You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK II


Kem Terendak
76200 KEM TERENDAK Tel : 06-357 2052
MELAKA Faks : 06-357 2898
E-mel :pibgskkt2@gmail.com

Ruj. Kami : SKKT2-100-7/1/2/02 ( )


Tarikh : 11 OGOS 2023

Kepada,

Ibu/ Bapa / Penjaga

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN MENAMBAH BILANGAN KIPAS DI BILIK DARJAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, mengikut Mesyuarat Agong PIBG bertarikh 10 Jun 2023 (Sabtu) terdapat usul dari ibu bapa/penjaga
untuk menambah bilangan kipas dalam bilik darjah kerana cuaca yang terlalu panas. Bagi menyelesaikan usul tersebut pihak PIBG
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II telah bersetuju untuk memohon sumbangan dari tuan / puan untuk menampung kos
pembelian kipas dan pemasangan kipas di bilik darjah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SK Kem Terendak II ingin memohon sumbangan ikhlas minima RM10 setiap murid
bagi setiap kelas. Sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada guru kelas masing-masing beserta helaian jawapan selewat-
lewatnya 25 Ogos 2023. Selaian di atas, tuan/puan juga boleh menyalurkan sumbangan melalui atas talian akaun bank CIMB
PIBG SK KEM TERENDAK 2 ( 8004660112). Bagi yang membuat sumbangan melalui atas talian dengan mengisi ruang
RUJUKAN PENERIMA/RECIPIENT REFERENCE seperti berikut : NAMA KELAS + NAMA MURID + PIBG (Contoh:
5T AINA PIBG) kemudian menghantar resit sumbangan kepada guru kelas masing masing.

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“ MALAYSIA MADANI ”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

________________________________________
(LT KOL Ts. MUHAMAD PASLI BIN SARMAN)
Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG),
SK Kem Terendak II,
Melaka.

s.k.

1. Fail PIBG
2. Fail Sekolah
3. Jurulatih Pendidikan 73 Woksyop Divisyen

You might also like