You are on page 1of 16

ABSTRAK

Penulisan ini berkaitan dengan bahasa gender. Penulisan ini

akan membincangkan mengenai definisi bahasa dan gender dari

bidang linguistik. Seterusnya, penulisan ini akan memfokuskan

pada soalan utama iaitu tiga perkara yang ditimbulkan oleh

Lakoff (1975) mengenai bahasa gender. Penulisan ini akan

meneliti perkara dalam bahasa gender yang merangkumi aspek

soalan tag, kesantunan bahasa dan mengelakkan daripada

menggunakan kata makian. Penulisan ini juga akan

membincangkan peranan dan perbezaan bahasa yang digunakan

oleh golongan lelaki dan wanita semasa berkomunikasi.

Seterusnya dalam penulisan ini juga akan dijelaskan mengenai

perkara bahasa gender dalam konteks bahasa Melayu pada

masa kini. Bahagian terakhir penulisan ini ialah bahagian

kesimpulan yang mana akan menyimpulkan mengenai

perbezaan penggunaan bahasa antara dua gender yang

dibincangkan.

1
1.0 PENGENALAN

Sosiolinguistik merupakan satu cabang dalam bidang bahasa. Sosio boleh

diertikan sebagai sosial atau lingkungan sesuatu masyarakat. Linguistik

pula berasal dari bahasa Latin iaitu Lingua yang membawa maksud

bahasa. Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik merupakan ilmu sains

yang mengkaji bahasa. Peter Trudgill (1984) pula mentakrifkan bidang sosiolinguistik

ini sebagai cabang linguistik yang melihat bahasa sebagai satu gejala sosial dan kebudayaan.

Perkara ini bermaksud ia menggunakan bahan, metodologi atau hasil-hasil kajian bidang

sains sosial, khususnya sosiologi dan antropologi sosial tetapi turut memfokuskan beberapa

aspek geografi sosial atau kemasyarakatan. Oleh itu, bidang ini dapat dibahagikan kepada

beberapa bahagian seperti bahagian sosiologi linguistik, antropologi linguistik dan geografi

linguistik di mana kebergantungan itu berlaku pada bidang sains sosial yang mempunyai

hubungan dengannya. Selain itu, Nik Safiah Karim (1992) turut menyatakan bahawa

sosiolinguistik ini merupakan satu bidang yang memperkatakan mengenai aspek

perhubungan antara bahasa dengan masyarakat secara tidak langsung.

Kajian bahasa gender juga merupakan satu cabang di bawah sosiolinguistik. Penulisan

ini akan berfokuskan kepada perbezaan antara bahasa lelaki dan bahasa wanita yang dikenali

sebagai bahasa gender. Perbezaan bahasa antara dua gender ini sememangnya jelas kerana

perbezaan ini bukan sahaja meliputi aspek fizikal tetapi juga kemahiran verbal, nada suara

dan faktor sosial. Hal ini diperjelaskan oleh Trudgil (1975) bahawa perbezaan bahasa wanita

dan lelaki boleh dilihat dari aspek fonologi, kosa kata dan morfologi. Bahasa gender ini akan

diperjelaskan oleh penulis mengenai tiga isu yang ditimbulkan oleh tokoh bahasa iaitu Robin

Lakoff pada tahun 1975.

2
2.0 KONSEP BAHASA GENDER

Setiap manusia mempunyai bahasa yang tersendiri untuk

berkomunikasi dengan masyarakat. Tanpa bahasa, seseorang itu akan

hidup berseorangan dan terkeluar daripada kelompok masyarakat. Bahasa

bermaksud satu sistem yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam

kelompok manusia (Kamus Dewan, 2007). Penggunaan bahasa melibatkan

faktor sosial seperti umur, status dan jantina. Penyampaian bahasa bukan

sahaja boleh dilakukan secara lisan dan sistem bunyi tetapi boleh juga

melalui bukan verbal seperti bahasa badan, lukisan dan sebagainya.

