You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT PIBG TAHUN 2021

SK TAMAN UNIVERSITI 1

AGENDA TINDAKAN
Mengambil tempat Tuan-tuan, Puan-puan yang dihormati, majlis akan bermula sebentar saja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Makluman Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,


Kehadiran
Sebentar lagi Link Kehadiran dan QR Kod ke Mesyuarat Agung PIBG
Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1 kali ke 26 akan dipin kan di
ruangan bawah / komen.

Protokol Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ‘ala ashrafil anbia
iwalmursalin.
Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in

Assalamualaikum whb, salam sejahtera, dan Salam Muafakat Johor.

Yang Berusaha Pn Wan Noor Malinja Binti Wan Chik


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1,

Yang Dihormati  Encik Fadzil Bin Ibrahim


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Taman
Universiti 1

Encik Kamairuzaman Bin Razak


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Nik Mohd Mahiran Bin Omar


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Azlin Sham Bin Abd Azis


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Sharulnizam Bin Othman


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Barisan ahli jawatankuasa PIBG,
Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

Bacaan doa Sidang hadirin yang dimuliakan,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. 
Oleh itu, majlis mempersilakan Encik Ahmad Nabil Bin Mohd Mokhtar
untuk memimpin bacaan doa.  

-Bacaan Doa-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Nabil Bin
Mohd Mokhtar atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu-aluan Sudilah tuan jalan berlapan,


YDP PIBG Jalan berlapan di malam kelam.
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Encik Fadzil Bin Ibrahim Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1 untuk menyampaikan
ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan....

- Ucapan YDP PIBG -

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Fadzil Bin Ibrahim
atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Guru Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,
Besar
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa.
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Wan Noor


Malinja Binti Wan Chik, Guru Besar merangkap Penasihat Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, SK Taman Universiti 1 untuk menyampaikan ucapan aluan
dan perasmian.
Majlis mempersilakan....

- Ucapan Guru Besar-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi.

Makluman Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,


kehadiran
Kehadiran hari ini boleh diisi melalui Link Kehadiran atau QR Kod yang
telah dipinkan di ruangan bawah / komen.

Makluman
Untuk makluman, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan-tuan dan
puan-puan boleh mengajukannya di ruangan komen. Pihak kami akan cuba
sedaya upaya untuk menjawab soalan-soalan tersebut secara langsung
tetapi sekiranya terdapat kengkangan masa persoalan-persoalan tersebut
akan dijawab dalam medium atas talian lain seperti Telegram rasmi PIBG
sekolah.

Pembentangan
Minit Tuan-tuan dan puan-puan.
Mesyuarat Agung Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-26. Bagi
PIBG meneruskan majlis , saya dengan hormatnya menyerahkan majlis ini kepada
Yang Dihormati Encik Fadzil Bin Ibrahim, Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Taman Universiti 1 untuk membentangkan dan mengesahkan
Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25 bagi sesi 2020-2021. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

-Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG –

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Fadzil Bin Ibrahim
selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1 yang
telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG sebentar tadi.

Pembentangan Hadirin sekalian,


Penyata Kewangan
Seterusnya , majlis akan diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan
Penyata Kewangan Tahunan bagi sesi 2020-2021, saya dengan hormatnya
mempersilakan Puan Noridah Binti Ramlan, Bendahari Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sekolah Kebangsaan Tmn Universiti 1 untuk membentangkan dan
mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25 bagi sesi 2020-2021.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

-Pembentangan Penyata Kewangan PIBG –

Terima kasih diucapkan kepada Puan Noridah Binti Ramlan.

Makluman
Untuk makluman, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan-tuan dan
puan-puan boleh mengajukannya di ruangan komen. Pihak kami akan cuba
sedaya upaya untuk menjawab soalan-soalan tersebut secara langsung
tetapi sekiranya terdapat kengkangan masa persoalan-persoalan tersebut
akan dijawab dalam medium atas talian lain seperti Telegram rasmi PIBG
sekolah.

Penetapan Jumlah
Kutipan Tuan-tuan dan puan-puan,
Sumbangan PIBG Majlis akan diteruskan dengan penetapan jumlah kutipan sumbangan PIBG
Sesi 2021 sesi 2021 dan Pembentangan Usul oleh Pembawa Usul.

& Bagi meneruskan majlis , saya dengan hormatnya menyerahkan majlis ini
kepada Yang Dihormati Encik Fadzil Bin Ibrahim, Yang Dipertua PIBG
Pembentangan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1 untuk mempengerusikannya.
Usul Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

-Penetapan Yuran & Pembentangan Usul –

Terima kasih diucapkan kepada Encik Fadzil Bin Ibrahim.

Sesi Soal Jawab Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak kami akan menjawab beberapa soalan yang telah diajukan. Jadi tanpa
melenggahkan masa..

Soalan pertama dari……………………………..

Saya mempersilakan ………………………….. untuk memberi respond


kepada soalan tersebut.

Soalan kedua dari……………………………..

Saya mempersilakan ………………………….. untuk memberi respond


kepada soalan tersebut.

Pembentangan
Hal-hal Lain Hadirin yang dihormati sekelian,

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Anugerah Bintang Karisma bagi


tahun 2020 tetap akan diadakan apabila sesi persekolah bersemuka dimulakan.
Para penerima anugerah akan menerima sijil dan hadiah. Senarai penerima
Anugerah Bintang Karisma bagi tahun 2020 telah dilampirkan di dalam Buku
Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26. Penerima Anugerah Bintang
Karisma bagi Tahun 2020 dipilih berdasarkan penilaian Pentaksiran Bilik
Darjah dan pendlibatan aktif murid dalam sesi PDPR.

Ucapan
Penanguhan Sidang hadirin yang dihormati,

Seterusnya dijemput Yang Dihormati Encik Fadzil Bin Ibrahim, Yang


Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1 untuk membuat
ucapan penangguhan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….

-Ucapan Penangguhan –

Terima kasih diucapkan kepada Encik Fadzil Bin Ibrahim.

Makluman Tuan-tuan dan puan-puan,


kehadiran
Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan belum mengisi kehadiran ke
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1 kali ke 26
bolehlah mengisinya melalui Link Kehadiran atau QR Kod yang telah
dipinkan di ruangan bawah / komen.

Penutup Hadirin sekelian,


Dengan ini, maka selesailah sudah majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Kali ke-26 pada tahun ini.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah


Kebangsaan Taman Universiti 1 merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari
ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi


wabarakatuh.

You might also like