You are on page 1of 6

SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan
1.0 Pengenalan
1.1 latar belakang
1.2 definisi konsep
2.0 Objektif kajian
3.0  Kepentingan kajian
4.0 Skop kajian
5.0 Batasan kajian
6.0 Kaedah kajian
6.1 mendapatkan bahan data
7.0 Dapatan kajian
7.1 senarai bahasa kasar
7.2 penilaian penggunaan bahasa kasar
7.3 kesan penggunaan bhasa kasar
8.0 Rumusan
9.0 Penutup

Bibliografi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kami panjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga kami
menyiapkan kerja kursus bahasa Melayu kertas 5 (910/5) penggal 3 tahun 2017 yang bertajuk,
“Penggunaan Bahasa Kasar dalam Novel “***”.  

Terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada
Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan *** iaitu Tuan Haji Mohd Munir bin Md Ramli dan
Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan Rozita Binti Idris kerana mereka telah memberi keizinan kepada
kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan .. teratur. Di samping itu,  tidak dilupakan juga ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti iaitu
Puan Shamshul Khamariah binti Salim kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami untuk
menyiapkan kerja kursus ini.  Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan ibu bapa kami yang ikhlas
membantu untuk memastikan kerja kursus yang dilakukan ini berjalan dengan lancar.

    

Muhammad Najmi bin Mohd Zaini

Khairunnisa Mahirah binti Khalil


Nurumairah binti Mansor

Nurhayati Mohd Akhir

Julai, 2017

 1.0  PENGENALAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar Belakang Kajian 

Kajian ini bertajuk penggunaan bahasa kasar dalam novel  ‘***’.  Novel ‘***’ adalah salah sebuah novel
terbitan syarikat buku ***, Petaling Jaya, iaitu sebuah syarikat yang menitikberatkan bahasa-bahasa
urban dan kontemporari.  Novel ini ditulis berdasarkan sebuah dunia khayalan dan kenyataan oleh
seorang anak muda yang bernama ****.  Novel ini diterbitkan pada tahun 201* dan menjadi antara
novel yang terlaris dalam  pasaran di  Malaysia.

Novel ini menceritakan sebuah kisah enam orang sahabat iaitu Afiq, Najmi, Syida, Alwanie, Hanafi
Rahamat, dan Hazim yang meluangkan masa lapang mereka dengan menjalankan aktiviti “Ghost
Hunter” atau lebih dikenali sebagai aktiviti paranormal.  Mereka telah pergi ke sebuah bangunan lama
yang berhantu untuk menjalankan misi tetapi mereka tidak  menyedari bahawa mereka mula diganggu
apabila setibanya mereka di lokasi tersebut.  Salah seorang rakan mereka, iaitu Hazim atau lebih dikenali
sebagai Ajim telah mengajak rakan-rakannya bermain permainan “Sprit of The Coin”, iaitu sebuah
permainan untuk memuja hantu, namun .................. tersebut.  Pada kemuncak cerita kesemua watak
meninggal dunia seorang demi seorang dalam keadaan yang mengerikan.  Selanjutnya, salah seorang
watak ................................................................................ berlaku.  Pada pengakhiran cerita, dalang di
sebalik kejadian ................... Kesemua mereka meninggal dunia kecuali............................... Novel ini
mempunyai 2* bab disertakan juga prolog dan epilog.  

Seterusnya, Novel terbitan *** menggunakan banyak bahasa kasar terutama berkaitan kajian para
pengkaji iaitu Novel “ **** ”.  Kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji ini adalah untuk mendalami
maksud yang tersirat disebalik bahasa kasar. Selain itu, kajian ini belum pernah dikaji oleh pengkaji lain
untuk dijadikan bahan kajian. 

(-..- menyebabkan group kami kebuntuan dalam mencari sumber. sumber yang sangat terhad.
Alhamdullillah, dengan jayanya ia siap. risiko yang kami terpaksa tanggung adalah per-markah-an kami.)