Asmah Haji Omar (2008) menyatakan bahasa merupakan satu sistem

yang mengaitkan sesuatu maksud atau buah fikiran manusia dengan

sesuatu bahasa yang konkrit atau abstrak dengan tujuan menyampaikan

makna kepada seseorang.

Perkataan gender berasal dari bahasa Latin iaitu Genus iaitu jenis.

Mengikut definisi Gender Management System bermaksud satu set ciri,

peranan, dan corak tingkah laku yang membezakan lelaki dan wanita

daripada aspek sosial dan budaya. Kata yang mudah mengenai gender

ialah perbezaan karakter lelaki dan perempuan berdasarkan budaya,

status dan peranannya dalam masyarakat. Hal ini membezakan makna

jantina dengan gender. Mengikut Nasaruddin Umar (2001), jantina

digunakan untuk mengenal pasti perbezaan antara lelaki dan wanita dari

aspek biologi yang melihat pada aspek hormon dalam tubuh, komponen

kimia, anatomi tubuh, reproduksi dan lain-laian manakala mengikut Luv

dan Backlund (1994) menyatakan gender sebagai ciri-ciri psikologi dan

3
emosi individu berkaitan maskulin dan feminin seseorang. Kajian bahasa

gender ini sudah dimulakan sejak awal 1970 an lagi. Antara pengkaji yang

terlibat ialah Lakoff (1975), Trudgil (1974) dan L. Milroy (1980). Menurut

pengkaji ini, lelaki dan wanita sememangnya terbukti mempunyai ciri

berbeza dalam bahasa seperti nada suara dan kemahiran bahasa.

Penulisan ini akan menunjukkan kepada pembaca bagaimana bahasa

gender ini boleh berlaku dan bagaimana bahasa wanita ini boleh

dibezakan daripada bahasa lelaki dan dikelaskan mengikut ciri-cirinya.

Menurut Lakoff (1975) dalam bukunya Language and Women Place

bahawa mengatakan sememangnya ada perbezaan antara bahasa lelaki

dan wanita.

3.0 TIGA PERKARA DITIMBULKAN OLEH LAKOFF (1975)

3.1 Soalan Tag (Question Tag)

Soalan tag bermaksud soalan ekoran atau tempelan yang

merujuk pada ayat tanya tag. Mengikut Asmah Haji Omar (1993), ayat

tanya tag sebagai pertanyaan tempelan iaitu pertanyaan yang

ditampelkan kepada ayat berita atau perintah. Tag secara umumnya

berlaku di akhir pertuturan dan diucapkan dengan intonasi menaik

menurun seperti is not he? dan are they?. Mengikut Lakoff, soalan tag

banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Dalam buku

Language and Womans Place, Lakoff (1975) menyatakan bahawa

sememangnya soalan tag ini berkait rapat dengan kaum wanita dimana ia

merupakan satu soalan bergilir. Hal ini berlaku kerana sifat kurang pasti

dalam kalangan diri wanita apabila membuat sesuatu dan mereka akan

4
gemar bertanya pendapat orang yang rapat dengannya dimana mereka

akan suka mengucapkan kata seolah-olah menimbulkan persoalan seperti

ya tak? dan kan?. Soalan tag ini juga akan berakhir dengan tanda

tanya (?) yang merujuk soalan pada diri sendiri dan pendengar.

Lakoff (1975) menyebut soalan tag oleh wanita sebagai tingkah

laku untuk menunjukkan sifat kurang keyakinan diri dan keraguan.

