You are on page 1of 5

DIPLOMA IN MANAGEMENT

JANUARI 2019

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI : 800306145495001

NO. KAD PENGNEALAN : 800306-14-5495

NO. TELEFON : 0189598680

E-MEL : rizalrazu5495@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE


KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan antara negara yang mengalami kadar kemalangan dan kematian yang
paling tinggi di dunia. Statistik yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (MIROS) antara tahun 2000 hingga 2014 menyaksikan peningkatan
ketara jumlah kemalangan jalan raya iaitu dari 250,429 kes kepada 476,196 kes. Terdapat
3 kategori kemalangan jalan raya iaitu kemalangan maut, kemalangan parah dan
kemalangan ringan. Kajian bertarikh Februari 2014 oleh Institut Penyelidikan
Pengangkutan, Universiti Michigan Amerika Syarikat, telah meletakkan Malaysia
menduduki tempat ke-17 teratas dalam kadar kematian jalan raya di dunia. Kajian ini telah
berdasarkan data tahun 2008 daripada Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut
melibatkan 193 negara yang lain. Dalam esei ini saya akan membincangkan faktor- faktor
utama kemalangan jalan di Malaysia seperti Memandu Dalam Keadaan Laju,, Mabuk
Ketika Memandu dan Penggunaan Telefon Ketika Memandu.

2.0 FAKTOR- FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA

2.1 Memandu Dalam Keadaan Laju - Peningkatan kelajuan sesebuah kenderaan melebihi
had laju ditetapkan akan meningkatkan risiko kemalangan berlaku. Kereta yang bergerak
laju perlukan jarak yang lebih untuk memberhentikan kenderaan disebabkan kurang daya
cengkaman brek. Selain itu, pemandu laju juga menyebabkan pemandu kurang peka atau
tidak dapat menduga keadaan dihadapan jalan dimana sekiranya pemandu perlahan dapat
mengelakkan atau memperlahankan kereta sekiranya berlaku kemalangan di hadapan.
Sebagai contoh, pemandu menjadikan jalan raya sebagai medan lumba haram untuk
memenagi pertaruhan dengan pemandu lain. Selain itu, mereka terburu buru untuk sampai
ke destinasi yang ingin dituju dan terus memecut kenderaan mereka untuk sampai tepat
pada waktunya tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Akibatnya berlaku pertembungan antara kenderaan yang menyebabkan berlakunya tragedi
kemalangan yang boleh meragut nyawa pemandu dan penumpang yang tidak berdosa.
2.1 Mabuk Ketika Memandu- Mabuk ketika memandu bukan sahaja berpunca dari
pemngambilan alcohol, tetapi boleh berpunca dari pengambilan dadah, serta ubat-ubatan.
Mabuk menyebabkan kurang daya kecekapan serta konsentrasi pemandu. Sebagai contoh,
pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan pemandu berasa khayal
dan mabuk serta tidak dapat memberi daya tumpuan yang baik ketika memandu.
Akibatnya, pemandu akan hilang tumpuan dan memandu dalam keadaan merbahaya dan
bertindak hanya mengikut emosi yang akan mengundang kecelakaan jalan raya.

2.3 Penggunaan Telefon Ketika Memandu- Terdapat banyak faktor menyebabkan gangguan
ketika memandu. Pemandu yang menggunakan telefon ketika memandu tidak memberi
tumpuan di jalan raya. Apabila pemandu gunakan telefon bermakna hanya sebelah tangan
yang memgang stering kereta. Sebagai contoh, menggunakan telefon bimbit ketika
memandu di jalan raya mengakibatkan pemandu akan mengalami kecelaruan emosi semasa
berbual di dalam telefon dan hilang tumpuan ketika memandu yang boleh membawa
kepada kemalangan jalan raya. Dengan ini jelaslah bahawa, menggunakan telefon bimbit
ketika memandu merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Kajian Miros pada
2016 melibatkan 300 responden di Lembah Klang mendapati 43.4% pemandu di Lembah
Klang menggunakan telefon bimbit ketika memandu, 61.9% menggunakan telefon bimbit
ketika berhenti di simpang lampu isyarat merah dan 53.6% pemandu menggunakan telefon
bimbit ketika terperangkap di dalam kesesakan.