1.2 Definisi Konsep 

1.2.1  Definisi Novel

Menurut Shahnon Ahmad, (1988:4), novel adalah satu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia
menerusi satu bentuk sastera, iaitu cereka.  Ia adalah satu rangkuman tiga faktor utama yang timbal-
menimbal antara satu dengan yang lain, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencaman hidup, dan
imaginasi serta idea yang tercetus dari ketiga-tiga faktor itu berpusar pada satu tahap saja, iaitu
kehidupan manusia dalam segala liku-liku, keserabutan dan kerencamannya.    

Menurut S. Othman Kelantan, (1987:14) perkataan ‘novel’ ini berasal dari perkataan Itali, iaitu novella
atau novellete yang dimaksudkan kepada suatu cerita dalam bentuk prosa yang panjang dan
mempunyai isi yang tertentu dan baru diperkenalkan.  Sebab itu novella atau novellete itu dikatakan
juga sebagai genre kesusasteraan yang baru.  Ertinya ‘novel’ itu adalah karya fiksyen dalam bentuk
prosa, dan bentuk seumpama itu sangat baru dalam perkembangan kesusateraan dunia. ‘Novel’
mempunyai ciri-ciri yang berlainan sekali daripada hikayat atau romans.

Oleh itu, para pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa novel ialah (*hasil kajian tidak dibenarkan
untuk dipaparkan oleh ahli group Kak Kai, harap faham ).  Novel adalah salah satu bentuk dari sebuah
karya sastera.

1.2.2  Definisi Bahasa Kasar


Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (1993:305), bahasa kasar digunakan dalam suasana emosi
yang negatif, seperti marah dan benci, iaitu apabila hilang rasa hormat kepada orang yang dilawan
bercakap.  Dua ciri utama bahasa kasar ini ialah pertama, penggunaan kata ganti diri ‘aku’, ‘kamu’,
‘engkau ‘ dan kedua, pemilihan perkataan seerti yang kasar, umpamanya ‘otak’ untuk ‘fikiran’, ‘jantan’
untuk ‘lelaki’ atau ‘betina’ untuk ‘perempuan’.

 Bahasa kasar ialah bahasa yang tidak mementingkan amalan sopan santun dalam berbahasa.  Kata-kata
kasar terbahagi kepada dua, iaitu bahasa kasar biasa dan bahasa kesat.  Bahasa kasar biasa
menggambarkan penutur tersebut mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau sifatnya yang tidak
tahu berbahasa dengan baik. Bagi bahasa kasar kesat pula, digunakan ketika marah dan maki hamun,
mengutuk, mencarut dan sebagainya.  Bahasa kasar dapat dikaitkan dengan bahasa yang digunakan oleh
golongan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan bermoral rendah. 
(http://www.aimanfashah.blogspot.com) 

Kesimpulannya, bahasa kasar tidak...( *hasil kajian tidak dibenarkan untuk dipaparkan oleh ahli group
Kak Kai, harap faham) .

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

a) Mengenal pasti dan menyenaraikan bahasa kasar dalam novel 

b) Membincangkan penggunaan bahasa kasar yang terdapat dalam novel  

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk 


a) Memberi ilmu dan pengetahuan kepada orang ramai tentang penggunaan bahasa kasar yang terdapat
di Malaysia.

b) Dijadikan sebagai sumber pembelajaran dalam penggunaan bahasa kasar

c) Menambahkan dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa kasar.

(-- harapnya kami memenuhi ketiga-tiga kepentingan kajian itu.)

   4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah pada penggunaan bahasa kasar dalam novel “ *** ” dan maksud yang tersirat di
sebalik penggunaan bahasa kasar dalam novel tersebut.  Selain itu, kajian ini juga berfokuskan kepada 
penggunaan bahasa kasar untuk situasi tidak formal dalam novel.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh para pengkaji hanya terbatas kepada variasi bahasa kasar yang terdapat
dalam novel sahaja. Selain itu,  para pengkaji juga tidak mengkaji bahasa kasar dalam novel berdasarkan
latar belakang penulis novel. Seterusnya, kajian terbatas pada  lokasi yang terdapat dalam novel sahaja,
pengkaji tidak mengkaji lokasi sebenar.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan.

Kajian kepustakaan

You might also like