Penggunaan soalan tag juga mementingkan aspek tekanan dalam soalan

dimana wanita akan kurang menggunakan tekanan semasa proses

penyoalan. Antara contoh soalan tag oleh kaum wanita ialah kawan kita

dah sampai, kan?. Tekanan dan intonasi semasa menyebut kan disebut

secara perlahan dan lembut berbanding kaum lelaki yang tidak kisah akan

penggunaan tekanan tersebut semasa proses soalan tag itu. Jenis tag

yang banyak digunakan oleh kaum wanita ialah tag responsif dan

konformatif. Kedua dua jenis tag ini adalah berperanan mencari sesuatu

maklumat dan mendapatkan respon daripada orang tertentu serta

bertujuan mengurangkan perasaan keraguan terhadap sesuatu perkara.

Hasil yang boleh disimpulkan daripada soalan tag tersebut ialah wanita itu

dilihat kurang yakin dan meragui kenyataannya bahawa kawannya sudah

sampai di tempat tersebut. Oleh sebab itu, wanita itu telah menimbulkan

soalan tag kepada pendengar untuk dijawab. Penggunaan kan

sebenarnya tidak lagi berperanan sebagai imbuhan akhir tetapi

berperanan untuk mendapatkan kepastian daripada rakannya mengenai

soalan itu. Tag soalan tidak memaksa pendengar untuk sependapat

dengan pandangan penutur. Kaum lelaki juga tidak terlepas daripada

penggunaan soalan tag namun kekerapan tersebut tidaklah sebanyak

5
kaum wanita. Menurut Chaika (1994), kaum wanita cenderung untuk

menanyakan soalan lebih tiga kali daripada lelaki. Penggunaan soalan tag

oleh lelaki tidak bermaksud kekurangan keyakinan diri tetapi lebih kepada

tujuan tertentu. Tujuan tertentu mengambil maksud bahawa soalan tag

juga berperanan untuk memulakan sesuatu perbualan kecil antara

kenalan. Sebagai contoh, berlaku perbualan antara kaum lelaki dan kaum

wanita ;

Lelaki : Sesak betul jalanraya kat Indonesia ni. Sesak kan jalan kat sini?

Perempuan : Ye la. Betul kata awak. Sesak betul jalanraya kat sini.

Perbincangan mengenai soalan tag dari sudut bahasa Melayu ialah

sebenarnya golongan wanita menggunakan soalan tag adalah bertujuan

untuk mencari kepastian mengenai sesuatu perkara. Hakikat sebenarnya

mereka sudah tahu akan kebenaran sesuatu perkara itu namun bagi

penulis, mereka berbuat demikian adalah kerana mahu mencari kepastian

atau ingin mendapat perhatian daripada lawan penuturnya dalam

sesebuah komunikasi. Hal ini adalah bersesuaian dengan sifat seorang

wanita yang lembut hatinya dan memerlukan perhatian serta layanan

semasa berkomunikasi. Disebabkan itu, golongan wanita ini seringkali

menggunakan pendekatan soalan tag dalam komunikasi. Sebagai contoh,

disertakan gambar di bawah untuk menerangkan situasi soalan tag dalam

komunikasi bukan lisan yang digunakan oleh seorang wanita.

6
3.2 Kesantunan Bahasa (Superpolite Forms)

Definisi santun mengikut Kamus Dewan (1984) ialah satu perihal

yang berkaitan sifat, tingkah laku dan bahasa yang sopan dan berbudi

pekerti. Kesantunan juga sering kali dikaitkan dengan sikap dan perangai.

Dari bidang bahasa, kesantunan juga memainkan peranan penting kerana

bahasa yang sopan akan membentuk maruah diri pelaku. Mengikut kata

Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa merupakan satu penggunaan

bahasa yang baik, bersopan adab, pancaran peribadi yang mulia dan

menghormati orang lain. Sopan atau santun merupakan satu maksud

yang sama dan ia merupakan satu ungkapan yang mempunyai nilai positif

yang tinggi kepada pelaku. Bahasa yang sopan ini sering kali dikaitkan

dengan golongan wanita berbanding lelaki.

