You are on page 1of 7

Slanga Dalam Bab 5 Novel Rooftop Rant

Aplikasi Komputer Dalam Kajian


Linguistik
Search this

 Home
 Perihal Blog ini

Archive for the ‘1.0 Pengenalan’ Category


3 Apr

1.1 Pendahuluan

Posted by Nor Asyikin in 1.0 Pengenalan, Projek 1. 6 comments

Linguistik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang bahasa secara saintifik. Ia
merangkumi dari semua aspek komunikasi manusia, daripada pemerian bunyi bahasa kepada
analisis secara menyeluruh kerencaman pemikiran manusia yang dipernyatakan dalam bentuk
pertuturan dan lisan (Stork & Widdowson 1983). Hartmann, R.R.K, dan Stork (1976)
mengatakan bahawa linguistik adalah satu bidang kajian, dan subjek kajiannya ialah bahasa.
Ahli bahasa mengkaji kebolehan manusia untuk berhubungan sebagai pernyataan individu,
bunyi yang dituturkan, teks yang ditulis dan lain-lain lagi.

Bahasa didefinisikan sebagai “suatu himpunan ayat-ayat yang terbatas panjangnya dan
terbentuk daripada suatu himpunan unsur-unsur yang terbatas.( Noam Choamsky). P.W.J
Nababan (1984) pula mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem perisyaratan (semiotic)
yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur itu. Unsur bahasa terdiri
daripada fonem, morfem, dan kata yang dibentuk daripada fonem dan morfem. Dalam bahasa
terdapat peraturan yang menyeragamkan penggunaannya seperti sebutan yang diterima,
makna yang disepakati, ungkapan yang dibentuk, kosa kata yang dipakai, laras dan juga
wacananya.

Ferdinand de Saussure (1857-1913) mengatakan bahawa bahasa ialah pola-pola umum dalam
pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seseorang individu
dalam suasana tertentu. Mengikut beliau, bahasa (la langue) ialah suatu gejala sosial,
dipunyai oleh seluruh masyarakat yang menggunakan bahasa itu. Pertuturan (la parole) ialah
penghasilan oleh individu. Bahasa merupakan alat yang mungkin digunakan dalam
perhubungan (potential vehicle of communication), tetapi pertuturan adalah aktiviti yang
sebenar dalam perhubungan.

Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang tidak
rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai
‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahani kosa kata dan
istilah yang mereka ungkapkan. Selanjutnya, Ajid Che Kob (1998), berpendapat ‘key word’
atau kata kunci dalam pengujaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan
menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.

Advertisements
Report this ad
Report this ad

1 Apr

1.5 Definisi Istilah

Posted by Nor Asyikin in 1.0 Pengenalan, Projek 1. 16 comments

Bahasa Slanga.

Slanga.

Menurut Fischer (1996) slanga muncul pada abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain
” iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi, kata slanga berasal daripada perkataan
“sling” yang dihubungkaitkan dengan “beggar language dan rogues language” iaitu bahasa
kelompok pengemis dan anak jalanan.

Bahasa Slanga amat meluas digunakan dalam kalangan para remaja masa kini. Penggunaan
bahasa slanga telah menjadi ‘biasa’ dan tanpa segan-silu dipertuturkan baik dari kaki lima
kedai usang sehinggalah ke galeri indah, bangunan parlimen. Manusia adalah makhluk sosial
yang tidak dapat hidup sendirian melainkan selalu berinteraksi menerusi bahasa yang mereka
tahu, faham, dan serasi sekaligus membentuk identiti kelompok yang memungkinkan
terbinanya pelbagai bahasa, berbilang budaya yang unik dan tersendiri.

Definisi Slanga.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei:2003) mengatakan
bahawa slanga adalah ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau
mengikut musim. Harimurti Kridalaksana (1982:156), bahasa slanga adalah bahasa yang
tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai
‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahami kosa kata
dan istilah yang mereka ungkapkan.

Brooke (1973:12) telah mengungkapkan bahawa variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa
diberi beberapa nama oleh ahli bahasa berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Umpamanya,
variasi atau ragam bahasa mengikut penggunaan sebagai register atau laras dalam ilmu
sosiolinguistik. Antara variasi bahasa yang lain termasuklah variasi seperti dialek, diglosia,
slanga dan idiolek.

