You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang iaitu keterangan tentang konsep

pragmatik berdasarkan ragam bahasa yang digunakan dalam filem “Seniman

Bujang Lapok” dan “Pendekar Bujang Lapok”. Ragam bahasa ini telah wujud

sejak zaman lampau tetapi tidak dikodifikasikan atau diamalkan pada masa kini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Ragam bahasa merupakan beberapa bentuk bahasa yang khas digunakan dalam

karangan atau percakapan untuk menguatkan maksud percakapan dan

mempertajamkan pemahaman pendengar atau pembaca.Kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti penggunaan ragam bahasa dalam filem “Seniman Bujang

Lapok” dan “Pendekar Bujang Lapok”.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

ragam bahasa berdasarkan penggunaannya yang berkatian dengan situasi yang

tertentu.

Menurut Halliday (1964) dalam buku The Lingustic Sciences and

Languanges,ragam merupakan satu unsur bahasa yang penting apabila bahasa

digunakan dalam berbagai- bagai situasi.Bahasa haruslah menepati situasi

sosial supaya bahasa sesuai dengan sosial tertentu seperti manusia,bahasa

juga mempunyai ragamnya.Perkara ini berlaku kerana bahasa itu hak

masyarakat dan masyarakat yang menentukan penggunaan sesuatu bahasa

tersebut.

1
Walaupun banyak pendapat daripada tokoh bahasa mengenai ragam

bahasa,ragam bahasa digunakan dalam percakapan dan tulisan untuk

membolehkan perkara yang dituturkan atau ditulis mudah difahami dengan

mendalam oleh pendengar atau pembaca.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a) Mengenal pasti dan menyenaraikan jenis ragam bahasa yang terdapat dalam

filem P. Ramlee “Seniman Bujang Lapok” dan “Pendekar Bujang Lapok” .

b) Mengkategorikan jenis ragam bahasa yang diungkapkan dalam filem

P. Ramlee “Seniman Bujang Lapok” dan “Pendekar Bujang Lapok”

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

a) Memberi ilmu dan pengetahuan baru kepada orang ramai tentang

penggunaan ragam bahasa.

b) Bertujuan untuk menjadikan panduan ragam bahasa dalam kehidupan seharian.

c) Mendedahkan penggunaan dan makna jenis ragam bahasa yang

digunakan dalam filem arahan P. Ramlee.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah pada penggunaan jenis ragam bahasa dalam

keseluruhan 2 buah filem arahan P. Ramlee. Selain itu,kajian ini berfokuskan

kategori jenis ragam bahasa untuk situasi dalam filem tersebut.

3
5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini merangkumi dua filem arahan P Ramlee iaitu “Seniman Bujang

Lapok” dan “Pendekar Bujang Lapok”.Pengkaji membataskan kajian dalam

filem yang dikaji hanya berfokuskan penggunaan ragam bahasa secara meluas.

Kedua-dua filem arahan P Ramlee yang dipilih mempunyai jenis ragam bahasa

yang terhad dan dijadikan bahan kajian untuk kerja kursus ini.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji mendapatkan sebagai bahan kajian

dengan cara kaedah penganalisisan data dan kaedah pengumpulan data dapatan

kajian.

Pengkaji juga telah menjalankan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan

analisis penggunaan ragam bahasa dalam filem “Seniman Bujang Lapok” dan

“Pendekar Bujang Lapok” arahan P.Ramlee.

6.1 Pemerolehan Data

a) Kaedah Analisis Dialog

Kerja kursus ini dilakukan melalui kajian membaca dan menganalisis

dialog dalam filem yang bertajuk “Seniman Bujang Lapok” dan

“Pendekar Bujang Lapok”.Hal ini untuk memudahkan pengkaji untuk

menganalisis kata,frasa dan ayat yang mempunyai kaitan dengan

penggunaan ragam bahasa.