Lakoff menyatakan bahawa superpolite forms ialah satu proses

dimana wanita mengungkapkan sesuatu kata perintah yang sangat sopan

yang tidak dilakukan secara terang-terangan tetapi menyarankan sesuatu

sebagai satu pertolongan dan simpati. Contoh ayat yang dilakukan ialah

Hari ini saya penat sangatlah, boleh tak awak balik sekarang?. Lelaki

selalunya tidak berkomunikasi secara sopan begini dan mereka selalunya

7
akan bercakap secara kasar malah kadangkala boleh menyinggung

perasaan pendengar. Bahasa lelaki dikatakan tidak berbahasa secara

standard dan sopan berbanding golongan wanita yang menggunakan

bahasa secara baku dan gramatis. Sifat kesantunan bahasa oleh golongan

wanita ini terbentuk disebabkan proses sosial sejak zaman kanak-kanak

lagi. Mengikut Holmes (2002) bahawa proses interaksi lelaki dan wanita

sudah berlaku sejak kanak-kanak lagi yang akan membawa kepada

perbezaan interaksi. Kesantunan bahasa oleh wanita juga disebabkan

persekitaran mereka bahawa mereka merupakan seorang ibu kepada

anak-anak dan isteri kepada suami, maka dengan itu segala percakapan

mereka juga perlulah positif supaya menjadi model keluarga.

Selain itu, perbezaan golongan wanita dan lelaki ialah mengikut

Holmes (1992) ialah golongan wanita sering mengguna bahasa yang

sopan dan baik disebabkan kesedarannya terhadap sesuatu status iaitu

mereka tahu dengan siapa dan dimana mereka berkomunikasi. Sebagai

contoh, seorang wanita yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah

apabila berkomunikasi dengan wanita lain yang mempunyai tahap

pendidikan yang tinggi, pasti bahasa yang diungkapkannya akan sopan

seolah-olah menghormati pihak tersebut. Kaum wanita juga sering

dianggap sebagai maruah dan model kepada sesuatu masyarakat dan

tidak manis jika seseorang wanita itu mengungkapkan ayat yang tidak

sopan. Oleh itu, golongan wanita seringkali bercakap dalam bahasa yang

sopan disebabkan kemahuan untuk dihormati dan mahu menjaga status

sosial. Hal ini berbeza dengan golongan lelaki dimana mereka tidak

dipandang dari sudut bahasa tetapi lelaki sering dipandang dari sudut

8
pekerjaan, pangkat dan kekayaan walaupun penggunaan bahasanya agak

kasar. Hal ini sudah lama dapat dibuktikan melalui kajian oleh Robin Lakoff

pada tahun 1975 dalam bukunya iaitu Language and Woman Place

dimana beliau mendapati golongan wanita berkedudukan bawahan di

Amerika Syarikat lebih gemar menggunakan pertuturan bahasa yang

lemah dan sopan.

Mengikut Lakoff, kesantunan bahasa oleh golongan wanita ini juga

membuktikan mereka mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Wanita

dipercayai memiliki bahasa yang supportive (sokongan) dan cooperative

(kerjasama) berbanding lelaki yang dilihat lebih agresif dan kompetitif

dalam berbahasa. Sebagai contoh, terdapat dua situasi komunikasi yang

sama antara lelaki dan wanita. Bagi wanita, ungkapan ayat tersebut

seperti Kenapa awak curang kepada saya?. Kalau beginilah sikap awak

dalam hubungan, harap awak boleh tinggalkan saya demi kepentingan

kita berdua. Jika lelaki, ungkapan ayat tersebut akan menjadi sebaliknya

iaitu Kenapa kau curang pada aku ha?. Kalau ikutkan hati aku ini, hendak

saja aku putuskan hubungan dengan kau. Hasil yang boleh dilihat ialah

golongan lelaki akan bercakap secara agresif dan tanpa selindung

manakala wanita pula tidak mahu melakukannya secara terang-terangan

tetapi mahu melakukannya secara tersirat dan mengharapkan individu

yang mendengar itu memahami maksud tersebut. Tujuan wanita berbuat

begitu ialah mengikut Lakoff (1975) yang menyatakan bahawa

kesantunan bahasa boleh mengurangkan pergeseran dalam komunikasi.

