You are on page 1of 4

1.

Mengumumkan ketibaan yang dihormati


Komander Muhammad Nazer bin Abdullah
TLDM, pegawai memerintah pusat kepimpinan
TLDM dengan diiringi oleh yang berusaha Encik
Fadli bin haji lebai saaban, guru besar sekolah
kebangsaan pangkalan TLDM II.

2. bismillahirohmanirrohim..

Yang dihormati komander Muhammad nazer bin


Abdullah TLDM, pegawai memerintah pusat
kepimpinan TLDM, yang dihormati mejar mohd
asri bin osman, pegawai pendidikan KD
MALAYA, yang berusaha encik fadli bin haji lebai
saaban, guru besar sekolah kebangsaan
pangkalan TLDMII, yang berusaha encik
rohaizan bin mohd hanif, guru besar sekolah
kebangsaan pangkalan TLDM, yang berusaha
encik nur azizan bin noordin, penolong kanan hal
ehwal murid sekolah kebangsaan sungai batu
sebagai penceramah jemputan, guru-guru
seterusnya calon UPSR 2019 sekalian.

3. assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh


dan selamat petang.

4. Bersama-samalah kita merafakkan setinggi-tinggi


rasa syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala
kerana dengan keizinannya jua, dapat kita
bertemu dalam majlis penutupan teknik
menjawab soalan UPSR anjuran bersama ATM
dan PERNAMA untuk tahun 2019.

1
5. Untuk pengetahuan semua, seramai 183 orang
calon UPSR 2019 gabungan dua buah sekolah
iaitu SK Pangkalan TLDM dan SK Pangkalan
TLDMII telah bersama-sama menimba ilmu sejak
pagi tadi di dewan yang serba mewah dan selesa
ini.

Ibarat telur sesangkar


pecah sebiji pecah semua

seperinduk sepermainan
seperguruan segelanggang.

Kalau rakit sama bergalah


Kalau ruyung sama dipecah.

6. Hadirin yang dihormati,

Bagi memulakan acara majlis penutupan TMS


2019, dipersilakan yang berbahagia ustaz abdul
halim bin yusuf, guru sekolah kebangsaan
pangkalan TLDM II untuk mengetuai bacaan doa.
dengan segala hormatnya dipersilakan yang
berbahagia ustaz abdul halim.

7. aamin ya rabbal a’alamin.

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia


ustaz abdul halim bin yusof, guru sekolah
kebangsaan pangkalan TLDMII atas kesudian
mengetuai bacaan doa itu tadi.

8. berikutnya, majlis mempersilakan yang berusaha


encik fadli bin haji lebai saaban, guru besar
sekolah kebangsaan pangkalan TLDM II untuk
menyampaikan ucapan. Tanpa melengahkan
masa, dipersilakan yang berusaha encik fadli.

9. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


yang berusaha encik fadli bin haji lebai saaban,
guru besar sekolah kebangsaan pangkalan
TLDM II atas ucapan beliau itu tadi.

2
10. Kalau tuan kuat, kami minta tenaganya,
Kalau tuan berladang, kami minta berasnya.
Tetapi kerana tuan orang bijaksana, maka kami
minta buah fikirannya.

Seterusnya, majlis menjemput dan


mempersilakan Yang dihormati komander
Muhammad nazer bin Abdullah TLDM, pegawai
memerintah pusat kepimpinan TLDM untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
penutupan program teknik menjawab soalan
UPSR 2019. Dengan segala hormat dan
takzimnya, dipersilakan yang dihormati komander
Muhammad nazer.

11 Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima


kasih diucapkan kepada Yang dihormati
komander Muhammad nazer bin Abdullah TLDM,
pegawai memerintah pusat kepimpinan TLDM
atas kesudian menyampaikan ucapan dan
merasmikan penutupan program sebentar tadi.

12. Adat menerima ada balasannya


Adat bergayung ada sambutnya.

Orang berbudi kita berbahasa


Orang memberi kita merasa

Berikutnya adalah acara penyampaian


cenderahati. Dengan itu, majlis mempersilakan
yang berusaha encik fadli bin haji lebai saaban,
guru besar sekolah kebangsaan pangkalan
TLDM II untuk mengiringi Yang dihormati
komander Muhammad nazer bin Abdullah TLDM,
pegawai memerintah pusat kepimpinan TLDM.
Dipersilakan.

3
13. Dipersilakan yang berusaha encik nur azizan bin
noordin, penolong kanan hal ehwal murid sk
sungai batu selaku penceramah untuk menerima
cenderahati. Dipersilakan yang berusaha encik
nur azizan.

14. Berikutnya, dipersilakan yang berusaha encik


fadli bin haji lebai saaban, guru besar sekolah
kebangsaan pangkalan TLDM II untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang
dihormati komander Muhammad nazer bin
Abdullah TLDM, pegawai memerintah pusat
kepimpinan TLDM. Dipersilakan.

15. Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka


sempurnalah sudah majlis penutupan teknik
menjawab soalan UPSR bagi tahun 2019.

16. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua


pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran
program pada hari ini.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
mesra kenangan sepanjang zaman

17. Wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum


warahmatullahi wabarokatuh.

You might also like