3.0 CARA- CARA MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

3.1 Memandu Dalam Keadaan Laju- pemandu perlu mengurangkan kelajuan dan memandu
mengikut had ditetapkan iaitu 110km/j di lebuhraya dan dan 90km/j di jalan persekutuan.
Kenderaan juga perlu berada dalam jarak selamat. Jarak antara sesebuah kenderaan dengan
kenderaan lain yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan adalah di dalam
peraturan 2 saat. Jarak 2 saat ini memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta
depan dalam situasi kecemasan. Kerajaan telah menguatkuasakan pemasangan Kamera
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berfungsi sebagai perangkap had laju dan
merakamkan pelbagai kesalahan trafik.
3.2 Mabuk Ketika Memandu- Memang tidak dapat dinafikan bahawa segala penyelesaian
kepada masalah ini bermula daripada individu itu sendiri. Sekiranya pemandu tersebut
mengambil alkohol pastikan mematuhi paras yang dibenarkan atau sebaik- baiknya tidak
memandu. Pihak trafik perlu meningkatkan penguatkuasaan terutamanya pada malam
minggu atau di laluan kelab-kelab malam tertumpu di kawasan bandaraya dimana pada
waktu ini pemandu lebih cenderung untuk berada di bawah pengaruh alkohol.

3.3 Penggunaan Telefon Ketika Memandu - Sikap pemandu yang mengambil mudah aspek
keselamatan diri dan pengguna lain menyebabkan mereka tidak kisah tentang larangan
penggunaan telefon bimbit ketika memandu.bebeberapa cadangan Miros antaranya
pemandu boleh menggunakan aplikasi seperti “drive and driving” yang terdapat pada
Apple App Store dan Google Play Store yang akan meletakkan telefon bimbit dalam
keadaan mod pemanduan seperti tetapan “flight mode” yang terdapat pada semua telefon
bimbit bagi memastikan pemanduan selamat. Sementara itu pengeluar kereta boleh
wujudkan “fungsi wireless” atau aplikasi yang boleh membaca dan menghantar masej
melalui arahan suara pada semua model kereta. Namun pengunaanya perlu terhad kepada
nombor kecemasan sahaja bagi meminimumkan interaksi antara pemandu dan gajet.

4.0 PENUTUP

Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif melalui kementerian dan agensi-agensi


kerajaan termasuk badan bukan kerajaan dan swasta bagi mengurangkan kadar kemalangan
jalanraya terutamanya yang melibatkan maut. jumlah kematian akibat kemalangan jalan
raya berkurangan 2018 dengan 6,284 kes direkodkan, berbanding 6,740 kematian pada
2017. Walau pun jumlah ini menunjukkan penurunan, tetapi ianya masih terlalu tinggi dan
mendukacitakan,
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Ministry Of Road Transport and Highways, Government Of India http://jhtransport.gov.in/causes-
of-road-accidents.html

Bahagian Dasar dan Inovasi, Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia. (17
Januari 2018). Buku Statistik Kemalangan Jalan Raya Malaysia (Kemaskini pada 18 Ogos 2017)
Portal Jabatan Keselamatan jalan raya Malaysia http://www.jkjr.gov.my/ms/muat_turun/lang,ms-
my/

Aini Abu Bakar, Sharifah Osman (2016) Using Mobile Phone while Driving as a Contributing
Factor to Road Crashes among Motorist in Klang Valley: A Self-Reported Study
https://www.miros.gov.my/xs/penerbitan.php?pagetype=15

Berita Harian Online ( 1 Februari 2019 )


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/526648/keselamatan-jalan-raya-jadi-
sebahagian-silibus-pelajaran-dilancar

You might also like