9
Kesantunan bahasa ialah merupakan satu konteks penting dalam

peradaban timur. Bagi masyarakat di bahagian timur, kesantunan bahasa

bukanlah sesuatu yang pelik malah perkara tersebut merupakan ajaran

utama oleh masyarakat di sini. Terdapat beberapa model kesantunan

bahasa seperti model kesantunan Brown (1978) dan Levinson (1987),

Model Asmah (2000), Prinsip Kerjasama Leech (1983) dan sebagainya.

Terdapat juga konsep kesantunan berasaskan Al-Quran bagi umat Islam.

Sebagai contoh, dalam Al-Quran sendiri ada mengatakan bahawa Allah

melarang umatnya keluarkan perkataan yang buruk dari mulut seperti

menghina, mencaci dan ayat makian. Aspek kesantunan bahasa dari

sudut bahasa Melayu ialah sememangnya wujud penggunaan bahasa

Melayu yang sopan oleh pengguna bahasa terutamanya wanita. Sebagai

contoh, melihat kepada filem Ombak Rindu, kita sendiri boleh melihat

gambaran kesopanan bahasa oleh watak Izzah yang dilakonkan oleh Maya

Karin. Hal ini jelas berbeza dengan penggunaan bahasa oleh suaminya

yang dilakonkan oleh Aaron Aziz yang dilihat amat ego dan kurang sopan

dalam berbahasa jika emosional. Jika dilihat pada masa sekarang, tidak

mustahil jika proses globalisasi itu mampu mengubah cara percakapan

golongan lelaki dan perempuan. Perempuan yang dikenali sebagai feminin

boleh bertukar gaya ke arah bahasa lelaki yakni maskulin dan begitu juga

sebaliknya. Hal ini berlaku disebabkan faktor interaksi sosial dan

pemodenan dunia itu sendiri yang mengubah bahasa itu sendiri.

Sebahagian golongan wanita kini dilihat kadangkala kurang sopan dalam

berbahasa yang sama kali berbeza pada zaman Lakoff disebabkan zaman

kini wanita telah diberikan kebebasan dan pengiktirafan hak asasi wanita

10
sekaligus menyebabkan golongan itu berpendapat bahawa mereka turut

sudah sama taraf dan kuasa dengan golongan lelaki.

3.3 Mengelakkan Penggunaan Kata Makian (Avoidance Of Strong

Swear Words)

Kata makian dianggap sebagai sesuatu yang menyalahi norma

masyarakat. Penggunaan kata negatif ini oleh seseorang individu

dianggap menggambarkan keperibadian seseorang. Mengikut dari aspek

bahasa gender, kata makian sering dikaitkan dengan golongan lelaki dan

perkara ini dianggap normal bagi mereka. Kata makian dianggap tidak

bersesuaian dengan budaya wanita dan persekitaran kanak-kanak.

Menurut Eckert (2003), kata makian ialah sejenis kata seru yang

digunakan untuk menyampaikan perasaan marah yang sangat ekstrem

dan kuat. Bahasa ini dikatakan sebagai kasar dan mampu memberikan

kesan negatif seperti menimbulkan perselisihan faham antara penutur

dan pendengar. Antara perkataan makian dalam bahasa Melayu ialah

bodoh, lahanat, sial, celaka dan sebagainya.

