You are on page 1of 4

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK ROMPIN
khasnya Pengetua Puan Hajah Hawiah Binti Chik dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan
Norzawati Binti Aziz kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan
kerja kursus ini.
            Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Cikgu Zakiah Binti Samad selaku guru Ekonomi saya. Beliau telah
meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru
yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
            Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Sabri Bin Ahmad dan Puan Norini
Binti Abdullah jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan
kepada saya sepanjang masa.
            Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Eliza Norshafiqah Hamirah Binti Abdul Hamid
dan semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga,
terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik
dan temubual.
            Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti peranan AIM sebagai agensi pemberi kredit di
Kuala Rompin dan mengkaji jenis skim pinjaman yang menjadi tarikan kepada penduduk Kuala
Rompin. Penyelidik telah menggunakan kaedah primer dan kaedah sekunder bagi mendapatkan
data. Antaranya ialah data primer  iaitu kaedah temu bual, dan borang soal selidik. Penyelidik
telah menemu bual seorang Pembantu Amanah yang menjaga blok Pontian iaitu Encik
Mohammad Rizal Bin Musa untuk mengenalpasti jenis skim pinjaman yang ditawarkan di AIM
cawangan Kuala Rompin yang terdiri daripada Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi dan Ikhtiar
Sejahtera. Selain itu, borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden dalam
kalangan penduduk Kuala Rompin. Data sekunder pula didapati dengan melayari internet,
melalui risalah dan buku teks. Hasil keseluruhan kajian ini, mendapati bahawa penduduk Kuala
Rompin merasai peranan yang paling penting ialah mengurangkan kemiskinan dalam kalangan
isi rumah dengan seramai 15 orang bersamaan 50% . Seramai 8 orang bersamaan 27% penduduk
Kuala Rompin bersetuju bahawa menyediakan kemudahan kewangan kepada usahawan-
usahawan Ikhtiar sebagai peranan kedua terpenting. 7 orang lagi (23%) memilih peranan
menyediakan bimbingan dan latihan kepada isi rumah dan usahawan Ikhtiar sebagai peranan
yang kurang penting.  Skim pinjaman yang paling diminati oleh penduduk Kuala Rompin ialah
Ikhtiar Sejahtera iaitu seramai 18 orang bersamaan 60%. Skim pinjaman yang paling kurang
diminati pula ialah Ikhtiar Mesra iaitu seramai 5 orang bersamaan 17% penduduk Kuala Rompin.
Manakala, terdapat 7 orang bersamaan 23% yang menggemari Ikhtiar Srikandi sebagai skim
pinjaman yang terbaik.

 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejarah berkembangnya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkait rapat dengan


penubuhan Bank Grameen. Sejarah bermulanya Bank Grameen adalah apabila Dr Muhammad
Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun
1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada
kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka
adalah kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Oleh itu, Prof. Yunus mencadangkan
bahawa, jika golongan miskin ini diberi suntikan modal pada masa dan situasi yang betul pasti
akan dapat membina sebuah pembangunan yang pesat. Prof. Yunus dengan bantuan wang
peribadinya sendiri memulakan perbankan dengan golongan miskin yang mana pada masa itu,
pelajarnya sendiri telah menyenaraikan hampir 42 nama mereka yang terdiri daripada golongan
miskin di Kampung Jobra terletak di pinggir kampus. Mereka yang terpilih adalah golongan
miskin yang difikirkan layak untuk diberi bantuan pinjaman.
Antara objektif yang dikemukakan oleh Prof. Yunus pada ketika itu bagi meminjamkan
wang kepada golongan miskin ini ialah memperluaskan kemudahan perbankan kepada golongan
miskin, mengelakkan golongan miskin ini dari ditindas oleh lintah darat dan memberikan
pinjaman kepada golongan miskin ini berdasarkan syarat yang lebih teratur dan senang difahami.
Berdasarkan disiplin bayar balik yang memuaskan memberikan satu idea kepada Prof. Yunus
untuk memperluaskannya kepada satu sistem perbankan yang lebih teratur. Dari sehari ke sehari
perbankkan Prof.Yunus dengan golongan miskin makin berkembang dan Prof. Yunus mula
mencari bank-bank yang berminat untuk membiayai program ini. Namun tiada mana-mana bank
yang berminat pada ketika itu dan ini memaksa Prof. Yunus untuk meminta kerajaan Bangladesh
mengisytiharkan lesen perbankkan kepadanya. Hasil usaha gigih Prof. Yunus selama ini berbaloi
apabila pada 2hb Oktober 1983, wujudlah Projek Bank Grameen. Projek ini semakin
berkembang dengan pesat sehingga kini wujudlah Bank Grameen dan bukan lagi Projek Bank
Grameen.