4
b) Kaedah Kajian Filem

Pengkaji menganalisis filem “Seniman Bujang Lapok” dan “Pendekar

Bujang Lapok” arahan P Ramlee untuk mendapatkan maklumat tambahan

mengenai penggunaan ragam bahasa yang terdapat dalam filem tersebut.

6.2 Penganalisan Data

Pengkaji menonton filem dan membaca skrip filem “Seniman Bujang Lapok”

dan “Pendekar Bujang Lapok” arahan filem P. Ramlee.

Pengkaji menyenaraikan kata,frasa dana ayat yang mengandungi beberapa

jenis ragam bahasa dan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

6.3 Kaedah Kepustakaan

Pengkaji bermula kajian ini dengan kerja pengumpulan maklumat melalui

kajian ke perpustakaan dengan membaca bahan bertulis seperti Kamus Dewan

dan Laman Web.Hal ini untuk memudahkan pengkaji menganalisis kata,frasa

dan ayat yang berkait rapat dengan penggunaan ragam bahasa dalam filem

“Seniman Bujang Lapok” dan” Pendekar Bujang Lapok”.

5
7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian dapatan kajian ini pengkaji menyenaraikan kepelbagaian

penggunaan ragam bahasa dalam filem “Seniman Bujang Lapok” dan

“Pendekar Bujang Lapok”.

7.1 Menyenaraikan jenis ragam bahasa yang terdapat dalam filem

P Ramlee “Seniman Bujang Lapok” dan “Pendekar Bujang Lapok”

Bil Ragam Bahasa Masa


1 “ Hei Din. Apa daa kau ni dah jadi bodoh ke? Itu bukan bom 3:35

daa...tayar meletup daa!”

2 “ Ini kedai kopi engkau punya bapak ada kongsi dengan aku 6:33

ke?”

3 “ Mana laku muka kita mahu berwayang ?” 4:09

4 “ Tak apalah sekarang tak suka, nanti lama-lamapun dia sama 12:33

suka,kan?”

5 “ Hai! Ramli, lekaslah pakai seluar. Takkan nak pakai kain itu 11:20

nak mintak kerja?”

6 “ Polis...! Jangan report pada polis,report le pada tok kadi.” 12:42

7 “ Hoi, Ramli, nak cari kerja ke, nak jual minyak?” 14:56

8 “Apa kau fikir ini duit bapak engkau...ya?” 16:09

9 “ Nama saja orang Melayu, sikit adap pun tak tahu. Orang 21:20

punya dekat panggil...hoi...hoi...saya ni apa? Batu ka, kayu

ka?”

10 “ Oh! Awak fikir awak punya lubang hidung besar saya takut 29:32

ke?”

11 “ Kenapa awak suka ganggu dengan kita? Asal kita balik kerja 12:17

6
saja awak nak ganggu dengan kita”.

12 “ Cis, tak malu. Kita tak suka dengan awak,awak nak suka 12:27

dengan kita pulak”.

13 “ Diam...dah...,itu aku punya pasal.” 16:04

14 “ Ada Assistant Director pun bodoh. Kau ni Assistant 19:18

Director apa? Kau nak mampos ya? Aku suruh cari orang yang

gagah, bukan badan kurus macam ni”.

15 “ Hei, apa ssyuun!...engkau sememangnya manusia durjana!” 28:57

16 “ Kau tiga ekor nampak itu pintu besar tidak? Dengan perintah 30:07

aku, get out! Get out!

17 “ Bodoh! Kecik-kecik tak nak mampos, sudah besar 35:18

menyusahkan orang”

18 “ Keluar! Keluar kau dari sini! Perempuan yang tak kenang 27:47

diuntung”

19 “Ampun? Ah, aku tidak akan ampunkan dosamu dari dunia 28:00

sampai akhirat”.

20 “ Alah mak dengan bapak pun sama je...” 29:42

21 “ Tak hingin! Tua tak sedar diri!Banyak cantik muka kau!” 1:17:03

22 “ Hei kemat,nanti dulu daa..apa daa kau dengan Pendekar Pak 33:11

Mustar pun tak boleh menang!”