Grice (1975) menghuraikan, slanga memiliki kecenderungan yang digunapakai secara paling
asas dan umum untuk memenuhi fungsi sosialnya. Perkara seumpama ini terjadi dalam semua
bahasa di dunia, tambahan pula kosa kata slanga ditakrif seusia atau lebih awal dengan
sesebuah bahasa bagi bangsa itu sendiri (Nik Safiah Karim, 1996:43-49).
Bahasa slanga mempunyai ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran sehingga
akhirnya menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar umbi untuk membentuk identiti
kumpulan (Asmah,1993:85). Selanjutnya, Ajid Che Kob (1998) berpendapat ‘key word’ atau
kata kunci dalam pengajaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya yang bertujuan
menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.

Dari perspektif ahli bahasa dapat disimpulkan bahawa praktikal bahasa memberi justifikasi
tepat tentang bahasa dan tingkah laku yang saling berperanan dan mempengaruhi penutur
bahasa terhadap dunianya yang tergambar menerusi ungkapan dan penuturan bahasa slanga.
Cara, gaya, dan emosi yang dibawa oleh bahasa slanga itu sendiri sudah memberi kefahaman
meluas mengenai peranan bahasa dalam kehidupan manusia baik kognitif, afektif dan
amalan kehidupan sehariannya.

1 Apr

1.4 Kepentingan kajian

Posted by Nor Asyikin in 1.0 Pengenalan, Projek 1. 8 comments

Kepentingan kajian berkenaan bahasa slanga ini adalah seperti berikut:

1. Dapat mencuba perkataan-perkataan baru sebagai tanda pengenalan kumpulan


komunikasi yang tersendiri.
2. Dapat menyatakan makna-makna baru terhadap sesuatu perkataan slanga yang
dicipta.
3. Penggunan bahasa slanga juga dapat memudahkan kumpulan individu yang
menuturkannya untuk menyebut perkatan-perkataan baru yang dicipta sekaligus
membolehkan mereka mengingati setiap perkataan yang diujarkan.

31 Mar

1.3 Objektif

Posted by Nor Asyikin in 1.0 Pengenalan, Projek 1. 1 comment

Bagi memenuhi kursus SKBL2113 Aplikasi Komputer Dalam Linguistik sesi 2011/2012,
novel Rooftop Rant telah dipilih untuk diteliti aspek bahasa slanga dalam bab 5. Berikut
merupakan objektif kajian:

1. Untuk memenuhi kandungan bab 5 novel Rooftop Rant.


2. Untuk mengaplikasikan perisian Antconc dalam bab 5 novel Rooftop Rant.
3. Untuk menganalisis bahasa slanga dalam bab 5 novel Rooftop Rant.

31 Mar

1.2 Latar Belakang Kajian

Posted by Nor Asyikin in 1.0 Pengenalan, Projek 1. 6 comments


Latar Belakang Novel.
JEMARI SENI PUBLISHING memulakan operasi penerbitan buku di Malaysia, apabila
novel Percayalah.. karya sulung penulis baharu Ruby Hazri diterbitkan pada 6 Oktober 2006.
Sebagai sebuah syarikat kecil yang ingin sama-sama mewarnai dunia penerbitan,
novel Percayalah… ini memberi ruang kepada pembaca untuk ‘percaya’ kepada
produkJemari Seni Publishing. Kejayaan kecil ini telah melonjak semangat kedua-dua
pengasas syarikat ini: yang sama-sama memiliki hobi membaca buku cerita.

Idea untuk menubuhkan syarikat penerbitan ini bermula, apabila Noor Suraya merungut yang
novel kanak-kanaknya, perlu ditambah halaman sebagai prasyarat untuk diterbitkan. Sekadar
suka-suka, Noor Suraya berkata dia terasa ingin menerbitkan novel kanak-kanaknya
sendiri. Sebagai sahabat yang menadah telinga, Mariah mengemukakan usul, jomlah kita
terbitkan cerita tu sendiri! Bertitik tolak dari situlah, sebuah impian akhirnya menjadi
kenyataan. Alhamdulillah.

Noor Suraya – Mariah mula mengatur strategi dalam diam-diam. Dalam sibuk-sibuk
mengurus pekerjaan seharian, banyak yang mereka telah usahakan. Kedua sahabat ini mula
mengumpul maklumat, mencari penulis dan mengumpul dana. Tidak sangka
akhirnya, Jemari SeniPublishing berjaya didaftarkan pada Februari 2006. Namun begitu
idea untuk menerbitkan cerita kanak-kanak disimpan dulu, kerana hati sudah tergoda untuk
menerbitkan novel umum sahaja, sebagai produk permulaan syarikat ini. Alhamdulillah,
ramai pula teman-teman yang sudi menghulurkan buah fikiran dan maklumat mengenai
penerbitan serta mempromosi syarikat setahun jagung ini.

Penulis Novel Rooftop Rant.