Pendekatan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan diperkenalkan oleh Prof.


Muhamad Yunus di Bangladesh pada tahun 1976 dan sejak itu telah berkembang ke seluruh
dunia. Perkembangannya di Malaysia berlaku pada tahun 1986, diusahakan oleh Prof. David
Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim, pada waktu tersebut masih berkhidmat dengan
Universiti Sains Malaysia (USM). Projek awal untuk menguji kesesuaian pendekatan Bank
Grameen ini yang dikenali sebagai Projek Ikhtiar yang dikendalikan oleh USM dan dibiayai oleh
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Pusat Pembangunan Asia Pasifik
(APDC) dan Kerajaan Negeri Selangor. Projek Ikhtiar, iaitu satu projek penyelidikan bertindak
yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dasar (PPD) USM adalah satu kajian bagi menguji
Pendekatan Bank Grameen (PBG) di dalam mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan
menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin. Penyaluran kredit mikro ini adalah bagi
membiayai apa sahaja usaha bagi meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan golongan
miskin ini dengan pengurusan bersama pihak AIM demi kesinambungan dan kejayaan program.
(Sumber : http://www.aim.gov.my/)
Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Rompin, Pahang ditubuhkan pada 14 Oktober 2009.
Pengurus Cawangan (PC) AIM Kuala Rompin, Pahang ialah Encik Mohammad Noraimin Bin
Abdul Rahman, dibantu oleh Penolong Pengurus Cawangan (PPC) Encik Adnan Bin Zakaria,
Pembantu Amanah Pengurusan (PAP) Nurul Syakira Binti Ismail, dan Pembantu Amanah Sistem
(PAS) Puan Azalina. Terdapat 10 orang Pembantu Amanah lain yang menjaga setiap blok, iaitu
Mohammad Zaim yang menjaga blok kawasan Bandar Rompin, Mohammad Rizal Bin Musa
menjaga blok Pontian, Mohammad Saiful Bin Fazli menjaga blok Janglau, blok Endau dijaga
oleh Mohammad Zulhilmi Bin Razilah, Mohammad Zakuan menjaga blok Mersing, blok Seri
Mersing dijaga oleh Muhammad Amir, Bandar Mersing pula dijaga oleh Muhammad Yunus,
Muhammad Salleh menjaga blok Felda Nitar dan Tenggaroh, Hizzuan Shah pula menjaga blok
Tanjung Gemok dan Muhammad Shauki menjaga blok Rompin iaitu dari Leban Condong
sehingga Muadzam Shah.

AIM cawangan Rompin menyediakan tiga skim pinjaman kepada penduduk Kuala
Rompin, Pahang iaitu Ikhtiar Mesra, Ikhtiar Srikandi, dan Ikhtiar Sejahtera. Terdapat pelbagai
kelebihan yang diperoleh apabila menjadi ahli AIM menyebabkan ramai penduduk Kuala
Rompin gemar membuat pinjaman dengannya. AIM Kuala Rompin ini terletak di kawasan
Bandar Rompin yang beralamat No. 13, Tingkat 1, Jalan Sentosa 4, Taman Sentosa, 26800
Kuala Rompin, Pahang. Pejabat AIM Kuala Rompin ini berdekatan dengan Pasaraya Sakan,
Restoran Sepit Biru, Pizza dan bangunan Parlimen UMNO. Penduduk Kuala Rompin menyertai
AIM mengikut blok yang berdekatan dengannya. 

You might also like