23 “ Kalau Cik Adik taknak maafkan, kami nak tinggal Tanjung 41:52

Rambutan”.

24 “ Ros tak suka dengan perbuatan bapak.Ros tak suka orang- 35:59

orang tu tinggal dengan kita.Orang-orang tu pencuri bapak

tau!”

25 “Sudah,rupa-rupanya kamu bertiga ini buta hurut,buta kayu”. 59:41

7
26 “ Beratur...beratus!Baik kau jadi lembu daa”. 3:25

27 “Bila saja kau suruh aku bawak orang tua tu keluar, aku tolak 35:25

dia lah! Dia jatuh! Bila dia jatuh, dia nak bangun ni...! Bila dia

nak bangun, dia nak lawan pulak...! Apa lagi aku tak kasi

chance lah! Aku pun tumbok muka dia daa...!”

28 “Mereka bukannya datang nak bersilat, tetapi mereka nak 36:36

mencuri”.

29 “ Bukan...ni betul-betul” 1:33:59

30 “ Eee benci lah bapak ni. Asal jumpa orang sahaja bawak 23:52

balik ke rumah, asal jumpa orang sahaja bawak balik ke

rumah”.

31 “Kerja saya membahaya,pakcik.Siang malam berjaga-jaga 28:30

sahaja...kerja sambung ekor beruang”.

32 “Eh...eh...kalau mak dengan bapak sama yang mana jantan 29:46

yang mana betina?”

Jadual 1.0

Berdasarkan jadual 1.0, pengkaji telah menyenaraikan beberapa ragam

bahasa dengan berjumlah sebanyak 32 unsur ragam bahasa. Ungkapan-

ungkapan yang terdapat dalam kedua-dua filem mempunyai unsur ragam

bahasa. Sebagai contoh, “Diam...dah..., itu aku punya pasal” dan “Alah mak

dengan bapak pun sama je...”

7.2 Mengkategorikan jenis ragam bahasa yang diungkapkan dalam filem P

Ramlee “Seniman Bujang Lapok” dan Pendekar Bujang Lapok”


8
Bil Ragam Bahasa Contoh

1 Ragam Bahasa Mengejek 1.”Hei Din.Apa daa kau ni jadi bodoh ke? Itu bukan

bom daa..tayar meletup daa!”

2. “Hei Kemat,nanti dulu daa...apa daa kau dengan

Pendekar Pak Mustar pun tak boleh menang!”

2 Ragam Bahasa 1. “Mana laku muka kita mahu berwayang?”

Merajuk 2.”Kalau Cik Adik taknak maafkan ,kami nak tinggsl

Tanjung Rambutan”

3 Ragam Bahasa 1. “ Ini kedai kopi engkau punya bapak ada kongsi

Sindiran dengan aku ke?”

2. “Alah mak dengan bapak pun sama je...”

4 Ragam Bahasa 1. “ Polis...! Jangan report pada polis,report le pada

Menggiat tok kadi.”

5 Ragam Bahasa Herdik 1.“ Cis, tak malu. Kita tak suka dengan awak,awak

nak suka dengan kita pulak”.

2. “Sudah,rupa-rupanya kamu bertiga ini nuta

huruf,buta kayu”.

6 Ragam Bahasa 1. “ Keluar! Keluar kau dari sini! Perempuan yang tak

Berulang kenang diuntung”

2. “ Eee benci lah bapak ni. Asal jumpa orang sahaja

bawak balik ke rumah, asal jumpa orang sahaja bawak

balik ke rumah”.

7 Ragam Bahasa Bukan 1. “Mereka bukannya datang nak bersilat, tetapi

mereka nak mencuri”.

2. “Bukan...ni betul-betul”.

9
8 Ragam Bahasa Naik 1. “Bila saja kau suruh aku bawak orang tua tu keluar,

aku tolak dia lah! Dia jatuh! Bila dia jatuh, dia nak

bangun ni...! Bila dia nak bangun, dia nak lawan

pulak...! Apa lagi aku tak kasi chance lah! Aku pun

tumbok muka dia daa...!”

