You are on page 1of 3

6/21/23, 2:05 PM Electronic Question & Answer

16) JUMLAH KEMALANGAN JALANRAYA DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022 Isu: Pentadbiran Kategori: Bertulis


Sesi: 1 Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

a) Berapakah jumlah kemalangan jalanraya berdasarkan kategori kenderaan dari tahun 2020 sehingga 2021
mengikut daerah?

Tahun 2021

Tahun 2020

b) Apakah faktor utama yang menyumbang terhadap kemalangan jalanraya di negeri ini?

Untuk makluman YB, berdasarkan hasil kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (MIROS), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mendapati bahawa terdapat tiga
(3) faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya, iaitu Sikap (80%), Jalan Raya (13%)
dan Kenderaan (7%).

about:blank 1/3
6/21/23, 2:05 PM Electronic Question & Answer

Pertama, faktor SIKAP yang menyumbang kepada 80% kepada punca kemalangan jalan raya, di mana
pengguna jalan raya yang tidak memiliki corak pemanduan yang berhemah dan gagal mematuhi
undang-undang/peraturan lalu lintas, termasuk tujuh (7) jenis kesalahan utama iaitu :-

1. Pemanduan melebihi had laju yang ditetapkan;


2. Gagal mematuhi tanda lampu isyarat (merah);
3. Memotong di garisan kembar (Potong barisan);
4. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu;
5. Tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan;
6. Memandu di lorong kanan secara berterusan (melibatkan kenderaan barangan)’ dan
7. Memandu di lorong kecemasan
Seterusnya, faktor Jalan Raya yang menyumbang 13% kepada kemalangan jalan raya, yang mana
melibatkan keadaan fizikal dan struktur jalan raya dan perabot jalan yang kurang selamat sperti jalan
raya yang berlubang, lampu jalan yang rosak dan lain-lain.

Dan akhirnya, faktor Kenderaan yang menyumbang 7% sebagai faktor kemalangan jalan raya ini.
Faktor kenderaan ini merujuk kepada keadaan kenderaan yang kurang mampan seperti seperti lampu
kenderaan rosak, tayar yang kurang sempurna (corak bunga tayar haus) dan lain-lain lagi.

c) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Negeri Selangor?

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor telah melaksanakan inisiatif “3E” iaitu Education
(Pendidikan), Engineering (Kejuruteraan) dan Enforcement (Penguatkuasaan) dalam membantu
Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Negeri Selangor ini. Antara
langkah-langkah 3E yang diaplikasikan oleh Jabatan ini adalah seperti berikut :

i) Mempergiatkan lagi usaha dan strategi advokasi keselamatan jalan raya agar strategi yang
dilaksanakan memberi kesan langsung kepada semua pengguna jalan raya;

ii) Menyebar luaskan lagi mesej berbentuk peringatan, amaran, nasihat dan menanam mentaliti kelas
pertama kepada semua pengguna jalan raya;

iii) Membuat analisa data (Big Data), bancian, kajian dan perancangan supaya setiap strategi untuk
mengurangkan kadar kemalangan yang digunakan berkesan;

iv) Melaksanakan pelbagai program/kempen/latihan di semua peringkat umur pengguna jalan raya
daripada kanak-kanak sehinggalah warga emas dan dilaksanakan secara bersepadu oleh pelbagai
agensi;

v) Sentiasa menitikberatkan isu-isu keselamatan kenderaan samada kenderaan


persendirian/perkhidmatan barangan mahupun perkhidmatan awam, yang mana mengutamakan hal
teknikal kenderaan;

vi) Memastikan jalan raya di negeri Selangor selamat digunakan dan penguatkuasaan akan mengambil
tindakan yang serius terhadap kenderaan yang membawa lebih muatan yang menyebabkan kerosakan
jalan raya;

vii) Melaksanakan Operasi Rutin, Operasi Berfokus, Operasi Bersepadu dan lain – lain operasi
berdasarkan dapatan maklumat bagi data yang diperolehi;

about:blank 2/3
6/21/23, 2:05 PM Electronic Question & Answer

viii) Menaiktaraf teknologi dan peralatan penguatkuasaan yang terkini dari semasa ke semasa bagi
melancarkan aktiviti penguatkuasaan yang lebih cekap dan berkesan ke arah melahirkan pemandu
yang patuh kepada undang-undang jalan raya; dan

ix) Melaksanakan pelbagai kaedah operasi bagi mengesan dan mencegah kesalahan jalan raya
merangkumi aktiviti penguatkuasaan secara berfokus, penyamaran, risikan dan penggunaan
Enforcement Action Camera EAC (merakam kesalahan pesalah jalan raya menggunakan kamera).

Selain itu juga, JPJ Negeri Selangor pada tahun 2021 telah melaksanakan 175 program advokasi
keselamatan jalan raya dalam meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya termasuk penunggang
motosikal, penunggang basikal, pejalan kaki, pemandu kereta, kenderaan berat dan juga kenderaan
perkhidmatan awam. Program-program keselamatan jalan raya ini juga tidak hanya mensasarkan
pengguna jalan raya malahan turut diterapkan di institusi-institusi pendidikan yang melibatkan pra-
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

about:blank 3/3

You might also like