You are on page 1of 1

Bismillahhirrahmannirrahim.

Terima kasih kepada pengawas yang bertugas

Yang dihormati,
Penolong Kanan Pentadbiran, En Marzukey Bin Mohd Zain,
Pn. Saliena Bt Harun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En.Osman Bin Mamat, Penolong Kanan Kokurikulum,
Rakan-rakan guru Dan murid-murid yang dirahmati ALLAH sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Buat pengetahuan semua, sepanjang minggu lepas telah berlangsung dengan


jayanya Minggu Anti Dadah dibawah anjuran unit Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa). Sepanjang minggu lepas, beberapa aktiviti dan pertandingan
yang melibatkan murid-murid dan warga sekolah telah disusun, seperti
pertandingan mewarna, pertandingan melukis poster, pertandingan kuiz anti
dadah, pertandingan menulis esei dan pertandingan buku skrap. Maka
dikesempatan ini, saya bagi pihak unit PPDa ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua warga SK Maran yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan Minggu Anti dadah ini.

Tanpa membuang masa, saya teruskan dengan upacara penyampaian hadiah


kepada pemenang-pemenang pertandingan. Oleh itu, bagi menyempurnakan
upacara, dijemput Guru Penolong Kanan Pentadbiran diiringi oleh Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang
pertandingan juga sebagai simbolik upacara majlis penutupan Minggu Anti
Dadah bagi Tahun 2017, dipersilakan.

Pertama Diumumkan, bagi Pertandingan............................................

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ________ yang telah sudi
menyampaikan hadiah sebentar tadi. Saya serahkan kepada pengawas yang
bertugas untuk acara selanjutnya.

You might also like