Definisi dan kefahaman kata makian ini sangat berbeza bagi

golongan lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, kata makian ini berbentuk

kasar dan dinyatakan secara terang-terangan seperti kau ni memang

bodoh lah. Bagi wanita pula, penggunaan kata makian tersebut dilakukan

secara lembut dan tidak berbentuk negatif seperti perkataan Oh My

Good, Oh Dear dan sebagainya. Hal ini menunjukkan golongan wanita

sangat berhati-hati dalam penggunaan kata makian dan mahu

mengelakkan penggunaan kata makian yang negatif seperti yang

11
dilakukan oleh lelaki. Sebagai contoh yang ditunjukkan oleh Lakofff (1975)

ialah ;

(a) Oh dear, youve put the peanut butter in the refrigerator again.

(b) Shit, youve put the peanut butter in the refrigerator again.

Antara sebab mengapa golongan wanita mahu mengelakkan

penggunaan kata makian ini ialah kerana faktor sosial masyarakat yang

telah membentuk peribadi mereka. Hal ini kerana wanita biasanya

diberikan penghormatan sebagai penjaga nilai sesebuah masyarakat.

Maka, hal ini sudah menunjukkan bahawa wanita sudah tentunya

mendukung nilai-nilai positif dan menjadi contoh dalam masyarakat. Tidak

dapat membayangkan jika golongan wanita yang dikatakan feminin dan

lemah lembut menggunakan bahasa kesat. Jika dilihat pada konteks pada

masa kini juga, golongan wanita dilihat masih mengekalkan kesesuaian

bahasa iaitu bahasa yang halus dan beralas. Contoh yang boleh dilihat

ialah golongan ini juga amat malu untuk menyebut bahagian tubuh wanita

secara terangan-terangan berbanding lelaki. Selain itu, kita perlu tahu

bahawa lelaki dianggap sebagai entiti yang berkuasa dan kuat manakala

wanita dianggap sebagai lemah dan tiada kuasa serta dianggap

subordinat kepada lelaki. Oleh itu, penggunaan kata makian dianggap

normal bagi lelaki seiring dengan pandangan masyarakat terhadap

mereka. Coates (1993) menyatakan bahawa lelaki banyak menggunakan

kata berbentuk makian. Hal ini berbeza dengan golongan wanita yang

tidak menggemari ayat tidak senonoh dan mereka lebih senang untuk

berbicara menggunakan kata positif seperti baik, cemerlang dan bijak.

12
Labov (1995) turut memberi pandangan beliau di mana beliau

menyatakan bahawa lelaki sememangnya banyak menggunakan bahasa

tidak baku berbanding wanita. Pandangan Labov turut disokong oleh

sarjana lain iaitu Bonvillain (2001) yang menyatakan bahawa lelaki

banyak menggunakan kata makian dan umpatan. Bahasa tidak baku yang

dimaksudkan ialah lelaki suka menggunakan bahasa tidak formal dan

diselitkan dengan perkataan negatif apabila berkomunikasi dengan rakan

khususnya. Perkara penting yang perlu diketahui dalam penggunaan

bahasa makian oleh lelaki ialah kebiasaannya perkataan ini hanya

digunakan apabila berkomunikasi dengan individu lain yang mempunyai

hubungan sosial yang rapat kerana jika dilakukan secara sembarangan

dengan orang yang kurang rapat, dikhuatiri boleh menimbulkan

pergaduhan. Kata makian sememangnya berkait dengan golongan lelaki

dan kajian yang dilakukan ini bertumpu pada analisis penggunaan kata

makian oleh golongan lelaki dalam filem KL Gangster. Berikut ialah

senarai kata makian dalam filem tersebut ;

BIL. CONTOH AYAT KATA MAKIAN


1. Kepala otak kau lah Kepala otak
2. Sial lah pui Sial
3. Dia sama bikin bangsat sama gua bangsat
4. Lu sembang cukup bangsat maa bangsat
5. Sebab tu mak jual kerepek pisang, sial Sial
6. Lu ingat dia bodoh ke? Bodoh
7. Lu manyak celaka .. Celaka
8. Kau nak mampus ke? Mampus (Mati)
9. Aku tak nak tengok muka lagi, berambus! Berambus
10. Lu punya anjing (kawan) .. Anjing (kawan)

