You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG BESTARI

JALAN NOVA U5/81, BANDAR PINGGIRAN SUBANG,


40150 SHAH ALAM, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT HEM


UNIT BANTUAN (SPBT / RMT / KEBAJIKAN / PSS / KWAMP)
BILANGAN 2 TAHUN 2022

Tarikh : 31 Mei 2022


Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Subang Bestari

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Puan Nor Hasilawati binti Toha PK HEM (Pengerusi)


2. Che Eshah bt Mat Hassan Ketua Unit RMT
3. Rosnani binti Abdullah SU Unit RMT
4. Saelah binti Khmsani AJK
5. Mormahaini binti Mohd Nor AJK
6. Helmi bin Abd Rahman AJK
7. Zaleha binti Ab Kadir SU Unit PSS
8. Shreenpal Kaur Sandhu A/P Jigeer Singh AJK
9. Noor Fatehah Mohamad Ketua Unit KWAPM
10. Maizaitonakhmar binti Isa AJK
11. Rushida binti Md Noor Ketua Unit Kebajikan
12. Rohaiza binti Ariffin SU Unit Kebajikan
13. Nurul Hasmidar binti Mohammad Yusof AJK
14. Nurayatollah binti Saadun AJK
15. Sabariah binti Md Nor AJK
16. Nurul Fazreen binti Ahmad AJK
17. Norasfalina binti Ibrahim Ketua Unit SPBT
18. Zarina bt Md Sohod SU Unit SPBT
19. Nor Syakirah binti Mahtar Penolong Ketua Unit
20. Ahmad Farhan Iskandar bin Rahmat AJK
21. Nurul Faaiqah binti Ahaari AJK
22. Rozaimah binti Ahmad Zan AJK
23. Rujitah binti Abu Bakar AJK
24. Zaidah binti Ibrahim AJK
25. Farhana bini Hamzah AJK
Tidak Hadir Bersebab :

1. Imelda Puspa binti Bahrun


2. Pathmavathy A/P Arumugam
3. Zarini binti Ibrahim
4. Ragani A/P Ramadas
5. Zaidi bin Mahyiddin
6. Norhayati binti Husin Jamal
7. Azurawati binti Shafai
8. Mohd Noor Hamim bin Suntong

Turut Hadir :
Tiada

Urus Setia Mesyuarat :

1. Rosnani binti Abdullah Setiausaha Unit RMT

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Unit
Bantuan kali kedua bagi tahun 2022.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cikgu Norasfalina binti Ibrahim mencadangkan minit mesyuarat bil. 1/2022 disahkan
dan disokong oleh Cikgu Zaleha bintt Ab Kadir.

3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rujuk borang maklumbalas unit masing – masing.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

4.1.1 Sebahagian buku stok SPBT telah diserahkan kepada Guru Besar untuk ditanda
tangan.
4.1.2 Pelancaran Program Sayangi Buku Teks akan dijalankan pada bulan Julai 2022.
4.1.3 Pengagihan buku teks kegunaan sesi persekolahan tahun 2022/2023 telah selesai
dilaksanakan. Buku-buku lebihan telah diserahkan semula kepada BOSS Daerah.
4.2 Unit Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

4.2.1 Pengerusi memaklumkan agar diadakan taklimat kepada murid RMT berkaitan khasiat
makanan.
4.2.2 Program RMT juga akan diadakan untuk murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) bagi
menerangkan tentang kebaikan dan kelebihan makanan RMT.
4.2.3 Pengerusi mencadangkan supaya program boleh dijalankan dalam beberapa siri atau
sesi untuk sesi pagi dan ses petang.
4.2.4 Program ini akan bergabung dengan unit Program Susu Sekolah (PSS) dan unit
Bimbingan Dan Kaunseling (BNK).

4.3 Unit Kebajikan

4.3.1 Pengerusi meminta agar barangan dapur daripada Program Gerobok Rezeki
diagihkan kepada yang memohon. Seramai 80 orang murid menerima sumbangan
dan 6 orang murid yang belum ambil akan diagihkan kepada murid lain.
4.3.2 Sumbangan daripada parent sebanyak RM 560 untuk anak-anak yatim. Pengerusi
meminta supaya merancang masa yang sesuai untuk pengagihan sumbangan
tersebut. Pengerusi memaklumkan yang RM560 untuk anak yatim dan akan
diagihkan sebanyak RM5 seorang.

4.4 Unit Progran Susu Sekolah

4.4.1 Pengerusi memaklumkan bilangan penerima susu sekolah telah bertambah dan murid
tersebut telah diberi borang penerimaan susu sekolah kepada ibubapa.
4.4.2 Kaedah pengagihan susu sekolah yang telah dibuat:
i) Tahap 1 (Tahun 1.2 & 3) Ajk unit mengagihkan sendiri kepada murid
ii) Tahap 2 (Tahun 4.5 & 6) Beberapa orang murid dilantik (ikut aliran) untuk
membantu ajk unit mengagihkan susu
4.4.3 Pengerusi mencadangkan supaya unit susu menubuhkan satu pasukan / skuad susu
sekolah. Ajk unit boleh melantik murid-murid yang bertanggungjawab untuk menjadi ahli
skuad dan mereke akan diberikan sijil pelantikan dalam majlis watikah pelantikan Skuad
Susu Sekolah. Nama-nama ahli skuad yang telah dilantik juga boleh dimasukkan / key in
dalam SSDM.
4.4.4 Pengerusi juga meminta ajk unit bekerjasama dengan unit RMT bagi menggalakkan murid-
murid minum susu di sekolah sekaligus mempromosikan susu putih sebagai minuman yang
berkhasiat.
Sebagai contoh : Susu sebagai salah satu menu hidangan di dalam RMT (boleh dimakan
bersama koko krunch).
Hal ini untuk menggalakkan murid-murid suka minum susu.

4.5 Unit Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

4.5.1 Guru kelas telah dimaklumkan tentang tempoh mengemaskini data murid (APDM)
sehingga 15hb Mei.
4.5.2 Senarai nama Permohonan yang layak masih belum keluar dan sistem masih
ditutup untuk Permohonan KWAMP 2022.
4.5.3 Pengerusi mencadangkan KWAPM membuat perbincangan tentang cara proses
Permohonan KWAPM online ( APB) di kalangan ajk (PLC) bagi memberi gambaran
yang lebih jelas tentang proses Terima tolak Permohonan kepada smua ahli.
4.5.4 Pengerusi memaklumkan Puan Azvin telah cuti bersalin dan segala urusan
kewangan perlu merujuk kepada Encik Izzat.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan ada penambahan untuk ahli jawatankuasa RMT yang baru bagi
menggantikan ahli yang berpindah :-
Tahun 4 – Cikgu Rosida
Tahun 5 – Cikgu Shafawati
Tahun 6 – Cikgu Norashikin
Sehubungan dengan itu, surat lantikan akan diberikan kepada guru yang baru dilantik.

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengharapkan semua guru dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.31 petang.

Urus Setia
Unit Bantuan (SPBT / RMT / Kebajikan / PSS / KWAMP)
SK Subang Bestari
Shah Alam, Selangor
Tarikh : 20 Julai 2022

You might also like