Hlovate
HANYA INGIN DIKENALI dengan nama Hlovate. Cerita pertama yang ditulisnya ialah
GreaTroublemaker_i, ketika menuntut di tingkatan 3. Menulis baginya adalah satu cara untuk
berkongsi dan meluahkan rasa.

Antara kata-kata Hlovate:


“… menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak
dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau
kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni ‘classroom’
yang paling besar dengan Allah sebagai ‘Teacher the Almighty’. Aku banyak belajar dengan
tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku ‘just’ tulis apa
yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, ‘everything needs
commercial value and attraction force’; maka aku pun ‘draw’ je cerita tu ikut ‘taste’ orang
yang nak baca, tapi dengan ‘core’ yang aku ada sebagai ‘basic color’, nak ‘share’ dan
bercerita rasa dengan orang bukan senang.”

Katanya lagi:
“Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh ‘draw n paint’ perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada ‘art n skill’, maka aku tak boleh nak ‘shout out’ buat ‘graffiti’ kat mana-mana
dinding… dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis… aku tau ‘throw out n spill’ je…”

Buku, muzik, kata-kata, alam dan hujan adalah kegemaran Hlovate. Hlovate kini sedang
menuntut di luar negara. Hlovate boleh dihubungi melalui e-mel hlovate@yahoo.com

Blog Stats

 22,532 hits

Meta

 Register
 Log in
 Entries RSS
 Comments RSS
 WordPress.com

March 2019
M T W T F S S
« May
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Menu

 Projek 1 (10)
o 1.0 Pengenalan (5)
o 3.0 Metodologi Kajian (1)
o 4.0 Analisis Dapatan Kajian (1)
o 5.0 Penutup (1)
o Lampiran (1)
o Muka Depan (1)
 Projek 2 (1)
 Projek 3 (2)
 Terjemahan (1)
Pos Terbaru

 Penilaian terhadap Perisian ‘Google Translate’


 Terjemahan
 Projek 3
 Projek 2 – Soal – selidik ‘Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Kalangan Pelajar UKM
 Tajuk

Pautan Linguistik

 Analisis Kata-Kata Hikmat dan Inspirasi dalam Petikan Swami Vivekananda


 Analisis Kata-Kata Semangat dalam Teks Ucapan Swami Vivekananda di Chigago
 Analisis Sintaksis Teks Ucapan David Teo
 Aspek Humor dalam Facebook Ustaz Azhar Idrus
 Aspek Leksikal Berunsur Islam dalam Novel 'Mereka Yang Tertewas'
 Aspek Leksikal Berunsur Nasihat dalam Pantun Dondang Sayang Baba Nyonya
 Aspek Leksikal dalam Lirik Lagu Dikir Barat
 Bahasa Figuratif (metafora dan personafikasi) dalam Puisi Usman Awang
 Bahasa Kiasan dalam Novel 'Mereka Yang Tertewas'
 Bahasa Kiasan dalam Puisi-Puisi A. Samad Said
 Dialek Ustaz Lazim Elias dalam Ceramah Agama
 Gaya Bahasa dalam Karya Sulalatus Salatin
 Kata Panggilan dalam Ceramah Ustaz Don Daniyal
 Kata Penjaman Bahasa Asing dalam Bab 6 Karya Sulalatus Salatin
 Kata Perlambangan dalam Puisi A. Samad Said
 Kata Pinjaman Bahasa Arab dalam Teks Ucapan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
 Kata Pinjaman dalam Puisi A. Samad Said
 Kata Sindiran dalam Teks Ucapan Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak
 Kata Singkatan dalam Ceramah Ustaz Don Daniyal
 Kata-Kata dalam Lagu-Lagu Rakyat Melayu Sarawak
 Kebiadapan Berbahasa di dalam Blog Pelajar
 Kebiadapan Berbahasa di dalam Blog Pelajar
 Kekerapan Penggunaan Perkataan dalam Sajak Mohandas Karamchand Gandhi
 Peminjaman Bahasa Asing dalam Teks Ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi
 Penggunaan Kata Larangan dalam Puisi A. Samad Said: Analisis Menggunakan
Antconc
 Penggunaan Kata Singkatan dalam Blog
 Penginterpretasian Simbolik Haiwan dalam Lagu Dikir Barat
 Penukaran Kod dalam Blog Pelajar Kejuruteraan
 Penukaran Kod dalam Ceramah Ustaz Don Daniyal
 Penukaran Kod dalam Novel Rooftop Rant
 Personafikasi dalam Bab 2 Karya Sulalatus Salatin
 Unsur Dialek dalam Ceramah Ustaz Don Daniyal

Advertisements
Report this ad

Blog at WordPress.com.
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to
their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

You might also like