13
4.0 KESIMPULAN

Bab terakhir ini merumuskan dapatan penting mengenai bahasa

gender. Tumpuan bab terakhir ini adalah berkaitan mengenai perbezaan

bahasa wanita secara keseluruhannya dengan bahasa lelaki. Kajian

bahasa gender ini sebenarnya dapat memperlihatkan perbezaan bahasa

dari beberapa aspek antara wanita dan lelaki. Lakoff (1975) sendiri

menekankan bahawa setiap gender mempunyai sistem bahasanya yang

tersendiri. Wanita dikaitkan dengan bahasa yang lemah dan berkias

berbanding bahasa lelaki yang diucapkan secara terang-terangan, tegas,

tidak bersopan dan kasar dalam sebarang apa jua situasi pun. Bahasa

lelaki dikatakan lebih dominan dalam sesebuah interaksi sosial

berbanding wanita. Sebagai contoh, bahasa lelaki dikatakan lebih agresif

berbanding golongan wanita ketika berkomunikasi dengan masyarakat.

Bahasa lelaki sememangnya berbeza dengan bahasa wanita.

Golongan lelaki tidak memerlukan pengiktirafan status sosial berbanding

golongan wanita yang menyebabkan mereka perlu menggunakan bahasa

yang standard dan sopan untuk menjaga nilai sosial dalam sesebuah

masyarakat. Hal ini kerana kedudukan lelaki hanya dikira melalui

pekerjaan, gaji dan kemampuannya. Kita boleh melihat perbezaan bahasa

antara lelaki dan wanita melalui perkara yang diutarakan oleh Lakoff

(1975) seperti soalan tag, kesantunan bahasa dan mengelakkan bahasa

makian oleh wanita. Wanita boleh dikaitkan dengan penggunaan soalan

14
tag yang kerap, sering menggunakan bahasa yang sopan selari dengan

status sosial mereka dan sentiasa mengelakkan diri mereka daripada

mengucapkan kata makian yang boleh menjejaskan imej mereka sebagai

wanita. Tiga perkara ini sudah menunjukkan hubungan perbezaan antara

dua gender tersebut dalam sesebuah komunikasi.

5.0 SUMBER RUJUKAN

Buku

Lakoff. R. 1975. Language and Womans Place. New York : Harper & Row.

Sunderland, Jane. 2006. Language and Gender : an Advanced Resource


Book. London :
Routledge Taylor and Francis.

Sumber Internet

http://studentsrepo.um.edu.my/4000/1/Full_chapters.pdf. Diakses pada 28


November 2016.
Isnin. 3.30 petang.

file:///C:/Users/Admin/Desktop/soalan%20tag%202.pdf. Diakses pada 28


November 2016.
Isnin. 3.45 petang.

http://manisportal.kpwkm.gov.my/docs/shared/KPWKM/Kajian%20Inventori
%20Penyelidik
an%20Pembangunan%20Sosial%20di%20Malaysia%202001-
%202005/Q0002.pdf.
Diakses pada 28 Disember 2016. Isnin. 3.50 petang.

15
http://studentsrepo.um.edu.my/5493/1/My_Thesis.pdf. Diakses pada 1
Disember 2016.
Khamis. 8.30 malam.

http://malaylanguagecentre.moe.edu.sg/qql/slot/u181/Khazanah
%20Ilmu/Perkongsian%20Pr
ofesional/MLCS-Final-82-98.pdf. Diakses pada 1 Disember 2016.
Khamis. 9.15 malam.

http://ir.unimas.my/3296/1/A%20linguistic%20and%20nonlinguistic
%20analysis%20of%20
gender%20differece%20in%20writing%20style%20inadolescent
%20blogs.pdf. Diakses
pada 1 Disember 2016. Khamis. 10.05 malam.

16

You might also like