuk membantu murid dalam aspek pemulihan. Tambahan pula program ini

dilaksanakan khusus untuk murid yang beragama islam. Usaha ini secara tidak langsung membantu negara untuk mencapai falsafah pendidikan kebangsaan yang menitik beratkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan spiritual. Al-quran adalah sumber kekuatan kepada spiritual umat islam. Secara umumnya mereka yang berdamping dengan al-quran adalah individu yang positif dengan kehidupan sekeliling dan sekiranya mereka ditimpa masalah mereka adalah golongan yang sangat rasional dan tidak beremosi dengan emosi yang keterlaluan. Hasil daripada perlaksanaan program ini, murid-murid dapat meningkatkan tahap pembacaan mereka daripada tahap yang sebelumnya. Ini merupakan tindak balas yang positif yang menjadi matlamat perlaksanaannya. Selain itu, murid juga lebih yakin untuk membaca iqra dan makin bersemangat untuk membaca al-quran. Jadual membaca bersama guru yang menjadi rutin membuatkan murid menjadi disiplin. Pada awalnya agak sukar kerana perlu menjemput murid untuk melaksanakan sesi. Namun setelah beberapa kali perlaksanaan program ini, murid sudah berjaya untuk datang sendiri untuk berjumpa dengan guru tanpa perlu dipanggil. Setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Berdasarkan kepada kenyataan ini membuktikan murid lemah juga mempunyai potensi mereka yang tersendiri. Namun sebagai guru kita perlu komited dan ikhlas untuk membantu mereka untuk mecapai perubahan positif dalam kehidupan. Secara kesimpulannya, murid menunjukkan perubahan yang positif meskipun dalam tempoh perlaksanaan program yang singkat. Hal ini dibantu dengan pendekatan dan elemen-elemen yang diterapkan semasa program ini dijalankan. Meskipun begitu, selepas program ini murid sentiasa dipantau dan diberi peneguhan untuk terus disiplin untuk membaca al-quran di sekolah dan juga di rumah dan di mana-mana tempat yang sesuai.

Kepentingan pendekatan kaunseling dalam merancang program/ aktiviti sekolah Pelaksanaan program di sekolah adalah sangat sesuai kerana sekolah merupakan tempat penyebaran maklumat yang berkesan. Tanpa kita sedari sebenarnya aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah berkait rapat dengan pendekatan kaunseling iaitu krisis, pencegahan, pemulihan dan juga perkembangan. Tingkah laku atau kes yang diluar jangkaan seperti penderaan, dicabul atau dirogol atau mengandung luar nikah maka pendekatan krisis sangatlah perlu diaplikasikan. Pihak ibu bapa, guru dan juga warga sekolah perlu memberi perhatian yang serius dalam isu. Sekiranya isu yang serius sperti ini tidak diberi perhatian yang sewajarnya maka dibimbangi akan berlaku lagi masalah yang lebih serius rentetan daripada permasalah yang pertama. Sebagai contoh murid yang dirogol akan mengalami kemurungan dan memilih untuk bunuh diri. Seterusnya pendekatan pencegahan adalah sangat penting bagi program-program bercorak kesedaran atau penyebaran maklumat seperti ceramah, kem motivasi dan kempen. Maklumat yang disampaikan adalah sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan sesuatu kejadian berlaku seperti tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan maut kepada manusia. Konsep yang sangat mudah bagi pendekatan ini ialah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kita mempunyai pilihan untuk mendorong untuk sesuatu perkara itu berlaku atau menghalangnya. Program atau aktiviti yang melibatkan kebolehan atau potensi diri murid perlu diperkembangkan oleh guru supaya murid-murid dapat menonjolkan bakat mereka ke peringkat yang lebih jauh. Pertandingan dalam bidang ko kurikulum adalah melibatkan pendekatan kaunseling iaitu perkembangan. Sesuatu kemahiran atau kebolehan yang ada digilap supaya dapat membantu murid berjaya ke peringkat yang tertinggi seperti dalam bidang kokurikulum. Pendekatan pemulihan pula sangat sesuai untuk mengubah tingkah laku atau usaha untuk memperbaiki kelemahan murid di sekolah. Antara aktiviti yang sesuai dilaksanakan yang boleh menerapkan pendekatan ini ialah bengkel, kem bina sahsiah dan sebagainya. Pendekatan pemulihan ini ialah kita ingin melihat perubahan yang positif selepas menjalani program atau aktiviti yang dijalankan seperti kem bestari solat yang bertujuan untuk membetulkan cara murid bersolat.

