You are on page 1of 2

KENYATAAN MEDIA

JAWATANKUASA BERTINDAK FEDERAL ROAD 5

ISU KESELAMATAN YANG TERPAKSA DIHADAPI PENGGUNA JALANRAYA FEDERAL ROAD 5;


TANJUNG KARANG -HUTAN MELINTANG

10 DISEMBER 2018

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Saya mewakili Jawatankuasa Bertindak FR5 (JBFR5) ingin membawa keresahan isu keselamatan
pengguna jalanraya FR5 yang menghubungkan Tanjung Karang hingga ke Hutan Melintang sepanjang
50km. Projek FR5 ini dilancarkan dibawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) bagi menaiktaraf
jalanraya 2 lorong kepada 4 lorong berserta membina beberapa buah jejantas pejalan kaki. Sejak
projek ini dijalankan; Julai 2015, isu keselamatan sentiasa menjadi keresahan pengguna jalanraya
disini. Keresahan utama yang disuarakan adalah risiko kemalangan dan kerosakan kenderaan
terutamanya motorsikal dan kereta. Berdasarkan rekod dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam
(IPD Sabak Bernam) bahagian trafik, 1500 kes kemalangan telah dilaporkan bermula Mac 2016
sehingga November 2018. Daripada 1500 kes kemalangan tersebut; 59 kes melibatkan kemalangan
maut ,12 kes cedera parah, 35 kes cedera ringan dan 1335 kes kerosakan kenderaan.

2.0 Bagi mengelakkan masalah ini berlarutan, pada 16 Nov 2018 yang lalu pihak JBFR5 telah
mengadakan pertemuan 3 hala melibatkan syarikat kontraktor; Mangkubumi Sdn. Bhd berserta pihak
Pasukan Projek Cawangan Jalan JKR bertempat di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Sungai Besar.
Antara cadangan dan tuntutan kami ialah pihak kontraktor wajib mematuhi segala Save Practices &
Procedures semasa projek dijalankan seperti:

I. Pihak kontraktor wajib menampal lubang jalan dalam tempoh 24 jam


II. Meletakkan tanda dengan jelas sebelum masuk jalan lencongan
III. Tumpu kawasan yang kerap berlaku kemalangan letak lampu sebagai tanda amaran
IV. Melakukan rondaan setiap 2-3 jam bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik
V. Menyediakan talian Hotline bagi melaporkan segala insiden yang berlaku
VI. Penghadang jalan (kon dan plastic barrier) wajib diselia dengan baik
VII. Lampu keselamatan mesti dipasang dan berfungi dengan baik

3.0 Pihak kami telah memberikan tempoh selama 2 minggu kepada pihak Mangkubumi Sdn. Bhd
memenuhi segala tuntutan ini beserta diselia sendiri oleh pihak Pasukan Projek Cawangan Jalan JKR.
Malangnya selepas tempoh tersebut; 30 Nov 2018, keadaan masih sama tanpa sebarang
penambahbaikan ketara dan maklum balas yang diterima dari pihak kontraktor dan Pasukan Projek
Cawangan Jalan JKR juga mengecewakan. Kedua-dua pihak dilihat seperti lepas tangan dalam
menyelesaikan masalah berkaitan keselamatan pengguna jalanraya FR5 ini. Seharusnya isu
keselamatan seperti ini tidak timbul kerana Mangkubumi Sdn. Bhd sendiri merupakan syarikat besar
dan berpengalaman serta projek ini diselia terus oleh Pasukan Projek Cawangan Jalan JKR.
4.0 Sebagai permulaan, pihak JBFR5 telah mengambil inisiatif membuat petisyen awam mengenai
keselamatan jalanraya Tanjung Karang – Hutan Melintang1. Walaupun baru dilancarkan sekitar 48 jam,
pihak JBFR5 telah menerima sebanyak 548 tandatangan yang turut sama mendesak keselamatan
jalanraya ini dipertingkatkan. Andai kata pihak kontraktor dan Pasukan Projek Cawangan Jalan JKR
masih menutup mata tentang isu ini, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih
angresif bagi memastikan isu keselamatan pengguna jalanraya FR5 dapat diselesaikan segera. Kami
penduduk di utara Selangor memerlukan jalanraya bukan korban nyawa!

Sekian, Terima Kasih

Ahmad Zhafri bin Md Noor


Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5

1
= Link Petisyen; <a href="https://www.gopetition.com/petitions/keselamatan-jalan-tanjung-karang-
sabak-bernam-fr5.html" title="Petition - Keselamatan Jalan Tanjung Karang - Hutan Melintang
(FR5)">Keselamatan Jalan Tanjung Karang - Hutan Melintang (FR5) Petition</a>

You might also like