9 Ragam Bahasa Jenaka 1. “Kerja saya membahaya,pakcik.Siang malam

berjaga-jaga sahaja...kerja sambung ekor beruang”.

2. “Eh...eh...kalau mak dengan bapak sama yang mana

jantan yang mana betina?”

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Kesimpulannya, berdasarkan petikan dialog daripada filem “Seniman Bujang

10
Lapok” dan “Pendekar Bujang Lapok” ini pengkaji mendapati bahawa karya seni

bahasa Melayu banyak menggunakan ragam bahasa. Hal ini telah menunjukkan

bahawa ragam bahasa di setiap petikan filem ini mempunyai kekuatan dan

kelemahan tersendiri. Berdasarkan petikan dialog filem “ Seniman Bujang Lapok

” dan “ Pendekar Bujang Lapok ” ini, pengkaji mendapati bahawa filem ini

menggunakan pelbagai ragam bahasa seperti ragam bahasa mengejek, merajuk,

sindiran, mengiat, herdik, berulang, naik, bukan dan jenaka. Penggunaan ragam

bahasa yang paling banyak digunakan dalam filem ini yang pengkaji temui ialah

ragam bahasa herdik. Pengkaji mendapati bahawa dialog dalam filem ini yang

menggunakan ragam bahasa untuk menarik penonton menyaksikan filem ini. Hal

ini dikatakan demikian kerana penggunaan ragam bahasa dalam filem ini dapat

menjadikan sesuatu jalan cerita itu mudah memahami dan menjiwai watak dalam

sesebuah karya itu. Pada pandangan pengkaji, dialog filem ini perlu melebihkan

ragam bahasa jenaka supaya penonton dapat memahami dan terhibur dengan

situasi dalam sebuah karya tersebut. Selain itu, ragam bahasa berulang dalam

sesebuah karya harus dikurangkan untuk mengelakkan penonton berasa bosan dan

penonton tidak tertarik untuk menonton filem itu lagi.

9.0 PENUTUP

Hasil kajian yang telah dikaji ini menunjukkan beberapa contoh ragam bahasa

11
yang telah disenaraikan oleh pengkaji dan mengkategorikan beberapa jenis ragam

bahasa yang terdapat dalam filem “ Seniman Bujang Lapok ” dan “ Pendekar

Bujang Lapok ”. Terdapat beberapa jenis ragam bahasa yang berbeza digunakan

dalam filem ini. Setiap ragam bahasa yang dipaparkan dalam Bahasa Melayu

digunakan mengikut situasi itu tersendiri. Pengkaji berharap agar kajian akan ini

dapat dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji lain untuk mengkaji kajian ragam

bahasa yang belum lagi dikaji seperti ragam bahasa dalam novel dengan lebih

terperinci.

BIBILIOGRAFI

12
Laman Sesawang

- https://sys2wa.blogspot.com/p/bmk-3043.html

- https://anazays6028.blogspot.com/2014/03/ragam-dan-gaya-bahasa-

melayu.html

- https://ms.wikipedia.org/wiki/Ragam_bahasa#:~:text=Ragam%20bahasa

%20merupakan%20pengkajian%20terhadap,formal%20dan%20bahasa

%20tidak%20formal.

Buku Ilmiah

- Buku teks Bahasa Melayu Semester 3 Tingkatan 6 karya Nawi bin Ismail dan

Suzilawati binti Shaary

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

- Kamus Dewan Edisi Keempat

LAMPIRAN

13
Poster Filem Seniman Bujang Lapok

Barisan pelakon Seniman Bujang Lapok

14
Poster Filem Pendekar Bujang Lapok

Barisan pelakon Pendekar Bujang Lapok

15
Salah satu babak dalam Filem Seniman Bujang Lapok

Salah satu babak dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

16
Buku Teks Bahasa Melayu Semester 3

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

17

You might also like