Pada 21 februari 2014 yang lalu saya telah bekerjasama dengan guru pendidikan islam dan j-QAF sk sklia telah menjalankan kem bestari solat atau dikenali sebagai KemBest. Program ini melibatkan semua murid tahun 1, 2 dan 3 serta guru yang mengajar seperti yang telah ditetapkan dalam jadual kelas pada hari jumaat. Sebelum program ini dilaksanakan satu mesyuarat telah diadakan untuk membuat perancangan serta pembahagian tugas untuk jawatankuasa program. Saya dan pasangan praktikum telah ditugaskan sebagai fasilitator untuk program ini. beberapa tugas yang telah saya lakukan ialah menyusun kembali kad senarai semak murid untuk program bestari solat ini. murid mempunyai kad individu yang menjadi rekod bimbingan untuk program ini yang dilaksanakan di sekolah secara berjadual. Bermula pada pukul 7.40 pagi murid akan berada di dalam kelas. Guru yang mengajar pada ketika akan dibekalkan dengan modul berkaitan dengan bimbingan wudhuk dan bacaan solat. Murid akan diberi penerangan oleh guru yang bertugas. Pada ketika ini segala kesalahan akan dibetulkan oleh guru dan diberikan penjelasan oleh guru. Pendekatan kaunseling yang diaplikasikan bagi kaedah pengajaran di dalam kelas adalah mirip dengan pendekatan kaunseling kelompok. Murid-murid akan berkomunikasi dengan guru secara beramai-ramai meskipun jumlah murid-murid lebih daripada had 8 orang dalam sesebuah kelompok. Murid lebih bebas menyatakan maklumat dan pengalaman mereka sendiri. Tambahan pula murid dan guru sememangnya mengenali antara satu sama lain kerana guru tersebut adalah guru yang mengajar mereka. merujuk kepada satir1991 di dalam khoo bee le 2014 matlamat kaunseling adalah bertujuan memperkembangkan kefahaman dan celik akal klien daripada mempunyai satu alternatif untuk menyelesaikan masalah kepada beberapa alternative tambahan yang berkesan. Perlaksanaan modul KemBest di dalam kelas dapat membetulkan kebiasaan murid yang salah terutamanya cara mengambil wudhuk. Murid mempunyai pengetahuan tentang anggota wudhuk. Namun dalam aspek amali mereka agak jauh tersasar. Mereka melakukannnya secara sambil lewa. Melalui pendekatan kaunseling guru memperkembangkan pengetahuan yang mereka miliki kepada aspek pemulihan dalam bahagian amali. Kita sedia maklum bahawa perkara asas kepada solat adalah wudhuk. Sekiranya wudhuk tidak sempurna bagaimana dengan taraf dan kualiti solat yang ditunaikan? Oleh itu

sebagai seorang guru yang bertanggungjawab sebagai guru bimbingan kaunseling kita perlu menolong murid menjadi seorang anggota masyarakat yang berguna sejajar dengan kehendak dan aspirasi negara. Murid yang terlibat di dalam program ini dilayan dan dibimbing sama rata sama ada mereka ataupun tidak tentang sesuatu pengetahuan. Ini selaras dengan prinsip kaunseling yang menyatakan bahawa setiap klien hendaklah diterima sebagai individu seadanya dan dilayan dengan baik. Selain itu, kerjasama oleh guru-guru lain adalah sangat cemerlang. Meskipun mereka tidak bergelar ustaz ustazah. Namun itu bukanlah alasan untuk mereka tidak melibatkan diri dalam program ini. keadaan ini samalah seperti dengan peranan seorang guru biasa di sekolah. Tidak semestinya kita tidak mempunyai latar belakang kita tidak boleh melakukan tugas-tugas berkaitan kaunseling. Berdasarkan kepada tugas yang telah ditetapkan oleh kementerian terhadap peranan guru biasa sebagai guru bimbingan salah satunya ialah mengelolakan rancangan bimbingan di sekolah secara sistematik. Sementara itu, selepas rehat muri-murid di kumpulkan di dewan terbuka. Pada ketika ini murid melakukan amali secara beramai-ramai mengikut tahun. Pada ketika ini murid akan mengaplikasikan teori yang telah diperoleh ketika berada di dalam kelas sebelumnya. Murid melakukan perlakuan solat beserta dengan bacaan solat. Pendekatan kaunseling individu turut diaplikasikan pada ketika ini. murid yang melakukan amali dengan cara yang salah akan dibetulkan oleh guru secara terus. Guru akan terus datang dan betulkan kesalahan murid terutamanya ketika rukuk dan juga sujud. Tetapi sebelum itu, murid ditayangkan dengan sebuah video Hafalan Salat Delisa. Vide ini merupakan salah satu daripada intervensi yang digunakan. Ini adalah terapi bercerita. Teknik kaunseling ini dapat menarik minat murid. Dalam video cerita yang ditayangkan ini mengandungi emosi dalaman dalam setiap watak, mengajar penyelesaian masalah melalui cara yang kreatif serta menunjukkan sebab dan akibat perjalanan cerita. Melalui pemilihan video cerita ini emosi murid dapat diransang dan pengajaran tentang dapat diserapkan secara tidak langsung. Teknik bimbingan yang diaplikasikan adalah bersifat variasi. Murid-murid tidak boleh menerima pembelajaran dengan satu kaedah sahaja dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana mereka mudah hilang tumpuan dan akan berasa bosan. Pendekatan yang melibatkan

kepelbagaian kaedah dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam program ini. Merujuk kepada objektif program ini dijalankan adalah untuk memastikan murid dapat berwudhuk dan melaksanakan perlakuan solat dengan sempurna. Dalam teori behavoris turut memfokuskan kepada perubahan tingkah laku. Saya berpendapat program ini memberi impak yang positif kepada murid meskipun tingkah laku mereka tidak seratus peratus sempurna. Ini merupakan fasa yang pertama KemBest bagi tahun 2014. Jadi dengan usaha yang dilakukan murid akan dapat beribadat dengan betul mengikut syariat yang betul.

You might also like